Thursday, September 6, 2012

~new sem~

eh eh, sebijik macam aku..hehe



Bismillahirrahmanirrahim^^

Tengah ambik feel ni, last nak update dari rumah..oh tidaaak, esok nak balik dah. Start cuti june hari tu, tuptup sekarang dah september . Tambah tolak, lebih kurang 3 bulan bercuti.

3bulan cuti. Bunyi macam lama kan. Dan ternyata, memang lama. Dah tu, cuti lama2, apa yang hang buat wani?..errr..T_T..insaf2..apa aku dah buat cuti lama2 ni?..seminggu dua ni tidoq pun x berapa nak nyenyak dah, dok pikir buat apa sepanjang cuti..(xnyenyak pun, 7 8 jam jugak kaaan). Xpa la, masa yang dah lepas bukan boleh nk rewind macam cd dah, as long as u realized u had done mistakes, and u determine not to repeat it again<<huhu, ayat pujuk diri sendiri=[




OK.Now we move on. Yesterday is a history, today is a GIFT. Disebabkan gift, ku terasa sangat indah.hehe.so,planning n terus buat plan.prepare apa yang patut untuk next sem.

Sebab apa kena ada plan?..Sebab xmau lari focus. Focus dalam akademik, focus dalam society, etc. Serius, xmau dah jadi macam sem lepas, banyak buang masa.huh

Sem baru, azam baru. Ni sifir standard la kan. Semua orang pun sama aku rasa. Mesti ada yang dah copy paste kata2 semangat, n nanti pelekat kat bilik, mesti dah pakat beli exam pad, pen pembaris bagai. Aku xdak la buat macam tu pun, tapi azam mau haibat. Ka aku ja jenis awai2 ja telebih semangat, mai nak hujung jadi kus semangat dah. Apa2 ja la, yang pasti untuk azam ni, nak didokumentasikan dlm belog,hehe. Gamak2 kata lupa diri, sapa2 tolong suruh aku buka n baca apa yang tulih awai2 dulu.<<eh2, pekatnya loghat kedah.haha

Sem ke 4, insyaAllah study subject pharmacology, immunology, pathology, philosophy of science, tahfiz 4..yang x ambik tahfiz belajar family management and parenting..

Nampak rilex kan sem ni..ternyata mmg rilex, 14.5 ja kottt credit hours..boleh guling2 atas katil..heh, x yah nak mimpi sangat, kerja dok ada belambak2.

Senior kata pharmaco subjek berat. Allahua’lam la berat macam mana, mungkin berat sikit dari wacana pemikiran reformis. Immuno pun depa kata berat. Xtau la apa yang ringan. Yang pasti, sangat cuak dengan tahfiz 4, juzu’ 16-20..errr..bukan nak pesimis, tapi tau dah mesti x habeh muqorror sem ni..xpa la,cuba dulu.

Moga aku x lalai dengan ujian masa lapang.


Azam 1>>>JANGAN P KELAS LAMBAT.
Kadang2 tu sampai bepeluh2 , sebab jalan p kelas dah gaya orang dok jogging. Mana taknya, nak p lecture hall tu jauh la jugak, nak kena merentas desa dulu. Gerak dari asrama pun lambat, sampai kelas tu dah temengah2 dah.Pastu dah sampai,jadi penat, lecturer nak stat ngajar, mata pun mula la nak syahdu. Makin naik sem makin cekap pulak gaya tidur sambil duduk ni.Orang x perasan bhai..haha. Bila dah stat sengguk tu, mula la tangan  pun dok berseni buat tulisan bentuk cacing. Pastu n pastuu…haih, bnyk consequences ni. So ubah yang root problem.

Moga Allah mudahkan jalan nak menuntut ilmu ni. Mudah faham, mudah ingat, insyaAllah~


Azam 2>>TIME MANAGEMENT
Haa, part ni selalu kantoi. Ada ja masa free, jadi x senonoh la aku. Layan perasaan la, tengok movie la, buat2 tidoq la. Plz wani, say no to pembaziran..Pembaziran masa. Allah akan tanya semua ni.huu. Alwaajibat aktharu minal awqaat. Sangat betul, tapi bila Allah uji sikit dgn masa lapang, bukan main membazir aku. Pastu bila banyak keje x setel, mula la nak menggelabah, mnyesal. See wani, u know the effects kan, so, INSAFlah..


buku bwh sekali terpaksa dianaktirikan, telebih muatan..huu

Oleh yang demikian (kata penghubung ni kalau ada dalam karangan, cg.norlia akan bagi markah), utk make sure kan x buat pembaziran besar2an lagi, aku taget nak habeskan buku2 ni sem ni. Sebelum2 ni, xdak taget..kalau rasa nak baca, aku baca..besusun buku sebelah bantal. Bila xdak taget ni, kita x pulun sungguh2 pun kan nak baca bagi habes.



Bila time management kantoi, then rasa berat, nak futur bagai. Amanah ni wani, buat sehabes baik. Semalam, seharian dok siapkan almanac biro, setelkan draft paperwork. Moga Allah nilai segala gerak kerja kami, ameen

~amanah~


Aku mohon keberkatan masa dariMu Ya Allah~


Azam 3>> MONEY MANAGEMENT
Sebelum ni dah penat story konsep six jars ni. upgrading~Tapi sem lepas duit masuk lambat, makanya, berterabur habeh planning aku.Nampak sangat bukan salah aku.haha

Memang la orang kata, money is not everything. Tapi hampa jangan dok cakap kencang la, main dengan xdak duit ni, boleh cacamerba hidup. Jenuh la kalau asyik nak mintak credit advance ja kan. Tetiap hari makan nasik bajet, mau terbantut jugak la tumbesaran kita. So, manage duit kita baik2. Ni pesanan khusus untuk yang tengah menaip, sebb aku jenis pandai guna duit, nak cari tambah duit failed tahap G.

setiap kali outing, make sure bwk budget ni.haha~


Kalau hampa nampak aku dah ala2 nak lupa diri waktu shopping tu, tarik tangan aku masuk toilet, g ambik wudhuk. Kalau ikut mata ni, semua benda bekenan.

3 hari lepas; “Ma, wani nak keluaq esok, nak beli kasut”..
“Kasut lagi?..yang kat rak banyak2 tu kasut sapa?..
“hm, satu tu kasut p majlis formal..yang satu lagi pakai santai2 p kafe ka, meeting ka..satu lagi kalau nak jalan banyak..kasut nak p kelas xdak lagi..errr”
“Dah, kamu xyah dok mengarut..bla..bla”
Haha, kan dah kata..ak cekap peghabeh duit..pastu dah beli, mula la nak sedih tgok dompet sndri.

konklusinya, menabunglah untuk masa depan anak2..


Cukup la rasanya 3 azam aku kongsi kat sini. Ada lagi, tapi lebih b’sifat peribadi. Moga kuat nak laksanakan planning.

Eh, satu lagi nak kongsi. Jaga kesihatan. Tubuh badan ni pun amanah Allah jugak. Sihat fizikal, insyaAllah mudah nk buat semua kerja. Setelah b’bulan2 pikir, lastly aku decide nak ambik herbalife. Niat bukan nk turunkan atau naikkan berat badan, tapi minum ni as nutrition. Jenuh jugak la duit, tapi xpa, pelaburan utk masa depan.Badan ni nak pakai lama lagi, insyaAllah=)

Let me ends my word here..
Kalau aku lalai, tolong ingatkan.
Kalau aku lagho, jampi2 sikit kat muka ni.
Kalau aku nampak malas study, suruh tgok cgpa yg xpnh2 dean list tu.
Tolong doa. Moga kita semua istiqamah. Istiqamah atas jalan kebaikan.
Fastabiqul khairat~


1 comment:

  1. 13/12/2012 - 9.49am

    yeayyy..see betapa kentalnye beta berjalan di alam pena bless a new me..abis doh story nye..natijahnya banyk perkara yg bermanfaat..'ilmu akan bertambah di mana2 sahaja..carilah ia'..hapy blogging..:)

    http://www.cinonexcoreyan.com/

    note - i like 'loghat kedah' :)

    ReplyDelete