Sunday, December 12, 2010

~adapting stage~

Bismillahirrahmanirrahim...(test jari..rasa keras pulak sendi2 ni nak menaip..esok nak start masuk kuliah mesti lagi kekok nak pegang pen..silap2 tepelanting pen kat lecturer..)

Alhamdulillah..dah bejaya survive 5 hari kat kuantan ni, moga2 Allah akan terus memberi kekuatan pada hamba  yg selalu lemah ni untuk hari2 mendatang..
Sekadar nak bercerita pengalaman berada di tempat baru untuk entry kali ni.
Dipendekkan cerita, selesai sudah sesi pendaftaran..Dengan penuh excited, angkat barang naik mahallah. Tapi x lama mana excited tu. Tingkat 4 weh..mau tecabut kasut..(mmg tetinggal kasut pun, tapi cinderella versi x bes, sebab xdak prince tolong pakaikan, kena ambik sendiri..haha)
Kesian mama ngn ayah, penat angkat barang, nasib baik la adik ada, boleh jugak hulurkan tangan ringankan beban. X sempat nak buat drama panjang dengan family sebab dah nak start orientasi. Tapi 'banjir' la jugak salam dengan mama..huhuu
So far, ok la orientasi ni, sat ja pun..x sempat nak keluar peluh.
Paling syahdunya bila balik bilik. Ya la, sorang2. Nak buat macam mana, ditakdirkan tergolong dalam golongan yang dapat bilik untuk sorang. Bilik dah la besar, pastu dok sorang2,huhu

3 hari pertama kat sini, banyak la jugak sesi merungut.
-x puas hati sebab dapat tingkat 4..
-dapat bilik untuk sorang2, akan menjalani kehidupan selama 4 tahun tanpa rumet..
-monyet suka buat pesta kat mahallah talhah ni..cuak sih, sekali depa mai, rasa nak tecabut jantung..ganas belaka..
-nak keluar g bandar macam susah sikit, kekurangan transport kat sini..prebet pun sikit ja..lain la kalau dq, berebut-rebut pakcik prebet nak kat banat..aiseh, ayat xleh blah...=)
-jauh jugak kalau nk g kuliah, kalau sempat naik bus ok la..kalau telepas, dekat 15 minit jugak nk kena jalan kaki..kena pulak kalau time panas terik..
Tudiaa..merungut ja tau...kata nak jadi muslimat powerpuff girl, tapi manja semacam ja nih..
3 hari pertama saya agak sensitif dan negative-thinking..serba x kena.
Tarbiyah dan peringatan daripada Allah tu dalam pelbagai cara rite?..=)
Bila tengok orang lain lagi susah dari kita, baru kita akan belajar bersyukur..baru kita akan nampak kebaikan sesuatu perkara kalau kita lihat sesuatu dari sudut yang positif..
Syeikh Athailah Al-Sakandari berpesan melalui tulisannya; "Barangsiapa tidak bersyukur atas nikmat2 Allah, bererti ia menawarkan diri bagi hilangnya nikmat2 tadi. Dan barangsiapa bersyukur atas nikmat2 Allah, bererti ia mengikat nikmat2 itu dengan talinya"

-ok apa dapat tingkat 4...kira macam tetiap hari riadah. Naik turun tangga,betambah slim la. Kalau nak tengok jadual kuliyah tetiap hari, macam x sempat ja nak riadah. Tapi dapat bilik tingkat 4 ni, alhamdulillah la..=)
-xdak rumet, memang agak sunyi..xpa2, positifkan dengan memandang dari sudut lain. Xdak orang dalam bilik, maksudnya, kurang la sesi bual2 kosong, gosip dan sewaktu dengannya. Allah tetapkan untuk saya sebegini, maksudnya Allah nak saya lebih banyak berinteraksi dengan Dia, banyakkan masa untuk iadah Al-Quran, luangkan masa untuk tambah ibadah dan thaqafah..alhamdulillah..=)
-monyet mengganas kat mahallah..memang kecoh waktu tu, tapi bila dah jumpa senior, tnya bab2 monyet ni, rasa ok la sikit. Senior cakap, monyet jarang datang mahallah saya ni. Port monyet2 ni selalunya kat mahallah maimunah, tapi disebabkan sekarang tengah cuti sem, sebab tu geng monyet datang mahallah yg ada org ja..lepas ni insyaAllah xdatang dah..alhamdulillah..(err..macam jahat jek, seronok atas kesengsaraan orang lain..=[
-ok r tu kurang g bandar..mksudnya kurang la habeskan duit..mak ayah pun sayang lebih cmni..alhamdulillah..=)
-15 minit tengah panas..apa la sangat kalau nak compare dengan keadaan di padang mahsyar kelak..Allahu Allah....Alhamdulillah Allah sentiasa ingatkan saya dalam pelbagai keadaan..=)

Bergelar mahasiswa memang akan banyak cabaran sebelum berjaya memperoleh segulung ijazah..kita akan sentiasa sibuk bergelut dengan hal2 pembelajaran yang x kunjung padam..akan sentiasa bergelora dengan bermacam kerencaman rasa masalah peribadi..akan sentiasa bergolak dengan pelbagai karenah manusia sekeliling,antaranya ragam kawan2 sepengajian dan sistem pentadbiran universiti..Selagi pengajian belum tamat, selagi itu terpaksa lalui jalan ini, berliku,berduri,bersimpang,bersiur..
Kaki baru mula hendak melangkah, jangan mudah mengalah..jangan mudah menyerah..
Mengapa perlu mengeluh?Bukankah segala tahap2 kesukaran yang Allah beri itu akan mengukuhkan tembok keteguhan jiwa dan iman?...Bersyukurlah bila sekali-sekala diuji..=)

Moga ada jalan, moga ada ruang untuk saya meraih makna perjuangan, makna pengorbanan, makna kemenangan yang dituntut dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalan ke syurga."
Berikan kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah..Kuatkan juga sahabat2 seperjuangan saya yang lain..Moga kami semua teguh berdiri dalam perjalanan ini..Ayuh bergandingan meniti jalan ke syurga..=)
Allahumma ameen....

Wednesday, December 1, 2010

~berusaha untuk memberi~

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pemurah, yang sentiasa memberi nikmat kepada hamba-hambaNya, walau kami hamba yang sering alpa dan berdosa.


Ingin saya muatkan dalam post saya kali ni, tentang sorang pakcik yang sangat pemurah.
Saya pun baru 4x pernah bersua muka dengan pakcik nih, kat masjid, kat kubur, kat restoran, kat klinik.
Kami 1 famly panggil pkcik ni dgn panggilan pkcik kamil, dia pun bahasakan diri dia macam tu. Tapi, dengan ayah saya, dia sebut Mil..haha,nak tegelak, comel ja... Pkcik kamil ni kawan masjid ayah saya, selalu sngt jumpak kat masjid, last2 jadi besfren. 


Waktu mula2 kenal, dia ada hadiahkan ayah saya kain pelekat kalau x silap. Pastu bagi kemeja. pastu tetiap kali lepas subuh kat masjid, dia akan tunggu ayah saya kat 1 tempat, nak bagi roti atau biskut. Punya la selalu sangat dok bagi makanan, sampai ayah saya jadi berat hati nak terima. Kadang2 tu, ayah akan sembunyi la kat mana2 port dalam masjid tu, xmau bagi pakcik kamil nmpak, kang nanti kalau jumpa, dia bagi macam2.
Punya la ikhlas pakcik ni nk bagi sumting kat ayah, siap ugut2 ayah saya, kalau x terima barang yang dia bagi, x yah jumpa dah..hehe..
Pastu ayah pun buat balik la. kalau ayah bagi kain pelekat, or minyak atar ka, main ugut2 dulu, baru dia nak terima. Memang dia langsung x mengharapkan balasan. Kalau ayah terima apa yg dia bagi, muka dia memang akan bseri2 la, hepy habes..kami anak2 pulak yg kompius.
Hari tu pkcik kamil ada bagi kat ayah kasut, handphone,etc..
Yang besnya, kami pun dapat tempias..haha.. Yang saya ingat la, mama penah dapat baju kurung, brooch, beg tangan..kakak pun dapat brooch dgn beg tangan jugak. Saya??..haha, x main la brooch, ipod terus...=)
Pastu semalam dia ada tanya, hazwani suka warna apa?..kihkih...


Ikhlas sungguh pakcik ni, dia hepy kalau orang lain hepy. 
Saja ja selitkan kisah pakcik nih. Nak gambarkan betapa pmurahnya hamba Allah ni. Betapa ikhlasnya dia untuk berada di posisi pmberi.


Setuju x kalau saya cakap, kita ni akan lagi hepy, kalau kita berada di pihak yang menerima?..Jangan nak nafi laa..bohong la kalau x senyum 24jam kalau tetiba ada org bagi hadiah basikal...xyah cerita bab basikal la, kalau ada org topup 5ringgit pun dah rasa hepy..=)
Kita ni jarang skali berada di posisi yg memberi. Kalau ada pun, sekali-sekala, tu pun kadang2 bekira jugak.
Latihlah diri untuk sentiasa memberi..
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Ungkapan ini menyedarkan saya, betapa hidup saya selama ini sentiasa di posisi penerima, betapa saya selama ini lebih banyak menerima daripada memberi.
Kadang2 kita terlalu dimanjakan sehingga kita mengharap untuk menerima dan menerima dan menerima.


Mari kita nilai, berapa bnyak nikmat yg Allah dah beri kepada hambaNya..
Cuba kita hitung, dah brapa kali kita sedut oxygen hari ni?..
Jantung kita ni, non stop buat keja mengepam darah, semua ni atas keizinan Allah yg Maha Pemurah..
Semua pancaindera yang sedang berfungsi, ni pun kita terima daripada Allah..
Kita terlalu banyak menerima, sampai kita terlupa untuk bersyukur, dan kita juga terlupa, kita sebenarnya diberi untuk memberi
Setiap pemberian kepada kita adalah amanah untuk diberi kepada orang lain.


Kalau nk dihitung, terlalu sedikit hamba ini memberi. Jangan dikecilkan skop, bahawa pemberian itu hanya tertumpu pada material.
Tapi kita boleh memberi dalam banyak cara.
Allahu Allah, ilmu yang saya ada, sudahkah saya berusaha sebaiknya untuk berkongsi dengan semua orang?..
Kudrat yang Allah kurniakan, sudahkah saya curahkan sepenuhnya dalam perjuangan Islam?.. 
Pancaindera yang Allah beri, sejauh mana saya gunakan dalam melakukan ketaatan?..
Astaghfirullah...lemahnya saya dalam memberi.....


Allah memberi sesuatu nikmat kepada kita, sebab Allah Maha Tahu, apa yang boleh dimanfaatkan oleh kita kepada orang di sekeliling kita.
Allah beri kita harta..bukan untuk kegunaan sendiri saja, tapi juga untuk dikongsi dengan mereka yg kurang mampu..
Allah beri kita makanan, bukan untuk mengenyangkan kita saja, tapi juga untuk diberi pada manusia lain yang kelaparan..
Allah beri kita pengalaman dan kemahiran, bukan untuk dibangga-banggakan, tapi untuk dikongsi dan diajarkan..
Apa yang Allah berikan tiada yang bersifat total hanya untuk diri kita, tapi juga untuk dikongsi bersama..
Sabda Rasulullah SAW; Sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak manfaat pada orang lain~


~berlumba-lumbalah untuk mlakukan ketaatan dan kebaikan, berusahalah untuk sentiasa memberi..fastabiqul khairat~