Monday, August 6, 2012

~Nisa' ??~



Bismillahirrahmanirrahim.Syukur Allah atas segala nikmat. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad, kekasih hati ummat.


Yat asked me, Nisa’ tu apa wani?..buat apa n apa program yang ada?.. Sambil pekena cocktail tesco sorang semangkuk, kami 4 sekawan sembang2 ringan. Dari persoalan cara nak pujuk parents bagi greenlight untuk kahwin waktu belajar, hinggalah ke topic isma,ikram,pas,hizbul tahrir. Oh, rupa2nya kami semua sudah dewasa walau luarannya nampak hohahoha dan merepek sepanjang masa.

senget la bakal doc ni sorg..dok merapu lagu tu la=)



Nisa’..apa kebenda Nisa’ ni. Yang pasti bukan identity seorang ukhti yang cantik jelita. Mungkin ada yang dah biasa dengar n dah involve dengan NGO ni. Di sini saya sertakan link bagi yang baru nak tau, mungkin boleh involve dengan nisa’ kawasan masing2. Instead of saya explen n hurai satu2 objektif,visi, misi segala bagai tu kat sini, better hampa p web tu n godek2 sendiri cari nak baca apa, lagi best kan, siap ada warna warni lagi^_^ (sebenaqnya malas nak taip)..>http://mynisa.org/<


Connecting youth; this is our tagline.

Yes, focus Nisa’ untuk golongan wanita muda. Penghubung generasi muda. Boleh saja kalau saya nak mengarang dalam ni matlamat jangka pendek dan panjang, dan modus operandi untuk setiap program, if and even if tajuk post ni ‘pengurusan program’…tapi saya hanya nk memudahkan kalam, biarlah post ini berversi cerita biasa, macam kebiasaan orang simple minded yang x berminat dengan idea2 immanuel kant seperti saya^^

Respon saya pada yat, “Nisa’ ni program dy banyak focus utk geng muda, program nak tarik budak2 yang bermasalah, yang terlibat gejala social bagai..etc..”

Jawapan saya ringkas, tapi dalam kepala terus terbayang wajah 2 orang adik yang saya baru kenal.
Masih muda, masih mentah untuk merasai rencah ujian hidup. Tapi wajah nampak tabah, walau apa yang tersirat di hati mungkin payah untuk dicerita.

Allah temukan kami berwasilahkan Nisa’. Mungkin mereka agak ‘liar’, tapi mereka ringan tulang dan mahu membantu.
Saat pertama kali kami bersalam, dalam hati hanya satu, moga2 adik2 ni x kekok dengan aku. Ya la, penampilan yang sangat kontra, kalau x kena cara, makin menjauh.

Hampir 6 jam duduk bersama, sambil buat kuih raya, sambil guna bulldozer nak korek cerita..sambil menyelam minum air..yang pasti saya x minum air, tapi adik2 ni minum sungguh..haih la, x puasa rupa2nya. Once I know that, dalam hati tedetik, banyak benda nak bercerita nampak gaya.

When they take off their tudung versi anak muda zaman sekarang, saya senyum ja, ok, memang banyak sungguh nak bercerita ni. Rambut x warna kebiasaan anak melayu, di leher terletak elok rantai bertali hitam dan berloket kebenda ntah. Background story yang saya dapat dari ktua nisa’ kawasan, adik2 yang selalu datang tolong ni, mostlynya dah x sekolah, ada masalah family, mak ayah bercerai, efek kat anak2.

Cuba ‘masuk’ perlahan2, x kena gaya, kang aku yang masuk dalam oven. Umur 14 tahun selalunya tempat di sekolah menengah, tapi adik2 ni tidak. Saya tanya kenapa; jawabnya “saya tuang tepung atas cikgu..option sekolah bagi, gantung atau berhenti sekolah..baik stop terus”..oh my….scary den..nak tegelak pun ada, gila ah berani..ada potensi hebat nih=)

Buat kerja sikit, adik2 ni minta izin nak ke kedai bawah.. Betulkan gaya rambut, dah get ready nak turun. Oh, free hair rupanya. Maka pujuk dan puji la kami pun,  ‘hampa lagi cntik kalau pakai tudung bla bla’..nasib baik mau pakai=)

Banyak lagi adik2 ni bercerita, cukup la sedikit saya berkongsi, untuk memberi gambaran reality masyarakat sekarang. Kita xkan nampak semua ni, kalau kita hidup dalam kalangan kita. Kita xkan sedar wujudnya golongan ini, kalau kita masih beramal dengan konsep ‘ekslusif’, Ekslusif memilih isu apa yang nak diperjuang, ekslusif memilih sasaran mad’u, ekslusif memilih profession mereka.

Jika digilap, insyaAllah ada potensi. Jika x disisih, insyaAllah akan makin mendekat. Jika tiada siapa peduli, ke mana hala tuju anak remaja sebegini, yang ada hanya slip upsr, x laku pun untuk sebungkus the ais. InsyaAllah bersama2 dengan Nisa’, ada manfaat untuk mereka.

Yang memberi hidayah itu Allah, kita hanya berusaha sekadar termampu. Kalau yang mampu buat hanya jadi pendengar, so dengarlah. Kalau mampu untuk tegur, lagi baik. Kalau mampu untuk sentuh terus di dasar hati, so go on.  Moga ada redha Allah pada setiap tindakan dan Allah melembutkan hati mereka untuk berubah. Mana tahu, si adik yang tidak tahu pun nama isteri Rasulullah ini,satu hari nanti menjadi pencinta baginda yang paling setia. Allahu Allah. Sungguh, berkaitan hidayah ini di luar kuasa sesiapa, hatta Rasulullah kekasih Allah x mampu menggerakkan hati bapa saudaranya untuk memeluk Islam.

Cerita tentang hidayah, mengingatkan saya pertemuan dengan seorang kakak sewaktu di talaqi Syeikh Nuruddin bulan lepas.

Pakaiannya nyata jauh terlalu zuhud berbanding saya yang berwarna ceria. Serba hitam. Dalam hati; ‘malu pulak rasa dengan akak ni’. Sungguh, apabila kami makin rapat dan selesa bercerita, bertambah saya malu. Malu mendengar kisahnya, beliau yang baru setahun mendapat turning point, begitu hebat perubahan yang dibuatnya. Saya?..huh, masih di tahap yang sama.

Dahulunya tidak bertudung, kehidupan yang social, berkawan mesra tanpa batasan..tapi bila Allah dah bagi hidayah, masyaAllah tabarakallah, kita pulak yang dok begenang mata dok tahan empangan yang nak pecah wktu akak ni bercerita. See, hidayah Allah. Allah beri pada hamba yang terpilih. Kita sebagai hamba, bantu diri sendiri, bantu orang sekeliling.

Moga Allah kekalkan kita semua dalam kebaikan. Ramadhan bulan rahmah dan maghfirah, banyakkan berdoa. Doa senjata dan kekuatan kita.

Connecting youth, connecting to Allah insyaAllah~

2 comments:

  1. Hidayah tu memang milik Allah kan wani? :')

    Memang banyak lagi gheja kita ni tak boleh nak dok goyang kaki sangat kat ghumah T_T

    Tahniah, semoga terus istiqamah menarik ramai manusia kepadaNya :)

    ReplyDelete