Lihatlah semua perkara dengan mata hati..jika hanya menggunakan mata kasar,kita akan sering tersasar..
Plan asal..
Bertolak dari alor star ke kulim pukul 12...insyaAllah sampai dalam pukul 1.30 rumah athirah...selesai beraya,betolak balik ke alor star pukul 3.30...pastu p beraya kat rumah nisa'..pastu ain nk singgah kenduri kawan sekolah sat...pastu beraya rumah saya..n ain p hantar penumpang2 lain..habes 1 hari...
~ni plan asal........tapi jangan lupa, kita rancang, Allah pun merancang..dan sebaik-baik perancang ialah Allah..=D
~Sehebat mana pun tadbir, takdir akan sentiasa mengatasi tadbir. Kerana takdir daripada Allah,sedangkan tadbir hanya daripada kita hamba-Nya. Kekadang tadbir dan takdir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan. Alhamdulillah. Namun acap kali juga takdir dan tadbir b'salahan, b'tentangan, maka t'jadilah apa yang kita tidak inginkan t'jadi.
4 Syawal
..Kembara raya bermula..
..Kembara raya bermula..
Sebelum b'tolak ke kulim:
-Abuya ain dah check ayaq keta segala bagai..
-Semua pakat bukak dompet masing2, bagi sorang 10ringgit kat drebar,nak isi minyak..sharing is caring~
-Beli makanan sikit, bekalan p'jalanan..
-Ok, b'tolak...
Yang boleh drive ain sorang ja..lagi 4 x leh pakai..no hal ain,kami xkan jadi penumpang yang membosankan. Kita tengok jalan sama-sama nowh..=]
Walaupun aircond keta Juara ni rosak..kami tetap cool...kami semua x suka sangat aircond, syok bukak tingkap lagi,kena angin luaq..haha,ayat cover
Alhamdulillah,dengan kelajuan 100-120, kami semua sampai di rumah athirah...
Dilayan bagaikan permaisuri, wajah pun menjadi berseri-seri, tenkiu eh athirah n family, panjang umur,kami mai beraya lagi..
Kami b'tolak dari rumah athirah dalam pukul 3.30,targetnya, pukul 5 tu sampai la alor star..insyaAllah.
Tragedi raya nk mula dah..get ready..huhu
Mungkin semua pakat dok temenung, sampai salah masuk jalan. "Ok ja jalan ni pun,kita balik jalan lama". Nak bagi sedap hati.
Jalan punya jalan punya jalan, Allah..jalan jammed.."Panjang jugak nowh keta..xpa2,sabaq2..panas sat ja nih"..
Muka semua rilek ja, xpa, dan lagi sampai rumah sebelum maghrib.
Adeyh.memang slow semua kereta. Kalau kura-kura jalan kat sebelah pun, dia renyeh ja tengok kami dalam keta nih..huhu.
Allah,sesak yang sebegini pun sudah terasa seksa, inikan pula sesak di Padang Mahsyar. Tak t'bayang keadaan ketika menunggu p'bicaraan di sana ..
Kebo00om!!!..
Allah..benda apa pulak ni meletup..
Setelah selesai meyuarat ringkas, kami semua setuju.. sah bunyi meletup dari keta kami.. Pandang ke depan, panjangnya jem..tengok belakang, lagi la panjang..
Tiba-tiba ada bau x sedap pulak..macam benda berasap ja, sapa bakaq lemang tengah jalan ni....wohoa..memang sah, enjin brasap..
" xpa2,ain bagi signal sebelah kiri..kita behenti tepi jalan dulu"
" xpa2,ain bagi signal sebelah kiri..kita behenti tepi jalan dulu"
Check punya check, baru perasan ada air menitik dari bawah kereta..ada part yang bocor ni..
Abuya ain cakap, mungkin sebab enjin panas sangat, so kena tunggu dulu.
Xpa, tunggu ja la. Semua orang tengok kami lain macam ja, kot la nak berenti mai tolong ka. Ada tu siap babai2 lagi..aiseh,memang menguji keimanan yang senipis kulit bawang ni.
Lebih kurang setengah jam tunggu, ada hamba Allah ni mai tolong. Tolong tuang air dalam tangki,pastu nasihat2 sikit.
"Hampa ni nak p mana?"
~"Kami nak balik alor star"
"Laa..awat yang mai kot ni..jalan ni nak balik kulim..salah jalan nih"
~Lawan tengok hg aku..
"Lepas traffic light ni,hampa belok kanan..bla..bla.."
~Tenkiu abang..kalau dak sesat dah kami.
Ok, teruskan pejalanan ..insyaAllah,sempat sampai sebelum maghrib..=]
Kalau ikut direction abang tu bagi,lepas nampak sekolah tamil, belok kiri.
Sekolah cina ada la..huhu..xpa, asalkan sekolah, hentam sajalah....
Nampak signboard..Merbau Pulas...Allah,tempat apa pulak ni. Semua pakat tanya kenalan masing2,nak konfemkan jalan balik. Alhamdulillah,betul dah .nak balik alor star boleh ja guna jalan ni pun.
Sepanjang jalan tu, semua pakat dok cari, kot2 ada kedai. Nak beli air mineral, buat spare. Takut keta buat hal lagi.
Alhamdulillah. Ada kedai runcit sebelah kanan jalan.
Ain bagi signal nak belok. Jeng jeng jeng........keta ni mati buat kali kedua. Kali ni lagi advance, buat hal tengah-tengah jalan. Muka semua pakat pucat lesi dah. Toreh pun sah x dak darah dah..Kalau ada pun ,maybe warna putih, keturunan mahsuri belaka.
Nak start enjin pun x boleh. Maka, 5 sekawan ni pun keluar dari keta. Nak cari nahas tunggu dalam tu, mai lori hentam kot belakang, x pasai2 masuk berita tajuk depan..fuh.
Betul la .Bila Allah uji, Dia x akan biar kita sendiri.
Ada 2 orang yang ala-ala mat rempit tolong tolak keta. Sorang pak cik india tolong jaga jalan. Pakcik melayu pulak p panggil mekanik. Kami 5 orang bediri tepi jalan. Lebih kurang 5.30 ptg dah. Blur. Cuak. Takut.
Abang mekanik tu pun mula menjalankan operasi untuk membantu kami. Lama jugak dia dok baring bawah keta tu. Jangan tidoq sudah. Dia cakap,mungkin kipas yang rosak. Kalau ada bahan ganti kat kedai dia, boleh la tukar.
Kami pulak buat halaqah kat sebelah tu. Memikirkan segala kemungkinan..Xpa2, mungkin kita sampai rumah lewat sikit. Lepas maghrib insyaAllah. Semua cuba untuk optimis.
Ok..lepas dah tukar kipas tu, mesti la kena bayar kan. Operasi mengira duit.
Saya ada rm50..
Nisa' ada rm200..ni duit raya dia =]
Farhana ada rm15..
Ain rm50..
Saniyah unknown..Banyak sangat duit sringgit,malas nak kira.
InsyaAllah cukup dah ni..Kalau x cukup,mati akal jugak la..nak cari mesin atm kat mana tengah2 kampung ni. Kalau kat pj x pa la...huu
Abang pomen: Adik, abang rasa memang x leh nak ok lagi la petang ni. Kecik sangat lubang ni,abang x boleh nak bukak kipas tu.
Kanak2 ketakutan: Abang cuba la lagi. Kami kena balik jugak ni. Mana ada tempat nak b'malam.,
Abang pomen: Kena cari jugak la tempat nak b'malam. Esok maybe siap. Abang kena bawak balik keta ni p bengkel dulu.
Kanak2 ketakutan: Ok..huuuuu
Operasi seterusnya; bagitaw parents masing2. Ni la part paling cuak.
Memang tadah telinga la. Kena marah pun dengaq ja. Nak dijadikan cerita, ada antara kawan yang mai kulim ni, x bgitaw parents kata nak mai kulim..huhu..memang cari nahas la..no wonder la my sis suruh letak tajuk post kali ni 'kisah anak derhaka'..haha
Selepas beberapa siri p'bincangan, call semua kenalan yang tinggal kat area sini, kena marah dengan parents, kena beletiaq segala bagai...at last, Allah permudah. Ayah athirah mai dari kulim. Bawak balik kami p rumah dia.
Nasib baik la keta rosak ni tengah pekan, kalau la rosak tengah hutan kelapa sawit tu, huh, x leh nak bayang.
Betul la, Allah uji ikut kemampuan hamba-Nya...
Wahai jiwa, setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan Allah. Tetapi jika kita keluh kesah, ia bertukar menjadi bala. Jika sabar, ia menjadi pahala.
10.30 malam, rumah pak cik razif jadi sesak dengan kami...huuuu..rasa besalah. Nak buat macam mana, x kan nak tidoq kat masjid..saya ok ja, dah biasa..tapi kesian kat kawan2 lain.
5 Syawal
Kekadang Allah menyempitkan..
Supaya kita x hanyut dalam kesenangan..
Kekadang Dia melapangkan..
Supaya kita x selalu dipagut kesempitan..
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak b'gantung kepada sesuatu selain-Nya..
Keta dah siap. InsyaAllah, boleh betolak balik sebelum zohor. Konvoi sekali dengan family athirah, depa nak p beraya rumah ain.
Abang mekanik test drive juara tu, dah x dak problem, setel semua bayaran, maka 5 sekawan pun memulakan kembali kembara. Kembara untuk pulang.
Balik still ikut jalan lama, sampai sg.petani baru nak masuk highway.
Semua hanya dia menyepi. Kepenatan mungkin. Penat fizikal dan mental. Masing-masing melayan perasaan sendiri.Terbayang-bayang di mata semua babak yang berlaku semalam. Cuba untuk melihat musibah yang berlaku ini bukan dengan mata kasar semata.Pasti ada hikmah.
Apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Apabila diuji terimalah sebaiknya dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya..
Tiba-tiba.............
"wani, cepat baca doa!!"...awat saya sorang kena baca doa..oh kawan2ku.
"awat nisa'?"
"temperature ni jadi hot balik"
Allah...semua pakat gelabah. Jadi pulak dah..
"Xpa2..lepas traffic light ni kita stop tepi jalan"
Huhu...untuk kali ketiganya, juara ni kalah lagi..Mati lagi sekali tengah2 jalan.
Semua cuak tahap cipan dah. Mana x cuaknya, enjin berasap+kami betoi2 tengah jalan+bau benda hangit+kereta n lori semua laju...Oh mata, jangan dok buat episod air mata waktu2 macam ni.
Semua turun, bediri tepi jalan. Sangat bahaya, sebab semua kenderaan laju.
Nasib baik ada ayah athirah, pak cik razif la tolong blok jalan, jaga traffic segala bagai..pastu ada pulak pakcik sorang lagi dengan anak laki dia tolong check keta nih..
"weh, anak laki dia boleh tahan"..
aiseh, dan lagi depa ni....
Kan dah kata. Bila Allah uji, Dia x akan biar kita sendiri.
Sementara dok tunggu abg mekanik mai, kami sekali lagi buat halaqah tepi jalan. Semua orang tengok kami semacam ja. Tengok la nak tengok pun, memang dari semalam lagi kami ni glamour.huhu
Tunggu mekanik lebih kurang sejam la jugak.
"abang pun x pasti la rosak apa, kipas pun dah ganti dah..tadi waktu test ok ja. Macam ni la,abang bawak balik p bengkel dulu..bla..bla..bla"
~tu la pengakhiran keta tu...insyaAllah, akan b'gelar juara semula.selepas di service...
Kami 5 sekawan??.haha..jangan ditanya..optimis2,pasti ada solusi.
Penah tengok dak 13 orang naik 1 Avanza??..hee, tu la solusinya....Alhamdulillah..
Alahai knk2 ktakutan..
ReplyDeleteLenkali klu nk pi raya lg, ajak kami nowh.. B-)
alahai..seram sejuk jer dgr citer korang nih..gi la antar kt tv3...wat telemove rye taun depan...
ReplyDeleteanak2 ddara nih mhl2....kalo jdi pape..rugi alam nih...hehehe...
teringin nk konvey rye ngan kawan2...
insya alllah...kalo ade peluang...
"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
ReplyDelete– Hadis riwayat al-Bukhari.
..kita merancang, Allah juga merancang..
ReplyDeleteinsyaAllah, nnti kita buat konvoi raya lagi...tapi pusing kot aloq staq dah la..serik..haha
sedap jugak kalo ak disitu..
ReplyDeleteikan sardin dalm tin..:)
ReplyDelete10/12/2012 - 3.26pm