Wednesday, December 21, 2011

~be strong~

Melangkah masuk ke dalam bilik, telinga dapat menangkap bunyi suara orang menangis. Pelik. Sorang tengah tidur, lagi sorang pun tidur jugak, lagi sorang katanya nak pergi kuliah maghrib ustaz azhar idrus, tapi sebab apa tiba2 jadi episode air mata dalam bilik pulak nih. “ok x ni?”, saya cuba mencari jawapan. 3 kali bertanya, akhirnya dapat la jawapan..” saya x sempat nak pergi kuliah ustaz, kena tinggal dengan bus. Waktu jalan kat kafe terserempak dengan pakcik bus, pakcik tu kata bus dah lama bertolak…”. Respon saya; senyum^_^.. Sebenarnya nak tergelak, tapi tahan ja, orang tengah sedih, xkan nak gelak kot. Ingatkan jadi apa la tadi sampai boleh menangis. “xpa2, satgi kita p na..k.wani cuba call pakcik prebet”..   Then, settled. Alhamdulillah ada yang sudi tumpangkan kami untuk ke masjid.


“Masuk kelab apa?..kelab 0 ka kelab 1?”.. Senyuman penuh makna menjadi jawapan. Kuiz biochemistry, majority dapat 1/10..tapi yang lebih ‘untung’, dapat 0. Ramai sangat yang kantoi dalam kuiz ni, sampai tubuhkan kelab 1 n 0. Sebenarnya runsing, tapi cuba untuk senyum. Dalam ketawa, jiwa sedang gundah, runsing memikirkan exam final untuk paper biochem yang killer tahap dewa nih. MasyaAllah, moga dipermudah. Tapi  x rasa nak menangis pun even kantoi kaw2 punya kali ni. Manifestasi redhakah ini?..hee, cuba untuk optimis, insyaAllah ada jalan.


Saja saya ceritakan 2 situasi di atas. Ujian2 kecil yang Allah datangkan untuk mematangkan hamba-hambaNya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar urusan kadang-kadang Allah uji, semuanya adalah untuk menguji tahap keimanan. Ada masa, kita di tahap yang sangat lemah, walau sekecil perkara cuma, sudah cukup untuk mengalirkan air mata. Ni fasa emosi x stabil kebiasaannya. Ada masa pula, kita kuat. Allah uji dengan x cukup wang, gagal dalam exam, banyak sangat kerja sampai x terurus semua benda, etc. Agak berat ujian yang Allah bagi, tapi kita still mampu optimis, x melatah, cuba untuk mencari jalan keluar, dan air mata langsung x mengalir, keep smile like sunshine^^


Manusia; kadang2 kita kuat, dan acapkali pula kita lemah. Perjalanan hidup ini Allah x jadikan hanya sekata. Indah ke hidup tanpa perasa? Cantik ke graph jika hanya mendatar? Allah yang Maha Mengetahui, tidak dijadikan segala sesuatu dengan sia-sia. Saat kita lemah, dekatkan diri dengan Allah. Saat kita kuat, bersyukurlah pada Allah kerana Dia yang meminjamkan segala-galanya.

Tempat kita mengadu di kala kita lemah, seringkali manusia yang jadi sasaran. Lupakah kita Allah itu yang berkuasa atas segala urusan?.. Bukan saya bermaksud kita jangan berinteraksi sama-sama manusia, tapi kalau berlebih-lebihan mengadu untuk mendapat perhatian manusia sehingga lupa pada Dia yang sangat dekat dengan kita, alangkah ruginya kita. Allah beri ujian, agar kita sentiasa mendekatkan diri padaNya. Trend sekarang, segala-galanya nak diluahkan di facebook, ‘ aku rasa lemah, aku rasa keseorangan, aku itu, aku ini..etc’.. kadang2 boleh jugak tolong bagi nasihat untuk kawan2 yang luahkan kat fb..x salah pun nk guna medium tu, tapi jangan kita hanya mengadu, meminta tolong di alam maya, sampai lupa untuk meminta pada yang selayaknya. Status; “Ya Allah, aku buntu, bantulah aku”.. Jangan sekadar terhenti  di status, tapi jelmakan dalam bentuk tindakan. Apa yang Allah sebut dalam Quran; ‘ mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT’.. InsyaAllah, inilah jalan yang terbaik di saat kita lemah, di samping kita x menafikan usaha-usaha lain yang kena buat..Allahua’lam.



Nota kaki:
1) just random update..nak tulis pasal benda lain, tiba2 post ni yang terhasil. Sangat2 ringan, moga2 tetap ada manfaat.

2) Dalam fatrah exam. 1st paper 4/1, tapi awat mode exam x rasa lagi, adeyh.. whatever it is, last minute study is really2 mengujakan=)

3) Macam2 isu sekarang nih.. bebas, adamadlisme, dato’ hassan ali, saari sungip, ust nasharudin mat isa,  mustapha ali, etc.. Moga Allah tetapkan hati kami semua, qiadi atau jundi, semuanya menuju matlamat yang 1; mardhatillah. (bila terjadi sebarang isu, jangan cepat melatah dan jangan lupa husnuzhon..dengar penjelasan dari sumber yang betul dan tepat..berita hairan n utusan meloya letak tepi sat.. Ujian2 ini yang akan mematangkan. Isu2 lama mengenai almarhum dato’ asri muda, dato’ nakhaie<< lagi besar nak dibandingkan dengan sekarang, insyaAllah, akan ada penyelesaian. IM sendiri yang kita nampak gah, tetap juga Allah uji dengan hal dalaman, isu kerajaan campuran, pertukaran mursyidul am dari mehdi akif, isu gerakan dalam gerakan..semua diuji, dan semua ada jalan keluar insyaAllah.

4) 3 hari di kl, setelkan urusan bank..sangat2 menguji kesabaran, Alhamdulillah dah setel. 3 hari dengan anak menakan, such a hepy holiday. Fawwaz mushoddiq dah pandai cakap sikit2, nak sebut atam jadi atom.. Nurfarhani nuha, puteri makanan, tolak batu dengan tar ja.. Muqri still xleh jalan lagi, mungkin sebab badan berat sangat, susah nak seimbang.. Farhi aqeel, handsome boy, baru 4 bulan, tapi dah sama besar orang lain, dah pandai gelak..^^..tahun depan tambah lagi 2 insyaAllah..

5) May Allah bless us~

Monday, December 12, 2011

~you count~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat. Nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak,  Allah kurniakan kita dengan nikmat Iman dan Islam, Allah beri kita kekuatan untuk melakukan kebaikan, Allah hadirkan di sisi kita keluarga yang bahagia, teman-teman yang memahami, Allah sihatkan tubuh badan kita, Allah berikan kita kekuatan untuk berjihad menuntut ilmu, Allah pinjamkan kita dengan segala kesenangan dan harta duniawi, dengan percuma Allah izinkan kita menghirup udaraNya, Allah bagi kita itu, Allah bagi kita ini, masih layakkah kita untuk kufur. Allahu rabbi, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?..Tadabbur surah Ar-Rahman, kita akan terkesan, insyaAllah,akan tersedar dari segala kealpaan.

Apabila diberi nikmat, jangan lupa untuk bersyukur. Dalam setiap keadaan perlu hadirkan rasa syukur dalam diri. Bersyukur hatta tika diuji dengan kesempitan sekalipun, kerana yang terpilih untuk diuji Allah itu adalah aku. Perlu juga bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan dan sentiasa mahukan kebaikan. Selalu hadir ke majlis ilmu, x bosan membaca buku menambah pengetahuan, menutup aurat dengan sempurna, mampu istiqamah dhuha setiap hari, tilawah quran dijadikan rutin harian, etc, dengan segala kebaikan yang  selalu dilakukan, pernah atau tidak kita lafazkan kesyukuran kerana Allah masih kekalkan kita di atas jalan ketaatan?..”Alhamdulillah, hari ni dapat solat subuh berjemaah..alhamdulillah, sempat luangkan masa ke talaqi hari ini..alhamdulillah, dah makin kurang gastric, boleh puasa sunat”<<kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur.

Ambillah iktibar dari kisah syaitan yang derhaka, apabila Allah berfirman untuk sujud kepada nabi Adam, iblis enggan,  “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "sujudlah kamu kepada Adam!", Maka mereka pun sujud kecuali iblis…”, ada sesetengah ulama menafsirkan ayat ini dengan mengatakan iblis dahulunya sebahagian golongan malaikat (isnad; iblis). Kenapa iblis yang dipilh oleh Allah sebagai makhluk yang derhaka?. Sebabnya, iblis tidak pernah sekalipun bersyukur kerana boleh melakukan ketaatan. Ingat , dengan bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat, Allah akan kekalkan kita atas jalan kebaikan, InsyaAllah.



…………………………………………………………………………………..


Sedang menyusun buku-buku lama sewaktu di uia pj dulu, mata terpaku pada sehelai kertas yang terselit antara celahan buku. Entah bagaimana handout usrah boleh tersesat dalam buku kimia. Handout itu, pernah saya kongsikan dengan adik-adik di pj. Mungkin sebagai peringatan daripada Allah agar saya tak melupakan apa yang telah saya kongsi setahun yang lepas.  Moga akan terus menjadi peringatan untuk diri dan sebagai perkongsian untuk semua.



Mengikut kajian, purata jangka hayat manusia dalam 60-70 tahun, dan selalunya umur wanita lama sedikit berbanding lelaki. Dalam setahun, ada 365 hari, dalam sehari ada 24 jam. Setiap orang mempunyai 24 jam, tapi x semua orang memiliki 24 jam. Dalam 24 jam ni, apa rutin harian kita?..



Tidur = 7 jam << mungkin ada yang lagi kurang, tapi majoritinya 7 jam
Makan = 3 jam << kalau makan sorang2 mungkin cepat sikit, tapi kalau makan dengan kawan2 ni, memang jadi lama la kan, sambil2 borak.. x pun, makan sambil tengok movie
Kelas = 6 jam << bab mengelamun, tetidur, x focus dalam kelas tu x yah cerita la ye..huu
Rehat = 7 jam << fb, blog walking, guling2 atas katil, berangan, mandi, cakap telefon,angry bird, game zombie, pes, etc
Solat+Quran = 1 jam << Alhamdulillah, ada jugak peruntukan masa even paling sikit..ermm


Setiap orang rutin berbeza, tapi roughly nya, lebih kurang macam ni ja. Then, kita darab dengan 365 hari.

Tidur = 7×365 = 2555 jam
Makan = 3×365 = 1095 jam
Kelas = 6×365 = 2190 jam
Rehat = 7×365 = 2555 jam
Solat+Quran = 1×365 jam


Tu dalam setahun. Sekarang kira ikut jumlah jam dalam tempoh 55 tahun. 55 tahun ni tolak umur waktu x baligh lagi, kiranya zaman kanak-kanak hingusan tu, letak tepi sat.

Tidur = 2555×55 = 140525 jam
Makan = 1095×55 = 60225 jam
Kelas = 2190×55 =120450 jam
Rehat = 2555×55 = 140525 jam
Solat+Quran = 365×55 = 20075 jam

Bilangan jam dalam setahun; 24×365= 8760 jam
Then, bahagi bilangan jam yang kat atas ni dengan 8760

Tidur = 16 tahun
Makan = 7 tahun
Kelas = 14 tahun
Rehat = 16 tahun
Solat+Quran = 2 tahun



Allahu Allah, yang paling lama; masa untuk tidur dan rehat. Yang paling sikit??..masing-masing ada jawapan.
Sedikit sangat peruntukan masa kita untuk ibadah khusus. Pesan seorang kenalan, jangan hanya sisa-sisa waktu sahaja kita peruntukkan untuk Allah. Contohnya, hadir ke kelas sesi malam, sibuk meeting, kemudian ke program, baki waktu untuk Allah hanya pada jam 12malam, di saat mata dan badan sudah letih. Hanya itu sisa waktu yang kita ada untuk ibadah. Astaghfirullah

Makan, kelas , rehat dan sebagainya juga adalah ibadah jika niat dan syariat selari dengan Islam. Allahu rabbi, tak dapat dibayang jika hanya bekalan 2 tahun itu yang bakal dibawa menuju negeri abadi. Kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya, syariat Islam yang indah itu memandu perjalanan hidup kita agar segala-galanya menjadi ibadah.

Untuk setiap gerak tindakan menjadi ibadah, sesungguhnya itu bukan perkara yang mudah. Acapkali kita tersasar. Contoh mudah, ‘hari ni aku ke kelas nak tambah ilmu kerana Allah, moga Allah mudahkan aku untuk faham’..niat sudah betul, tapi kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Tidak menutup aurat dengan sempurna ke kelas, terlalu ‘mesra’ dengan lain jantina,etc..di mana nilaian ibadahnya jika ada kelompongan di situ?..

Tidur, berfb, blog walking, etc pun boleh jadi ibadah, tapi sukarnya praktikaliti dibandingkan dengan ungkapan. Selalu sangat kita gagal untuk mengibadahkan segala perbuatan. Mengadap muka buku sehingga melewatkan waktu solat, ada nilai ibadahkah ketika itu?.. Allahu rabbi, jika waktu rehatku yang berjumlah 16 tahun ini pun tidak dikira ibadah, bekalan apa yang aku ada untuk kebahagiaanku di akhirat kelak?...
Jika semata-mata kiraan 2 tahun itu yang menjadi bekalan, entah apa nasibku kelak Ya Allah.. Jika Allah betul-betul menghitung, entah tanganku yang mana yang akan menerima buku amalan ketika dihisab kelak.. ‘ Allahumma adkhilna jannata bighoiri hisab’.. Kami hanya mengharap rahmatMu Ya Allah.

~Haasibu anfusakum qobla an tuhaasabu..salam muhasabah~



…………………………………………..

Hindari maksiat dan derhaka kerana maksiat menghapuskan pahala sujudmu dan mengeluarkanmu daripada ketenteraman..Maksiat adalah kenikmatan sesaat yang membuahkan penderitaan beribu tahun..Dirimu dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat kelmarin, melainkan untuk kembali mencari kempunanNya…..(copy from somewhere, sebab sangat terkesan…huu)


*syukran 'ala kulli hal

Thursday, December 8, 2011

~smile like sunshine~

Pheww..tekan keyboarb sambil lap2 peluh, baru habes bersih sawang & debu kat belog ni..al-maklum la, 2 bulan lebih p bercuti..rumah tinggal cenggitu ja.

Pertama sekali, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad tercinta, dan ahli keluarga baginda serta para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah. Keduanya, nak minta maaf pada sapa2 yang ada buka blog saya, tapi hanya sarang labah2 yang dijumpai instead of new post.. my bad my bad, x pandai manage masa + x cukup ilmu + pemalas+ hati x bersih sampai nk update blog pun x mampu. Ni saya dah stat post bukan sebab dah pandai manage masa + dah cukup ilmu + dah x malas + hati dah bersih, ..tapi sebab ada sebab..lain kali saya kongsi insyaAllah..

Untuk melembutkan kembali tulang jari yang dah keras semacam ni, izinkan saya taip perkongsian ringan ja la eh, laju sikit. Kalau tulis yg berat-berat, alamatnya, jari yang kekok ni bertambah kekok la..yo la, dah lama sangat tinggal..(err, tapinya, sebelum  ni pun bukannya pernah post apa-apa yg berat..hehe). Serius kekok, rasa macam nak bersembang dengan dengan kawan yang dah 3 4 tahun x jumpa, xpa, i’ll try my best^_^

Nothing much to say, cuma nak kongsi apa yang tiba-tiba menjelma dalam kepala ja. Perkara dan isu yang simple, tapi sebab terlalu simple, we tend to forget. Manusia, macam ni la, kalau common things, memang selalu sangat lupa.

Saya penah ditegur oleh seorang kawan aka my anje. Dia kata, “ acik ni kalau tengok orang macam tengok apa ja lagii, x berkelip2 mata..macam ada sumting ja”.. Then i realised, saya memang pun macam tu, suka memerhati orang sekeliling, kadang-kadang pandangan saya seolah-olah terlalu kagum, kadang-kadang nampak sinis, dan selalunya hanya pandangan kosong.

Kerana saya suka memerhati, saya belajar sesuatu dari semua makhluk di sekeliling saya. Setiap orang punya watak yang berbeza, sifat semulajadi yang pelbagai. MasyaAllah, insan-insan yang berada di sekeliling saya, hebat-hebat akhlaknya, baik perwatakannya, sopan santun budi bahasanya, tapi..kadang2 ada simple things yang  kita lupa. Saya x khaskan untuk mana-mana individu, cuma peringatan untuk diri sendiri yang utama.

Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan sesama manusia; itu kunci utama untuk bahagia dan hidup sejahtera sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Benda-benda kecik ni, x perlu nak ingatkan pun sebenarnya, sebab its kind of common sense in each person. Saya bagi situasi pertama; Kita selesai basuh baju di bilik basuh, then nak jemur di ampaian. Kita pulak dapat bilik di tingkat 4, maksudnya, ada lagi 3 ampaian di bawah kita. Waktu nak jemur tu, jangan fikir untuk baju kita ja, tapi ingat sama pakaian kawan-kawan yg lain. Perah dulu semaksima yang mungkin, minimakan sedaya upaya titisan air yang akan menitis ke ampaian bawah, ke atas  pakaian orang lain. Nak keringkan macam baru keluar dari mesin spin, memang x mampu la kan, tangan besar macam malik nor pun belum tentu boleh keringkan macam  tu. Jangan selfish, consider pakaian kawan-kawan kita yang dah ala-ala nak kering tu. Kita hidup bermasyarakat, so, hormat manusia sekeliling..lain la kalau hidup dalam gua=)

Next situation; juga berkisar kehidupan pelajar di asrama. Pihak university sediakan pantry/washing room bukan saja-saja nak bagi asrama kita nampak besar ye, tapi ada tujuan. Nak basuh bekas makanan@sudu@cawan@periuk nasi segala bagai tu, basuh la di sinki yang disediakan. Kalau bekas-bekas tu dibasuh kat ruangan untuk basuh pakaian, boleh bayang x apa efek? Sinki tu akan tersumbat (part ni yang paling nk beletiaq ni, tong sampah yang  mak cik cleaner sediakan tu bukan untuk hiasan semata-mata, guna la sebaiknya..yang dok p buang sisa makanan dalam sinki tu apa kesss?!..hmm).. kotor dengan sisa buangan makanan, tempat tu akan berminyak, nanti baju yang basuh kat situ pun ada bau kari, tomyam dan sewaktu dengannya. Respect each other, consider tentang kawan-kawan sebelum nak buat apa-apa tindakan=)

Apa lagi small thing yang kita selalu lupa?..Setiap orang boleh evaluate dengan situasi masing-masing, saya kaitkan dengan keadaan persekitaran saya je la eh.  Pernah dengar lagu healing by sami yusof?,  one of my favourite songs. Jom karaoke sikit;  ‘healing, a simple act of kindess brings such meaning..a smile can change a life, let’s start believing..and feeling, let’s start healing’..
Senyum tu penyembuh, senyum tu sedekah, dengan senyuman menyenangkan, dengan senyuman hilang rasa resah-gelisah. Kalau rasa segan nk bagi salam, atau bertegur-sapa, cukuplah dengan segaris senyuman penyeri wajah. Siapa saja yang kita kenal, sedekahkan senyuman. Perkataan yang baik itu sedekah, senyum pada saudaramu itu sedekah, setiap kebaikan itu sedekah.^_^


Kalau kat rector kampus excited semua nak senyum, nk tunduk hormat, tapi kat makcik cleaner, tukang sapu yang sentiasa berbakti ni, x ramai pun nk senyum. Aduh, fenomena apakah ini?..pilih bulu, pilih status,pilih kasih?..hmm. Makcik-makcik yang setiap hari cuci toilet asrama kita, x kan x rasa jatuh kasih kat manusia yang sebaya ibu kita ni? Kalau x boleh nk ucap terima kasih sekalipun, cukuplah dengan senyuman<<<oh, lemah- lembutnya ayat saya kat atas ni, mafhum mukhallafahnya; ‘jangan nak kerek sangat la weh, berdaulat sangat ka senyuman hampa tu sampai makcik keja cuci toilet tu x layak nak terima?(ok, dah..x leh garang-garang sangat).

Hanya dengan semudah memberi senyuman Allah ganjarkan pahala, jadi, masih mahalkah senyuman kita?!

muqri, kedekut  nk senyum..=)

Sama juga dengan next situation ni; fenomena ‘terima kasih’. Syukran, tenkiu, terima kasih, mucho gracias, kamsahamida, arigato dan sewaktu dengannya, berat benar mulut sesetengah manusia nk sebut. Situasi mudah; pakcik bus setiap hari berulang-alik ambil kita di asrama n hantar ke kuliyah, x kan sepatah penghargaan pun x boleh nak bagi.Memang la tu kerja dia, pihak university bagi dia gaji, tu urusan majikan dengan pekerja. Tapi urusan kita; hubungan sesama manusia, hubungan dengan mereka yang lebih tua, yang dah memudahkan urusan kita.

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Last situation(x larat dah nk post panjang-panjang); akhlak pelajar dengan guru. Nak berborak, bergurau senda, makan, tafaddhal..tapi berpada-padal lah. Jangan sampai perbuatan kita mengguriskan hati guru kita. Saya nak pesan jangan bersembang n sewaktu dengannya tu, memang x boleh la kan, sebab saya pun buat. Cuma yang nak pesan, jangan over sangat perbuatan kita tu, sampai mengganggu perjalanan kelas, sampai pensyarah naik marah, sampai kawan-kawan x leh nk tumpu. Muhammad bin Idris, kenal?.. Beliau sangat beradab sewaktu menuntut ilmu. Salah seorang guru beliau, Imam Malik. Beliau tersangatlah menjaga adab, berhati-hati ketika menyelak helaian kitab, sebab takut bunyi tu mengganggu tumpuan gurunya, masyaAllah. Jagalah adab, insyaAllah berkat=)


~Nota kaki;
The way to happiness is in front of you, so seek it by means of knowledge, righteous deeds and a good attitude. Be moderate in all your affairs and you will be happy..=))

Esok jumaat, masyaAllah, memang akan sibuk…n berterusan rutin yang pack ni sampai ke minggu nk exam. Minggu exam tu pulak x panggil minggu pack dah, tu orang panggil minggu zombie..moga diberi kekuatan untuk survive.

Macam mana kalau tiba-tiba lepas ni blog ni kembali bersawang??, aaahh..harapnya x dah..

Jom, release tension petang ni, belasah shuttle cukup2..err,tapi clash dgn meeting adhoc..adakah sy akan gagal dlm percaturan aulawiyat?..hee~

Ok, sayang anda semua..salam =)
Smile like sunshine~