Thursday, April 28, 2011

~indahkan bacaan~

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, masih Allah panjangkan usia, untuk hamba yg sering berdosa ini bernafas. Allahu Allah, terlalu banyak nikmat pemberianMu, namun aku tetap jugak hamba yang jarang bersyukur.




Update current status; dah genap seminggu bercuti kat rumah. Rutin yg sama setiap hari, buat2 sibuk ala-ala suri rumah sepenuh masa. Sejak habes exam kat uia, 1 habuk pun saya x penah post kat belog ni, memang pemalas. Sepatutnya banyak ja masa. Habes ja last paper, bungkus semua barang yg wujud dalam bilik, simpan dalam stor. Apa la nasib, next sem kena tukar bilik, dan seperti biasa, saya akan dapat tingkat 4..huhu. Dengan perasaan yg agak b’belah bahagi, decide nk singgah pj dulu, x pasai ja burn tiket balik kedah..hailoh, bukfer punya pasal.

Semalam b’kesempatan jadi penonton majlis tilawah al-Quran peringkat daerah kota setar. Orang lain yg nak baca, orang lain yg telebih cuak. Bangcik is lucky no 1. Jadi peserta pertama ni, semua pakat focus. Starting yg baik, dan PA system clean n clear. Layan punya layan, tiba2 bacaan terhenti. Allah. Technical problem. PA system yg baru dipuji tadi buat hal. Ok, cool2. Disebabkan baru baca x sampai 3 4 ayat, so, diminta ulang balik dari mula.
Ok, semua dah betenang. Lancar bacaan si qari. Tiba ayat yg sama, masalah yg sama lagi. Allah, semua dah rasa lain. X kan sabotaj kot, macam2 ada dalam kepala.
Mikrofon dah ok, bacaan diteruskan. X kan nk ulang dari mula lagi.
“Ni lagu baru kan ma?”..belum sempat mama bagi respon  utk ayat saya,  stage gelap sekali lagi. Allahu Allah. Ujian sungguh. Hanya tinggal doa dan tawakal. Benda nak jadi. Peserta ke2 dan seterusnya, memang smooth ja. Allah uji bagi hambaNya yg mampu.

Peserta perempuan semua dah pangkat nenek dah saya rasa. Nak ambik nada tinggi pun dah x larat. Tapi semangat tetap semangat. Kagum ..”xdak dah orang muda2 nak masuk..kamu dulu x besungguh belajaq taranum, kalau dak boleh masuk..bla..bla..”..huhu, no respon to mama.
Mama selalu buat ayat cmtu, dan respon yg sama , “x minat”..=]
Teringat kenangan lama2, time sekolah rendah. Setiap hari jumaat, maka 3 orang adik-beradik akan dihantar si ayah ke kelas taranum. Yang abang muka hepy ja, yang adik pompuan ni yang muka stress semacam.
Minat tu ada, bakat pun ada (kategori perasan,hehe ), suara pun ada (dah bukan oku) , tok guru pun dah hebat…entah di mana kurangnya, tetap x menjadi.
Tetiap minggu, bekawan dengan makcik2 ja. Mana nak ada sangat budak2 nk p belajaq taranum ni. Seperti biasa, saya dan kakak jadi anak murid yang paling low profile. Dok kat belakang2 sikit, takut Ust.Kassim suruh baca..hihi

Minat, bakat, kesungguhan. 3 elemen penting kalau nak betul2 berjaya dalam apa2 bidang.

Saya minat hal2 berkaitan seni khat. Dan bakat nk menulis tu memang ada, xdak la keras tangan ni nak mencorakkan huruf. Tapi minat dan bakat saja x cukup, perlu kesungguhan. Dan sesungguhnya saya pemalas. Time zaman sekolah selalu la jugak masuk pertandingan khat, sekarang pen khat pun dah entah ke mana..Memang x bersungguh..=[

Kalau cerita bab badminton, saya memang berminat. Dan bakat nk bermain tu ada. Dan memang saya bersungguh. Cukup 3 kombinasi ni, insyaAllah berjaya.

Taranum; minat tu ada..bakat pun ada la sikit2..tapi kesungguhan tu x dak..x cukup elemen, so x ke mana  la jawabnya. 1st time masuk tilawah Quran waktu sekolah rendah. Buat penat ja Ustazah Saodah tu dok ngajar, darah gemuruh punya pasal, apa jenis lagu pun x dak. Dah gaya bacaan peserta dari somalia ja..Tu kali pertama, and for sure jugak kali terakhir.  Jawapan standard kalau sapa2 cakap pasal ni, ‘x minat’..heh

Bukan semua orang Allah kurniakan dengan bakat nk buat bunga2 lagu ni Cuma 1 benda yang nk tekan, walau kaku sekalipun lenggok bacaan kita, yang penting, usaha untuk elokkan bacaan. X perlu nak berjiharkah atau bernahwan setiap kali nak baca Quran, cukuplah jika bacaan Quran kita dijaga waqaf ibtida’nya, dengung, panjang dan pendeknya.


Ilmu asas tajwid, jangan dianggap remeh. Wajib bagi setiap muslim membaca al Quran dengan bertajwid. Peliharalah diri dari melakukan kesalahan ketika melakukan ibadah. Jika x tahu, bertanya. Jangan segan untuk belajar.
Kagum saya dengan seorang sahabat di kuantan. Seusai kami solat berjemaah pada 1 hari, dia menyampaikan hajat di hati. “Kak wani, boleh x setiap kali lepas isyak, saya datang bilik kak wani, nk minta tolong betulkan bacaan saya”..Cukup hanya dijawab dengan senyuman.
Kami pertama, memang merangkak2. Kali kedua pun sebegitu. Kali ketiga pun masih sama. Tapi yang paling penting, saya kagum dengan semangat yang ada. Tetap semangat yang sama.

Berkali2 ulang ayat yang sama, bergenang jugak mata adik ni. Jangan buat drama la cik adik oi, yang dok mengajaq ni dah la jenis sensitive..huhu.. “Saya takut kak wani, sebutan bacaan saya x elok. Saya pernah dengar ustaz saya cakap, kalau bacaan salah dan x bertajwid, jadi dosa. Saya memang x tau pasal hukum tajwid semua ni. Ustaz/ah kat sekolah dulu x penah ajar pun”..lebih kurang sebegini luahan adik ni.
Apabila kita ada kemahuan dan berusaha, InsyaAllah Allah akan dipemudahkan. Bacaannya dah ada peningkatan. Alhamdulillah. May Allah bless u sis..=)

Indahkan bacaan Quran kita kerana sesungguhnya ayat-ayat suci ini teramatlah indah.
Bukan semua orang boleh baca bertaranum, tapi semua orang boleh baca bertajwid.

Jangan pandang remeh tentang bacaan kita. Tanyalah pada diri, sejauh mana aku usaha nak elokkan bacaan?..cukupkah hanya sekadar kelas fardu ain zaman kecik2 dulu..
Kalau nak mantapkan English, segala jenis usaha kita buat. X cukup dengan kelas listening untuk dengar sebutan yang betul, siap ada slot speaking lagi. Tujuannya apa?, nak dapatkan pronunciation yang betul. Nak bagi ala2 british punya style..

Untuk perkara lain kita boleh usaha sampai sebegitu, kenapa tidak untuk al Quran?..Jangan lupa, ini saham kita untuk akhirat. Lazimi bacaan al Quran, jagalah tajwid, elokkan bacaan. Bukan senang nak buat lahjah arab segala bagai. Cukuplah sekadar yang termampu. Paling kurang, jangan sampai asabiyyah kenegerian pun terbawak2 dalam bacaan Quran. Yang orang utara tu, jangan pekat sangat naa bunyi utara tu..=)



p/s: kalau cikgu bm marking post saya ni, konfem dapat c. Bercampur2 point. Benda apa la yg nak dicerita. X dak focus..huhu…apa yg baik tu, ambiklah ye..=]



3 comments:

  1. Salam cik wani,
    gred untuk post anda di tahap B-.
    Tingkatkan usaha.
    Semoga berjaya.

    -cikgu BM-

    :)

    Wani, kita ada satu perjanjian yang masih belum dilunaskan :))

    ReplyDelete
  2. ~cikgu aishah..
    i'll work harder to get at least b+..hihi

    ya..jnji yg belum tertunai..bilakah saatnya??...

    ReplyDelete