Assalamualaikum..
Berkat ramadhan, dapat saya rasakan idea menulis seperti mencurah-curah ke ladang gandum (aiseh,baru post ke4,dah kecoh..haha).
Dengan semangat 1 ummahnya, saya on laptop dan cari port baik punya, nak make sure p1 wimax ni excellent, kalau dia keluaq warna kuning tu kira line memang clear la..time buat hal jadi warna merah, rasa macam nak baling kat dinding ja..b
Nway,ni bukan original idea saya. Dapat waktu dengar tazkirah time terawih. Saya post dalam blog untuk berkongsi, dengan segala jenis teknik tokok tambah dari saya..mintak izin ye ustat..=]
Sapa yang x cukup jari pun boleh kira, berapa hari ja lagi baki ramadhan. tahun depan pula la nak jumpa, tu pun kalau panjang umur. Dah masa kecemasan ni, pulun buat ibadah banyak2.Ni syaitan mana ada nak suruh kita buat jahat, yang ada hanya nafsu semata. Bulan ramadhan ni,train nafsu elok2. Ingat,baki lagi 11 bulan,syaitan pulak akan kamceng dengan nafsu kita..
Ramadhan akan pergi..Aidilfitri bakal dirasai..
Nak raya sngat dah...so,saya nk berkongsi sikit peringatan menjelang aidilfitri ni.
Waktu malam raya,kebanyakan rumah memang akan sibuk dengan aktiviti deko-deko. Pakat nak jadi eric belaka. Pasang langsir,tukar sarung kusyen,vacuum rumah,menghapuskan segala jenis serangga dan kuman,etc.
Malam tu la nk pulun buat semua benda. Actually,ok ja nak buat pesiapan segala bagai tu. Tapi yang x besnya kalau sampai lupa nak bertakbir..lupa nak memuji Allah.
Kita dilimpahi jutaan nikmat, tapi kita melupakan Pemberi nikmat.
Bagi sesiapa yang bertakbir pada malam aidilfitri, insyaAllah Allah akan menghidupkan hati hamba-hambanya.
Tidak sukakah kita jika Allah menghidupkan hati kita?..Hati ini raja dalam diri. Pastikan raja ini hidup, barulah anak-anak buahnya akan turut berfungsi.
Setelah sebulan kita berpuasa,aidilfitri itu tanda kemenangan untuk semua.Takbir eid itu sendiri turut menggambarkan kemenangan Islam dalam perang Ahzab. Kesyukuran itu,lafazkanlah.
Mungkin sebelum2 ni hati kita dah mati.
Baca kisah2 saudara kita di Palestin,tidak langsung terdetik simpati.
Baca kisah bayi2 yang dibuang hasil dari hubungan zina, tidak terdetik apa2 di hati.
Lihat pasangan anak muda yang lagaknya seperti suami isteri, sudah rasa sebati.
Hati kita yang dah lama mati, atau sedang nyawa2 ikan tu, cepat2 la bagi oxygen, bagi bantuan pernafasan.
So, jangan lupa untuk bertakbir ya!!
Pesanan ke2 dari ustaz tu...
Pagi 1 syawal tu, berpakaianlah dengan pakaian yang terbaik. Pakai baju baru @ kalau x beli, pakai baju yang paling bersih dan elok. Pastu berwangi-wangianlah.
Nampak macam mudah kan nak buat benda tu?..
Mesti la senang, sapa xmau pakai baju baru..tapi tahun ni saya x berapa ada feel nak pakai baju raya,tapi beli la jugak buat spare..dah mama yang semangat suruh beli.
TAPI....yang jadi masalahnya, kalau kaum hawa..kaum saya la ni...Terover berfesyen la pulak. Sampai dedah sana-sini. Tersingkap semua urat dan aurat.Astaghfirullahal'azim.
Pegi masjid nak solat SUNAT aidilfitri dah alhamdulillah dah..tapi perintah Allah WAJIB tutup aurat bagi sempurna x buat pulak..masalah2..
Moga2 kita tergolong dalam golongan yang cantik pada pandangan Allah.
Pesanan ke3 daripada penaja..
Amalkan amalan ziarah-menziarahi..oh cik blogger,setakat nak pesan benda tu baik x payah, memang semua orang buat..hari raya memang hari untuk p ziarah orang..
Memang senang nak ziarah sedara mara, tapi masalahnya, kadang2 kita terover ramah. Cara tu yang x kena.
Adik-beradik yang ajnabi pun kita salam." Selamat hari raya,mintak maaf kalau ada salah abg man, angah budin", sekali dengan action bersalam-salaman.
Kita minta maaf sesama manusia, tapi dalam masa yang sama tengah tambah dosa dengan Pencipta manusia..aiseh,x kena la macam ni.
So, kalau 2 3 4 pupu tu,x yah la nk salam2. Hukum tetap hukum.
Saya penah jugak dalam situasi adik-beradik yang terlebih ramah ni..saya nampak dari jauh..wohoa..dia sedang menuju ke arah saya. Maka dengan penuh kerajinannya,saya ambik pisau n potong daging yang mama dah rebus. Haha..tangan penuh dengan lemak. Ada berani mau salam?..=D
Ok ,selamat beramal..mintak maaf kalau ada salah silap..
Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadhan
Dalam alpa dan berdosa..kami takut
Dalam ingat dan taat..kami harap
Takut kemurkaan-Mu
Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd..
Oh syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa
10/12/2012 - 3.09pm
ReplyDelete