Satu persatu gambar yang diupload saya tatap. Nak dihabiskan satu album pun dah rasa x sanggup. Pedih hati. Sesak nafas. Terasa sempit pembuluh darah.
Kalau bukak fb, notification yang akan kita check dulu. Nampak pulak ada friend request, berkobar2 nak tau sapa. Tambah pulak yang add tu kawan kita yang dah lama x jumpa, terus berbunga-bunga hati. Tapi sekejap ja perasaan tu. Bila tengok gambar2, terus rasa down. Serius, yang ni yang saya rasa. Kawan yang satu masa dahulu bersama2 saya menghafal hadis-hadis dan sirah Rasulullah, dah hilang tudung di kepala. Kawan yang dahulunya asyik berlumba dengan saya nak dapat no 1, dah makin jauh dengan hukum2 Allah. Baju kurung yang dulunya elok menutup aurat dah terbang entah ke mana, yang tinggal hanya baju t-shirt sendat, singlet, legging..aaargghh….baju2 kecik tu layak bagi nuha ja pakai, kalau saiz badan xl, jangan la menggatal tangan tu nak ambik yang saiz s….(wani, plz write properly..jgn emo..huhu).
Tenkiu tu mark zukermbeg<<- -tipu ja ejaan ni, malas nk google)…kerana mewujudkan laman social ni. FB, boleh jadi medan penjalin ukhwah, jadi medium dakwah, tiket utk menempah jannah, kalau kita pandai guna, insyaAllah banyak manfaat yang dapat…TAPI, FB jugaklah penyebab a so called muslim aktif dok kumpul saham dosa, jadi tempat nak perasan cantik dengan gambar mata yang saja dibulatkan tengok kamera, jadi tempat nk tayang aurat..hadoi…memang la, “my life, my choice”..but friend, I cannot stand to see you choose a wrong decision…kamu pilih, nak jadikan fb sarang maksiat, atau ruang yg bermanfaat..
Di mana silapnya? Silibus apa yang kurang?..Apa yang terjadi buat saya pikir panjang. Saya x berniat untuk bercakap tentang remaja yang memang seawal usia 10 11 tahun lagi telah didedahkan siapa itu justin bieber atau taylor swift. Tapi saya nk focus kepada yang memang ada basic agama yang cukup. Yang seawal sekolah rendah dihantar ke sekolah agama, x cukup itu, sekolah menengah pun sekolah agama.
Siapa yang paling dekat dengan golongan remaja?
Ya..keluarga dan rakan-rakan.
Acuan pertama yang akan membentuk peribadi anak-anak adalah daripada ibu ayah. Acuan keluarga yang akan mengarah hala tuju hidup seorang anak.
Institusi keluarga yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup, pasti melahirkan generasi yang tahu dan faham Islam secara menyeluruh. Jika tempang ibu dan ayah, besar kemungkinan juga anak-anak akan turut tempang. Lahirnya seorang anak di dunia ini, maka kedua orang tuanya itulah yang menjadi role model utama. Apa saja watak ibu ayah yang terlihat di mata anak-anak, akan terakam kemas di kotak minda. Anak kecil yang sedang membesar, belajar dari semua keadaan dan peristiwa sekeliling. Jika hiburan nyanyian yang diberikan sebagai halwa telinga, maka itulah yang dirasakan betul dan mula sebati dengan diri. Jika bahasa kesat, tenkingan, sepak terajang yang menjadi habuan harian, kemungkinan personality anak yang bakal terbentuk ialah sama ada menjadi tersangat trauma dan pemendam rasa, ataupun turut berperilaku liar sebegitu.
Didikan keluarga akan membentuk peribadi anak-anak. Sama ada mahukan Islam atau sebaliknya. Tidak cukup jika sekadar anak-anak dihantar ke kelas al-quran atau silibus kelas fardu ain dihabeskan, tetapi apabila pulang ke rumah, yang sebaliknya yang berlaku. Ibu sendiri yang hanya menutup aurat ala kadar, ayah yang menonton perlawanan bola sehingga melewatkan waktu solat, tiada siapa yang ambil peduli jika anak-anak hanya menghadap laptop sepanjang hari. Dihantarnya anak untuk mendalami ilmu agama, tapi apabila ingin dipraktikkan di rumah, tiada yang mendorong.
Didikan dan kawalan untuk anak-anak bukan hanya terbatas sewaktu mereka di bangku sekolah, tapi mesti berterusan. Seawal usia 6 tahun, dihantarnya anak ke Pasti, kemudian ke sekolah rendah agama, sekolah menengah juga aliran agama, tapi sayangnya, pantauan terhadap anak-anak terhenti apabila kaki menjejak ke menara gading. Telahan ibu bapa,anak-anak sudah besar, boleh tentukan arah tuju sendiri. Silapnya di situ, saat pantauan daripada ibu bapa terhenti, saat itulah anak-anak mula mencorakkan peribadi diri dengan keadaan sekeliling.
Apabila pantauan daripada ibu bapa makin longgar, genggaman rakan2 pula akan menjadi semakin kejap. Kalau baik environment sekeliling, Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya?....
Tarbiyah itu sifatnya berterusan. Bukan bermusim. Bukan hanya pada fasa tertentu sahaja anak-anak dititiberatkan dengan ilmu agama. Tanggungjawab menjadi nakhoda kapal ini bukan mudah. Tidak perlu mendabik dada jika anak boleh khatam al-quran seawal darjah 4, ataupun anak mendapat markah 100 untuk subjek pendidikan islam. Bukan itu ukurannya. Yang paling utama, aplikasi dalam kehidupan seharian.
Benar, hidayah itu milik Allah. Bila2 masa saja Allah boleh kurniakan ataupun nak ditarik kembali hidayah yang diberi. Tapi persoalannya, sejauh mana seorang hamba itu berusaha untuk menjemput sinar hidayah itu?..
Usaha itu pelbagai. Yang paling penting, usaha diri sendiri untuk kenal Islam. Hidup kita, kita yang tentukan. Tapi jangan dilupa, factor penyumbang terbesar pembentukan peribadi seorang anak bergantung pada didikan daripada ibu bapa. 1 petikan daripada buku tarbiyatul aulad berkaitan ini:
"What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."
~'Abdullah Nasih 'Ulwan
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."
~'Abdullah Nasih 'Ulwan
Pentingnya didikan yang baik, kerana hasil didikan itulah yang akan membentuk seorang individu yang berguna untuk ummah.
Tapi jangan dilupa, ujian dari Allah itu bentuknya pelbagai. Seorang ayah yang bertungkus lumus mendidik anaknya dengan acuan Islam, tetap juga diuji apabila anak berakhlak sebaliknya.
Pulang ke rumah, si anak bertudung litup. Apabila kembali ke kampus, nyata perubahan angin yang kencang menerbangkan kain di atas kepala.
Disangkanya si anak masih lagi gadis sunti yang malu-malu nak berdepan dengan ajnabi, tapi hakikat yang sebenar pandai si anak sembunyikan. Bila tengok fb si anak, baru tahu langit tinggi rendah.
Ibu bapa telah berikan yang terbaik, tapi tetap jugak anak tersasar. Ayah kopiah lekat di kepala, ibu tudung melepasi dada. Anak??...
Betullah, iman itu x dapat diwarisi. Seandainya iman itu sesuatu yang boleh diwariskan, bahagialah anak-anak pak imam dan tok kadi, senang2 saja nak dapatkan iman. Kalau begitulah konsep iman, meranalah anak pencuri dan penagih dadah tegar. Tapi Allah itu maha adil dan bijaksana. Sentiasa adil dengan hamba-hambaNya.
Sekiranya bekalan agama telah diberikan secukupnya oleh ibu bapa, dan dengan bekalan itulah anak2 melayari bahtera kehidupan.. Alhamdulillah.
Sekiranya bekalan agama telah diberikan secukupnya oleh ibu bapa, tapi tetap juga si anak memilih jalan yang salah, inilah ujian yang Allah takdirkan untuk menguji kesabaran si hamba.
Pernah saya mendengar seorang mak cik yang mengeluh mengenangkan sikap si anak..”dari kecik makcik ajar tentang Islam..sejak sekolah rendah lagi makcik suruh pakai tudung..tapi bila dah besar macam ni, cakap makcik langsung x nak dengar. Kalau makcik tegur pasal seluar jean, baju ketat, kapel,mula nak masam muka, kata makcik x sayang kat dia…makcik takut dengan amanah Allah ni.”
Saya pun blurr, x tahu nak bagi respon apa. Cuma satu yang saya cakap, “makcik jangan risau, makcik dah laksanakn tanggungjawab makcik..lain la kalau dia jadi macam tu sebab makcik x ajar..ni makcik dah ajar tentang Islam, tapi mungkin Allah x buka lagi pintu hati..makcik teruskan doa, insyaAllah, doa seorang ibu ni selalunya termakbul..”
Saya bukan orang yang hebat ilmu agama..masih bertatih dalam medan dakwah ini..masih terasa pedih diserang, mungkin kerana salah uslub..tetapi tetap juga saya ingin menyeru sahabat2 semua, jangan terlalu enjoy dengan kehidupan ini. Bila-bila masa saja Allah berkuasa nak tarik nyawa kita. Relakah kita, saat kita dihujung usia, dalam keadaan kita sedang melakukan sesuatu yang Allah murka. Apakah destinasi terakhir kita, jika Allah tarik nyawa kita dalam keadaan kita sedang leka dengan dunia, hanyut dalam bisikan cinta kekasih, enjoy dengan hiburan yang melampau..Allahu Allah..Jika itu pengakhirannya, terasa takut untuk membayangkan balasan yang Kau sediakan.
“Katakanlah Muhammad, “Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku” (Al-An’am:15)
Ya, saya akui. Kita semua berdarah muda. Kalau boleh semua benda nak cuba. Cuma satu pesanan, jangan terlalu leka. Jangan pernah lupa diri pernah mendapat didikan agama. Jangan buat-buat lupa segala hukum yang telah dipelajari.
Allahua’lam..
Nota utk diri: Bersihkan diri dari noda dosa. Ruangan social kita; bersihkanlah dari segala kotoran maksiat. Jernihkan kembali fikrah perjuangan. Sentiasa muhasabah dan tajdid niat kenapa aku berada dalam saff perjuangan ini. Walau sesama kita berlainan fikrah,namun yang paling utama matlamat kita sama, ingin melihat hukum Islam terlaksana. Jalan yang berbeza, tapi matlamat yang sama. Prinsip saya cuma satu, nak jaga maruah Islam kena ada kuasa. Nak ada kuasa kena ada kerajaan. Nak ada kerajaan kena ada pilihanraya yang adil. Nak bagi adil, kena ramai2 buat tuntutan. Bersihkan kembali system pilihanraya Malaysia yang kotor..
Moga Allah kekalkan kemenangan PAS di kedah , dan membantu kami semua pejuang-pejuang agamaMu dalam usaha menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini. Rahmatilah pimpinan baru PAS, satukanlah hati-hati kami dalam bergerak kerja, kuatkanlah langkah-langkah kami untuk mendepani tipu daya be end dan konco-konconya, jalan menuju ke putrajaya makin jelas di mata, siren kemenangan makin jelas di telinga. Grand design Ilahi sentiasa menakluki kesemua perancangan manusia. Walau penipuan di dalam apa kaedah sekalipun demi nak pertahankan Putrajaya oleh UMNO BN, Tuhan Maha Tahu dan Maha Melihat, perancangan UMNO BN itu hanyalah sia-sia.
Yang masih belum dalam tangan, akan cuba ditawan. Yang sudah dalam genggaman, akan cuba dipertahankan..Takbir!!
salam, wani...
ReplyDeleteakhirnya..
terluah juga..
apa yang wani rasa tu, aini rasa, cuma, aini tak reti nak luahkan macamna.
bila baca satu persatu tulisan wani dalam blog ni, dapatla aini tahu, bukan aini je rasa camtu....
~aini
ReplyDeletewslm..
hmm..lama dah rasa benda ni..sayang rasa tgok kawan2..yg penting, jgn tinggai depa..masing2 ada basic, cuma tersasar sikit..
like :)
ReplyDeleteacik dah start baca buku tarbuyah aulad. waa :D
12/12/2012 - 11.41pm
ReplyDelete