Friday, January 14, 2011

~may Allah bless her~

Mati itu pasti. Inilah sebuah hakikat kehidupan, yang muda xkan selamanya muda, yang sihat xkan selamanya sihat. Tidak mengenal waktu dan ketika, kematian itu akan tiba. Inilah ketetapan Tuhan yang pasti, setiap yang bernyawa akan bergelar mayat pada saatnya. “Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya…”(3:145)

15 Januari 2005 bersamaan 5 Zulhijjah 1425 

Esok,genap 6 tahun pemergian arwah tok. Buat kali pertama, kami sekeluarga menerima hakikat kehilangan ahli keluarga terdekat..Allah,sungguh rindu hati ini, sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Saya yg pangkat cucu pun berperasaan begini, anak-anaknya apatah lagi. Ayah mesti lagi rindu, ayah anak bongsu, paling rapat dengan arwah tok sebab ayah yang menjaga arwah hingga ke hujung nyawanya.

Agak lama arwah tok menderita sakit, dekat 2 tahun kalau x silap,kadang2 keadan tok ok, kadang2 cemas jugak. Arwah tok meninggal ketika saya berusia 15 tahun. Sempat jugak kami yang pangkat cucu ni berbakti, ikhlas tu ada, tapi kadang2 merungut jugak, biasa la, perangai nakal waktu budak2. Kalau tok mintak susu, saya saja buat2 x dengar, tunggu 5-10minit, baru bergerak ke dapur. Kalau tok mula nak bercerita, kadang2 saya dengar, acapkali juga acuh x acuh saya respon. Kalau tok jerit2 panggil mama dan ayah, tension jugak dibuatnya. Allah…teringatnya saat2 itu. Ada saat kami semua jadi cucu yang baik, ada ketika nakal pun ada.Kadang2 terasa sedikit kesal sebab x layan tok sebaiknya..huhu
tok yang pegang beg~


Tapi yang paling setia dan sabar melayan karenah arwah tok; mama(menantu). Zaman sekarang ni, susah nak cari menantu yang sanggup berkorban dengan karenah mentua. Sabar sungguh mama melayan arwah, ditukarnya lampin, kadang2 arwah tok x sempat ke tandas, tilam la sasarannya, setiap hari mama masak menu khas untuk  arwah, bagi ubat, etc…Moga saya juga diberi kesabaran seperti mama, menjaga ibu sendiri sebaiknya dan juga turut berbakti pada wanita yang melahirkan dan membesarkan bakal imam saya.

Ayah..kali pertama saya melihat ayah menangis. Mahal nilai air mata seorang lelaki, namun tumpah juga tatkala ratu hatinya menghembuskan nafas terakhir. Ayah memang rapat dengan arwah tok. Mana taknya,dialah ibu,dialah ayah. Seawal usia ayah 3 tahun, tok wan meninggal. Bila perasaan rindu bertandang, ayah akan ke pusara tok selepas subuh di masjid.  Antara 3 perkara yang tidak akan terputus pahalanya kepada si mati ialah ‘anak soleh yang mendoakan ibu bapanya’. Doa ayah menjadi peneman tok, moga tenang di sana.

Lain sungguh suasana raya semenjak pemergian arwah tok. Dulu, tak menang tangan kami melayan tetamu, adik beradik x putus2 ziarah arwah. Tapi sekarang dah x ramai, raya pertama pun rilek ja, sempat lagi nak update blog.
Tahun2 lalu, sehari sebelum raya, arwah tok dah sibuk dengan tugas membalut ketupat. Tapi sekarang, tu dah jadi tugas mama dan saya. Antara kami adik beradik, saya yang boleh membalut ketupat, mungkin berkat asyik kacau arwah balut ketupat dulu2..

Waktu masih sekolah rendah, arwah tok yang ajar cucu2 baca Quran. Berkat ajaran arwah, sampai jadi juara aq saya…punya abg=)

Bila kami gaduh2, dan darah muda ayah pun naik, pasti arwah tok yang akan jadi penyelamat. Kalau jumlah rotan yang sepatutnya 5, mungkin akan kurang jadi 3 kalau tok ada kat situ…luv u la tok..=)

Rindu sungguh, moga2 tok ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman. Al-fatihah dan yasin, hanya itu yang dapat kami sedekahkan.
May Allah bless my late grandma…

1 comment: