Sunday, October 17, 2010

~jom main~



3 watak utama : wani, zunnur, adik


-game 1
"wani ambik 6..zunnur ambik 12..adik nak 7"...masing-masing memilih nombor yang dirasakan ong.
" limaaa sepuluuuh", excited suara bebudak ni.
" 1 2 3 4 5 6 7, yess!!...zunnud menang..zunnud selamat dah..hehe"
Saya dan adik saling berpandangan sambil mengangkat2 kening..kami meneruskan permainan.
"limaaa sepuluh"...
"wallaweiii..wani kalah"..
Allah..habes la tangan ni kena jentik dengan budak 2 orang ni..kalau jentik tu bukan nak ada rasa kesian dah..
ya ampuun..pedih siot, merah dah tangan nii.


-game 2
Ketiga-tiga watak utama tekun melihat dan menggerakkan pemadam masing2.
Senang ja game ni. Saya rasa semua orang penah main.
Pemadam sapa yang kena tindih dok bawah sekali, dia tu la kalah. Apa punya game la, x menitiskan peluh langsung. Game ni kira last choice la, kalau dah memang xdak benda apa nak main.


-game 3
"sek sek sek..bom bom bom.."
Haha..x larat nak gelak bila tengok budak laki main tepuk2 cenggini.
"weh, hampa 2 ni xdak benda apa dah ka nak main?..tu game budak pompuan"..saya seolah2 mempersoalkan kejantanan adik2 saya.
"xtau adik ni..ajak zunnud main..dia yang ajaq"..si abang yang berumur 14 tahun buat ayat cover.
" dah2..zunnud p baca buku..mai wani main dengan adik"...haa..x ke lagi haru, orang tua yang umur 20 tahun ni pulak yang p sambung main..haha


-game 4
Bila dah bosan main permainan-hampeh-x mennitiskan peluh tu, game komputer la pulak yang jadi sasaran.
Semua game ni saya angkat bendera putih la..Main assassin's creed pun kalah, apatah lagi kalau lawan pro evolution soccer.
Memang sah2 la budak 2 orang tu yang menang. Pastu buat muka belagak..hekeleh..


..3 heroes in my fmly..





Dah nak masuk minggu ke3 saya menghabeskan cuti dan beras di rumah.
Target sebelum cuti; nak mantapkan skill alam rumah bertangga..pastu belajar jadi matang sikit.


Tapi, bukan bertambah matang..rasa makin 'muda' pulak..
Dok melayan adik 2 orang tu, saya pulak lagi excited main game..haha.


Kadang2 rasa semacam jugak...
Ish..biar betol saya ni, dok main game budak2 bawah umur ni. Kalau orang lain yang seusia dengan saya ni, waktu cuti mcm ni akan diisi untuk menghabeskan kitab2 alim ulama'...x pun ikut mana2 majlis talaqi..x pun jadi fesi kat mana2 program ka..
Saya x menafikan kepentingan aktiviti2 tersebut. Penting untuk mengisi rohani, memantapkan thaqafah, mentarbiyah masyarakat. Saya pun dalam usaha untuk mengaktifkan diri


Tapi jangan dilupa, orang yang terdekat dengan kita adalah keluarga..
Kadang2 benda yang jauh kita nampak, tapi benda yang dekat dengan kita, disebabkan terlalu dekat, sampai kita x nampak..ni kes rabun dekat kot.
Macam saya cakap tadi, bagus kalau dapat join mana2 program, sumbangkan kudrat kita.
Tapi kalau kita x berpeluang untuk join atas sebab2 tertentu, maka berprogramlah di dalam rumah..berprogram dengan cara tersendiri, sediakan modul yang bersesuaian.


Disebabkan program ni saya yang jadi program manager merangkap program coordinator dan jugak discipline n ibadah, so ikut suka saya la nak guna modul apa kan..
Modulnya banyak game la.
Nak dekati adik2 ni, kita kena ikut selera depa. 
Sebab seolah2 kita ni berkongsi minat yang sama. Ingatkan saya sorang ja serabut macam mana nak 'lembutkan' adik2 saya ni, rupa2nya ada yang sefikrah..klik di sini
Bila minat pun dah sama ni, kira kamceng dah la..so, senang kita nak tegur apa yang patut. 
Nak cakap heart to heart pun macam agak berpeluang la.
Nak suruh semayang jemaah pun depa ikut...ayat yang sama saya ulang tetiap hari..nak seringgit ka 27 ringgit?
Nak mintak tolong p superstore pun senang, tapi kena belanja la..huh, part ni yg lemah.
Nak suruh study pun depa ikut..tapi ada la setengah jam, pastu telompat-lompat atas katil..haisy..


Tapi modul kami bukan keja main game ja.
Ada jugak yang lain.
Lepas maghrib, saya akan mintak adik bongsu ni tolong tasmi' saya.
Mintak tolong jadi ustaz x bertauliah sat. Bila adik senyum sinis, maknanya saya salah baca ayat. Time tu dia la paling syok, sebab saya lupa...hampeh punya perangai.


Banyak lagi aktiviti harian merangkap modul.
Jenuh la kalau nak taip semua.
Point yang saya nak tekankan, situasi mentarbiyah dan ditarbiyah, bukan terikat dalam program2 yang khusus sahaja, bukan hanya semata2 program yang ada kertas kerja beserta bajet.
Dalam mana2 situasi, akan ada mad'u dan da'ie.
Pelaksanaannya; fleksibel..ikut kreativiti..lihat dulu peribadi orang yang kita nak dekati..
Jangan terlampau syadid, perlu amalkan konsep wasatiyyah ye..=D
Tugas berdakwah , x perlu disangkal lagi kepentingannya. Tambah2 pulak dalam situasi masyarakat kita yang sedang parah ni. Mana x parahnya, kerajaan pun ngokngek..Konsert adam lambert pun diluluskan.huh


"Wahai org2 yg beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yg bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yg keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yg diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yg diperintahkan     (66 : 6)






Sampaikanlah,menyerulah ke arah kebaikan, seperti yang Rasulullah berpesan kepada umatnya.
Sampaikanlah, walau ilmu kita sedikit cuma

1 comment: