Monday, February 20, 2012

~begin with the end in mind~


“ Sihat x ni?..muka nampak penat sangat..”, tegur sorang makcik cleaner
Aku, “Sihat2..penat sikit makcik”

X bohong makcik, penat sangat..x terurus ja rasa. Dapat mesej, malam ni meeting..mesej lain pulak masuk, ada pejumpaan..dapat mesej lagi, meeting kat masjid.. x kan nak belah badan jadi 3. Fiqh aulawiyat; bila berteori mudah sekali, tapi bila dah dalam situasi, serba salah x tau yang mana satu nak pergi. Ada orang yang berjiwa besar, cool ja bila kerja bertimbun2. Tapi aku memang surrender, cepat serabut. Kalau 4 5 benda kena buat serentak, memang jadi one liter of tears la..adoyai

Penat memang penat, tapi apa la sangat kalau nak banding dengan mereka yang terdahulu. Nak tempuh jalan ni bukan senang. Sebab susah lah, Allah janji nak ganjarkan dengan syurga.

Jom review sirah. Saat Al-Khabbab memohon supaya Nabi berdoa kepada Allah agar dipercepatkan kemenangan Islam lantaran kerana tidak tahan dengan ujian dan cabaran yang ditimpakan kepada orang muslimin ketika itu, lantas, Rasulullah mengatakan "Adakah kamu mahu termasuk dalam golongan yang tergesa-gesa sedangkan kaum yang terdahulu mempertahankan Islam sehingga ada yang disikat menggunakan sikat besi" Lalu menangis Al-Khabbab kerana tindakannya. Syahidnya beliau membawa kesan luka yang besar di belakang tubuhnya. 

Allahurabbi..hebatnya para sahabat..


Review pulak buku Stephen R.Covey;

Habit 2; begin with the end in mind, is to begin today with the image, picture, or paradigm of the end of your life as your frame or reference or the criterion by which everything else is examined. Each part of your life- today’s behavior, tomorrow’s behavior, next week’s behavior, next’s month behavior; can be examined in the context of the whole, of what really matters most to you. By keeping that end clearly in mind, you can make certain that whatever you do on any particular day does not violate the criteria you have defined as supremely important, and that each day of your life contributes in a meaningful way to the vision you have of your life as a whole. To begin with the end in mind means to start with a clear understanding of your destination. It means to know where you’re going so that you better understand where you’re now and so that the steps you take are always in the right direction.


Habit ke2 dari buku the 7 habits of highly effective people; begin with the end in mind. Yup, so true..kalau kita dah ada taget, apa2 yang kita buat pun menjurus ke arah tu. Walau susah, walau payah, tetap juga tempuh jalan tu, sebab kita dah ada aim di hujungnya. Kita dah taget apa yang kita nak, so apa2 tindakan yang kita buat pun, adalah step2 untuk capai impian kita.

Kalau matlamat hidup kita redha Allah dan nikmat syurga, then, work for that. Apa2 kerja yang kita buat, make sure in line dgn matlamat kita. Kalau rasa susah sekalipun, kita tetap akan teruskan sebb benda tu yang kita nak. Begin with the end in mind. Bahagia di syurga, atau terseksa menderita, kita sendiri yang pilih. Kita sendiri yang atur langkah.


Mencipta seni kematian, bukan hanya sehari dua..

Be strong..
Be positive^_^

p/s: malam ni bakal terbelah 3..smile like sunshine^__^

Saturday, February 11, 2012

~lesson in life~


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah, aku bertinta. Selawat dan salam atas junjungan mulia Muhamammad SAW serta para sahabat.

Jarum jam berdetik, tanpa sedikit pun menghiraukan manusia yang masih berkejar-kejar menyudahkan urusan dunia. Masa itu milik Allah, moga keberkatan masa itu Allah izinkan menjadi milik kita semua. Hari berganti minggu berganti bulan, rutin harian tetap diteruskan, walau terasa lelah dan beban, kerana aku tahu, jika baik urusan duniaku, moga-moga kelak menjadi bekalan.

Kelopak mata dirapatkan, berfikir dan bermuhasabah, apakah kualiti hidupku pada tahun yang lalu. Bagaimanakah berlalunya usiaku? Banyak lagi maksiat dari ibadat..banyak lagi ketawa dari bersederhana..Allah

2012..22 tahun..tahun ke-2 sebagai pelajar jurusan bioperubatan. Ini medan aku. Ini jalan takdirku. Tahun ini makin panjang langkahku. Yang pasti makin menitis peluhku. Positif positif positif. Pesan teman bila aku mula serabut walau baru seminggu cuma kami berdua merangka plan untuk tenure ini.

Blog bersawang, blog jadi anak tiri, blog x update berbulan2<<<ini adalah deskripsi paling sesuai untuk blog ni aku rasa. Walaupun dah macam nyawa2 ikan dah, tetap juga cuba untuk bernafas. Blog=medium untuk berkongsi ilmu, tapi kali ni nak mintak izin sekali lagi nak buat macam diari^__^  (ayat direct; blog aku, suka hati aku la nak buat apa pun..haha) ..Takdak apa pun nak kongsi kali ni, cuma nak lepas gian tekan keyboard dan bercerita pengalaman.


…………………………………………………………………………

Ubat batuk, ubat demam, ubat selesema, susu collestrum, smart coco, kurma, walit gold, minyak cap kapak, tiger balm, minyak gamat. Serius, rasa macam nak p meniaga ubat, haha..Memang macam ni la checklist kalau nak bertolak balik uia dari rumah. Dr. mama akan memastikan semua well prepared. Berat beg dengan stok ubat ja.

Hidup kalau nak teratur dan bahagia, kena ada perancangan. Kalau tahu nak bermusafir jauh dan lama terdedah dengan penghawa dingin, jangan lupa bawak baju tebal. Kalau tahu immune badan lemah dan x berapa sihat, kena ada stok bekalan ubat. Analoginya begitu, wajib ada bekalan untuk menempuh perjalanan yang panjang. Di dunia, inilah tempat kita mengumpul bekalan secukupnya, kerana dengan bekalan inilah kita akan menempuh perjalanan yang tiada henti di akhirat kelak.




Pilihan 1; balik kl dengan abang, free of charge, selesa dalam grand livina, boleh main dengan anak buah, sampai terus ke tempat kursus.

Pilihan 2 ; balik kl dengan bus, tiket rm40, krEm la sikit kalau dalam bus, kena angkut beg yang berat tahap dewa, naik bus dengan kawan, adik ni x pernah travel sorang2, so kena ada teman.


Hidup kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Ingin ke kiri atau ke kanan. Ingin berlari atau berjalan. Kadang2, pilihan itu jugak dihiasi dengan pengorbanan. Beristikharahlah dalam setiap tindakan, bukan hanya sewaktu buntu dalam hal jodoh baru kita nak minta Allah tunjukkan jalan. Kita inginkan pilihan 1, tapi kalau hanya kita yang bersenang-lenang tapi kawan pula sedang terkapai-kapai sendirian, apa guna hidup berteman kalau dalam hal kecil pun x boleh nak berkorban. Pesan mama, ‘mudahkan urusan orang lain, mana nak tau, lepas ni kamu pulak yang susah’..




Tiba awal di tempat kursus. 5 hari akan berprogram dengan yayasan bank rakyat..(video 5 hari bersama~mokara is osem~ Nampak macam cool, tapi cuak la jugak, ye la, xda kawan boleh buat geng. Check in bilik. Fulamakk..datang kursus ke tengah honeymoon nih..bilik macam hotel, complete dengan tv flat screen lagi..I’ve no roommate, maka bermaharajalela lah beta di dalam bilik tu sorang2.. Tempat penginapan dah mewah, makanan lagilah mewah. Makan sehari 6 kali. Ayam, udang, sotong, daging, segala bagai ada..tinggal lagi octopus ja pihak catering x hidang. Berkursus pulak memang full time dalam dewan yang serba lengkap. Then,apa lagi yang x kena wani??...~demam~



Hargailah 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya, nikmat sihat sebelum sakit. Kalau dah sakit, apa guna lagi duit banyak, rumah besar, makanan sedap2. Semua dah nampak kecil pada pandangan mata. Suhu badan meningkat panas, peduli lagikah aku dengan penghawa dingin dalam bilik yang ala-ala hotel. Dalam cuaca yang panas terik, dihidangkan pulak dengan jus ais, peduli lagikah aku dengan nikmatnya minuman sejuk kalau batuk sampai terbongkok-bongkok. Hidung tersumbat sampai nak bernafas pun rasa susah, tertarik lagikah aku dengan lazatnya makanan yang terhidang.  Sungguh, nikmat sihat tu yang paling penting. Tapi kita ni jarang sangat nak bersyukur untuk perkara2 yang x berbentuk material ni. Bila Allah dah tarik balik nikmat kesihatan , baru mula nak hargai..baru rasa nak dekatkan diri dengan Ilahi. Manusia, beginilah sifatnya. Syukur itu jarang sekali, yang kerapnya asyik nak merungut. ~Jagalah kesihatan molek deh^^.. Makan jangan sampai tahap nk mengobeskan badan. Jaga hak tubuh, kesian sama kat perut yang nak memproses ni. Suplement jangan lupa, ringan2kan badan untuk bersukan, selalunya sister yang malas sangat nk riadah2 ni. Pernah sekali sem lepas g jogging dengan senior dq, ingat sampai sekarang ayat akak nih; ‘akak jogging ni sebab nk bg tubuh sihat, rasa badan ringan, nanti mudah nak beribadah..x rasa berat nk solat’..masyaAllah, pandang sisi mereka yang dekat dengan Allah, semuanya untuk nilaian ibadah.




3 hari slot kursus ni pihak consultant yang ambil alih. Semua modul dan aktiviti, bergantung sepenuhnya dari trainer.  Buat menara bertingkat dari playing card, reka mesin bermotor menggunakan manusia, main golf, menari poco-poco, chicken dance, cipta racing car dari paip pvc, main jet, etc.. Dalam ketawa, ada juga kekoknya. Cuba untuk menghadirkan diri dalam suasana, cuba untuk memudahkan orang sekeliling dengan kehadiran kita yang berlainan penampilan. Realiti sebenar masyarakat memang macam tu, kena terbuka dan berlapang dada. Terbuka memang terbuka, tapi bila part menari ala2 ali baba, memang senyum tawar ja la yang mampu, ..cannot go, adoyai, sesak nafas .. Masih ingat sampai sekarang, respon salah seorang peserta lelaki waktu slot persembahan.. seorang peserta perempuan lakonkan watak yang gedik dan menggoda, si peserta lelaki aka penghulu ni, terus pusing ke belakang sambil tangan menolak ke belakang kopiah di kepala dan memicit2 kepala yang sakit tiba-tiba. Aku ni picit kepala dari semalam lagi syeikh..dunia oh dunia.. Nway, Alhamdulillah, banyak dapat ilmu dan kawan2 dalam kursus ni. Abang2 fesi pun memang style la, boleh buat geng..Mokara is the best^^..



Bertahun lama ikan dalam lautan yang masin, tapi isinya maintain ja kan. Xdak pulak ikan2 ni transform jadi ikan masin. Kalau ikan pun boleh berprinsip macam tu, masakan kita si pemakan ikan ni x boleh jugak nk berprinsip. Ni x, tengok orang ni jadi yuna, kita pun naaaak jugak. Orang ni pakai bulu mata palsu, kita pun nak jugak. Kemonla..jangan mudah sangat terikut2 dengan orang lain. Prinsip kena ada, so that kita x kan mudah terikut2 dengan environment. Jom review sirah sikit, ingat lagi x kisah sahabat rasulullah yang bernama Abu Zar? Beliau berasal daripada Bani Ghifar, kabilah yang terkenal dengan aktiviti menyamun dan merompak. Tapi Abu Zar x terpengaruh pun. Bukan setakat x terpengaruh, malahan beliau pulak yang bawak pengaruh baru. Setelah merantau ke Mekah, berjumpa Nabi Muhammad dan memeluk Islam, Abu Zar balik ke kampung halaman dan ajak kabilahnya kepada Islam. See, hebat x hebat orang yang bervisi dan berprinsip, masyaAllah.

Masih ingat pesanan mantan exco LADAR sewaktu di dq dulu, ‘berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut’. Ringkas tapi padat. Masing2 boleh berprinsip, tapi kalau dalam keadaan yang memerlukan sedikit kelonggaran, ikutlah keadaan, raikan perbezaan. Tapi jangan pula sampai kita yang hanyut, berpada2 lah dalam bertindak. Kadang2, kita dah rasa selesa dengan penampilan diri sendiri, contohnya, berjubah dan bertudung bidang besar. Penampilan sebegini, memang sangat2 diraikan kalau environmentnya terjaga indah seperti di kiri kanan bukit. Tapi kalau dalam suasana yang agak ho ha he ha, dan aktiviti2nya pun asyik nak menari saja, maka fikir2kanlah pakaian yang sesuai. Apa2 pun, terpulang pada pandangan setiap individu.

Teladan terbaik untuk kita adalah kisah Rasulullah SAW. Baginda adalah seorang anak yatim yang tinggal di padang pasir. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat jahiliah yang asyik bersengketa antara satu sama lain. Masyarakat pada masa itu bergelumang dengan seribu satu amalan yang tidak bertamadun. Secara logic, nabi sepatutnya terpengaruh dengan budaya dan cara hidup masyarakat di sekelilingnya. Namun, hal itu tidak berlaku dan tidak ada sesiapa pun yang menjangkakan, di tengah-tengah masyarakat tanpa tamadun ini akan lahir seorang manusia yang bakal mengubah segala-galanya




Dari tempat kursus ke puduraya. Mengharapkan tiket untuk pulang ke uia tercinta. Dah 3 round berpusing2 kat kawasan kaunter  tiket. Semua tiket habes, nak teriak ja rasa. By hook or by crook memang kena balik jugak. Doa x putus2 aku baca, mengharapkan ada jalan. Bila fizikal dan minda dah penat, masalah kecik macam ni pun dah cukup untuk mengalirkan air mata. Usai solat, dah tekad, nak cuba nasib di Pekeliling, harap ada tiket. Aku dan wafda dah mengangkat beg masing2 yang berat bekilo2, bersedia untuk meredah lautan manusia yang semua ingin pulang bercuti, bersedia untuk bersesak2 dari pudu ke masjid jamek ke titiwangsa. Maha suci Allah, tiba2 mata ternampak iklan yang baru ditampal; ‘bus persiaran,kuantan, 9pm’ …Alhamdulillah Alhamdulillah.

Aku sangkakan teduh sampai ke petang, tapi apakan daya, matahari terik pula atas kepala sampai berpeluh-peluh. Sejam menanti, roda bus pun x nampak lagi. Pukul 11 malam, x sampai2 jugak. Asap bus dan asap rokok dah begelen2 aku sedut. Serius, rasa macam nak p lempang ja mamat2 yang dok smoking kat kawasan tunggu bus nih..Paling kesian, baby yang x sampai setahun lagi aku rasa, dah jadi secondary smoker. Yang si mak tu pun, awat la x pindah tempat lain..hmm

2 jam menanti, brader yang jual tiket datang menjelmakan diri. Guess what dy bagitau kat kami semua; “ jalan jem sangat2..bus memang akan sampai lambat, pukul 2.30pagi..kalau sapa yang nak cancel tiket, boleh cancel sekarang..ktaorang pulangkan duit”… Zaaapp, rasa macam ada pedang samurai cincang lumat hati aku. Ok, hiperbola. Respon waktu tu, senyum ja..speechless..rupa2nya 2 jam penantian kami, yang tu berita yang kami dapat. Nak marah?..marah kat sapa, syarikat bus pun bukan nak jangka nak jadi benda ni. Nak gelak?..gelak la sangat, macam putus fius pulak nanti. Separuh daripada yang dah beli tiket tu ambik semula duit masing2. Aku?.. kena bincang dengan family dulu. B.cik call, nak datang ambik, suruh balik kuantan pagi esok. Mama pun call, risau kalau pagi2 buta dok melangut kat pudu tu, ma suruh balik rumah b.cik. Keputusan muktamad; “ xpa ma, wani dah tunggu sampai 2 jam dah..alang2 dah tunggu, wani nak naik jugak bus tu..nak balik jugak kuantan..sebab geram tunggu lama sangat dari tadi..apa jadi pun pagi esok nak pijak bumi kuantan jugak”..see, ini adalah ciri2 orang yang setia menanti dan ketegaq xmau dengaq nasihat..haha..geram sebenaqnya, tu yang tunggu jugak. Al-hasilnya, merempat la aku dengan mamat2 lain yang dok melepak kat kawasan platform bus. Pengalaman baru, pukul  2 pagi dok kat tempat macam tu..tidur merempat bersandarkan tiang puduraya. Scary?..x la sangat, sebab ada ja pakcik2 yang muka macam baik2 ja. 2.30pagi betolak, 6.30pagi sampai kuantan, Alhamdulillah. Dalam bus pun ada kisah sadis, tapi malas dah nak taip. 2 hari di bumi kuantan, hpon pulak hilang, x tau jatuh kat mana. Aduh, memang sudah jatuh ditimpa tangga sampai luka2. Still guna no lama, tapi no semua orang dah hilang, so kalau ceq x kenai tu, xyah la nak tacing2 bagai naa..


Ayat 2-3 surah at-talaq, jadikanlah amalan bacaan harian.Menurut sahabat Abdullah bin Mas’ud, ayat ini adalah formula penyelesaian masalah teragung di dalam Quran. Kadang2, kita buntu sehingga terasa dunia menghimpit kita kiri dan kanan. Bagai tiada langsung jalan keluar. Tapi jangan lupa, Allah itu Maha Hebat, pelbagai cara Dia boleh hidangkan untuk membantu hambaNya. Yang penting, usaha doa dan tawakal jangan dipisahkan.

Kita sebagai hamba, sedang berjalan di atas landasan takdir, walau apa ujian sekalipun yang Allah tetapkan, bersangka baiklah dalam setiap keadaan. Yakinlah, setiap hamparan perjalanan itu adalah pengalaman, setiap ujian itu mendewasakan, setiap takdir itu menguji hambaNya yang beriman. Mengeluh menangis merungut vs menerima tersenyum berlapang dada. Trademark kami 1 bilik bila tengah serabut; ‘ saya positif, anda positif, semua positif’… =) Positifkan diri, insyaAllah segala2nya menjadi mudah.




1) blog updated, akhirnya..^^
2) kelas dah seminggu bermula. Result sem lepas Alhamdulillah ada peningkatan sikit. Kena pulun lagi sem ni. Aim utama; tukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa, insyaAllah.
3) sem ni agak tough, bebanan taklifat dan akademik yang semakin mencabar. Biochemistry 2, clinical biochemistry, medical microbiology, parasitology and entomology,  quality assurance..sngt2 teruja nk belajar subjek2 baru nih..=).. Australia, here I come, aiseh, berangan sokmo