Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur kerana masih bernafas..masih dikurniakan nikmat iman dan Islam..dan masih istiqamah dalam menyambung rantai perjuangan.
Alhamdulillah ,masih diberikan kewarasan akal untuk menilai, mempertimbang dan membezakan baik buruk sesuatu perkara berpandukan iman.
Berdasarkan fakta sesuatu isu, dan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis-hadis nabi, kita semua manusia yang diciptakan sebaik2 penciptaan, diberikan akal untuk menilai.
Jangan menghukum tanpa pengetahuan yang jelas, dan jangan mudah terikut2 dengan apa2 saja yang disuapkan media.
Tak salah nak baca utusan melayu, tak salah nak baca harakah, yang pasti seimbangkan sumber maklumat kita. Jangan kerana tersalah memilih sumber bacaan yang sudah jelas faktanya berat sebelah, maka dalam pru nanti kita pulak yang hilang arah.
Fokus isu dalam post kali ni mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Rosmah Mansor @ isteri Perdana Menteri @ penaung Islamic Fashion Festival.
Sana-sini rakyat bercakap tentang rosmah. Adik-adik saya yang masih belum akil baligh pun dah pandai kutuk rambut rosmah. Dah berpuluh ribu dah pengguna fb yang 'like' menyatakan bantahan terhadap tindakan rosmah mengenai isu IFF. Pemuda pas terengganu antara yang telah berdemonstrasi mengutuk penganjuran IFF. Salah seorang ulama muda umno, Fathul Bari Mat Jaya dah bagi respon tentang isu ni..
Memang glamour la wife najib ni. Mengenai bajet 2011 pun rosmah dah kena kritik, mana taknya, sejumlah RM111 juta diperuntukkan untuk program PERMATA yang dinaungi rosmah.
Ummat Islam yang prihatin. memang membantah sekeras-kerasnya fesyen2 yang diperagakan dalam IFF. Fesyen2 yang terdedah sana sini itu bukanlah kesederhanaan yang terdapat dalam ajaran Islam.
Rosmah yang juga penaung IFF berkata, sebagai perintis dalam menggerakkan fesyen Islam, Malaysia harus mengambil peluang jurang dalam pasaran busana Muslim yang luas memandangkan ia bukan sahaja sesuai dipakai Muslimah tetapi wanita keseluruhannya.
Lebih-lebih lagi, kata beliau, Malaysia sendiri sudah dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan pendekatan sederhana dalam beragama selain pelopor kepada perdagangan Islam termasuk perbankan dan kewangan Islam dan dikenali sebagai hab halal untuk memasarkan pelbagai produk kepada pengguna Muslim di dunia.
Antara point lain ucapan rosmah;
In reality, there are many Muslim fashion designers who get their inspiration from the high fashion world and give it a hijab-friendly twist, successfully blending the two. Their ensembles, nevertheless, still capture the true grace and beauty of a woman without turning her into an object of desire.
Dalam isu ini, kelihatannya mereka yang terlibat dalam IFF seolah2 ingin memberi nafas baru dalam dunia fesyen muslimah sehingga mengabaikan apa yang dituntut dalam Islam.
Seolah-olah ingin mengolah hukum Allah.
Seolah-olah ingin mengubah suai hukum Allah berdasarkan kehendak nafsu manusia.
Seolah-olah hukum dan guideline yang Allah gariskan itu ada cacat celanya, maka perlu pada pengubah suaian.
Risalah Allah iaitu Al-Quran merupakan risalah yang sempurna.
Segala hukum2 yang terkandung di dalamnya juga sudah cukup sempurna.
Al-Quran itu suatu ketetapan. Suatu ketetapan yang manusia mesti menerimanya sama ada dalam keadaan mempersetujui atau sebaliknya.
Manusia ini hanya hamba. Tiada hak untuk merombak dasar/hukum yang telah ditetapkan
Jika hamba menukar ganti atau menokok tambah guideline yang telah ditetapkan, bererti hamba sudah melawan Pencipta.
Nabi Muhammad S.A.W sendiri yang membawa risalah Allah ini turut diberi amaran keras oleh Allah untuk tidak melakukan sebarang tokok tambah, apatah lagi kita ummat manusia yang iman hanya senipis kulit bawang cuma.
Firman Allah dalam Surah Al-Haqqah ayat 44-48
"Dan sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas nama Kami, pasti Kami pegang dia pada tangan kanannya (Kami beri tindakan sekeras-kerasnya). Kemudian Kami potong pembuluh jantungnya. Maka tidak seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami untuk menghukumnya). Dan sungguh Al-Quran itu pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."
Ayat Al-Quran tersebut Allah tujukan khas kepada Nabi Muhammad yang menjadi hambaNya dan juga RasulNya. Amaran yang terkandung dalam firman Allah itu amat keras walaupun terhadap kekasihNya, Allah memberi amaran tegas dalam soal prinsip.
Sesiapapun tidak boleh campur tangan dalam soal prinsip. Sesiapapun tidak boleh ubah suai hukum Allah mengikut citarasa masing2
Manusia ni selama-lamanya bertaraf hamba.
Jangan cuba berlagak untuk menjadi tuhan walaupun untuk rakyat sendiri.
Jika memang benar-benar ingin memperkenal dan mengangkat fesyen muslimah, tafaddhal. Tapi jangan sampai menggadai prinsip Islam itu sendiri. Jangan sampai menghina Nabi Muhammad; pembawa risalah Islam.
Patutnya rosmah sebagai penaung ni kena tetapkan satu garis panduan yang jelas, bagaimanakah satu-satu Islamic fashion show patut dianjurkan..(err..diri dia sendiri pun x terbungkus elok.huh)
Lepas ni 40 ulama muda umno bnyak keja nak buat..jangan asyik nak 'mengipas' ja..
Ya Allah..berikanlah hidayah kepada hamba-hambaMu.. Kekalkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu.
Everyone is fighting their own battle.. To be free from the past.. To live in their present.. And to create their future.. So have heart^^
Saturday, October 23, 2010
Sunday, October 17, 2010
~jom main~
3 watak utama : wani, zunnur, adik
-game 1
"wani ambik 6..zunnur ambik 12..adik nak 7"...masing-masing memilih nombor yang dirasakan ong.
" limaaa sepuluuuh", excited suara bebudak ni.
" 1 2 3 4 5 6 7, yess!!...zunnud menang..zunnud selamat dah..hehe"
Saya dan adik saling berpandangan sambil mengangkat2 kening..kami meneruskan permainan.
"limaaa sepuluh"...
"wallaweiii..wani kalah"..
Allah..habes la tangan ni kena jentik dengan budak 2 orang ni..kalau jentik tu bukan nak ada rasa kesian dah..
ya ampuun..pedih siot, merah dah tangan nii.
-game 2
Ketiga-tiga watak utama tekun melihat dan menggerakkan pemadam masing2.
Senang ja game ni. Saya rasa semua orang penah main.
Pemadam sapa yang kena tindih dok bawah sekali, dia tu la kalah. Apa punya game la, x menitiskan peluh langsung. Game ni kira last choice la, kalau dah memang xdak benda apa nak main.
-game 3
"sek sek sek..bom bom bom.."
Haha..x larat nak gelak bila tengok budak laki main tepuk2 cenggini.
"weh, hampa 2 ni xdak benda apa dah ka nak main?..tu game budak pompuan"..saya seolah2 mempersoalkan kejantanan adik2 saya.
"xtau adik ni..ajak zunnud main..dia yang ajaq"..si abang yang berumur 14 tahun buat ayat cover.
" dah2..zunnud p baca buku..mai wani main dengan adik"...haa..x ke lagi haru, orang tua yang umur 20 tahun ni pulak yang p sambung main..haha
-game 4
Bila dah bosan main permainan-hampeh-x mennitiskan peluh tu, game komputer la pulak yang jadi sasaran.
Semua game ni saya angkat bendera putih la..Main assassin's creed pun kalah, apatah lagi kalau lawan pro evolution soccer.
Memang sah2 la budak 2 orang tu yang menang. Pastu buat muka belagak..hekeleh..
..3 heroes in my fmly.. |
Dah nak masuk minggu ke3 saya menghabeskan cuti dan beras di rumah.
Target sebelum cuti; nak mantapkan skill alam rumah bertangga..pastu belajar jadi matang sikit.
Tapi, bukan bertambah matang..rasa makin 'muda' pulak..
Dok melayan adik 2 orang tu, saya pulak lagi excited main game..haha.
Kadang2 rasa semacam jugak...
Ish..biar betol saya ni, dok main game budak2 bawah umur ni. Kalau orang lain yang seusia dengan saya ni, waktu cuti mcm ni akan diisi untuk menghabeskan kitab2 alim ulama'...x pun ikut mana2 majlis talaqi..x pun jadi fesi kat mana2 program ka..
Saya x menafikan kepentingan aktiviti2 tersebut. Penting untuk mengisi rohani, memantapkan thaqafah, mentarbiyah masyarakat. Saya pun dalam usaha untuk mengaktifkan diri
Tapi jangan dilupa, orang yang terdekat dengan kita adalah keluarga..
Kadang2 benda yang jauh kita nampak, tapi benda yang dekat dengan kita, disebabkan terlalu dekat, sampai kita x nampak..ni kes rabun dekat kot.
Macam saya cakap tadi, bagus kalau dapat join mana2 program, sumbangkan kudrat kita.
Tapi kalau kita x berpeluang untuk join atas sebab2 tertentu, maka berprogramlah di dalam rumah..berprogram dengan cara tersendiri, sediakan modul yang bersesuaian.
Disebabkan program ni saya yang jadi program manager merangkap program coordinator dan jugak discipline n ibadah, so ikut suka saya la nak guna modul apa kan..
Modulnya banyak game la.
Nak dekati adik2 ni, kita kena ikut selera depa.
Sebab seolah2 kita ni berkongsi minat yang sama. Ingatkan saya sorang ja serabut macam mana nak 'lembutkan' adik2 saya ni, rupa2nya ada yang sefikrah..klik di sini
Bila minat pun dah sama ni, kira kamceng dah la..so, senang kita nak tegur apa yang patut.
Nak cakap heart to heart pun macam agak berpeluang la.
Nak suruh semayang jemaah pun depa ikut...ayat yang sama saya ulang tetiap hari..nak seringgit ka 27 ringgit?
Nak mintak tolong p superstore pun senang, tapi kena belanja la..huh, part ni yg lemah.
Nak suruh study pun depa ikut..tapi ada la setengah jam, pastu telompat-lompat atas katil..haisy..
Tapi modul kami bukan keja main game ja.
Ada jugak yang lain.
Lepas maghrib, saya akan mintak adik bongsu ni tolong tasmi' saya.
Mintak tolong jadi ustaz x bertauliah sat. Bila adik senyum sinis, maknanya saya salah baca ayat. Time tu dia la paling syok, sebab saya lupa...hampeh punya perangai.
Banyak lagi aktiviti harian merangkap modul.
Jenuh la kalau nak taip semua.
Point yang saya nak tekankan, situasi mentarbiyah dan ditarbiyah, bukan terikat dalam program2 yang khusus sahaja, bukan hanya semata2 program yang ada kertas kerja beserta bajet.
Dalam mana2 situasi, akan ada mad'u dan da'ie.
Pelaksanaannya; fleksibel..ikut kreativiti..lihat dulu peribadi orang yang kita nak dekati..
Jangan terlampau syadid, perlu amalkan konsep wasatiyyah ye..=D
Tugas berdakwah , x perlu disangkal lagi kepentingannya. Tambah2 pulak dalam situasi masyarakat kita yang sedang parah ni. Mana x parahnya, kerajaan pun ngokngek..Konsert adam lambert pun diluluskan.huh
"Wahai org2 yg beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yg bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-
Sampaikanlah,menyerulah ke arah kebaikan, seperti yang Rasulullah berpesan kepada umatnya.
Sampaikanlah, walau ilmu kita sedikit cuma
Wednesday, October 13, 2010
~penyejuk hati~
Assalamualaikum..
Disebabkan terlalu rindu dengan anak2 buah, maka jari2 ini dengan x sengaja telah m'upload gambar budak2 ni, maka t'updatelah blog pada malam ini..hehe
(amaran : sapa ada keja lain lagi penting, sila habeskan keja dulu..satgi mai tengok lain gmbaq2 comei nih)
Alhamdulillah, mama dgn ayah dah ada 3 menantu, hujung tahun ni insyaAllah tambah lagi sorang.
Awal tahun depan b.cik pulak bakal jadi ayah...
Semoga semua budak2 comel ni jadi anak soleh belaka... Apa yg penting, didikan keluarga... dan kerajaan yang memerintah..
"Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang kita x mintak pun Allah bagi, apatah lagi kalau tetiap hari kita minta doa yang sama..
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."
Allahumma amin...
Friday, October 8, 2010
~the hardest battle is versus within urself~
Assalamualaikum..=D
kisah yang saya tulis bawah ni ialah luahan hati kawan baik saya..dikongsi bersama, moga2 ada manfaatnya.
Bila time aku diam ja tu,better jangan ada sapa2 mai kacau. Tengah serabut. Berselirat ja semua urat n neuron dalam kepala hotak ni. Tengok orang pun nampak kecik ja even saiz dia tu layak masuk the biggest loser.
Konflik dalaman. Ni la masalah yang aku selalu tanggung. Perasaan berlawanan sesama sendiri, the good n the bad side.
Aku cerita kat hg ni sebab aku dah x tahan dah weh. Kadang2 sampai rasa nak hantok kepala kat dinding. X pun ambik gerudi tebuk lubang kat kepala,bagi masuk angin sikit.Heaven ja ,cooolio..
Aku syukur sangat weh, Allah bagi hidayah kat aku. Still sayang aku,even aku banyak buat dosa. Aku syukur, Allah x biar aku lama2 dalam lumpur kegelapan. Aku solat pun celup2 ja, aurat pun main tutup ja apa yang aku rasa nak tutup, kawan laki pun aku main taram ja kawan,peduli hapa aku lain gender ,kawan ja pun..dengan parents pun aku hampeh..perangai aku pun macam orang tader agama ja. Saja ja aku rewind balik semua ni, walopon aku tau hg mesti ingat lagi semua perangai buruk-keji-busuk-hampeh ni.
Serius aku syukur sekarang ni aku dah berubah. Tapiiii...x bohong weh,susah nak berubah..lagi sakit nak istiqamah..
Hg pun tau kan ,macam mana keadaan aku waktu aku dalam fasa turning point tu.
Aku rasa kuat sebab aku tengok hg boleh buat..Selalu hg pesan, kalau kita dah berazam, teruskan dengan niat baik kita tu even ada ja orang yg pandang senget kat kita..
X silap aku, dah dekat 7 bulan dah aku tinggal lifestyle aku yg dulu2 tu. Serius cakap, sakiitt...sakit bila terpaksa tinggalkan benda2 yg dah jadi habit..dah sebati..
Honestly, sampai sekarang aku layan lagi semua heavy music yg aku minat tu..xleh tinggal la weh linkin park,eminem,tAtu segala bagai..
Kadang2 kalau kalut sangat nak g kelas, aku x ingat dah stokin, armsocks semua..tapi baju still yg longgar laa,aku ingt lagi pesan hg, pakai baju n seluar jgn sampai nampak shape...
Quran aku cuba jugak baca paling kurang 1 muka sehari, even environment mmg lansung x support, hg phm2 ja la housemate aku cmna.
Banyak kali jugak la, aku terover dose dengan brothers2 dalam kelas aku...Tapi aku ingat pesan hg, jgn lebih2 kawan dengan laki..there is no such 'friendship relation' btween boys n girls.
Aku rasa serabut gila ,bila aku nak buat sumting yg baik tu, akan ada 1 side lagi dalam diri aku suruh aku layan ja habit2 lama aku..n bila dah terbuat habit lama tu,baru rasa besalah gila sebab b4 dis dah janji nak berubah..tension3..
~Saya pejam mata saya buat seketika. Pedih pulak rasa tengok skrin lama2. Dah berair dah mata ni..tengah potong bawang ka baca emel ni..huhu
Ingin teruskan pembacaan, tapi ada sesuatu yang menghalang,otak saya x memberikan arahan kepada mata untuk terus membaca. Sebaliknya saya pulak yang mula termenung jauh. Kekadang tersenyum sendiri
Baca luahan hati teman saya sejak berusia 10 tahun itu, seolah2 membaca luahan hati sendiri. Saya pulak yang b'monolog sendiri. Apa yg ditulis teman saya itu, saya jugak pernah merasai. Saya jugak pernah berada dalam situasi seperti itu.
Excited tengok Prison Break sebab jalan cerita yg sangat superb, tapi x leh nafi la,layan cerita tu sebab wentworh miller tu hensem sangat..
Bila baca buku2 tentang fakta n Islam, memang take time nak habeh..macam mengeja ja rasa..kadang2 1 topic tu behari2.. tapi bila layan novel hlovate n komik ben, laju ja khatam..
Sambil2 dok basuh baju kat toilet tu, sedar2 dah habes 1 lagu avril...aiseh
Bila baca paper tu, lagi excited kalau baca bab artis..berita isu semasa baca gutu2 ja..
Sanggup ja celik mata luas2 nak habeskan movie marathon..korea pnya pasai..kdg2 tu,siap ngulang lagi tgok lee dong wook belakon..nth hape punya perangai..
Kadang jadi dilema ..hitz ka ikim...last2 bukak radio kedah..ambik ko..haha
Lagu2 merepek dalam henset bukan semua saya buang, x tahan daulat dowh..
Semua benda ni memang acap kali mmbuatkan saya dalam dilema ketika dalam fasa betul2 nak berubah..sebab dah sebati,so susah nak ubah..
Saya pernah berada dalam fasa itu. Pernah merasa peritnya nak lawan kehendak sendiri. Banyak kali jugak saya kalah, tapi saya x pernah mengalah untuk benar2 berubah. Secara jujur saya cakap, bukan senang nak berubah, tapi benda tu x mustahil dengan mujahadah. Keyword; mujahadah.
Lawan kehendak diri..Ingat,apa yang nafsu suka tu, selalunya tu benda yg x baik, tu benda yang buat kita lalai. Macam mana la foundation in faith nak kuat kalau terus-terusan layan benda lagho...huh..
Apa yg saya nk tekankan, bukan x boleh nak layan korean drama segala bagai...tapi 1 benda yg kena ingat..
' jangan kerana minat, terpinggir syariat '
Perhatian..saya bukan mutasyaddid..aiseh
Nak dengar lagu lindsay lohan atau taylor swift boleh ja..tapi bagi paham dulu lyric lagu tu..takut jugak dy sebut benda merapu ka, kita yg english muet dapat band 3 ja ni, langsung x paham apa..main ikut ja..x ke haru..
Nak marathon boys over flower pun boleh... tapi solat awal waktu b'jemaah kat surau, tutorial,study untuk kuiz jgn sampai terabai..
Masing2 boleh relate dengan hobi masing2, kalau saya nak tulih semua,mau tecabut button keyboard ni.
...tapi apapun, formula dia senang ja..' jangan kerana minat, terpinggir syariat '
"..bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.."
-ayat ni sapa yg dah baca versus by hlovate tau la...sangat bes novel ni...=]
p/s: emel kawan saya x balas lagi..last2 p tulis blog pulak..haisy...
xpa la, senang cerita,bagi link blog ni kat dy..=D
Subscribe to:
Posts (Atom)