Friday, January 7, 2011

~respect others~

Perlu skill khusus ke untuk hebat dalam berakhlak?..
secara teorinya,sangat mudah dijawab..mesti la x perlu ada apa2 skill..sapa2 pun boleh buat akhlak@perangai yg baik..pelajar paling pandai kat daerah ke, student kena repeat paper julai ke, org kurang keupayaan ke..x kisah la sapa pun..semua org boleh berakhlak mulia,sebab ianya x perlukan apa2 skill khusus,,tinggal nk @ x nak ja..Keywordnya 'kita yg pilih, nak jadi org yg baik akhlak @ kurang baik @ baik sikit2 @ akhlak yg buruk'..bukan org lain..tapi kita..

menganyam angan-angan di langit mmg mudah..nk membumikan di alam nyata yg susah..

Akhlak=perangai=tingkah laku=habit=tabiat dan sewaktu dgnnya..siapa pun kita,kita akan dinilai melalui sudut ini..
Akhlak mencerminkan akidah kita di dalam hati..dan ibadah kita pada Ilahi..kalau buruk akhlak,better kita check balik 2 aspek tadi..there must b sumtg wrong..either 1..or both..

Bukan saja-saja nak tulis tentang ni, cumanya kebelakangan ni banyak sangat scene2 yang berlaku di sekeliling saya yang melihatkan baik buruk perangai seseorang.

xnak skema2, so saya akan panjangkan tajuk ni melalui sketsa2 pendek..=]

Scene 1

lala : eeeeii, menyampah betul la aku dengan minah tu, suka suki mak kucing dia ja nk tegur2 aku mcm tu..ingat tudung labuh tahap telekung semayang tu kira baik sangat la..buta ke apa, aku bukannya dating dgn brother tu..aku tanya dia soalan...tension22

lili :   rilek r weh..jgn panas2 cmni sngt..aku pun kena tempias jugak nih..aku pun x berapa suka dgn minah tu..(dalam hati : haa,padan muka ko lala..sapa suruh menggatal sangat dgn brother tu..dah xdak org lain ke ko nk tnya soalan bio tu..aku agak dah,ko mmg dah lama ada   hati dgn budak tu..saja ja nk tnya soaln tutor yg ko dah ada jawapan..ape daaa)
~gadis ayu bertelekung semayang g picnic..=) ~


pengajaran; ada 4 sifat mazmumah dlm scene 1..1) lala telah mengutuk @ mengumpat saudara seakidahnya yg bertelekung semayang..2) lala x berlapang dada untuk menerima nasihat..3)lili talam 2 muka,depan cakap lain..hati kata lain..4) lili bersangka buruk dengan lala,ntah2 betul lala mmg x tau jawapan soalan tu..


Scene 2

Pelajar 1: Adoyai, confirm aku tidur punya time lecture nanti..sir ni nak cakap untuk 1 dewan ke nak bisik dengan orang depan je..kalau camtu baik aku xyah datang kelas..buat penat aku jalan jauh2 jek..

Situasi dan rungutan macam ni memang selalu kita dengar. Memang akan ada rungutan dari pelajar kalau ada guru/pensyarah yang x menepati ciri2 yang pelajar suka. Mungkin pensyarah tu x pandai nak elaborate point, ataupun nada suara yang x bersemangat, explaination yang x berapa nak jelas, langsung x dak unsur jenaka.
Tak nafi, kita memang mengharapkan lecture yang terbaik daripada pensyarah, tapi andai kata ada pensyarah yang x menepati ciri2 yang kita suka, jangan sampai kita pula yang mula menambah dosa. Apa maksud saya pelajar menambah dosa?..
Ya la..bila dah x tertarik dengan lecture pensyarah tu, macam2 perangai pelajar buat dalam kelas. Yang golongan terlebih faham tu x payah cerita la (baca: tidur dengan nyenyak)..Pensyarah baru bagi muqaddimah, student dah mula menyelesakan diri atas kerusi yang empuk. Golongan yang tidur kira ok la jugak, masing2 dalam alam sendiri.



Yang saya geramnya dengan puak2 yang cakap non stop..seolah-olah pensyarah x wujud kat depan tu. Entah cerita apa yang dijaja, mungkin kisah moyang pada zaman jepun,ataupun kisah beng hock yang belum selesai. Tak cukup dengan tu, ada jugak yang asyik bergelak ketawa, entah hapa benda yang lawak. Kalau saya la yang jadi lecturer, budak2 ni confirm dah kena pasak bumi (aiseh, syadid gila..hihi)..
Tidur dah, sembang pun dah, gelak2 pun dah..apa lagi yang boleh buat dalam tempoh ni?..
Haa..ni sisters punya perangai..dok lawan posing tangkap gambar..adoyai, sesak nafas tengok.
Tengok tempat la nak bergambar pun..Korang bajet lecturer tu x nampak ke?..sah2 la dia bediri kat depan, semua perangai kita jelas lagi nyata dia nampak. Memang la dia x tegur atau perli atau marah..tapi dalam hati dia sapa tau, konfem touching punya tengok anak murid x respek camtu..huhu

Kalau dah memang x boleh sangat2 dah nak fokus apa yang lecturer tu ajar, terpaksa jugak la buat benda lain, tapi jangan sampai dia kecik hati..tulis lirik lagu ke, buat sajak ke, lukis kartun ke...buat ja la, paling2 kurang jasad dan pendengaran masih t’tumpu apa yang lecturer cakap..asalkan x tidur sepanjang lecture, atau gelak2, atau tangkap gambar...

Akhlak dengan guru, make sure kena jaga. Kita pelajar, nak tuntut ilmu dan pengalaman daripada guru, mesti beradab.


Scene 3

Dari Jengka, transit 2 jam di Temerloh. Badan terlalu penat, maka surau lah yang jadi port untuk berehat.
Hanya saya dan fika rehat di dalam surau, sambil jaga beg. 3 sahabat lagi menuju ke The Store. 5 saat..10 saat..saya cuba melelapkan mata..tiba-tiba.......

“Woi, korang jangan nak buat kurang ajar kat sini..kalau nak tidur blah g tempat lain. Aku kunci surau ni baru padan muka..Angkat barang2 korang, ingat surau ni tempat nak letak barang ke?..nak letak barang g kat luar.. Jangan buat kurang ajar dgn aku..Guna akal tu sikit..........”...(ni ayat setelah ditapis dan dipotong bahagian yang x patut)

Saya tergamam. Terlalu terkejut tiba-tiba disergah macam tu oleh sorang pakcik guard. Tanpa sebarang ketukan minta izin untuk masuk, terus dimarah kami sebegitu. Alhamdulillah aurat terjaga.
Serius cakap, sangat terkejut..dan malu yang teramat amat sangat. Bayangkan, pintu surau tu dibuka seluasnya, dan kami berdua kena marah di hadapan orang lain yang tengah tunggu nak naik bus.
Sepatah perkataan pun x terkeluar dari mulut. Speechless. Saya cuba mengawal riak wajah sambil mengangkat beg2 kami.
Kami berdiri di 1 sudut, dengan longgokan beg yang banyak, sambil menunggu kawan2 yang lain. Mata dah terasa panas, cuba untuk menahan emosi.

Dipendekkan cerita, bus pun sampai. Perjalanan selama 2 jam hanya terisi dengan bayangan menakutkan pakcik tu.
Kalau ikut hati, rasa macam nak bagi penampar sulung ja kat dia. Dalam keadaan kami semua yang tengah panas hati, bukan setakat pakcik tu ja yang macam xdak akhlak, kami pun dah kena tempias. Pelbagai versi kutukan ada...
Tak kira lagi yang pakat dok imagine macam2..rasa macam nak ambik pen, pastu cucuk2 pakcik tu..husna lagi bes, nak letak tikus dalam perut pkcik tu..fika punya idea bes jugak, tangkap gambar pakcik tu, potostat bnyak2, pastu lekatkan kat semua tempat..’wanted’...
Hahaha...cara nak bagi hilang tension bila dalam keadaan x mampu nak buat apa2..

Kami tiada sebarang masalah nak keluar dari surau tu kalau disuruh dengan cara yang betul. Apa hak pkcik tu nak tengking2 dan malukan kami depan semua orang..huh
Semua x mampu nak berkata apa2, hanya boleh berdoa..moga2 pakcik tu dapat hidayah..dilembutkan hati..baik tutur kata..jaga anak isteri elok2..jangan buat apa yang dia buat kat kami tu kat orang lain...ameen..


Saya memerhati manusia sekeliling, apa perangai yang buruk, cuba untuk hindari. Saya juga masih di tahap membaiki akhlak diri. Masih juga lagi banyak lompongnya.Ayuh hiasi diri dengan akhlak mahmudah..hindari diri dari akhlak mazmumah..

Perlu di ingat, akhlak juga menjadi ukuran kesempurnaan iman seseorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi)

3 comments:

  1. nak nangis bila ingat balik...walaupun husna xdak masa tu tapi cerita kak wani,husna dapat bayangkan betapa dahsyatnya kejadian tu,kan...dan husna x boleh bayangkan muka pak cik tu bila husna betul2 masukkan tikus dalam perut dia...haha..tapi apa2 pun,ambil pengajaran dari kejadian tu...setiap yang berlaku ada hikmahnya...

    p/s:rasa fobia sekarang nak jalan2 kat pahang ni...

    ReplyDelete
  2. kalau husna ada konfem pkcik tu kena fire balik kan?..haha
    xpa la..bnda nk jadi.

    lain kali kalau ada tulis 'dilarang tidur dalam surau' ,sila patuhi ye...pkcik tu penat2 taip ,print, pastu lekatkan, kita wat derk ja, dy tension la kot..hihi


    bila kita x ikut arahan, ada la balasan..
    bila kita buat apa yg Allah larang, pasti akan ada azab yg tiada siapa boleh halang...

    ReplyDelete
  3. 12/12/2012 - 3.15pm

    kalu den pura2 pengsan x pun pura2 sesak nafas mase kene jerkah gitu..gurau :p

    ReplyDelete