Saturday, August 6, 2011

~30 hari mencari cinta~



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Ya Allah, Kau temukan kami dengan ramadhan. Moga kami hamba2Mu yang lemah ini terus dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ketaatan. Misi 30 hari mencari cinta, moga kami semua menjadi hamba2Mu yang bertaqwa, Allahumma ameen.


Tujuan utama yang ingin dicapai setelah sebulan menerima tarbiyah dalam bulan ramadhan adalah taqwa. Mengapa manifestasi ramdhan adalah taqwa?..Mengapa natijah terakhir yang ingin diperoleh adalah taqwa?


"wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"  (Al-Baqarah:183)




Taqwa. Mudah sekali diungkap, namun sukar sekali untuk digapai jika tanpa mujahadah. Taqwa itu perlukan mujahadah, kerana ganjaran yang dijanjikan Allah bagi hamba yang bertaqwa sangat istimewa. Mahukan hadiah yang istimewa, tapi malas berusaha; itu bodoh sombong namanya. Janji Allah pada hamba2Nya yang bertaqwa sangat hebat, tidak mahukah kita tergolong dalam golongan ini?


Kerana kekuatan taqwa itu begitu hebat, saya menyeru diri sendiri dan sahabat-sahabat untuk sama-sama merebut peluang yang Allah sediakan kepada kita. Wasilah untuk menjadi hamba yang bertaqwa sudah tersedia, lantas pantaskah kita membiarkan ramadhan ini berlalu dengan sia-sia?..
Moga kami tidak tergolong dalam golongan yang rugi, dan golongkanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba yang bertaqwa. Ayuh, ledakkan taqwa dalam diri.


Bertaqwalah kita dengan sebenar-benar taqwa. Abdullah bin Mas'ud mentafsirkan sebenar-benar taqwa sebagai melaksanakan taat kepada Allah, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak alpa, sentiasa bersyukur dan jangan kufur.
Adakah semua ciri-ciri ini ada pada diri kita? Saya hanya mampu menjawab dalam hati. Allah...


'Syammartu wajtahadtu'; inilah jawapan yang diberikan Saidina Umar apabila ditanya oleh Ubai bin Kaab apa yang akan dilakukannya jika berjalan di sebatang jalan yang penuh onak dan duri.
Jawapan Saidina Umar ini jugak menggambarkan taqwa, yakni berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak melakukan perkara yang haram, dan bersungguh-sungguh beramal dengan Quran dan sunnah.
Koreksi diri kita, adakah setiap masa dan keadaan kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh?..Iman kita bisa memberikan jawapan.


Jika taqwa itu tidak istimewa, masakan Allah menjadikannya manifestasi berpuasa.




"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya" (Al-Talaq:2-3)


~Janji Allah kepada hamba yang bertaqwa, Allah akan sentiasa memberikan jalan keluar jika terhimpit dengan masalah.
Inilah formula menyelesaikan masalah teragung di dalam al-quran. Allah akan ilhamkan petunjuk bagi setiap masalah. Tidak tertarikkah kita dengan janji Allah ini. Allahu Allah, kami hambaMu yang lemah, sangat memerlukan bantuanMu dalam setiap ketika.


~Janji Allah lagi bagi hamba yang bertaqwa, di dunia Allah akan memurahkan rezeki hamba2Nya. Allahuakbar, jika Allah Yang Maha Kaya tidak kurniakan kita rezeki, pada siapa lagi kita harus meminta..






"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu serta mengampuni dosa-dosamu"  (Al-Anfal:29)


~Pada hamba-hamba yang bertaqwa, Allah juga janjikan keampunan. Allah akan mengampunkan segala dosa hambaNya.






"..Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusan"   (At-Talaq: 4)


~Janji Allah lagi, segala urusan akan dipermudahkan. Mudah bagaimana?, itu kerja Allah, 1001 wasilah Dia boleh sediakan untuk memudahkan urusan kita. Yang penting, kita sendiri perlu berusaha, berdoa dan bertawakal.




"..barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan2nya dan akan melipatgandakan pahala baginya"  (At-Talaq: 5)


~Allah janji untuk gandakan pahala. Tidak tertarikkah kita?...




"sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu"  (Al-Hujurat:13)


~Hamba yang bertaqwa mendapat kemuliaan di sisi Rabbnya. Untuk menuju kemuliaan ini, yang Allah nilai adalah taqwa.


Analoginya taqwa ini seperti helium. Satu kisah ringkas seorang pakcik dan kanak2 (wan). Pada suatu hari, wan nampak sorang pkcik nih jual belon yang boleh terbang tinggi. Wan pun teringin jugak, then wan pun beli belon biasa ja, dan cuba tiup banyak2 kali nak bagi belon tu pun naik tinggi. Opkos la x naik kan, belon tu asyik jatuh kat tanah ja. Disebabkan perasaan nak tau yang membuak-buak dalam diri wan, so wan pun p tnya pakcik tu rahsia belon pakcik tu boleh terbang ke udara. Jawapan pakcik tu bagi, "senang ja jawapannya...perbezaannya adalah dalamanya..kamu guna angin biasa, tapi pakcik guna gas helium".


>beza seorang manusia dengan manusia yang lain adalah dalamannya. Luarannya, nampak lebih kurang sama, tapi dalaman berbeza. Aspek dalaman yang menentukan, kita menjunam ke lembah kehinaan, atau terbang menuju kemuliaan. We choose!!..Ayuh terbang menuju kemuliaan dengan helium taqwa.






Tak tertaip kalau nak cerita kelebihan2 taqwa, bnyak sangat.  MasyaAllah tabrakallah, hebat sungguh janji2 Allah bagi hamba yang bertaqwa. Sama-sama kita berusaha bermujahadah untuk menggapainya. Medium sudah Allah sediakan, kenapa tidak kita manfaatkan sebaiknya?.. Moga ramadhan kali ini bukan yang terakhir  dan segala amal ibadah diterima Allah, dan jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa..ameenn..  








>>nota kaki kat bawah ni saja taip ja..tiba2 terlintas..xmau baca pun xpa, membebel ja ni..^_^


1)perhatian!!..3 ramadhan yg lepas dah  genap umur 22..Mama bersalin kat saya bulan ramdhan, kiranya boleh kata ma kena ganti puasa sebulan la kan..sob3x..tenkiu ma..kalau saya merajuk sebab apa2 ka @ ada ciri2 nak derhaka, satgi kena la warning dgn kakak2, 'hg jgn dok buat perangai wani, dah la mama beranak kat hg bulan posa...huhu..insaf2


2)Alhamdulillah setiap malam berpeluang bertarawih di masjid zahir. Satu malam satu juzu', ketaq lutut la jugak. Tapi kena mujahadah. Ada toknek ni, badan bongkok jadi bentuk L dah, tapi semangat nk beribadah. Kita ni yang badan straight, tapi nak semayang pun bekira lagi, hmmm..muhasabah2.


3)Time tarawih, mesti ada masalah belubang saff..nak palam guna apa xtau..susah sikit kalau makcik2 ni, x kena cara teguq memang haru laa...ya la, port dy baik punya, direct kipas, kalau saya pun taraddud jugak nk gerak..haha


4)bertentangan dengan masjid ni ada macam taman,penuh dengan pokok2 yang ada lampu cantik2. Yang x cantiknya, punya la banyak anak muda , mat2 n minah rempit dok melepak. Yang dok memadu kasih pun belambak. Astaghfirullaaah..mengucap panjang tengok. Dalam bulan ramdhan, tengah orang solat tarawih, depan masjid..hmm..Moga Allah kurniakan hidayah.


5)Ada kuliah subuh kat masjid. Yang muda ada la berapa kerat, majoritinya makcik2..kesian tengok, pakat tersengguk2..kalau kat dq dulu boleh la dok lawan urut..rasa nk tolong urut ja makcik kat depan, tapi x buat pun..takut makcik ni melatah ja, mana nak tau, kot jenis geli kalau orang sentuh..huhuu


6) 12/8 ni nuha nak jadi kakak dah,insyaAllah...mak menakan yang excited lebih..^_^


7) ok..satgi melalut makin panjang..ramadhan kareem everyone..teruskan perjalanan 30 hari mencari cinta~

5 comments:

  1. Allahu Akram. :) selamat berpuasa wani. ummi tanya serik dah ka nak mai umah. ummi buat open house raya ke-6. :)

    ReplyDelete
  2. ~athirah

    hee..x serik aih p kulim..kita kan tetap juara..hehe
    raya ke6..bisa diatur nih..kita konvoi naik rexton ummi ain pulak, rasa kebai sikit..^_^
    budak2 mesir pakat balik, boleh la p ramai2..

    ReplyDelete
  3. Dah taw dah wan sapa............wani junior..
    nuha dah dapat adik blom?? huhu.. x sabo nak tahu.. my kak ngah due die bulan 1 nie ^_^

    ReplyDelete
  4. ~norhani

    wan ni watak khas dalam belog =)

    alhamdulillah, dapat dah adik...tarikh bedah 12/8(doktor suruh bedah, sebb takut efek jahitan besalin k.nuha dulu)..
    tapi perancngn Allah terbaik, besalin normal pg tadi..
    e, rasa mcm baru ja acu bgtau dy pregnant..alep excited dak?..k.nuha over excited..tetiap hari p cium perut mama..=)

    ReplyDelete