‘wani, baju semayang adik ada kat mana?..’
‘wani, satgi gerak nud pukul 4.30 tau, nak baca buku..’
‘petang ni kita nk bukak posa dengan apa?..ayam ada dak?..’
Selalunya kalau mama x dak kat rumah, jadi lumpuh aktiviti semua orang. Cari baju pun dah x jumpa, stoking tinggal sebelah, songkok entah ke mana, nak kejut sahur pun bergantung sepenuhnya jam hnset.
Bosan. Suram. Muram.
Baru 2 hari mama ke kl, ziarah kakak bersalin, kami kat rumah dah x senang duduk. Asyik telefon tanya bila nak balik. Biasalah, kalau mak kita suri rumah sepenuh masa, sepanjang masa akan ada kat rumah. So, kalau 2 3 hari xdak kat rumah pun, dah rasa sunyi.
‘wani masak apa sahur ni?’..soalan mama selepas kejutkan saya jarak jauh dari petaling jaya pada pukul 4..nasihat mama bila dengar suara saya yang agak keletihan..’xpa, sabar..pahala tu’…Ringkas, tapi memang terkesan.
Pahala. Perkataan ni yang mak saya selalu jawab kalau saya tanya mama x penat ka buat semua kerja. Ya, bila kita yakin yang akan menganjari segala amal kebaikan kita ialah Allah Yang Maha Pemurah, perkataan letih akan terhapus dari kamus hidup. Walau manusia sedikit pun tidak memandang kebaikan yang kita lakukan, ingatlah, pandangan dan ganjaran daripada Allah itu yang utama.
Rutin harian mak saya sentiasa penuh, walau dia bukan wanita berkerjaya. Selepas solat subuh, dah start aktiviti harian. Gosok pakaian kerja ayah, gosok baju sekolah adik2, siapkan sarapan, pantau keadaan asrama, pergi market, siapkan bahan2 untuk makanan pelajar asrama, masak lunch, basuh baju, dan kalau untuk bulan ramadhan; siapkan sahur untuk pelajar asrama…etc…pendek kata, memang x penah duduk diam. Memang supermak sejati ni^^
Disebabkan asyik teringat ja kat mama, maka izinkan saya mengupdate blog blessanewme ini dengan tajuk, ‘Mama, kau RATU hatiku’….(macam iklan fernleaf ja..huu)
1 0g0s lepas, genap umur mama 50 tahun. Cepatnya masa, dah pun separuh usia. Moga Allah sentiasa merahmati usia dan perjalanan hidup kami sekeluarga.
Kadang2 kalau kami adik beradik merungut makanan x sedap, ataupun, xdak ayam ka hari ni, mama akan ingatkan kami kesusahan hidup dia sewaktu kecil. Mama selalu cerita, keluarga tokwan bukan orang senang, kalau nak jumpa ayam pun setahun sekali. Setiap kali hari raya, barulah wujud juadah bertemakan ayam. Menu harian, ikan kering dan ulam2an. Ikan goreng pun ada harinya jugak. Ya la, dulu2 mana mampu nak beli peti ais, nak simpan ikan dalam apa kan. Kalau ada peti ais pun, bukannya ada elektrik. Malam2, bergantung sepenuhnya dengan lampu minyak tanah.Semangat untuk belajar tetap ada, walaupun cuma bertemankan cahaya malap yang tunggu masa untuk terpadam. Sumber air pulak, memang sepenuhnya dari telaga.
Zaman dulu, kalau nak tengok tv pun, pergi menumpang kasih kat rumah ketua kampung. Lepas habes mengaji al-Quran kat rumah tok ketua, semua berebut buat kerja. Tumbuk beras bagi jadi tepung, sapu daun kering kat halaman rumah, etc..ikhlas tu mungkin ada, tapi lebihnya sebab nak dapat upah. Sepuluh sen, tinggi nilainya. Macam2 boleh beli, ais kepal yang selalu mama sebut2. Entah macam mana la rupa ais tu , saya pun xtau.
Bertarawih di masjid zahir, mama buat jejak kasih dengan kawan2 pondok waktu belajar dulu. ‘Sebab apa ma x sambung mesir ja macam depa tu?’…Jawapan yang x perlukan huraian, ‘tokwan xdak duit nak bayar’…ya la kan, zaman dulu mana nak ada sangat jpa,mara, yayasan bank rakyat segala bagai ni. Tapi ada 1 lagi jawapn mama yang membuatkan saya terkesan..’mama x belajar tinggi2 xpa, sebab berkorban untuk anak2..yang penting anak2 berjaya’…huhu..tacing la pulak.
Seawal usia 19 tahun, mama berkahwin. Nak ikut jejak langkah pun dah terlepas dah, hee..
Zaman dulu2 mana nak ada twitter fb hpon semua ni kan. Kalau berkenalan pun, direct dengan family. Mama dengan ayah x pernah kenal pun. Tok (mak ayah) yang jadi orang tengah. Umur ayah 28, ayah minta tok carikan calon. Ciri2 yang ayah tetapkan; ada agama, hidup susah, kulit cerah.. Maka, tok pun memulakan misi mencari calon menantu, dan ternyata mama memenuhi syarat yang ditetapkan. Bersatulah 2 hati yang langsung x pernah mengenali. Siapa kata bercinta sebelum kahwin itu pra syarat untuk bahagia? Ibu bapa kita dah buktikan yang cinta selepas kahwin itu ternyata indah. Kenapa nak nafi lagi jika kita sendiri adalah bukti kasih sayang antara mereka? Anak remaja sekarang, takut dengan komitmen perkahwinan, selagi mana 1001 perkara berkaitan pasangan tidak diketahuinya. Lantas, jalan percintaan yang penuh dusta itu yang dipilih. Jangan kita semua tersalah memilih jalan, jangan kita menjadikan gred E sebagai permulaan kisah perkahwinan.
Menjadi suri rumah sepenuh masa, dan membesarkan kami 8 beradik. Alhamdulillah, dapat sentuhan dan kasih sayang sepenuhnya dari seorang ibu. Walaupun mama bukanlah seorang yang hebat dalam pelajaran, ataupun hebat memberikan kata2 semangat buat saya, ataupun hebat berhujah, yang nyata, saya berasa sangat hebat kerana dilahirkan dari rahimnya, dibesarkan dengan tangannya. Perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan pada kami sekeluarga, itu yang menjadikan dia tersangat hebat. Beruntunglah ibu bapa yang memiliki dia sebagai anak, beruntung suami yang menjadikan dia suri hidup, beruntung anak2 yang lahir dari rahimnya, beruntung menantu yang punya dia sebagai mentua, beruntung cucu yang memiliki dia sebagai nenek…..
Rasa menyesal, sebab pernah bermasam muka bulan lepas. Sepanjang saya cuti sem ni, 2x sesi merajuk yang saya lancarkan. Pertama, merajuk sebab mama x bagi join bersih. Berhari2 jugak la saya cuba pujuk hati untuk terima hakikat bahawasanya saya sedang online ketika mana sahabat2 seperjuangan yang lain sedang bertempur. Parents x bagi sebab risaukan kita, tapi jiwa anak muda, semangat sentiasa.. sory ma, x bercakap 2 hari. Sekali lagi merajuk sebab sardine. Mama x bagi buat sardine, tapi saya bertegas nak buat..nak jugak2 walaupun mama x bagi. At last ma kata, ‘ hmm, p la buat, dah nk buat sngt’..pastu saya pun balas ‘ xyah la buat, dah tadi x bagi sangat’…hahaha..last2 merajuk, p masuk bilik..apa punya perangai laa… Janji lepas ni x buat dah..T_T
Bahaya cuti lama2 ni, asyik nak bekepit dengan family ja. Nanti bukak sem , konfem virus homesick menyerang..huuu..
Tetiba makin panjang pulak post ni. Saja nk melepas rindu kat mak sendiri ja.. ^_^
Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2, hargailah orang tua kita selagi masih ada. Kita beruntung, kerana Allah masih pinjamkan mereka di dunia ini. Sahabat2 yang sudah kehilangan ibu atau ayah atau kedua-duanya, jangan lupa utuskan untaian doa kalian buat mereka. Doa kalian adalah harta yang paling berharga.
Antara intipati surah Luqman: 14
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu"
Berbaktilah kepada mereka selagi mana kita masih Allah pinjamkan nyawa. Berbaktilah selagi mana mereka masih di sisi kita. Segala yang ada di dunia ini adalah pinjaman. Berkasih sayanglah kerana Allah, suburkan benih cinta di dunia kerana Allah. Jika kita terpisah di dunia, moga Allah temukan semula di jannah..insyaAllah..
~maa..balik la cepat.. T_T…sayangkan cucu, suami dan anak2 ditinggalkan..hehe~
Mum is amazing right?
ReplyDeleteshe doing everything because of love. No need payment at all.
pergh. amazing.
so, pesanan penaja,
mari jadi mak yang amazing. walaupun tak kawen umur 19 pun tak pa aih. =)
~husnataqwa
ReplyDeleteyup..tersangatlah amazing..mcm x penah penat buat semua kerja, kasih sayang pada anak2 yg jadi penguat saat tubuh badan sndiri dah hilang kudrat..
pesanan penaja diterima..^^
Dah mula zaman 'praktis'2 ni..hehe
ReplyDeleteInsyallah nanti bakal busy akan datang. :p
~afifah
ReplyDeletenanti busy x cukup kaki tngn dah perasan..pakat kna jadi supermak..hehe
slmt b'praktikal jugak la ye smentara cuti masih ada ni..^^
serius tacing......i luv my mum too T_T
ReplyDeletemak hebat lahirkan anak yang hebat juge.. insyaAllah :)
12/12/2012 - 11.59pm
ReplyDelete