Friday, April 20, 2012

~debu dosa~


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan keberkatan basmalah aku menggerakkan jari untuk berkongsi.


Manusia itu sifatnya leka..mudah tertipu dengan keasyikan dunia.. Jangan terus lalai, ambillah masa sejenak, bersendiri, soal pada diri dan jawab dengan sejujurnya di dalam hati..

“Wahai diriku, tidakkah kamu merasa malu? Belum datangkah waktu taubat bagimu atau KAMU MEMANG MEMPUNYAI KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEKSA ALLAH? “

Allahuakbar, betapa petikan ayat yang ringkas dari kitab Minhaajul ‘Aabidiin karya Imam Al-Ghazali sangat mengetuk pintu hati, menyedarkan jiwa yang lalai.

Tak malukah aku dengan Allah Yang Maha Melihat?

Tak takutkah aku dengan mati yang pasti akan tiba tanpa mengira masa?

Tak malukah aku, aku memperlihatkan derhakaku kepada Allah, sedangkan selain Dia tiada yang benar-benar menyayangiku?

Tergolongkah aku antara umat Baginda Muhammad S.A.W yang akan menerima syafaat?

Tangan aku yang manakah yang akan menerima buku amalan kelak?

       “Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya dan mereka berkata, “Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,” dan mereka dapati semua apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.”    (Al-kahf:49)

Sekecil2 amalan, hingga sebesar2nya semua dicatat oleh malaikat, masih beranikah aku untuk melakukan maksiat?

Ketika Tuhan berkata kepadaku, takkah kau malu bermaksiat kepadaku? Kau sembunyikan dosa dari makhlukku tapi dengan penuh dosa kau menghadapku. Allah…

Mati itu pasti, akhirat itu abadi, apa bekalan yang aku bawa?...

Allahu Allah..soalan2 ini menghantui hari2ku.. Nak berbual mesra dengan teman2 terasa kekok, nak ketawa berseronok terasa janggal, nak buat itu nak buat ini semuanya terasa serba salah. Takut tersalah langkah, akaun dosa yang akan bertambah. Akaun pahala entahkan bertambah entahkan tidak. Sujud dan rukukku, lapar dan dahagaku mengerjakan yang sunat, tilawah quraanku, entah yang mana yang diterima. Ya Allah, pengharapanku hanya padaMu.

Amanah-amanah yang tergalas di bahu, sejauh mana aku berusaha melaksanakannya. Tanya pada diri, hanya air mata sebagai jawapan.

Mama  ayah, ada tanggungjawab aku sebagai anak. Membahagiakan mereka, mendoakan kebaikan, menjadi anak yang baik. Sekarang di tahap manakah aku?

Abang kakak adik, aku juga punya tanggungjawab. Kami bahagia di dunia. Kami juga ingin bahagia di akhirat. Tapi sejauh manakah kami saling berpesan untuk kebaikan?

Teman-teman sekeliling. Aku ada tanggungjawab untuk menegur, untuk mengingatkan. Tapi sejauh mana usaha aku? Atau aku hanya sekadar diam, membenci maksiat dalam hati?




Allahuakbar, terasa takut untuk pejamkan mata, takut pejamku adalah untuk selama-lamanya. Takut memikirkan nasib diri di akhirat kelak. Orang yang mencari berjaya mendapatkan apa yang mereka cari. Orang yang ingin mencapai darjat di sisi Allah sudah sampai. Dan para kekasih telah beruntung dapat bertemu dengan Kekasihnya. Tinggallah aku sendiri bingung ke sana ke mari.  Ya Allah, berilah seteguk minuman penghilang kegelisahan dari sisiMu. Tunjukkan kepadaku menuju pada kebenaran. Wahai pengubat segala yang sakit, wahai Zat yang menyembuhkan luka, aku tidak tahu dengan apa kusembuhkan lukaku atau dengan apa kuraih keuntungan pada hari perhitungan. Rahmat dariMu ku tagih Ya Allah.

Jawapan pada segala kegelisahanku hanya satu, Taqwa pada Allah, Zat yang selayaknya.
Sesiapa bertaqwa kepada Allah, maka akan diberi padanya sesuatu yang menguntungkan.
Tidak ada satu pun yang mengikuti seseorang ke dalam kuburnya selain ketaqwaan dan amalan soleh. Tiada bekalan selain ketaqwaan, ambillah ia sebagai bekalan atau tinggalkanlah hawa nafsu.

Dalam kebingunganku mencari jawapan, aku jumpa jawapannya adalah taqwa. Kini aku sedang mencari2 jalan yang akan membantuku melaksanakan taqwa, agar mudah laluanku untuk terbang ke syurga.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia kepada Allah dengan yakin dan hujjah dari Allah….”   (Yusuf: 108)

Mungkin aku masih belum merasa kemanisan, tapi aku sudah boleh tersenyum atas kesusahan jalan ini. Moga peluh di jalan ini adalah mahar ke syurga, moga lelah yang terasa adalah bahagia di syurga.

Oh Allah.. Aku ingin terbang ke syurga..layakkah aku hamba yang penuh hina ini..
Wahai Rabbku, hambaMu yang lama menghilang telah kembali ke pintu (rahmat)-Mu. HambaMu yang derhaka telah kembali menuju kebaikan. HambaMu yang berdosa telah kembali dengan membawa alasan, maka ampuni aku dengan kemurahanMu.

Wahai Rabb yang maha Pengampun, sesungguhnya dosaku sudah sedemikian banyak dan Engkaulah Zat yang menyimpan dan mencatat dosaku itu. Aku akui semua dosaku pada kesempatan ini, maka terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.

Wahai Tuhanku, jika aku tidak layak untuk mencapai rahmatMu, maka sesungguhnya rahmatMu berkemampuan untuk sampai kepadaku. Hal ini kerana rahmatMu meliputi segala sesuatu dan aku adalah di antara sesuatu itu. Limpahkanlah rahmatMu terhadapku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.



~moga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup kita..hidup yang sementara, tapi kesannya adalah selama-lamanya..
~asif jiddan, post yang kurang teratur..sukar sekali menterjemah rentak hati..



Sebuah syair dari Sufyan Ath-Thauri sebagai penutup untuk pekongsian kali ini;
Orang yang memiliki tempat tinggal di syurga Firdaus tidak merasa rugi dengan beban yang ditanggungnya, seperti kesengsaraan dan kekurangan harta.
Kamu melihatnya berjalan menuju ke masjid dengan perasaan susah, khuatir dan takut.
Dia berjalan dengan pakaian usang.
Wahai nafsu, kamu tidak akan tahan dengan api yang menyala-nyala. Sudah saatnya menghadap syurga setelah kamu membelakanginya



1 comment: