Sunday, November 24, 2013

terus belajar~

Rabbi yassir…
Tiada kata yang terungkap, saban hari mendoakan agar dipermudahkan urusan..

Alhamdulillah, it finished=)
Minggu-minggu yang menyesakkan aliran oxygen ke paru2 dah berakhir (kott..)
This is the only week, rasa macam dah sedikit normal..muka pun x ‘ketat’ sangat, kepala pun x berserabut sangat.. btw, ada banyak lagi yg nk kena setel, tapi apa2 pun, kita tekan button pause and keep calm kejap..let me sharpen my saw first, before saya p ‘tebang mana2 pokok’


Menjadi seorang ketua x mudah, menjadi seorang pengikut pun x mudah, ini kata2 yang pernah saudara Hasbie Muda ungkapkan.. Lalu saya membuat tafsiran sendiri; kalau ditakdirkan/dipilih menjadi ketua, pasti ada hikmah..mungkin kalau saudara menjadi seorang pengikut, saudara x mampu menjadi pengikut yang baik, selalu rebell mungkin.. nah, sekarang dah jadi ketua, lead your team baik2. Sama juga kalau saudara seorang pengikut, hikmahnya mungkin saudara seorang pelaksana yang sangat baik, mampu membahagi masa sebaiknya untuk setiap tugasan. Indeed, Allah knows the best.

It almost a year dah saya memegang taklifan sebagai ketua untuk sebuah society. Sepanjang tempoh, u tell me apa lagi yang saya x rasa. Kadang2 tersenyum sendiri teringat waktu2 yang dah berlalu. Is it really me myself yang lalui semua tu. Pointnya, never underestimate yourself. When u have Allah, ur own creadibility and experience, ur closest friend yang x kira masa support, insyaAllah u will survive along the journey=)

Saya belajar banyak perkara, ayat yang sama saya ulang pada mana2 yang bertanya, kalau u jadi ketua, n tambah2 kalau utk society *****  ni, u will learn a lot. Karenah anak2 buah yang kdg2 bikin sakit kepala, residents yang outspoken/ complainer  tahap x tergapai akal, management yg itu ini; memang buat tidur x lena, sampai satu tahap, makan sambil menangis (bukan sebab pedas bhai, tapi emosi memang tahap robek teruk dah tu)

Mungkin saya x mampu nak kongsi semua dalam post ni, tapi jz let me jot down some of lessons I got from this beautiful journey=)

*Urus emosi sebaiknya.
Jangan sampai, gagalnya seorang ketua mengurus emosi, habis porak-peranda semua kerja. Tambah2 kalau ketua tu seorang perempuan. Dan tambah lagi kalau tengah gangguan hormone cycle. Letakkan emosi pada tempatnya, jangan rasional hilang kerana melayan emosi. Pernah satu ketika saya lead meeting, awal tenure kalau x salah. Walaupun berkali2 saya pesan, kalau x dapat datang meeting, text me maklumkan ur absence, tapinya bila masing2 dah besar panjang ni, ikut cara sendiri ja. Korum meeting penting x cukup satu hal, yang datang pulak, jobscope masing2 x setel. And tambah pulak lagi yang datang lambat, then masuk meeting, buat meeting lain pulak kat belakang. God, I feel like to punch everyone there.haha..joking.  Perasaan waktu tu jangan tanya la kan mcm mana, cuba nak senyum, tapi kelat semacam ja rasa. Then I stop talking. Istighfar dan terus istighfar. Kalau silap langkah, mungkin saya dah hentak meja tu, x pun saya halau yang asyik dok bercakap tu, atau mungkin jugak saya tengking pada yang sepatutnya………but then Alhamdulillah, I didn’t. Nasib baik la kan, kalau x, awal2 tenure lagi dah berpecah-belah. Kalau tengah marah, apa yang Rasulullah sarankan?.. boleh google sapa yang ingat2 lupa. Alhamdulillah, saya cuba tenang, emosi marah yg tgh memuncak tu cuba saya rasionalkan. Instead of marah, banyak lagi cara lain nak setelkan isu=)

Another scene, jz happened a week ago. Waktu tu saya betul2 nak hangin. Program start pukul 8.30, tapi pkul 8, komiti2 yang sepatutnya dah stand by still x sampai. Vip dah sampai, transportation x konfem lagi, plug computer buat hal, xdak b/up laptop, catering x setel lagi, etc …. and where are they??..
‘k.wani, jangan marah macam ni, takut tengok’.. tegur salah seorang anak buah. Mungkin cuak tengok saya tekan minyak tadi.haha.. Ikut emosi waktu tu, tengah serabut n marah, rasa nak fire ja sapa yang x setel lagi kerja. But then, instead of saya pulak dok tambah masalah, baik la tolong setelkan mana yang x setel. Nak komplen ka apa, tnggu postmortem.  Maka jadi la bidan terjun kejap time tu=)..pengalaman2

Yes, kadang2 emosi tu perlu dalam certain keadaan, tapi jangan emosi melulu mendahului waras. Sedih, marah, stress, etc semua ni antara emosi yang kita selalu alami, jadinya urus emosi sebaiknya. Di saat marah naik memuncak, tarik nafas dalam2 dan rasionalkan minda. Di saat sedih bagaikan nak hilang nyawa, ingat segala nikmat Allah yg x pernah berkurang.




*belajar buat decision

‘k.wani, ada kat mana?..urgent ni..saya ada masalah dgn vendour stall..nak minta k.wni buat decision asap’

‘k.wani,  plug ni meletup, computer, speaker semua x function..macam mana ni?’

Walaupun sekecil-kecil perkara,  anak buah akan rujuk pada ketua.  Perlu rasional buat keputusan, apa pro n cons, kena timbang betul2. Salah catur, tempang pergerakan. Belajar buat decision, belajar juga tanggung apa2 risiko dari keputusan yg kita decide. Bukan sekali pernah bertelagah dgn management, kadang2 keputusan yg kita decide x sama dengan kehendak management, maka bersedialah nak ‘menjawab’.
Pernah sekali satu meeting yg saya conduct, almost pukul 1 pagi habis. Saja saya buka sesi luahan perasaan di awal semester. Memang teruji aspect decision making saya. Moga2 keputusan yang kami ahli mesyuarat putuskan malam tu bukan berlandaskan emosi semata2.


*Time management
God, this is!! Yang paling saya belajar bila dalam society ni, jaga masa elok2. Manage ur schedule, prioritize every single thing, do not procrastinate (haha, this is truly my weakness). Betul la, manusia ni kalau tgh sibuk, baru betul2 akan hargai masa. Even boleh terlelap 10 minit pun rasa macam, ‘Allah, how wonderful nikmat tidur yg sekejap tu pun’. But then, bila x sibuk, tidur 7 jam pun rasa x cukup lagi.
Kadang2 satu malam meeting sampai 2@3 bertembung, nak pulak kalau esok tu kena submit esaimen atau ada quiz..mau senyum ja la tgok nota. For those yg x pernah join society, tersangatlah saya menyarankan, join even sekali, then u will feel the feeling. Macam mana eh nak explen, kita mmg rasa sibuk, x cukup masa, tapi kepuasan tu, mmg x dpt nak explen=)


*work as a team
Part ni saya lemah, nk berteori itu ini mudah, bila dalam real situation, hampeh semua. Seriously saya kena muhasabah balik aspect ni, kadang2 timbul rasa x percaya nak serahkan kerja kat orang lain, sedangkan saya yg selalu ulang2 dalam meeting, we work as a family. Belajar wani belajar, put ur trust.
Semua orang ada kemahiran dan skill berbeza, sebab tu perlu kenal pasti kekuatan tersendiri anak buah, then baru boleh decide position mana yang sesuai. Belajar dari kesilapan, belajar dari keadaan, dan yang paling penting, jangan ego utk mengaku salah, even u’re at the top.






Allahu, banyak lagi kalau nak berkongsi ni, setahun yang cukup bermakna saya kira. Allah takdirkan ini jalan saya bukan utk saja2, tapi saya percaya, Allah ingin membentuk peribadi hamba ini, to be a better person. Moga Allah ampunkan segala amanah2 saya yg masih x tertunai.

Hilang beban amanah ni, rasa ringan sedikit nak melangkah. Amanah itu berat, jangan buat main2, boleh saja menjadi kemuliaan, atau mengheret ke lembah hina, astaghfirullah