Monday, November 29, 2010

~cfs iium~

"Ma..rasa serabut la..macam resah..nth..xleh nk define"..
Mama pandang saya lain macam ja, mungkin cuba untuk membaca riak wajah anaknya ini. Seandainya dia tahu apa yang saya sedang runsingkan ini, xpa la, belum sampai masa lagi untuk saya berkongsi.
Masa yang bergerak begitu pantas turut membuatkan saya resah, means that, lagi seminggu ja lagi saya bakal ke kuantan. Entah kenapa, hati terasa sangat berat nk ke sana. Seolah-olah ada sumting di kuantan yg membuatkan saya resah. Jawapan daripada Allah itu dalam pelbagai cara, mungkin jugak ini jawapannya, Allahua'lam..


Ada jugak beberapa orang senior yang saya contac, mintak tunjur ajar, apa yang kena prepare sebelum ke kuantan. Antara pesanan naqibah saya, kena rajin study consstenly, cari geng suka study, get ready dgn karenah monyet yg suka masuk bilik, kiosk x gempak sngat, sedia duit banyak2 untuk beli buku, mybe akan diperam lama so kena pndai2 sendiri la cari peranan, kena pandai bawak diri sebab terpaksa open sikit dengan brothers..dan ada la lagi pesanan2 penaja..


Penting untuk seseorang punya persediaan sebelum beralih ke fasa2 tertentu.
Bukan apa..takut terover terkejut ja. Lain tempat lain suasana. Suasana p'sekitaran, cara belajar, cara interaksi.
Benda2 yang remeh pun saya runsingkan. Macam mana kalau t'serempak dgn monyet kat dalam bilik nanti, kalau dapat rumet yang x leh buat geng macam mana, awat kafe kat uia kuantan sikit sngat, macam mana nk balik rumah 2 bulan sekali, kalau x leh catch up dalam kuliyah nnti apa jadi..haisy..macam2 ada dalam kepala ni..sebab tu jadi serabut kot. Pesan kat orang lain sikit punya la, tapi diri sendiri pun dok runsing...
..........berfikir untuk masa depan boleh, tapi jangan sesekali khuatir..~


Entah ke mana hilangnya semangat nak smbung degree..
waktu kat uia pj, excited sngat nk habeskan cepat2..bosan kat pj..ni bila dah habes, baru terasa rindu suasana kat pj..
(Dah mai dah mood nak teringat kenangan2 lama..sapa ada keja lain nak buat, tafaddhal..sesungguhnya entry kali ni cuma nak hilangkan rasa rindu dan gelisah ni ja..)


Mula2 masuk uia pj, macam agak terkejut la. Ya la, environment memang lain sangat dengan suasana dq.
Nama ja universiti Islam, tapi suasana tu masih di tahap sederhana. Disebabkan nak wujudkan biah solehah kat uia nih, saya dan beberapa org kawan join society (..rela hati ka sebab senior suruh..haha). Banyak jugak pngalaman time pegang jawatan dalam subcom discipline and welfare fscc. Malam2 jadi makgad, ronda kawasan2 target, usaha nak cegah budaya.dating2 dan sewaktu dengannya.




Kalau ada event besar je, kami still dengan tugas yg dibenci ramai orang, tugas memantau disiplin.
Tetapkan laluan untuk brothers n sisters, pantau dresscode student, make sure brothers x pakai short, sisters pakai baju labuh, tudung bawah dada, pastu x jerit over2... Standard la kalau ada yang jeling2
 x puas hati sebab kena tegur, pastu kutuk2 belakang...Haisy, sabar2..
Moga Allah memberi hidayah kepada mereka, dan menetapkan hati kami semua atas jalan dakwah.


Sistem belajar kat pj ni pun best jugak. Nama pun matrikulasi lagi, kiranya bnyak yang lectrer suap. Kami tinggal nk nganga n telan ja..hihi..
Best belajar, sebab topic2 kat sini, banyak yg dah belajar time spm dulu.Tapi ada jugak subject yg advance. Sabar je la belajar fizik n chem2..huh..


Yang paling saya cuak, presentation...fuh, kat sini asyik kena buat pbentangan ja. Memang glamour la dok depan kelas tu, pastu speaking la bagi student lain faham. Nak2 pulak kena terang calculation math, memang menggigil macam kna parkinson.Kalau ada classmate yg nak tnya soalan time tu, mmg cari pasai sungguh la, mmg buat musuh.
 Time kena masuk lab paling best, buat eksperimen Tapi kadang2 tu pressure jugak, kalau salah handle, boleh meletop makmal tuh. Waku kena bedah tikus yg paling masyuk..madam bagi sorang sekor, pastu buat la apa hampa nk buat, jgn bawak balik bilik sudah. 


sory cik tikus, kalau ada terkasar..


Nakal jugak saya n the geng nih, bila x smpat sngat dah, tutorial pun main pinjam yang kelas yang dah bincang. Asalkan ada jawapan, kira selamat la. Pastu lab report pun main copy paste ja...huhu, memang hampeh punya perangai. Sila bertaubat wahai diri, make sure kat kuantan nnti x main2 cmni dah.
Classmate pun memang sekepala, senang nak buat perangai..hehe. Sepanjang kat matrix ni, brothers kelas biology yang paling best, sebabnya, depa ni memang baik.(baca skema), n jenis x kacau sisters, kalau classmate chem memang hampeh.
Cara dressing, pastu bawak buku campbell tebal2 p kelas, galas beg macam budak2 sekolah, duduk depan sekali, 10 minutes before lecture dah sampai...pendek kata memang baik la, x penah nak usik2 sisters.


Kalau hari selasa, budak2 uia mmg jadi excited. Ada pasar malam. Kalau elaun x masuk sekalipun, paling kurang bagi ada 2ringgit dalam poket..boleh beli ais krem goreng.
Kat kuantan nanti mesti xdak jual, saya berani kerat kuku la, memang xdak jual punya ais krem nih..


..perisa vanila kot nih..


Kalau ikut memory dalam kepala ni, banyak lagi nak cerita. Tapi cukup la sampai kisah ais krem  ja, buat entry ni pun sebab nak bagi hilang rindu kat kawan2 kat pj and bagi hilang resah sebab nk p kuantan(awat yg cuak sangat nk p sana pun xtau la)..huhuu
Cfs uia pj tetap dalam ingatan..=)
Bawah ni ada lyric cfs song, boleh la kalau sapa2 nak test vokal..

 LET US COME ALONG AND GET TOGETHER

AFFIRM OUR FAITH IN GOD AND THE MESSENGER,
LIGHT THE FLAME OF LOVE IN HIM WARM AND BRIGHTER,
HOLD THE ROPE AND TRUST IN HIM FOREVER,

DIVIDED WE'LL FALL, UNITED WE STAND,
UNITY BEARS THE FRUIT OF UNIFICATION,
TRIPLE I.C.E IS EVER OUR MISSION,
EXCELLENCE IN ALL WE DO IS OUR VISION,

(CHORUS)
WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH, (FOR THE UMMAH..)
GUIDED BY QURAN AND SUNNAH, (QURAN AND SUNNAH..)
FOUNDATION CENTRE OF IIUM,
THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE..




DIVIDED WE'LL FALL, UNITED WE STAND,
UNITY BEARS THE FRUIT OF UNIFICATION,
TRIPLE I.C.E IS EVER OUR MISSION,
EXCELLENCE IN ALL WE DO IS OUR VISION,


(CHORUS)



Monday, November 15, 2010

~berkongsi sekadar termampu~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah atas segala nikmat.


Saya nak sambung sikit lagi bekaitan entry ~jangan sendirian membuat telahan~

Apabila kita melihat sesuatu keadaan ataupun seseorang, kita memang akan ada first impression terhadap perkara tersebut.Kerana first impression, kita akan menjadi terlalu kagum dan hormat terhadap seseorang..Kerana first impression jugaklah, kadang2 kita sampai menghina. Apa yang penting, jangan terburu-buru dalam menilai.




Cara kita berpakaian melambangkan siapa kita..Setuju dengan statement ni??..Terpulang pada pendapat masing2..Nak tinggal komen kat blog ni pun boleh.
Apabila kita berjubah, seolah-seolah semua perkara berkaitan Islam ada dalam pengetahuan kita.
Apabila kita bertudung labuh, hukum wajib,haram,sunat,makruh,harus.., semua kita dah hadam.
Apabila kita berkopiah sepanjang masa, bersedialah untuk jadi imam solat jemaah pada bila2 masa.
Apabila kita pelajar lulusan agama, maka akan ada yang akan panggil ustaz/ustazah.








Sesiapa yang ex student mana2 sekolah agama, ataupun belajar dalam bidang tahfiz, ataupun pelajar lepasan al-azhar, tidak dapat tidak, memang akan dipandang/ dilabel masyarakat sebagai orang yang tahu dan faham agama.
Ayat standard orang selalu cakap..
"hg budak maahad, xkan xtau kot makna ayat quran ni.."
"Hafal quran kan?..boleh jadi imam terawih ni.."


Macam2 lagi contoh kalau nak tulis, masing2 ada pengalaman sendiri. Saya nak bekongsi sikit pengalaman saya dalam hal ni.





Di suatu pagi yang indah..
"Wani, ni che' pah telepon ni..dia kata dia nak mai rumah jumpa kamu"..
Allah..sudaaaahh..kejutan apa plak pagi2 ni..dah start cuak dah, sebab boleh agak dah jiran sebelah rumah ni datang sebab apa.
Che' pah ni suka tanya bab hukum2 agama, makna2 perkataan arab. Sebab tu yang saya cuak, saya bukannya tahu sangat, yang basic2 boleh la sikit2.
"Ma...nak buat2 tidur boleh dak?..x mau jumpa dia"...
"Kamu jangan nak buat hal.. tu haa, che' pah dekat gate dah"....huhuhu..


Ok..tenang2.
Nabi Muhammad pesan apa?.."Sampaikan dariku walau 1 ayat"
InsyaAllah, apa yang termampu saya cuba jawab.
Banyak jugak soalan2 auntie ni yang agak killer..Maka saya pun tersenyum2 simpul sebab x dapat jawab.."hmm, xpa la che' pah..nanti wani cari jawapan untuk soalan ni..dah dapat nanti wani gtau"
Saya segan sikit dgn che' pah ni. Ya la, umur dia pun dah sebaya ayah. nak2 pulak, dia ni pengetua sekolah menengah. Adeyh, terasa betapa kerdilnya si pipit ni nak menjawab soalan2. Bila time dia speaking, lagi la tegagap-gagap saya nak balas balik..


Tapi. saya memang respect dengan auntie ni. Tersangat  merendah diri dalam nak menuntut ilmu.
Walaupun dari segi pangkat, pengalaman, ilmu,dan segala-galanya dia lebih daripada saya, tapi tetap jugak dia nak belajar dari saya yang serba kekurangan ni.
Kita yang masih bergelar pelajar ni, memang perlu ada sifat tawaduk dalam menuntut ilmu.
Analoginya, aliran ilmu ini seperti aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Air akan paling banyak bertakung di tempat yang paling rendah.
Begitu juga keadaannya dengan ilmu. Ilmu perlu ditakung dengan hati yang merendah diri.
Semakin merendah diri seseorang itu, semakin banyak ilmu yang dimilikinya.
Jika kita tawaduk, kita boleh belajar hampir daripada semua orang dan peristiwa.










Alhamdulillah, kami sama2 dapat berkongsi. Apa yang saya tahu, saya ceritakan. Walau ilmu saya sedikit cuma, tapi saya cuba.
Che' pah ni memang suka belajar dan bertanya. Dia siap buat reminder lagi tarikh saya akan berangkat ke Kuantan. Kiranya, dalam tempoh tersebut, dia boleh datang lagi nak tanya apa2 soalan...
"Nanti kalau che' pah x faham apa2 lagi, che' pah mai tanya wani na..che' pah selalu bgitaw kat kawan2 che' pah...' I kalau x fhm apa2, I boleh tanya anak jiran I..dia hafal Quran..You all kalau nak tanya apa2 boleh la ' Che' pah rasa lega.."..
Haisy, serius cuak..




Ada 1 lagi pengalaman yang saya nak kongsi. Dalam perjalanan pulang dari talaqi Sheikh Fahmi Zamzam, sempat saya berbual-bual dengan pakcik teksi ni. Uncle ni buddhist.
"Muslim memang kuat ibadat ke?"..
"Hmm, banyak jugak, sehari 5 kali"..Saya menjawab pertanyaan uncle ni, 2 orang kawan saya di belakang jadi pendengar setia.
Giliran saya pulak bertanya..Berapa kali penganut buddha ibadat, kenapa ibadat guna lidi, kenapa ada makanan dekat rumah tuhan yang warna merah tu, sebab apa x makan daging..Saja saya bertanya walaupun dah tahu jawapan. Jawapan2 uncle tu banyak yang x jelas, dia sendiri pun x faham sangat agama dia.


Saya mula berfikir. Jika saya ditanya pelbagai soalan mengenai Islam, mampukah saya memberikan jawapan yang terbaik. Adakah saya mempunyai pengetahuan yang jelas dan tepat. Mampukah saya memberikan gambaran yang terbaik kepada non muslim tentang Islam.
Koreksi diri, sejauh mana Islamkah kita, sebangga manakah kita menyebut i'm proud to be a muslim, jika ilmu pengetahuan kita tentang Islam sedikit cuma.
Allahu Allah..


"Kalau agama lain kawin dengan muslim, memang kena convert kpd Islam?"..
"Yup, kena jadi muslim jugak"..Pendek ja jawapan, saya pandang wajah uncle ni. Dia mula bercerita perihal seorang kawannya, kawin dengan orang Islam.
"Senang ka masuk Islam?"..Soal uncle ni lagi.
"Islam ni mudah je uncle"..Saya kurang fokus dengan soalan2 uncle, mata saya hanya tertumpu pada meter teksi, apehal laju sangat meter ni. Dompet dah la tengah kurus.


Allah..Saya rasa saya gagal untuk menggambarkan Islam dengan gambaran yang paling cantik kepada uncle ni. Dah ada peluang pun ,sepatah dua ja jawapan saya.
Tapi saya sempat berpolitik sedikit dengan uncle. 2 3 soalan saya tanya uncle.
"DAP @ MCA?"..uncle pilih dap..good3x
"DAP @ BN?"..dap jugak pilihan uncle.
"DAP @ BN @ PAS?"..dap tetap di hati uncle..
"PAS @ BN?"....uncle pilih pas..tersenyum saya, yang tu yang nak dengar.
Uncle ni agak tertarik dengan kes DSAI. Sempat saya jelaskan sikit2 mengenai PKR.
"May God bless you uncle"..saya mengakhiri perbualan kami. Hepy ja tengok uncle ni.








~Sejarah terlampau tenyata berliku dan mendewasakan. Saya manusia jahil. Saya tidak berilmu. Amal ibadat terlalu minimum. Mudah-mudahan Allah ampunkan saya atas kekurangan dan kelemahan ini.
Namun, saya cuba untuk menyampaikan sekadar yang termampu.


Tuesday, November 9, 2010

~kita berkasih kerana Allah~

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sudah mula menghitung hari. InsyaAllah, 8 disember ni saya akan menjejakkan kaki ke bumi kuantan, x sampai sebulan ja lagi..Moga Allah panjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan saya dalam menuntut ilmu. Bachelor of Biomedical Science, insyaAllah.
Sejujurnya, saya agak cuak nak ke kuantan ni. Banyak faktor, tapi paling utamanya sebab kawan2 rapat saya masih di uia pj dan saya sorang2 ja dah nk pegi uia kuantan..huhu
Rasa macam lumpuh separuh badan pun ada kalau depa ni xdak, sebabnya saya ni terlalu begantung dgn adik-beradik usrah dalam semua hal...sabar2, 1 sem ja wani..insyaAllah nanti jumpa lagi..

Banyak memori suka duka kami semua, start dari kat dq, sampai la kat uia.hmmm.....




Ya Allah..macam nak kena dur ja saya kali ni..out of 7 questions,i only can answer 4 q..fuhh,mmg sah kena repeat..kalau saya x kena dur,mmg kes saya nih boleh masuk rncangan ripley's blieve it or not..
   Perasaan?..down tu xyah cakap la sampai petala ke brapa dah..air mata ni dah macam empangan maghribi pecah pulak,non stop..
   Solutionnya??..solat!!..solat la ubat paling mujarab..kat sejadah la nak nangis puas2..Allah yg Maha Pengasih sentiasa di sisi..Ya Allah,Kau campaklah secebis ketenangan dlm hati ini agar hamba redha dengan takdirMu..Kau hadirkanlah sahabat2 yg akan menguatkan di saat diri ini lemah..
...........nway,saya bukannya nak crita bab exm nih...........
  
   Allah yg Maha Pengasih menjwb doa hambaNya dgn plbagai cara..
  
 Time2 sdih mcm tu la,acu datang bilik..
  "Acu..tolong tenangkan hati acik..dari tadi xleh stop nangis..acik xleh jawab exam...sob3x.." Lama dia merenung ..."Acik...kita sbagai hamba..bla..bla..bla..".
nasihat drpda adik-bradik usrah mmpu mmberi saya ktenangan.
   
   "Alang...tolong la acik..gelabah sangat2 nih..cmna nak wat presentation tentang tajuk nih?nak kena speaking plak tu...alang kan debater...gtaw la tips2 cket..."
   
   "Acik da problem la aniq..masalah hati..hu3x..acik dah cuba nk settle,tp acik x kuat...pada pndangn aniq la kan,utk mslh hti ack nh.................bla3x.."
 
...  nak wat benda kurang baik pon kena ada penguatnya jgk....
  "Anje,xpe ke kalau kita copy ja tutorial ni?..cuak la plak,kalau madam dapat tau,habeh kita...
Tapi kan, daripada xdak langsung jawapan, kira ok la copy pun kan..hihi..ada jugak bnda nak tulih kat whiteboard tu kalau kena panggil.."
 
    Pada pendapat along,utk persoalan golongn yg wajib diperangi ni mcm mna?..acik still blur2...
tadi dah tanya ayong...ayong kata......bla5x.."


 
Dari sekecil-kecil prkara smpai sebesar-besar perkara,semuanya saya kongsi dgn sahabat2 terdekat,merangkap adik-beradik usrah...Kat dq ni usrah dia special sikit. Ada panggilan ikut umur. Mula2 tu cam geli jugak dok panggil2 camtu, tapi lama2 tu ok dah..hehe



 
Inilah topik yg ingin saya bawakan kali ini.Walaupun topik ukhwah sering dibincangkan,namun topik ini tetap menjadi topik yg diulang-ulang kerana semua orang pernah dan sedang merasai manis dan pahitnya ukhwah..
 
Ukhwah bukanlah 1 hubungan yg boleh diklasifikasikan sebagai biasa kalau kita lihat dari sudut yg sebenar..ternyata ia mrupakan hubungn yg luar biasa kerana ia boleh mmbuatkan kita rasa happy,sedih,teruja,tenang,resah,menjadi pmbakar semangt dan sbagainya..
 
Ukhwah sememangya indah,namun jangan kerana ukhwah,kita semakin jauh drpd Allah.Kalau kita terlalu bergantung kpda sahabat,jgn smpai pergntungn tersebut melebihi pergntungn kita kpda yg menganugerahkan hubungn tersebut..
 
Kita perlu pandai memilih sahabat..mudah2an,sahabat yg kita pilih ini akn mendekatkan lagi diri kita kpda Allah..Sentiasalah bermuhasabah..atas dasar apa kita berukhwah..Adakah kita menjadikan ukhwah kita sbagai 1 generator menuju Yang Esa?...Jika niat kita berukhwah untuk mendapat keredhaan Allah maka kita dan sahabat akan sentiasa mndekatkan diri kpada Allah...
       "Ada 7 golongn yg akn dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, 2 lelaki yg berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya"
Moga-moga kita tergolong dalam golongn tersebut....
      
Golongan yg bersahabat kerana Allah ini akan sentiasa dlm ketenangan kerana mereka cinta-mencintai atas dasar akidah...doa2 untuk kesejahteraan sahabat sering dilafazkan tanpa mengharapkan balasan dan bicara2 nasihat yg menenangkan sentiasa diberi tanpa dipinta....
 
Rasulullah sendiri mempunyai sahabat2 berperibadi unggul seperti Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Usman,Saidina Ali,Bilal bin Rabah,Abdurrahman bin Auf dan lain2...Baginda turut hidup bersahabat..Masakan kita yg serba kekurangan boleh hidup tanpa sahabat?...Logiknya,manusia perlukan sahabat dlm melayari kehidupan. Tanpa sahabat kita lemah..Tanpa sahabat terasa kaki mudah patah..Tanpa sahabat longlailah langkah dan tanpa sahabat kita seringkali rebah..
 
Menyusur kembali sirah perjuangan Raulullah SAW..
Pernah suatu hari,Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar keluar pada waktu tgh hari kerana kelaparan yg teramat sngat....Kemudian mereka terserempak dengan Rasulullah.Mereka bertanya kenapakah Rasulullah berada di tengah2 matahari panas ini?...
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
      "Apa yg menyebabkan kamu keluar rumah,itulah yg menyebabkan aku berada di sini"
 
Hidup kita mmg akan terasa kuat andai kata punya shbt sebegini.....
Sama2 merasai kesusahan..sntiasa disisi ketika ditimpa ujian...sama2 bersengkang mata mnyiapkan tugasan(keja apa ek smpai x tdo?hahaha)..sama2 menangis krana gagal imtihan(hehe)..
Pokoknya,ada sahabat yg memahami di sisi,hidup kita terasa terisi...sama2 saling mengasihi,utk mencapai kasih Ilahi..


 

Pernah 1 ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kpda seorang sahabatnya yg lain...Rasulullah pun bertanya semula..,apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya?.....
Sahabat itu menjawab dia belum berbuat demikian...Lantas Rasulullah pun berkata "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya"
 

Special ddcation 2 ol my siblings....
uhibbukunna lillahi taala...moga2,kita tergolong menjadi insan2 yg hatinya rindu pada kebenaran dlm mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha tuhan....
Amiiin...andai terpisah..moga bertemu di jannah.. 

Saturday, November 6, 2010

~jangan sendirian membuat telahan~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..baru hari ni tebuka hati nak update blog. Serius cakap, x update bukan sebab sibuk, bukan sebab ada exam dunia, bukan sebab xdak idea, bukan sebab berebut dengan adik n zunnud nak main intenet, bukan sebab bnjir..tapi saya ada sebab tersendiri..Allahu Allah.


Dah2, xyah berat2 kepala pkir sebab apa saya x update..




~Don't judge a book by its cover..quote yang selalu kita dengar.
But I've already judge a book by its cover...huhu
Waktu last usrah hari tu, geng usrah ada hadiahkan saya sebuah buku..tajuk buku agak kontrovesi.
'Kerana Cinta Harus Memilih'
Gulp..malu alah saya nak terima buku tu..
Balik rumah, baca buku tu sembunyi2..takut mama nampak. Baca bawah selimut, dah habes baca letak bawah bantal. Rasa macam gadis sunti dapat surat cinta dari jejaka idaman la pulak..haha
Malu 7 keturunan kalau mama nmpak anak dia baca buku2 cmtu..=]


Dah habes baca, baru tau intipati buku tu apa..overall content, penulis nak sedarkan remaja, jangan cepat menyerah dengan cinta. Memang perasaan tu fitrah, tapi jangan sampai bertukar menjadi fitnah. Cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta ibu bapa..yang tu yang terbaik. 
Tajuk buku ja yang agak menakutkan, tapi content mendamaikan..=D
(Buat penat ja dok main aci sembunyi dengan buku tu..kalau tau, awal2 lagi buat bedtime story kat adik2..haha)

.......................................


"Ma, sapa yang buang kucing2 ni kat sini?..dah la yang sekor tu hitam macam malam"..(oh,ada unsur penghinaan di situ..=p)
"X tau la wani oi..ada orang mai buang kat rumah kita...", Mama jawab acuh x acuh.
Makin banyak la kucing kat rumah ni. Kalau comey x pa jugak. Yang warna putih ni boleh tahan la jugak. Tapi yang sekor lagi ni, dah la hitam..kurus kering..

-kucing google ja ni..kucing yg berbeza, tapi  hitamnya tetap sama..hehe-

Dah banyak kali dah, rumah kami jadi sasaran bagi pembuang2 kucing. Kompius jugak,rumah saya ni ada gaya market ka sampai pakat dok mai buang kucing kat sini..haisy.
Mak saya, walaupun x suka, tapi tetap bagi makan kat si putih dan black (nama x rasmi berdasarkan warna bulu).
..nama ja adik-beradik kucing ni, tapi bab makan, asyik gaduh ja. Si putih ni sokmo pulun makan , yang black x sempat nak merasa pun.
Dah la hitam, ditindas pulak..kisah cinderella versi kucing.
Nak bagi adil, mama pun bahagi 2 makanan tu. Saya hanya bertindak sebagai pemerhati.
Dapat ja ikan tu, yang si putih gigit ikan tu, p sembunyi belakang pintu dapur. Makan kat situ sorang2 dia.
Yang si black pula, slumber ja makan kat tempat asal tu. X kalut pun nak sembunyi2 makanan dia, mksdnya black x kisah pun kalau kena kongsi makanan.


Tersenyum sendiri saya pagi tu..Allahu Allah.
"Ma..black tu, walaupun x secomel mana, tapi hati dia baik la wani rasa. X sembunyi pun makanan dia. Yang si putih ni, macam penuh sifat dengki ja ma.."
"Kamu tu la..asyik kata kat black tu..hitam macam malam la..Black tu memang la hitam, tapi hati dia bersih, xdak dengki2.."...haa, free ja dapat kuliah subuh.

.................................






2 scene di atas cukup untuk sedarkan saya, jangan menilai sesuatu/seseorang berdasarkan appearance luaran sahaja. Siapa kita untuk menghukum?!
Mungkin sahaja penampilan dia begitu, tapi amalannya yang ikhlas, hanya Allah yang tahu.
Mungkin sahaja bacaan Quraannya ada yang kurang sempurna, tapi Allah jualah sebaik-baik penilai.
Mungkin sahaja ada tindak tanduknya yang kita tidak suka, tapi jangan sesekali cepat menghukum tanpa mengetahui sesuatu perkara dengan terperinci.
Mungkin sahaja rupa parasnya yang tidak berapa cantik tidak dipandang seisi dunia, tapi siapa tahu, kerana hati dan amalannya, seluruh penduduk langit memujinya.. 


Ingin saya bawakan sepotong hadis.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim)




Sesungguhnya Allah itu maha adil. Sesuatu yang dinilai oleh Allah bukanlah sesuatu yang bersifat kekal seperti rupa paras dan tubuh badan. Akan tetapi yang menjadi ukuran di sisi Allah adalah sesuatu yang bersifat universal yang dapat dicapai oleh setiap orang. Seburuk apapun luarannya, ia masih memiliki hati. Semiskin apapun seseorang, ia masih diberikan kesempatan untuk beramal. Hati dan amal, itulah yang menjadi standard ukuran, beruntung atau ruginya seseorang hamba.


Tapi..
Ingin saya tekankan di sini..
Bukanlah bermaksud jika Allah hanya melihat hati kita, maka tidak perlulah kita menutup aurat dengan sempurna kerana apa yang diambil kira cumalah hati.
Buatlah apa jenis pekerjaan pun, x kisah la, halal ke haram, yang penting hati ikhlas kerana Allah..
Allahu Allah...Jahillah kita jika berfikiran sebegitu.


Allah melihat hati. Kerana hati itu raja. Di situlah letaknya iman Di situlah wujud segala perasaan. Sejauh mana iman kita, akan terzahir dengan amal perbuatan kita. Sekuat mana iman kita untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang Allah larang. Sekuat mana diri kita untuk berterusan melakukan amal kebaikan yang Allah perintahkan.
Moga2 kita tergolong dalam golongan hambaNya yang bertaqwa, yang sentiasa ke arah kebaikan dan menghindari kemungkaran.


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13
"...Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.."






Tapi kita hamba yang serba kekurangan ni,selalu terburu-buru dalam menilai. Manusia banyak menilai berpandukan luaran sahaja. Apa yang kita nampak, yang tu yang kita akan judge. 
Saya bagi contoh mudah ja. Bab aurat perempuan ni la yang paling jelas.
Kalau nmpak perempuan yang free hair  ja, macam2 lintasan jahat dalam hati kita.
Jangan pandang serong pada perempuan2 yang tidak menutup aurat dengan sempurna, kerana mungkin sahaja mereka tidak tahu hukum, atau kerana ada apa2 masalah yang kita sendiri x pasti. Doakan hidayah Allah untuk mereka. 




Begitu jugak kalau kita punya kenalan yang bertudung labuh, berjubah, siap niqob lagi.
Kadang2 kita terlalu memandang tinggi pada golongan ini, sampai kita takut untuk menyuarakan pandangan.
Terlalu memandang tinggi, sampai kita rasa mereka ini maksum daripada melakukan sebarang dosa. 
Sampai 1 tahap, jika golongan ini ada melakukan apa2 kesalahan pun kita x berani nak tegur, sebab kita rasa mereka ni tau semua perkara, arif semua hukum agama..
Jangan begitu dalam menilai, kerana tiada hambaNya yang sempurna..klik sini




Saya penah buat 1 modul dalam usrah.
Modul 1st impression. Saja nak tau apa pendapat adik2 ni tentang saya kali pertama kami bersua muka.
Ada 6 orang yang hadir, mksdnya ada 6 respon.
-seorang yang ramah....(kihkih, pura2 jadi peramah ja adik ooi. kalau naqibah x cakap, x jalan usrah)
-serius.....(ke dia nak cakap naqibah dia nampak tua?..huhu)
-kelakar..
-peramah..
-macam serius, tapi bila dah kenal, rupanya k.wani hepy go lucky.
-lemah- lembut....(gelak non stop bila baca respon adik ni..luv u la adik.haha)
-sopan santun, boleh buat k.ipar,..(ni respon ke7..=D )


Seronok juga main modul ni. Bukan nak judge ke apa. Cuma boleh tau apa pendapat orang sekeliling mengenai kita. Ada yang betul, ada yang langsung x kena.
Saja ja cerita modul 1st impression ni.




~sama-samalah kita bersihkan hati kita, hilangkan titik dosa di hati dengan sentiasa mengingati mati. Jagalah hati, kerana itu yang dipandang Ilahi.
Laksanakanlah segala suruhan2 Allah, hiasilah peribadi dengan segala amal kebaikan..
Jangan menilai.. berhenti menghukum sesuatu yang kita sendiri x pasti...Jangan sendirian membuat telahan~