Tuesday, July 3, 2012

~biar sikit, tapi kekal~


Bismillah

Cuba nak tidur, tapi susah pulak nak pejam mata ni..yang tadi waktu dok mengajar qiraati, ustazah yang dok tahan mata sebab mengantuk, ni celik pulak dah.

Mudah untuk tidur ialah nikmat, terjaga sebelum subuh pun nikmat..say Alhamdulillah for all His blessing..kalau kita ni x bersyukur, mudah je Allah nak tarik balik nikmat..Pagi semalam boleh ja bangun awal tnpa bantuan jam..mungkin lupa nak kata Alhamdulillah kot, pagi tadi bunyi jam pun dah dengar macam senandung nk suruh lagi tidur ja. 1 tip, kalau dah set alarm, jangan letak dekat dengan kita, nanti tangan ni dengan gatai dan mamainya akan p off alarm tu..Kalau letak jauh2, kita memang x tercapai punya, n kalau dah bingit sangat tu, at last bangun la jugak.

And ternyata malam ni lagi bertambah susah nk tidur sebab baru lepas dapat cerita gempak habeh dari member rapat. MasyaAllah tabarakallah, memang rasa macam nak nangis. Another close fren is going to have zaujah title dis aidilfitri. Kawan rapat sendiri dah nak kawen, rasa macam x percaya..bukan sorang, serentak 2 orang terus bhai..yang lagi best, walimah hari yang sama pulak..Subhanallah^__^.. Hanya mampu doakan yang terbaik buat kawan2, moga Allah mudahkan segala urusan, moga kuat menempuh alam yang penuh badai, moga sabar dengan segala ujian, moga pernikahan ni mematangkan segala tindakan, dan yang paling penting, kahwin bukan untuk 5 tahun, tapi sampai akhir hayat, sampai bertemu semula dalam syurga insyaAllah.

Aiseh, apa pasai ayat aku yang lebih macam dah ada pengalaman ni.haha..bukan apa, belajar dari alam, dari orang sekeliling. I have 3 sisters n a brother, semua dah kawen, dah ada 6 penyeri budak2 comel, so I learnt from them. Macam mana kisah sebelum berkahwin, fasa semanis madu di awal nikah, fasa kenal dan  rapat dengan family mentua, fasa scan kandungan pertama, fasa anak demam, fasa Allah uji dengan keguguran, fasa ada masalah kewangan, fasa bermasam muka, etc..Ni baru sikit asam garam berumah tangga. Realitinya, siapa yang nak berkahwin ni, memang kena mentally and physically prepared. Sebab tu doa saya untuk kawan2, moga KUAT…insyaAllah, Allah tolong.

Kang jadi post bab rumah tangga pulak, nak story bab lain nih.

Sekadar berkongsi, sesimple mungkin saya nak kongsi, moga ada manfaat bagi yang baru tahu.
Sambil susukan ziyad, pilih2 channel, tertarik dengan perkongsian daripada ust don di tv alhijrah..eh, lagu tema alhijrah best, baru perasan. Biasa la, dok dalam hutan Pahang nu, tv memang bnda paling ajaib nak jumpa.

Ni saya kongsikan dari apa yang ingat la.
Tajuk ilmu dan amal, entah la intro kuliah ustaz macam mana, saya dengar pun dah tengah2 dah.



Berkaitan dengan zikir. InsyaAllah mudah ja untuk amal. Amalkan “Laailaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wayumit, wahuwa ala kulli syai'in qodir”100 kali setiap hari. I dunno how to put dis into word, tapi cara huraian ustaz memang sangat terkesan. Fadilat amalkan zikir ni ada dalam satu hadis, tapi malang sungguh la kepala ni, x ingat cemana hadis tu. Xpa, kita ambik mafhum ja la dari explaination ust.
Apa kelebihan amalan ni?, insyaAllah, Allah akan hapuskan 100 perbuatan jahat yang kita buat dari tercatat dalam buku amalan kita. Kita ni dosa cukup cukup banyak. Kadang2 dalam x sedar pun buat dosa. Jangan dok buat tnya la, eh ada ka aku buat dosa banyak tu. Konfem2 mesti ada. Bagi contoh mudah, tengok drama melayu, pastu mulut dengan x sengajanya p komen, ‘eh, dagu dia ni macam cucuk ja’..kan dah tambah akaun jahat kita. Kita ni mudah sangat nak buat dosa, banyak sangat medium yang membuatkan kita update sokmo kuantiti dosa kita. Yang kita sedar kita buat dosa dah banyak, yang kita x sedar pun lagi banyak. Sebab tu antara doa yang Nabi Muhammad pernah baca; “Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku, dan daripada senda gurauku, dan daripada yang aku tidak sengaja, dan daripada sengajaku, dan segala sesuatu yang datang daripadaku……………………(hingga akhir,, mafhum hadis dari Bukhari dan Muslim).

InsyaAllah dengan amalan zikir ni, terhapuslah dosa2 kecil kita. Berapa minit sangat la nak sampai 100 tu, insyaAllah semua boleh amal.

Satu lagi yang kita boleh jadikan amalan harian,  zikir yang sama, tapi kita baca lepas solat subuh dan maghrib, 10 kali. Perkongsian ni saya dapat daripada ustaz muhadir waktu talaqi di pj dulu. Alhamdulillah, masih cuba untuk istiqamah, tapi kadang2 ada jugak lubang.

Ingat eh, nak zikir bukan waktu atas sejadah ja. Waktu basuh pinggan pun boleh, tengah dodoikan anak pun boleh, waktu dok vacuum pun boleh. So, jangan limitkan keadaan untuk kita ingat Allah.

Moga zikir kita bukan hanya menggerakkan lidah, tapi juga menjentik hati untuk ingat Allah.
InsyaAllah~


**wuhuu, best ja post pendek2..
**terjumpa 1 blog, semua post dy simple2 ja, tapi tekesan. Harapnya, pendek post ni tetap ada manfaat