Tuesday, February 8, 2011

~1st day after midbreak~

Jika ditanya pelajar medic kerjaya pada  masa hadapan, jawabnya doctor.
Jika ditanya pelajar pharmacy kerjaya pada masa hadapan, jawabnya pharmacist.
Jika ditanya pelajar dentistry kerjaya pada masa hadapan, jawabnya dentist.
Jika ditanya pelajar biomedic kerjaya pada masa hadapan, jawabnya……….jawabnya apa wani??..huhuu..undefined..infinity..

Ini bukan dilema bangsa melayu..bukan juga dilema tak setuju nak bermadu, tapi inilah dilema yang membelengu pemikiran pelajar-pelajar tahun satu …jz like me..=(

Sebelum cuti sem, perkara ni yang menyemakkan kepala saya. Memang serabut, tapi Alhamdulillah dapat sedikit motivasi daripada 2 org kawan. Saya provoke, kawan2 jawab, yang saya kusut, kawan2 leraikan..Tup tup lepas cuti ni, dia pulak yang serabut hal yang sama. Nak tegelak pulak rasa. Ni dok menulis post ni pun sambil dok bagi kata-kata motivasi kat dia..apa kerjaya pelajar biomedic pada masa hadapan, jawabnya pakar motivasi..err?..hehe..multi tasking.

Tersenyum saya bila teringatkan kejadian petang tadi. On the way balik dari lab, kami membincangkan hal yang sama, arah tuju pelajar biomed. Dalam keserabutan tu, seorang hamba Allah ni stop kereta dia, tumpangkan kami bertiga pulang ke asrama. Alhamdulillah, Allah menjawab doa kami yang dah x larat nak bejalan ni dengan menggerakkan hati senior tu utk tumpangkan kami. Hebatnya iman umat terdahulu, ketika berpuasa pun masih kuat menghayun pedang dan mengorak langkah di medan perang, kami?.. bila jam dah pkul 5,fikiran dah melayang2 ke kafe memikirkan juadah berbuka, tangan nak genggam pen pun dah x larat, apatah lagi nak berjalan kaki ke asrama, nasib baik ada orang sudi tumpangkan..=)

Jawapan daripada Allah tu pelbagai. Cara Allah nak meleraikan kekusutan hambaNya pun melalui banyak wasilah. Rupa-rupanya senior yang tumpangkan kami ni pelajar master dalam bidang nutrition. Dulu akak ni pun pelajar biomed,tapi habes je degree, dia tukar ambik nutrition. Tekejut jugak kami, boleh jugak eh tukar bidang bila dah habes degree. Ini pun dikira 1 solusi jugak ni kalau kami xtau nak kerja apa nanti.

Perkara yang selalu merunsingkan kami, nak kerja apa bila dah grad nanti?..Ada sorang senior tu cakap, “adik-adik ni baru 1st year, memang akan jadi x tahu arah tujuan macam ni. Tapi bila adik-adik dah masuk 3rd year nanti, baru korang akan  nampak hala tuju course ni nanti..yang pasti biomed memang best.”

Senior lain pulak..”Mula-mula memang macam ni adik, majority yang ambik biomed ni x tau nak kerja apa nanti, tapi sebenarnya beruntung kita ambik bidang ni, sebab biomed bidang yang general, nanti kita boleh masuk mana-mana area.”


Sedikit sebanyak, penjelasan akak2 ni meringankan jugak bebanan yang memberatkan kepala ni. Banyak je bidang yang boleh join, tapi disebabkan terlalu banyak dan luas platform, sampai dah jadi x tentu arah dibuatnya. Nak jadi medical officer boleh, pharmacist boleh, lecturer lagi boleh, researcher memang sangat2 digalak-galakkan(tapi x ramai yg ceburi area ni, sebb effort kena lebih sikit), kalau nak jadi pakar nutrisi boleh, ahli forensik ok jugak, hatta nak bergelar doktor pun boleh.

Tapi zaman masing-masing memburu kerjaya ni, setakat degree saja x cukup kalau nak survive. Paling kurang master. Nak jadi lecturer kuliah, kena ada master. Nak jadi pakar nutrisi, kna ada master bidang nutrition. Nak jadi pharmacist, kena sambung master dalam bidang farmasi. Kalau habes degree dalam biomed ni, pastu nak sambung lagi 3 tahun kat mesir pun boleh, buat medic kat sana..(ni pun agak menarik, dah lama cita-cita nak ke mesir ni).

Actually, bnyak ja peluang pekerjaan dalam bidang ni, tapi kami yang masih terkapai-kapai dalam kecerahan, terlalu cerah, sampai kami silau nak melihat dek terangnya cahaya.

Seringkali juga saya mendengar orang berpesan, jangan sampai niat nak menuntut ilmu tu terpesong kerana gilakan kerjaya pada masa hadapan. Ambil bidang ni sebab senang nak dapat kerja, ambil bidang ni pula sebab jumlah gaji yang lumayan. Soalan yang selalu kita fikir, what I want to have?..nak dapat kereta mewah, rumah besar, melancong dan macam-macam lagi. Daripada memikirkan perkara yang bersifat material sebegitu, better fokus pada persoalan yang lebih utama. Yang paling penting, who I want to be??..Kebanyakan kita hanya memikirkan apa yang kita nak dapat berbanding siapa yang kita nak jadi. Kita sering terlupa nak bertanya pada diri, nak jadi anak yang macam mana, mahasiswa yang macam mana, anak muda yang macam mana, pekerja yang macam mana?..Peringatan untuk diri sendiri yang sering alpa..

Jika saya ditanya sekarang hala tuju kerjaya saya, saya hanya mampu memberi senyuman. Senyum untuk tenangkan hati yang sering berbolak-balik.Buat masa sekarang, saya cenderung  untuk bergelar pendidik, insyaAllah, lecturer to be. 3 4 tahun akan datang x tahu lah, mungkin juga akan ada perubahan. Yang pasti, sekarang saya enjoy menuntut ilmu dalam bidang ni. Science, jika dikaitkan dengan Pencipta, mampu menghadirkan hidayah pada seseorang. Allah Yang Maha Hebat menjadikan setiap makhluk. Tak perlu melihat jauh, cukup sekadar meneliti kejadian diri seorang manusia, pasti sudah mampu mengalirkan air mata mengenangkan nikmat-nikmat yang  dikurniakan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Subhanallah..

Pesan saya pada sahabat yang sedang serabut tadi, sama seperti kata-kata semangat yang saya berikan untuk diri sendiri. Tak salah memikirkan dan merencana untuk masa depan, tapi jangan sampai kita menjadi terlalu khuatir. Takut jadi begitu, takut jadi begini. Apa yang penting, manfaatkan masa sekarang. Buat sehabes baik. Ingat, yang ada dalam tangan ini yang realiti, waktu sekarang ni yang realiti, merancang dan bekerja dengan apa yang ada dalam tangan ni yang paling utama.

Bukan tidak boleh kita angan-angankan kerjaya kita pada masa hadapan atau pun tahap akademik yang tertinggi yang ingin kita capai, boleh untuk kita punya target sebegitu. Yang tidak bolehnya kalau kita terlalu merancang masa hadapan sampaikan kita mensia-siakan detik sekarang. Kalau nak fikirkan perancangan untuk final year project, tafaddhal.. tapi kalau sampai menjejaskan study kita untuk sem permulaan ni kerana terlalu khuatirkan mengenai project sem last, apa gunanya angan-angan tadi?..

So, salah ke untuk merancang masa depan?..Pastinya tidak, saya pun kuat berangan.Bak kata ust.pahrol dalam majalah solusi entah edisi ke berapa, boleh  berfikir untuk hari esok, tapi jangan khuatir. Kalau khuatir, hati kita akan jadi kusut, siap boleh jadi tekanan perasaan lagi.  Jangan sampai mensia-siakan detik dalam tangan. Cara yang paling tepat untuk kelancaran dan kejayaan hari esok ialah dengan melakukan kerja dengan sepenuh perhatian pada hari ini. Pujuk saya mengakhiri perbualan.

p/s: kawan2 kat cfs yg ambik biosc jgn cuak pulak nak teruskan dlm bidang ni..insyaAllah, pintu rezeki Allah terbuka luas pada hambaNya yang bertaqwa. Apa formula taqwa?.. “..Barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..” (At-Talaq:2-3)

12 comments:

  1. like like like like like...
    suke suke suke suke suke...
    he he he he he...
    :):):):):)
    :D:D:D:D:D

    ReplyDelete
  2. we are in d same boat..sebb tu suka kan?..hihi

    ReplyDelete
  3. MISS WANI@MADAM WANI. X FHM R BUFFER SOLUTION.CNE EK?

    lecturer...jwb.jgn x jwb!!HAHA
    LECTURER YE???
    baguih2!!!

    ReplyDelete
  4. ~asma...miss wani nak jawab pun x berapa nak ingat dah bab buffer ni..hihi..yg pasti, acid n alkali wiz their respective salt...
    better u master on dat part...soalan dok pusing kot tu ja..
    gud luck final exam..buat elok2..=)

    ReplyDelete
  5. salam...acik...tggu anq ea.....huhu

    ReplyDelete
  6. ~anq..
    dun wory..i'll wait 4 u..acu..anje wirdah..nje pikah..semua2 la yg b'kaitan..=)
    La tahzan...we are sciences students..we luv formula rite?..so,apply dis taqwa formula in our life..Allah knows d best..=)

    ReplyDelete
  7. waha..ready siap tunggu kitorg eh..
    respect la senior sorang nih! ^_^

    ReplyDelete
  8. kak wani, bila kita naik bot?? (?)<--- ini muka hairan

    we are in the same car la masa tu.. hehe.. saje je nak wat lawak..hehe

    ReplyDelete
  9. satg biomed masuk allied. erk, saya nak sekapal jugak buleh dak?

    ReplyDelete
  10. hem.. tapi ana tak de lah sehebat entum.. segan den..segan... =(

    ReplyDelete
  11. ~husna..
    biomed mmg masuk kuliyyah allied, start batch antum..kami remain ja kat kuliyyah lama..huhu..sedih la jugak,xpa2 ada hikmahnya.

    Allahu Allah..kita ni yang dok segan dengan dia..tunjuk ajarku sifu..=)

    ReplyDelete