Thursday, August 26, 2010

..Jangan terlambat sudaaahhh..

Assalamualaikum..alhamdulillah,masih dalam keadaan sihat..(p/s: kalau nk bg salam,bg salam molek2..xyah la nk tiru pmbaca2 berita RTM..”salam 1 malaysia”..pe kes,huh)

Saya ada 1 soalan..betul x kalau saya kata,manusia ni suka imbas kenangan dulu2?..tambah2 pulak perempuan..kalau dia duduk sorang2, pastu  nampak dia senyum semacam ja tu, mksudnya ada la tu dia teringat apa2..
Yes..kita sangat sukakan kenangan..kalau anda x termasuk dalam kategori ni pun,buat2 suka la eh..

Sekarang ni saya sedang belajar  di matrikulasi uia pj..course biological science..waktu mula2 start belajar kat sini ,rasa macam nk teriak kuat2 pun ada..fuh..memang menguji keimanan..sistem belajar memang lain terus..semua benda nk kena cakap omputih..banyak kena survive sendiri….
Tengah dok tension2 tu, saya pun teringat kembali moment2 waktu belajar di darul quran….

Orang cakap belajar di darul quran ni best..best sebab bnyak program..haha,tipu sangat best sebab tu…
Best la,sebab kita ni terpilih untuk hafal kalam Allah di bumi darul quran..Saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang tawaddu’ waddhuha di sini,memang transform habes la..hee,sampai sekarang macam x pecaya..
Rutin harian kat dq ni sama ja..pegi masjid,cari modal baru,iadah yang dah hafal,cas bateri atas katil,kalau x cukup jugak lagi bateri kena pegi dewan makan untuk tambah energy,etc…
Bila agak bosan,saya buat lawatan ke tasik…teringat pulak zaman2 kat sekolah menengah dulu…best ja waktu tu..masalah pun x bnyak…
Menyesalnya x hargai zaman tu,dengan mesin ajaib doremon,saya pun patah balik ke alam sekolah………

Maktab Mahmud Alor Star..best place eva..seronok sebab dekat dengan rumah..orang siap2 nk p sekolah pukul 6.30pg..saya pukul 7 pun dok kuak lentang atas katil lagi..sory ma,penat beletiaq kat anak no 6 ni… Belajar kat sekolah menengah ni memang la best..semua orang suap ..tinggal nk nganga mulut ja…dapat pulak geng yang sekepala..tribute to yat,hyda,tirah,min,ain n mizah(time kami buat nakal mizah xtau,kami x gtaw sebab dia pengawas..huhu)  ..
Ku sangka panas hingga ke petang, tiba2 hujan lebat waktu tgh hari.huh…
jeng3x..ada sekumpulan manusia berwarna biru dan b’tie hijau asyik skodeng geng kami..kami ni ala2 taiko sekolah la,sebab tu perlu dibanteras dan dihapuskan..aiseh…
Paling saya ingat,waktu ditegur di belakang tabir..kami kat kelas ni..hamba2 Allah tu kat kelas sebelah..maka bermulalah sesi pembersihan jiwa ke atas kami di sebalik pintu..wohoa..syukran syeikh..ingat sampai sekarang..
Bila kita nakal ni,rupa2nya ada yang x suka…kadang2 tension pun ada…..kalau macam tu,best lagi waktu zaman sekolah rendah……menyesal pulak x manfaatkan betul2 zaman dolu-dolu…huhu

Darjah 1 sampai 6,belajar kat sekolah rendah islam darul aman(srida)..masyuuuk ja belajar kat sini,apa yang x besnya, ayah guru besar kat sini ..memang naik kepala la….. tapi lagi bes zaman kecik2………
 
See…manusia memang macam ni… apabila kita berada di dalam satu fasa,dan kita mengalami sedikit kesulitan dalam menghadapi tempoh tu,kita akan teringat kembali saat2 ceria yang lalu..dan kita mengharapkan agar kita dapat kembali merasai saat2 tersebut… 
Saya bagi contoh mudah..sekarang saya belajar di uia,dan dalam masa yang sama,saya masih perlu menghadiri kelas iadah Al-Quran..Allah saja yang tahu,peritnya saya nak mengulang quran..dengan komitmen lain yang segala bagai..
Kadang2 saya monolog sendirian…’kalau la kat dq dulu aku hafal sungguh2 kalam Allah, mesti sekarang ni senang je kalau nk iadah balik..xde la rasa macam baru nak stat hafal..huuhu’

Sekarang di dunia, bila kita rasa menyesal dengan sesuatu..kita mampu untuk bangkit daripada penyesalan tersebut..
Apabila kita sedar di masa yang lalu kita gagal untuk melakukan yang terbaik..jadi kita akan berusaha untuk buat yang terbaik pada waktu sekarang…
Hidup di dunia,segala2nya mungkin..
Jangan melihat situasi ni sebagai situasi yg biasa..

Cuba kita bayangkan,andaikata penyesalan kita tu berlaku sewaktu di akhirat kelak…

Apabila kita dibangkitkan di akhirat nnti, baru kita tersentak…
"Aduh..sungguh..janji Allah itu pasti..benarlah segala ceritaMu dalam Al-Quran..kini aku sudah dibangkitkan kembali..dan amalan2 aku akan dinilai ..apa yg ingin aku bentangkan padaMu Ya Allah??..sikit  cuma aku beramal ketika aku hidup di dunia dahulu..aku alpa ya Allah..aku tertipu dengan tarian dunia….ingin aku kembali ke dunia ya Allah…hidupkan aku kembali..aku berjanji ya Allah..aku akan laksanakan semua perintahMu…..aku berjanji…….’

Dah terlambat kalau nk menyesal waktu tu…x akan ada kehidupan di dunia untuk kali kedua..yang ada hanyalah kehidupan yang kekal abadi di akhirat; sama ada dalam syurga kita bahagia..atau dalam neraka kita menderita…

Moga2 kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal di kemudian hari..
Janganlah kami termasuk dalam golongan yang berkata  “ah..betapa ruginya aku..kerana tidak memanfaatkan kehidupan sewaktu di dunia”


Tadaburlah tafsir surah As-Sajadah: 12
      "Dan apabila penderhaka-penderhaka melihat apakah yang disediakan untuk mereka (di akhirat), maka mereka berkata, 'Ya Rabbana, kami telah melihat, kami telah mendengar, maka pulangkanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya sekarang kami telah benar-benar percaya."


Bicara siapakah ini?
Inilah bicara penderhaka-penderhaka, yang ingkar kepada Allah di dunia setelah melihat balasan mereka di akhirat...Akhirnya mereka percaya akan Allah SWT, namun sudah terlewat..


Ingat..kita yang memilih..ingin membawa dosa atau pahala ke akhirat kelak sebagai bekalan perjalanan.

1 comment: