Bismillahirrahmanirrahim.
Allah yang Maha Berkuasa merencana segala-galanya, maka ditakdirkan saya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam kalangan adik-adik. Walau di rumah sendiri saya hanya membahasakan diri sebagai ‘wani’, tapi bila melangkah keluar dari rumah, automatic, sayalah ‘kak wani’.
Beza umurnya hanya setahun 2 tahun, tapi tetap juga dipanggil kakak. Ikutkan saya, lagi selesa dengan panggilan nama. Lagi mesra dan boleh buat gila-gila.
Saya yang tua, dan saya juga pelajar dq, dalih sana, dalih sini, tetap jugak dicari. Dari sebesar-besar perkara hingga sekecil2nya.
Isu yang sering dirujuk, baitul muslim. Kadang-kadang mati kutu jugak dibuatnya, tahukah kalian wahai adik-adikku, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk dibawa berbincang. Tetapi tetap jugak saya cuba menjadi pendengar yang baik, dan memberi respon sekadar termampu.
“Kak wani, boleh x tolong terang pasal taqdim?”..3 pasang mata tertumpu pada saya untuk mendapatkan penjelasan.
Mungkin x cukup jelas jawapan saya, kemudian ditanya lagi..”emm, maksudnya, kalau dah setuju untuk ditaqdim, kita perlu tunggu lelaki tu sampai bila?”…..saya jawab sekadarnya.
“boleh ke nak bincang dan buat keputusan antara muslimin dan muslimat tu ja, tanpa mak dengan ayah tahu pasal ni?”…ok, dah start berpeluh-peluh. Cool2, cuba untuk recall balik ilmu daripada pembacaan.
Serius macam mana pun seorang perempuan ni, atau mungkin jugak nampak keanak-anakkan, tetap jugak perkara ni akan terlintas di fikiran. Kadang-kadang saya rasa, adik-adik ni lagi matang dari saya. Pandang jauh. Begin with the end in mind. Mantop2 belaka. Pakat ada target. “Saya insyaAllah tahun depan dah serius bab ni”..Gulp, jawapan dari seorang junior membuatkan yang senior ni hanya mampu senyum. Betul la, matang tu bukan diukur pada usia, tapi pada cara seseorang itu berfikir dan pengalaman hidup yang dilalui.
“Kak wani, nanti tolong jadi orang tengah saya eh?”…dah 3 orang request benda yang serupa.
Alhamdulillah, hasil tarbiyah uia mungkin, masing-masing nampak buruknya hubungan couple itu, rata-ratanya tahu hukum hubungan terlarang itu, dan indahnya andai berhubung ada yang menjadi perantaranya, ada yang menjadi pemudah bicara untuk menyampaikan hajat. Sama ada nak menjadi perigi, atau menjelma menjadi timba, jangan bertindak sendiri.
Seorang yang ceria tiba-tiba menjadi pendiam, pasti ada masalah yang membebankan kepala. Apabila ditanya, seperti yang saya jangka, masalah ini yang dirungsingnya.
“kak wani, macam mana nak buat, kalau hati ni cepat sangat tertarik dengan muslimin?..berhubung hanya atas dasar kerja, tapi hati ni cepat sangat cair..”..Terdiam lama. Cuba untuk memberi jawapan terbaik.
Point yang saya berikan lebih kurang sebegini. Memang x nafi, muslimat ni cepat sangat cair. Muslimin caring sikit, dah terbuai-buai rasa. Sebenarnya orang tu x bermaksud apa pun. Lain orang lain cara nak jaga hati. Kalau kita dah kenal diri kita jenis cepat kalah dengan benda-benda macam ni, elakkan untuk contact, melainkan memang betul-betul kerja yang penting. Kalau mampu elak, elak. Tapi jangan sampai kerja x jalan.
Ada setengah orang, bertentang mata sewaktu meeting pun, dah boleh jadi virus. Kalau dah tahu diri macam tu, jangan tengok langsung. Lain pulak kalau jenis saya, kalau x tengok orang time meeting, telinga ni seolah2 pekak pulak. Jadi x berapa nak dengar. So, I have to..tapi bajet2 la. Ada sesetengah orang, contact untuk bertanyakan khabar,meminta pendapat, meluahkan rasa, sekadar berkongsi idea, etc, adalah perkara biasa. Di sebelah pihak, perkara tu perkara biasa, dan x memberi kesan. Yang menjadi masalah, pihak yang satu lagi. Yang mula pikir bukan2 a.k.a out of the box hanya kerana tindakan kita yang biasa-biasa pada pandangan kita, tapi dah jadi luar biasa pada pandangannya. Jadi, masalahnya di sini. Dengan x sengaja menyebabkan masalah hati pada orang lain.
Kenal titik kelemahan diri, dan jangan izin ajnabi untuk menyerang masuk. Pesan saya padanya, “kenali apa yang paling kamu cepat lemah, dah buat benteng kuat2 kat situ. Dan jangan lupa doa pada Allah, sebab hati ni Dia yang pegang. Dan rasa tu Allah yang kurniakan, dan Dia juga yang Maha Kuasa untuk tarik semula” . Sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis di saat iman dalam keadaan yanqus.
Dalam kita bermujahadah menjaga hati, jangan lupa untuk menjaga hati pihak lain.Kadang-kadang takut juga, selalu sangat dijadikan rujukan untuk hal-hal macam ni, takut jika 1 hari nanti diuji. Ujian Allah itu pelbagai. Allahu Allah.
1 lagi pesanan khas untuk diri dan sahabat-sahabat .Antara cara untuk menjaga hati, kurangkan berbicara perkara-perkara berkaitan ini. Sekali-sekala untuk meluahkan rasa dan meminta pandangan, memang sangat perlu. Fitrah seorang perempuan, mahu ada yang mendengar dan boleh berkongsi. Cuma jangan terlalu berlebih-lebih memikirkan hal yang sama. Anggaplah soal cinta seperti garam dan gula, jangan terlebih atau terkurang dalam merencah. Dalam kependekan masa di dunia, terkadang rasa sia-sia jika terlalu kerap berbicara mengenai cinta. Pesanan khas untuk tuan blog, lebih baik risaukan perihal dosamu yang semakin menggunung..Dosa2 lama yang belum terampun. Amal ibadat yang makin kurang kualitinya. Pergolakan ummah yang makin menjadi-jadi. Bencana alam di setiap pelosok dunia. Sibukkan diri untuk mengumpul saham akhirat.
“Wani, sebab apa semua kawan2 kita pakat dah ada orang..kami ja yang xdak lagi..bohong la kalau rasa x teringin”….Mungkin respon-respon saya sebelum ni hanya seperti gurauan untuk buat kawan baik saya ni tersenyum. Untuk post kali ni. Ingin saya berikan jawapan seikhlasnya.
“ kenapa perlu risau kalau Allah takdirkan macam ni..patutnya alia (bukan nama betul) yang perlu rasa bangga dan bersyukur, sebab Allah x izinkan alia terjebak dalam couple segala bagai ni. Apa lebihnya mereka yang bercouple kalau mereka jugak yang lebih dalam mengumpul saham dosa?..Sebab Allah sayang, sebab tu Allah jaga. .Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya alia meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan.Bukannya alia x cantik, bukannya alia x solehah, cumanya Allah tangguhkan buat seketika urusan jodoh ni, sebab Allah nak bagi yang paling terbaik. Lelaki itu ada, cumanya belum sampai lagi masa. Bila Allah takdirkan saat tu dah tiba, jodoh alia akan datang dengan cara yang paling istimewa. Dia akan datang bukan untuk hanya seronok2, tapi dengan persediaan yang lengkap untuk menjadi imam alia. Fasobrun jameel..”… (hope u read this)
Sempat bermalam 3 malam di uia pj, macam2 cerita yang sampai di telinga. Ada yang diuji dengan kelalaian dalam tempoh pertunangan, ada yang diuji untuk memberi jawapan antara 2, ada yang diuji dengan risikan yang tidak ‘sekapal’..apa pun ujian yang Allah berikan pada antunna, merayulah pada yang selayaknya. Dia yang memberi ujian, dan Dia jua yang meringankan beban. Saya yang mendengar, hanya mampu mendengar, dan berkongsi sekadar ilmu pengalaman yang ada.
Bila sampai saatnya, moga antunna tersenyum bahagia. Bila saatnya tiba, pernikahan itu akan membuka tabir rahsia, bahawa suami yang menikahi kamu itu tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setakwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayub, atau pun setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman, yang punya cita-cita, membangun keturunan yang soleh. Dan bila saatnya tiba, perkahwinan itu akan menyingkap segala-segalanya buat suamimu, bahawa isteri yang dinikahinya itu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna dalam menyokong gerak kerja perjuangan, pun bukanlah Hajar, yang begitu setia dalam sengsara, bukan juga Aisyah, yang sangat tinggi ilmu pengetahuan. Cuma dirimu adalah wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah, dan melayakkan diri untuk menjadi bidadari di syurga kelak.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)
Entah kenapa diluahkan perkara ni dalam blog. 1 sebab, saya sendiri resah. Resah dengan jawapan2 yang telah saya kongsi dengan sahabat2 dan adik2. Mungkin jugak jawapan saya itu meringankan bebanan, dan mungkin jugak jawapan2 saya penyebab pada masalah seterusnya, akibat dosa dari si pemberi nasihat. Astaghfirullah.
Diri ini hamba yang berdosa. Pernah leka dalam bermuamalat. Pernah tersasar dalam mengatur langkah. Secara x sedar telah memberi virus dan fitnah. Moga Allah kuatkan hati dalam penantian. Moga Allah sedarkan andai seminit telah terlalai.
Teruskan beristikharah, moga kehidupan kita akan sentiasa terarah..insyaAllah.
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
(lirik lagu istikharah cinta by sigma..)
(saja tukar lagu blog dengan lagu ni..sedap pulak rasa..=)
Bismillah wal Hamdulillah.
ReplyDeleteSpeechless.
U r right.
Sometimes,
because of this,
we need to be 'strong',
we have to 'struggle' more.
Dua perkataan yang bisa mententeramkan hati dan jiwa berkenaan dengan jodoh ini, ialah 'SABAR' dan 'DOA'.
Dan dalam bergerak kerja, teringat perkataan yang Kak Rahmah ungkapkan, "PROFESSIONAL".
SABAR..
DOA..
Moga beroleh kemanisan mencintai Allah dan RasulNya. Maka, ekoran itu Allah akan menitipkan orang2 yang turut menjadikan Allah dan RasulNya cinta tertinggi.
Semoga berjaya peroleh cinta manusia yang mencintaiNya.
Saya nak jadi Khadijah..
ReplyDeleteSaya nak jadi Siti Aisyah......
Ameen~
~aishah jauhara..
ReplyDeletesabar dan doa, kerana itu kunci bahagia..mohonlah dari Allah..karena Dialah yang paling mengerti kita...lebih dari kita sendiri...
Dialah...yang paling menyayangi kita...
Dialah...yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita...
sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya...dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita~
~husna
ReplyDeleteperbanyak bekalmu...dan doamu...
yakinlah...bahwa Allah yang akan memilihkan yang terbaik untukmu~
Akak,
ReplyDeleteHuhu. Like ur post.
Syukran atas tips2 diatas^^
-ima
Assalamualaikum.
ReplyDeletehai wani, apa khabar KEDAH? :D
takdela, wani apa khabar. awat cek jarang on9 fb la ni. :)
hurm, when it comes to this thing, penat kan? asyik benda yang sama je, berulang2. kat fb, kat blog. tak habeh2. agaknya tunggu kita2 ni kahwin, ha, baru habis isu ni. tapi nanti mesti perkara lain berbangkit pulak. isu selepas kahwin. isu isu. :)
rasanya, kalau setakat dengar talk banyak2, pastu baca lah berapa banyak artikel mengenai jodoh, cinta, perkahwinan dll, tapi kalau dalam hati tak tersemat nak thabat dan sabar, tak boleh juga kan?
apa2 pun, kesedaran tentang tanggungjawab lain lagi penting. tak payah rasa 'terbuai' atau 'terigau' sangat dengan muslimin [pesanan utk sy sendiri]. anis tahu, benda ni sangat payah, dan selalulah melanda org2 yang aktif berpersatuan dsb. tapi kena PROFESSIONAL lah kan. :)
panjang pulak nak mengomen. rasanya apa yang anis tulis ni, sama je dgn apa yang anis cakap selalunya.
isbir lah wahai hati :)
~ima
ReplyDeletenice la ur blog ima..comei..hihi
sama2 kongsi ilmu..=)
~anis
alhmdllh sihat ja..bila nak mai kedah ni?..=)
terbaik la anis..hati kita yg decide..
xpa, nnti bukak sem ni xdan nk pkir dah..5 core subject..tepu kpala dgn fakta..haha
subhanAllah acik... :)
ReplyDeleteagak bergenang mata baca post ni..
ReplyDeleteujian..mmg ujian..
x senang duduk..otak serabut..resah gelisah..
zikrullah,sabar,usaha,doa dan tawakal sebagai peneman..
juga sahabat2 yang setia menasihati dan meminjamkan telinga..=(
insyaAllah..Allah will show the way =)
~anje..
ReplyDeletedah2..jgn dok b'genang sngt..hapuskan air mata..we r family rite..=)
Allah uji sebb Dia tau hmbaNya mampu...
12/12/2012 - 11.17pm
ReplyDeleteAssalamualaikum. Maaf bertanya, saya tertarik dengan soalan ”emm, maksudnya, kalau dah setuju untuk ditaqdim, kita perlu tunggu lelaki tu sampai bila?”. Sudi ke kiranya saudari ulas semula jawapan untuk soalan itu? Jazakillahu kheir.
ReplyDelete