Wednesday, March 9, 2011

~formula sihat~



Ada 2 keadaan apabila seorang hamba ditimpa ujian, sama ada semakin dekat dengan Tuhan, atau makin menjauh dalam keadaan berputus asa. Alangkah ruginya tatkala kita diuji, namun  gagal mencari mutiara dalam kegelapan lautan ujian itu. Jadikan hamba ini makin dekat denganMu Ya Allah.


Dalam seminggu ni, memang terasa benar-benar diuji. Allah uji dengan 2 nikmat yang selalu kita lupa untuk syukuri. Nikmat masa lapang dan tubuh badan yang sihat.
Exam final awal april, lagi 3 minggu lagi. Sepatutnya dah kena mula study, tapi setiap kali nak pegang buku, teringat assignment yang masih x setel2.


Sem ni 3 core course dan 4 subjek tambahan, tu pun dah rasa x cukup masa. Tak dapat nak bayang sem depan macam mana, 5 core course!! Boleh katakan tetiap hari akan masuk lab..Nak menjadi mahasiswa dalam erti kata sebenar, bukan hanya sekadar tertumpu di bilik kuliah, masih ada lagi komitmen lain. Kadang2 rasa macam x mampu, tapi tengok orang lain boleh buat, kenapa tidak saya?..optimis2..jangan dok layan sangat manja dan malas diri tu..
Bila dah rasa masa x cukup sangat nk buat semua benda, baru nak rasa menyesal..menyesal x guna masa lapang betul2 waktu awal sem, menyesal sebab bnyak tidur, menyesal sebab bazir masa...huh..lupakah wahai diri...aliran masa itu ibarat aliran sungai,sekali ia mengalir, kita xkan sesekali dapat menyentuh air yang sama.




Bila tubuh badan sihat, semua pergerakan terasa sempurna, nak pusing 90 darjah boleh, nak pergi ke hulu ke hilir pun xdak masalah. Tapi bila nikmat sihat Allah tarik, baru nak tersedar, rupa2nya jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat sihat..bila sakit, baru nak hargai.
2 3 hari ni, betul la Allah nak uji saya dengan nikmat kesihatan ni. Sejak kat kuantan ni, dah 3 kali sakit perut yang teramat sangat menyerang, kali ke3 jadi 2 hari lepas. Kadang2 x sempat nak makan, kalau makan pun dah x ikut jadual, sebb tu jadi gastric teruk. Jangan la Allah uji sakit mcm tu lagi, sakit sangat..sampai terduduk, kadang2 rasa nak guling masuk bawah katil (err..apa motif?)
Bangun pagi tadi, xleh nak gerak kaki, tarik mengkarung rasanya. Allah, sakit sungguh. Tak terbayang macam mana sakit pejuang2 palestin bila kaki terkena serpihan bom. Sikit sangat sakit ni kalau nak banding. Sungguh, Allah uji ikut kemampuan hambaNya.
Seawal subuh sampai lepas zohor, hujan non stop di bumi uia tercinta ni. Macam mana sekali pun, kena jugak pergi lab physiology. Maka, hujan diredah dengan penuh gaya. Sampai kat lab, dah lencun stokin dan kaki jubah. Huhuu..sesungguhnya saya terlupa kulit saya jenis sensitif. Dah mula terasa gatal, buka ja stokin, kulit dah bertukar jadi merah dan dicukupkan pakej dengan bengkak2 kecil..Mamaa...nak balik rumah..=[
Niat di hati nak qailulah kejap, nanti nak pegi kelas segar sikit. Terjaga ja, terus rasa sakit. Allah..apa pasal pulak dengan urat belakang ni, nak tunduk pun rasa sakit, salah posisi time tidur kot..huhuuu


Sedikit demi sedikit terasa nikmat kesihatan Allah tarik, walaupun hanya sakit yang biasa2, cukup untuk menjadikan aktiviti harian terbantut. Perlu bersyukur bila diuji, itu tandanya Allah ingin kita dekat denganNya. Jika sentiasa dalam keadaan sihat, kita x akan rasa boleh menggenggam tangan itu nikmat, boleh ruku' dengan sempurna itu nikmat, boleh gerakkan kepala itu nikmat. Kita lupa nak mensyukuri nikmat2 ini, tapi bila Allah tarik sekejap, baru tersedar, lupanya selama ini kita lupa untuk mengucapkan syukur.


Jika ditanya pada pakar nutrisi, apa rahsia hidup sihat?. pasti diingatkan kita untuk menjaga pemakanan harian, kurangkan makanan manis, banyakkan pengambilan sayur, etc..


Tak kurang juga yang mengingatkan kita untuk bersenam dan aktif bersukan..
Kalau pesanan mak dan ayah kita, "kamu jangan tidur lambat , jangan makan pedas sangat, jangan main hujan, jangan mandi lewat2 malam, buat itu, buat ini.."
Betul..apa yang dipesan oleh pakar2 semuanya betul, semuanya hasil daripada kajian saintifik. Apa yang mak ayah pesan pun semuanya betul, mereka terlebih dahulu makan garam daripada kita. 
Dengarlah nasihat, petua dan tunjuk ajar yang bermanfaat untuk kita. Mereka lebih berpengalaman.


Tapi kadang2 kita terlupa nak amal petua yang paling penting. Kita lupa, sebab jarang orang sekeliling kita ingatkan. Kita terlupa apa yang Nabi Muhamad telah berpesan.
Sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah telah berpesan kepadanya: "Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat. Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu."






Seorang tokoh, pakar fiqah mazhab Syafi'i yang terkenal dengan panggilan Abu Syuja', usia beliau sangat panjang, hidup hingga 160 tahun. Walaupun sudah tua, tapi pendengaran, penglihatan dan ingatannya persis orang muda. Apabila ditanya apa rahsianya, beliau menjawab: "Saya menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda, maka Allah lalu menjaganya pada masa tua."


Jagalah Allah, Allah akan menjagamu..
Maha suci Allah berkehendak pada hamba untuk menjagaNya. "Menjaga Allah' , ertinya kita sebagai hamba menjaga hak Allah, apa yang diperintah, kita taat..apa yang dilarang, kita tinggalkan. Jaga solat, amalan2 lain, jaga anggota badan daripada melakukan maksiat.
Jika kita mampu menjaga hak2 Allah ini dengan sebaiknya, insyaAllah Allah akan menjaga diri kita sebagai balasan amalan2 kita. Bentuk penjagaan Allah ini terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, Allah akan menjaga hambaNya sehingga tubuh badannya selalu sihat dan kuat, begitu juga keluarga dan keturunan. Kedua, Allah menjaga akidah hambaNya, sehingga meninggal dunia dengan kalimah Syahadah.




Segala jenis penyakit itu datangnya dari Allah, jika diuji, jangan menganggap Allah tidak menjaga kita, tapi anggaplah itu sebagai peringatan dariNya kerana kita sendiri telah lalai dalam menjaga hak2 Allah. Gagal melaksanakan suruhanNya sebaik mungkin. Gagal menahan nafsu daripada melakukan apa yang dilarang.
Balasan Allah selalu disesuaikan dengan amalan hambaNya. Seseorang itu akan mulia, jika dia memuliakan Tuhannya. Dan seseorang itu akan terabai, jika dia sendiri yang mengabaikan Tuhannya.


Apa formula hidup sihat?..
~jagalah Allah..Allah akan menjagamu..=)

3 comments:

  1. Salam. Kak wani bertahan yer. Allah is with u. InsyaAllah tak lama lagi kami akan p sana jugak. Kita tempuh sama2 yer. Jundullah tak boleh lemah!!

    ReplyDelete
  2. ~wa..
    huhu..tenkiu..nanti hmpa mai ramai2 naa..baru rasa kuat sikit...
    doakan kami kat sini..
    senyum dalam masalah..=)

    ReplyDelete