Saturday, November 6, 2010

~jangan sendirian membuat telahan~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..baru hari ni tebuka hati nak update blog. Serius cakap, x update bukan sebab sibuk, bukan sebab ada exam dunia, bukan sebab xdak idea, bukan sebab berebut dengan adik n zunnud nak main intenet, bukan sebab bnjir..tapi saya ada sebab tersendiri..Allahu Allah.


Dah2, xyah berat2 kepala pkir sebab apa saya x update..




~Don't judge a book by its cover..quote yang selalu kita dengar.
But I've already judge a book by its cover...huhu
Waktu last usrah hari tu, geng usrah ada hadiahkan saya sebuah buku..tajuk buku agak kontrovesi.
'Kerana Cinta Harus Memilih'
Gulp..malu alah saya nak terima buku tu..
Balik rumah, baca buku tu sembunyi2..takut mama nampak. Baca bawah selimut, dah habes baca letak bawah bantal. Rasa macam gadis sunti dapat surat cinta dari jejaka idaman la pulak..haha
Malu 7 keturunan kalau mama nmpak anak dia baca buku2 cmtu..=]


Dah habes baca, baru tau intipati buku tu apa..overall content, penulis nak sedarkan remaja, jangan cepat menyerah dengan cinta. Memang perasaan tu fitrah, tapi jangan sampai bertukar menjadi fitnah. Cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta ibu bapa..yang tu yang terbaik. 
Tajuk buku ja yang agak menakutkan, tapi content mendamaikan..=D
(Buat penat ja dok main aci sembunyi dengan buku tu..kalau tau, awal2 lagi buat bedtime story kat adik2..haha)

.......................................


"Ma, sapa yang buang kucing2 ni kat sini?..dah la yang sekor tu hitam macam malam"..(oh,ada unsur penghinaan di situ..=p)
"X tau la wani oi..ada orang mai buang kat rumah kita...", Mama jawab acuh x acuh.
Makin banyak la kucing kat rumah ni. Kalau comey x pa jugak. Yang warna putih ni boleh tahan la jugak. Tapi yang sekor lagi ni, dah la hitam..kurus kering..

-kucing google ja ni..kucing yg berbeza, tapi  hitamnya tetap sama..hehe-

Dah banyak kali dah, rumah kami jadi sasaran bagi pembuang2 kucing. Kompius jugak,rumah saya ni ada gaya market ka sampai pakat dok mai buang kucing kat sini..haisy.
Mak saya, walaupun x suka, tapi tetap bagi makan kat si putih dan black (nama x rasmi berdasarkan warna bulu).
..nama ja adik-beradik kucing ni, tapi bab makan, asyik gaduh ja. Si putih ni sokmo pulun makan , yang black x sempat nak merasa pun.
Dah la hitam, ditindas pulak..kisah cinderella versi kucing.
Nak bagi adil, mama pun bahagi 2 makanan tu. Saya hanya bertindak sebagai pemerhati.
Dapat ja ikan tu, yang si putih gigit ikan tu, p sembunyi belakang pintu dapur. Makan kat situ sorang2 dia.
Yang si black pula, slumber ja makan kat tempat asal tu. X kalut pun nak sembunyi2 makanan dia, mksdnya black x kisah pun kalau kena kongsi makanan.


Tersenyum sendiri saya pagi tu..Allahu Allah.
"Ma..black tu, walaupun x secomel mana, tapi hati dia baik la wani rasa. X sembunyi pun makanan dia. Yang si putih ni, macam penuh sifat dengki ja ma.."
"Kamu tu la..asyik kata kat black tu..hitam macam malam la..Black tu memang la hitam, tapi hati dia bersih, xdak dengki2.."...haa, free ja dapat kuliah subuh.

.................................






2 scene di atas cukup untuk sedarkan saya, jangan menilai sesuatu/seseorang berdasarkan appearance luaran sahaja. Siapa kita untuk menghukum?!
Mungkin sahaja penampilan dia begitu, tapi amalannya yang ikhlas, hanya Allah yang tahu.
Mungkin sahaja bacaan Quraannya ada yang kurang sempurna, tapi Allah jualah sebaik-baik penilai.
Mungkin sahaja ada tindak tanduknya yang kita tidak suka, tapi jangan sesekali cepat menghukum tanpa mengetahui sesuatu perkara dengan terperinci.
Mungkin sahaja rupa parasnya yang tidak berapa cantik tidak dipandang seisi dunia, tapi siapa tahu, kerana hati dan amalannya, seluruh penduduk langit memujinya.. 


Ingin saya bawakan sepotong hadis.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (riwayat Muslim)




Sesungguhnya Allah itu maha adil. Sesuatu yang dinilai oleh Allah bukanlah sesuatu yang bersifat kekal seperti rupa paras dan tubuh badan. Akan tetapi yang menjadi ukuran di sisi Allah adalah sesuatu yang bersifat universal yang dapat dicapai oleh setiap orang. Seburuk apapun luarannya, ia masih memiliki hati. Semiskin apapun seseorang, ia masih diberikan kesempatan untuk beramal. Hati dan amal, itulah yang menjadi standard ukuran, beruntung atau ruginya seseorang hamba.


Tapi..
Ingin saya tekankan di sini..
Bukanlah bermaksud jika Allah hanya melihat hati kita, maka tidak perlulah kita menutup aurat dengan sempurna kerana apa yang diambil kira cumalah hati.
Buatlah apa jenis pekerjaan pun, x kisah la, halal ke haram, yang penting hati ikhlas kerana Allah..
Allahu Allah...Jahillah kita jika berfikiran sebegitu.


Allah melihat hati. Kerana hati itu raja. Di situlah letaknya iman Di situlah wujud segala perasaan. Sejauh mana iman kita, akan terzahir dengan amal perbuatan kita. Sekuat mana iman kita untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang Allah larang. Sekuat mana diri kita untuk berterusan melakukan amal kebaikan yang Allah perintahkan.
Moga2 kita tergolong dalam golongan hambaNya yang bertaqwa, yang sentiasa ke arah kebaikan dan menghindari kemungkaran.


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13
"...Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.."






Tapi kita hamba yang serba kekurangan ni,selalu terburu-buru dalam menilai. Manusia banyak menilai berpandukan luaran sahaja. Apa yang kita nampak, yang tu yang kita akan judge. 
Saya bagi contoh mudah ja. Bab aurat perempuan ni la yang paling jelas.
Kalau nmpak perempuan yang free hair  ja, macam2 lintasan jahat dalam hati kita.
Jangan pandang serong pada perempuan2 yang tidak menutup aurat dengan sempurna, kerana mungkin sahaja mereka tidak tahu hukum, atau kerana ada apa2 masalah yang kita sendiri x pasti. Doakan hidayah Allah untuk mereka. 




Begitu jugak kalau kita punya kenalan yang bertudung labuh, berjubah, siap niqob lagi.
Kadang2 kita terlalu memandang tinggi pada golongan ini, sampai kita takut untuk menyuarakan pandangan.
Terlalu memandang tinggi, sampai kita rasa mereka ini maksum daripada melakukan sebarang dosa. 
Sampai 1 tahap, jika golongan ini ada melakukan apa2 kesalahan pun kita x berani nak tegur, sebab kita rasa mereka ni tau semua perkara, arif semua hukum agama..
Jangan begitu dalam menilai, kerana tiada hambaNya yang sempurna..klik sini




Saya penah buat 1 modul dalam usrah.
Modul 1st impression. Saja nak tau apa pendapat adik2 ni tentang saya kali pertama kami bersua muka.
Ada 6 orang yang hadir, mksdnya ada 6 respon.
-seorang yang ramah....(kihkih, pura2 jadi peramah ja adik ooi. kalau naqibah x cakap, x jalan usrah)
-serius.....(ke dia nak cakap naqibah dia nampak tua?..huhu)
-kelakar..
-peramah..
-macam serius, tapi bila dah kenal, rupanya k.wani hepy go lucky.
-lemah- lembut....(gelak non stop bila baca respon adik ni..luv u la adik.haha)
-sopan santun, boleh buat k.ipar,..(ni respon ke7..=D )


Seronok juga main modul ni. Bukan nak judge ke apa. Cuma boleh tau apa pendapat orang sekeliling mengenai kita. Ada yang betul, ada yang langsung x kena.
Saja ja cerita modul 1st impression ni.




~sama-samalah kita bersihkan hati kita, hilangkan titik dosa di hati dengan sentiasa mengingati mati. Jagalah hati, kerana itu yang dipandang Ilahi.
Laksanakanlah segala suruhan2 Allah, hiasilah peribadi dengan segala amal kebaikan..
Jangan menilai.. berhenti menghukum sesuatu yang kita sendiri x pasti...Jangan sendirian membuat telahan~

8 comments:

  1. hat nmpk tua 2 mungkin la kot..
    hat lemah lembut sopan santun 2,kena pikiaq balek r..hehe

    ~THINK POSITIVE~

    apa2 pun..usahalah utk jadi yg terbaik di mata-Nya =)

    ReplyDelete
  2. ~naimy
    yg sopan santun tu respon ke-7..hehe

    yup..think positive..perlu sentiasa optimis..=]

    ReplyDelete
  3. ~rindu kat kak wani~......huhu(xdak kaitan dgn tajuk)

    lawok2..ada hati adik tu nak buat k.wani jd k.ipar..haha

    ReplyDelete
  4. ~asma'.
    jaga diri elok2 ye...study rajin2..pegi library selalu tau..jgn jadi mcm k.wani..rekod bersih, x penah pinjam buku kat sana..haha

    hihi..nama pun 1st impression..
    kalau kenai, cancel terus....=]

    ReplyDelete
  5. Seusai solat tangan ditadah,
    Butiran jatuh menginsafi diri,
    akar baik hasil terserlah,
    siapakah kita penuh 'misteri'..

    Terbaiklah wani.. ;)

    Nasihat dan perkongsian yang baik.
    Keep it up! ^^

    ReplyDelete
  6. ~'aishah

    make dua' 4 me..insyaAllah..i'll do my best..=)

    ReplyDelete