Saturday, October 23, 2010

~Islamic la sangat..huh~

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur kerana masih bernafas..masih dikurniakan nikmat iman dan Islam..dan masih istiqamah dalam menyambung rantai perjuangan.

Alhamdulillah ,masih diberikan kewarasan akal untuk menilai, mempertimbang dan membezakan baik buruk sesuatu perkara berpandukan iman.
Berdasarkan fakta sesuatu isu, dan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis-hadis nabi, kita semua manusia yang diciptakan sebaik2 penciptaan, diberikan akal untuk menilai.
Jangan menghukum tanpa pengetahuan yang jelas, dan jangan mudah terikut2 dengan apa2 saja yang disuapkan media.
Tak salah nak baca utusan melayu, tak salah nak baca harakah, yang pasti seimbangkan sumber maklumat kita. Jangan kerana tersalah memilih sumber bacaan yang sudah jelas faktanya berat sebelah, maka dalam pru nanti kita pulak yang hilang arah.

Fokus isu dalam post kali ni mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Rosmah Mansor @ isteri Perdana Menteri @ penaung Islamic Fashion Festival.
Sana-sini rakyat bercakap tentang rosmah. Adik-adik saya yang masih belum akil baligh pun dah pandai kutuk rambut rosmah. Dah berpuluh ribu dah pengguna fb yang 'like' menyatakan bantahan terhadap tindakan rosmah mengenai isu IFF. Pemuda pas terengganu antara yang telah berdemonstrasi mengutuk penganjuran IFF. Salah seorang ulama muda umno, Fathul Bari Mat Jaya dah bagi respon tentang isu ni..
Memang glamour la wife najib ni. Mengenai bajet 2011 pun rosmah dah kena kritik, mana taknya, sejumlah RM111 juta diperuntukkan untuk program PERMATA yang dinaungi rosmah.

Ummat Islam yang prihatin. memang membantah sekeras-kerasnya fesyen2 yang diperagakan dalam IFF. Fesyen2 yang terdedah sana sini itu bukanlah kesederhanaan yang terdapat dalam ajaran Islam.


Rosmah yang juga penaung IFF berkata, sebagai perintis dalam menggerakkan fesyen Islam, Malaysia harus mengambil peluang jurang dalam pasaran busana Muslim yang luas memandangkan ia bukan sahaja sesuai dipakai Muslimah tetapi wanita keseluruhannya.


Lebih-lebih lagi, kata beliau, Malaysia sendiri sudah dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan pendekatan sederhana dalam beragama selain pelopor kepada perdagangan Islam termasuk perbankan dan kewangan Islam dan dikenali sebagai hab halal untuk memasarkan pelbagai produk kepada pengguna Muslim di dunia.


Antara point lain ucapan rosmah;


In reality, there are many Muslim fashion designers who get their inspiration from the high fashion world and give it a hijab-friendly twist, successfully blending the two. Their ensembles, nevertheless, still capture the true grace and beauty of a woman without turning her into an object of desire.

Dalam isu ini, kelihatannya mereka yang terlibat dalam IFF seolah2 ingin memberi nafas baru dalam dunia fesyen muslimah sehingga mengabaikan apa yang dituntut dalam Islam.
Seolah-olah ingin mengolah hukum Allah.
Seolah-olah ingin mengubah suai hukum Allah berdasarkan kehendak nafsu manusia.
Seolah-olah hukum dan guideline yang Allah gariskan itu ada cacat celanya, maka perlu pada pengubah suaian.
Risalah Allah iaitu Al-Quran merupakan risalah yang sempurna.
Segala hukum2 yang terkandung di dalamnya juga sudah cukup sempurna.
Al-Quran itu suatu ketetapan. Suatu ketetapan yang manusia mesti menerimanya sama ada dalam keadaan mempersetujui atau sebaliknya.
Manusia ini hanya hamba. Tiada hak untuk merombak dasar/hukum yang telah ditetapkan
Jika hamba menukar ganti atau menokok tambah guideline yang telah ditetapkan, bererti hamba sudah melawan Pencipta.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri yang membawa risalah Allah ini turut diberi amaran keras oleh Allah untuk tidak melakukan sebarang tokok tambah, apatah lagi kita ummat manusia yang iman hanya senipis kulit bawang cuma.

Firman Allah dalam Surah Al-Haqqah ayat 44-48

"Dan sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas nama Kami, pasti Kami pegang dia pada tangan kanannya (Kami beri tindakan sekeras-kerasnya). Kemudian Kami potong pembuluh jantungnya. Maka tidak seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami untuk menghukumnya). Dan sungguh Al-Quran itu pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."

Ayat Al-Quran tersebut Allah tujukan khas kepada Nabi Muhammad yang menjadi hambaNya dan juga RasulNya. Amaran yang terkandung dalam firman Allah itu amat keras walaupun terhadap kekasihNya, Allah memberi amaran tegas dalam soal prinsip.
Sesiapapun tidak boleh campur tangan dalam soal prinsip. Sesiapapun tidak boleh ubah suai hukum Allah mengikut citarasa masing2

Manusia ni selama-lamanya bertaraf hamba.
Jangan cuba berlagak untuk menjadi tuhan walaupun untuk rakyat sendiri.
Jika memang benar-benar ingin memperkenal dan mengangkat fesyen muslimah, tafaddhal. Tapi jangan sampai menggadai prinsip Islam itu sendiri. Jangan sampai menghina Nabi Muhammad; pembawa risalah Islam.
Patutnya rosmah sebagai penaung ni kena tetapkan satu garis panduan yang jelas, bagaimanakah satu-satu Islamic fashion show patut dianjurkan..(err..diri dia sendiri pun x terbungkus elok.huh)
Lepas ni 40 ulama muda umno bnyak keja nak buat..jangan asyik nak 'mengipas' ja..


Ya Allah..berikanlah hidayah kepada hamba-hambaMu.. Kekalkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu.

2 comments:

  1. yeas..islamic la sgt....bermodalkan tagline 'islamic' tak akan dapt beli muslim2 yg masih celik dgn fahamn islam....it just a conspiracy from her and again ia juga satu penghinaan kpd agama dari satu sudut..iaitu....menjahiliahkn pkaian muslimah yg sepatutnya menutup aurat.....IFF is not even bringing a single good thing for the muslims

    ReplyDelete