Melangkah masuk ke dalam bilik, telinga dapat menangkap bunyi suara orang menangis. Pelik. Sorang tengah tidur, lagi sorang pun tidur jugak, lagi sorang katanya nak pergi kuliah maghrib ustaz azhar idrus, tapi sebab apa tiba2 jadi episode air mata dalam bilik pulak nih. “ok x ni?”, saya cuba mencari jawapan. 3 kali bertanya, akhirnya dapat la jawapan..” saya x sempat nak pergi kuliah ustaz, kena tinggal dengan bus. Waktu jalan kat kafe terserempak dengan pakcik bus, pakcik tu kata bus dah lama bertolak…”. Respon saya; senyum^_^.. Sebenarnya nak tergelak, tapi tahan ja, orang tengah sedih, xkan nak gelak kot. Ingatkan jadi apa la tadi sampai boleh menangis. “xpa2, satgi kita p na..k.wani cuba call pakcik prebet”.. Then, settled. Alhamdulillah ada yang sudi tumpangkan kami untuk ke masjid.
“Masuk kelab apa?..kelab 0 ka kelab 1?”.. Senyuman penuh makna menjadi jawapan. Kuiz biochemistry, majority dapat 1/10..tapi yang lebih ‘untung’, dapat 0. Ramai sangat yang kantoi dalam kuiz ni, sampai tubuhkan kelab 1 n 0. Sebenarnya runsing, tapi cuba untuk senyum. Dalam ketawa, jiwa sedang gundah, runsing memikirkan exam final untuk paper biochem yang killer tahap dewa nih. MasyaAllah, moga dipermudah. Tapi x rasa nak menangis pun even kantoi kaw2 punya kali ni. Manifestasi redhakah ini?..hee, cuba untuk optimis, insyaAllah ada jalan.
Saja saya ceritakan 2 situasi di atas. Ujian2 kecil yang Allah datangkan untuk mematangkan hamba-hambaNya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar urusan kadang-kadang Allah uji, semuanya adalah untuk menguji tahap keimanan. Ada masa, kita di tahap yang sangat lemah, walau sekecil perkara cuma, sudah cukup untuk mengalirkan air mata. Ni fasa emosi x stabil kebiasaannya. Ada masa pula, kita kuat. Allah uji dengan x cukup wang, gagal dalam exam, banyak sangat kerja sampai x terurus semua benda, etc. Agak berat ujian yang Allah bagi, tapi kita still mampu optimis, x melatah, cuba untuk mencari jalan keluar, dan air mata langsung x mengalir, keep smile like sunshine^^
Manusia; kadang2 kita kuat, dan acapkali pula kita lemah. Perjalanan hidup ini Allah x jadikan hanya sekata. Indah ke hidup tanpa perasa? Cantik ke graph jika hanya mendatar? Allah yang Maha Mengetahui, tidak dijadikan segala sesuatu dengan sia-sia. Saat kita lemah, dekatkan diri dengan Allah. Saat kita kuat, bersyukurlah pada Allah kerana Dia yang meminjamkan segala-galanya.
Tempat kita mengadu di kala kita lemah, seringkali manusia yang jadi sasaran. Lupakah kita Allah itu yang berkuasa atas segala urusan?.. Bukan saya bermaksud kita jangan berinteraksi sama-sama manusia, tapi kalau berlebih-lebihan mengadu untuk mendapat perhatian manusia sehingga lupa pada Dia yang sangat dekat dengan kita, alangkah ruginya kita. Allah beri ujian, agar kita sentiasa mendekatkan diri padaNya. Trend sekarang, segala-galanya nak diluahkan di facebook, ‘ aku rasa lemah, aku rasa keseorangan, aku itu, aku ini..etc’.. kadang2 boleh jugak tolong bagi nasihat untuk kawan2 yang luahkan kat fb..x salah pun nk guna medium tu, tapi jangan kita hanya mengadu, meminta tolong di alam maya, sampai lupa untuk meminta pada yang selayaknya. Status; “Ya Allah, aku buntu, bantulah aku”.. Jangan sekadar terhenti di status, tapi jelmakan dalam bentuk tindakan. Apa yang Allah sebut dalam Quran; ‘ mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT’.. InsyaAllah, inilah jalan yang terbaik di saat kita lemah, di samping kita x menafikan usaha-usaha lain yang kena buat..Allahua’lam.
Nota kaki:
1) just random update..nak tulis pasal benda lain, tiba2 post ni yang terhasil. Sangat2 ringan, moga2 tetap ada manfaat.
2) Dalam fatrah exam. 1st paper 4/1, tapi awat mode exam x rasa lagi, adeyh.. whatever it is, last minute study is really2 mengujakan=)
3) Macam2 isu sekarang nih.. bebas, adamadlisme, dato’ hassan ali, saari sungip, ust nasharudin mat isa, mustapha ali, etc.. Moga Allah tetapkan hati kami semua, qiadi atau jundi, semuanya menuju matlamat yang 1; mardhatillah. (bila terjadi sebarang isu, jangan cepat melatah dan jangan lupa husnuzhon..dengar penjelasan dari sumber yang betul dan tepat..berita hairan n utusan meloya letak tepi sat.. Ujian2 ini yang akan mematangkan. Isu2 lama mengenai almarhum dato’ asri muda, dato’ nakhaie<< lagi besar nak dibandingkan dengan sekarang, insyaAllah, akan ada penyelesaian. IM sendiri yang kita nampak gah, tetap juga Allah uji dengan hal dalaman, isu kerajaan campuran, pertukaran mursyidul am dari mehdi akif, isu gerakan dalam gerakan..semua diuji, dan semua ada jalan keluar insyaAllah.
4) 3 hari di kl, setelkan urusan bank..sangat2 menguji kesabaran, Alhamdulillah dah setel. 3 hari dengan anak menakan, such a hepy holiday. Fawwaz mushoddiq dah pandai cakap sikit2, nak sebut atam jadi atom.. Nurfarhani nuha, puteri makanan, tolak batu dengan tar ja.. Muqri still xleh jalan lagi, mungkin sebab badan berat sangat, susah nak seimbang.. Farhi aqeel, handsome boy, baru 4 bulan, tapi dah sama besar orang lain, dah pandai gelak..^^..tahun depan tambah lagi 2 insyaAllah..
5) May Allah bless us~