Tuesday, May 17, 2011

~ajarkan aku~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,  Allah Yang Maha Penyayang masih beri keizinan untuk bernafas. Saja dibiarkan sepi ruangan ini untuk beberapa waktu, sebab diri sendiri sangat ‘lost’. Mungkin boleh nak menaip post baru, tapi pasti bukan dari hati. Alhamdulillah, dah rasa ok sikit..=)

18 mei tolak 2 hari, maka menjelmalah 16 mei..
Walaupun terlewat sikit, tapi kira aci la kan post ni. Masih dalam mode hari guru, sebab semalam join sambutan hari guru kat sekolah ayah. 16 mei hanya satu signifikan untuk pelajar menterjemahkan rasa berterima kasih pada semua guru , tapi yang paling penting adalah untaian doa dari pelajar buat semua gurunya setiap kali berdoa pada Allah.



Dah hampir 9 tahun saya meninggalkan SRIDA, sekolah rendah tempat saya belajar mengenal apa itu  qolqolah sughra, perang khandak, sifat wajib bagi Allah, darab, bahagi, pemboleh ubah manipulasi, tatabahasa, zero point, teng teng, etc…

Tempoh waktu yang agak lama. Tak sangka, kebanyakan cikgu2 yang mengajar saya dulu masih ingat nama saya..”Eh, kamu hazwani kan?, belajar mana sekarang?”…wink3..berbunga2 hati..siap nama penuh lagi. Semua memori waktu kecik2 dulu, memang kuat dalam ingatan. Masih ingat lagi, cikgu mat nor rotan tangan kami semua sebab lambat masuk tuisyen math (terlambat sebab dok main hantu-hantu dalam asrama..haha..memang patut kena ).  Masih ingat lagi, setiap kali subjek math, memang menggelabah..sebab cikgu khairiyah ni memang super garang, salah sikit kena cubit kecik.  Masih saya ingat, cikgu hayati selalu memuji saya, sebab x penah dapat nombor 2. Allahu Allah, banyak sangat kenangan kalau nak tulis.

Guru-guru, bukan hanya mengajar untuk cemerlang dalam pelajaran, tapi mereka turut mengajar tentang kehidupan.

Tak tertaip kalau nak taip semua nama insan2 yang memanusiakan hazwani khamarudin. Bermula di Pasti Jalan Pegawai—Sekolah Rendah Islam Darul Aman—Maktab Mahmud Alor Star—Darul Quran—CFS  IIUM—UIA kampus kuantan.

Daripada semua guru di SRIDA, saya belajar tentang kesetiaan. Betapa setianya mereka berbakti di sekolah agama swasta yang hanya mampu menawarkan mereka gaji yang x seberapa. Betapa setianya mereka mendidik kami semua dalam keadaan yang serba kekurangan pada 1 tika dahulu. Ada yang ditawarkan untuk mengajar di sekolah yang lebih selesa dengan gaji yang selayaknya, tapi mereka tetap setia untuk membangunkan sekolah agama  ini. Ust ishak, ust zaidi, cg khairiyah, cg zawiyah, cg zaitun, ust lah; masing-masing sudah dimamah usia, mereka berbakti di situ sudah sekian lama, kakak saya yang belajar abc 123 daripada mereka pun sudah berumur 28 tahun.  Uban sudah tumbuh subur di kepala..dan sesubur itu jugaklah kesetiaan mereka. Moga Allah sentiasa merahmati mereka..

guru srida wiz baju rasmi kot~


Daripada guru fizik saya,cikgu hasni,  saya belajar tentang kesabaran. Aduh, sabar sungguh cikgu dengan gelagat kami semua. Latihan yang diberi x pernah siap, masuk ke kelas tuisyen x pernah tepat masa, jawapan pada soalan yang diberi jarang sekali betul, melawak bergurau dalam makmal itu perkara biasa..tapi cikgu tetap sabar. Tak pernah sekalipun cikgu marah naik suara, apatah lagi nak denda kami semua. Sungguh, Allah bersama hambaNya yang sabar. Kesabaran cikgu itulah yang akhirnya menyedarkan kami sendiri.  Kesabaran cikgu adalah teguran dan didikan yang paling bermakna.

Guru biology saya, cikgu faridah akma. Daripada cikgu saya belajar, bahawa senyuman itu penyembuh. Jarang sekali nk nampak muka cikgu tanpa senyuman. Sesibuk mana pun cikgu, senyuman tetap penyeri wajah. Pernah sekali turn saya buat presentation dalam kelas. Perlu memahamkan kawan2 structure of kidney dan nephron. Sudah 3 kali saya ulang ayat yang sama, kawan2 di belakang x dapat dengar apa yang saya cakap. Huhu, ada masalah nk kuatkan volume suara, akhirnya jadi episode air mata dalam kelas. Memang memalukan, nasib baik kelas x dak pelajar putera. Cikgu hanya senyum dan memujuk saya mulakan sekali lagi. Entah dari mana kekuatan datang, berjaya sempurnakan tugasan. Tenkiu cikgu, atas senyuman penyembuh itu..=))

Daripada ustaz tasmi’ saya di dq, lagi banyak yang saya pelajari. Ust anuar hasyim; ust yang mendengar hafazan saya bermula dari al-fatihah sehinggalah saya khatam dengan surah an-nas. Ust memang pakar motivasi terbaik. Kami semua yang bermula daripada kosong, bertatih sedikit demi sedikit dengan dorongan ust. Kami semua bertahan untuk menghabiskan hafazan dengan tiupan semangat daripada ust. Lemah semangat kami tika diuji dengan ayat2 yang agak sukar diingat kembali sembuh apabila mendengar celoteh daripada ust. Keakraban kami dengan ust kadang2 menjadi bualan banat2 lain. Ye la, ust muda lagi+bujang+macho la jugak. Mesti la kena jaga jugak kan. Entah sapa la yang ust tunggu, sampai sekarang x kahwin lagi. Moga2 ust cepat bertemu jodoh. Kami dah x sabar nak tolong basuh pinggan kenduri ust.  Permudahkan segala urusan ust, Ya Allah.

credit to naimy for this pic~


Sir azizul, cikgu math sewaktu di matrik uia. Daripada cikgu saya belajar, untuk berjaya bukan sekadar formula kira-kira yang perlu dihafal, tapi perlu kegigihan dan usaha. Aduh, kadang2 termalu sendiri, entah siapa yang guru, siapa yang pelajar. Kegigihan cikgu untuk mengajar pelajar2 lagi tinggi daripada kegigihan pelajar untuk belajar. Selalunya kelas math cikgu awalkan pukul 7 pagi. Dan seperti biasa, cikgu yang akan sampai dulu ke kelas. Kadang2 kalau terlambat bangun, memang menggelabah nak bersiap ke kelas. Dengan mata yang masih dalam mode nak tidur, kena pulak buat presentation kat depan. Tak cukup kelas sewaktu siang, ada lagi kelas malam. Terima kasih cikgu, semangat dan kegigihan cikgu mengajar kami semua, kalau nak berjaya, bukan 10 soalan yg kena buat, tapi 100 soalan. Kalau nak berjaya, perlu pengorbanan.

Daripada cikgu khamarudin, sangat banyak benda yang saya belajar. And from the beautiful lady besides him, lagi banyak yang saya belajar. Kalau nak load cerita pasal cikgu berdua ni, memang x tercerita la. Lain post eh, special edition. Nway, mama n ayah are the best, both of u are the great teacher ever.



~banyak sangat kalau nk story semua..cukuplah sekadar segala memori dengan semua cikgu bermain di minda dan tersemat di jiwa. Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka. Lau la murabbi, ma’rifatu rabbi..

~I have a dream, I want to b a lecturer. I’m gonna start my class session with recitation of dua’, continue with a short tazkirah, then I will teach my students. It must be great, to have ‘dr.’ or ‘prof’ besides ur name..haha wani, berangan2.. xpa, berangan baik untuk perkembangan minda.. I have someone, always calling me as ‘doctor’. Yet, I still do not know the reason, but then, I know it is a pray. Allahumma amen..

~my father asks me to work at his school. If I say yes, then I will be ‘cikgu wani’. To be precise, I’ll be a mother for 7 years old kids of standard 1F. Cannot imagine laa, macam mana nak mengajar budak2 kecik nih. Should I accept or not, or jz proceed with my plan go to pondok..huhu..dilemma WANIta. May Allah bless my decision..

Sunday, May 1, 2011

~penantian itu indah~



Bismillahirrahmanirrahim.
Allah yang Maha Berkuasa merencana segala-galanya, maka ditakdirkan saya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam kalangan adik-adik. Walau di rumah sendiri saya hanya membahasakan diri sebagai ‘wani’, tapi bila melangkah keluar dari rumah, automatic, sayalah ‘kak wani’.

Beza umurnya hanya setahun 2 tahun, tapi tetap juga dipanggil kakak. Ikutkan saya, lagi selesa dengan panggilan nama. Lagi mesra dan boleh buat gila-gila.
Saya yang tua, dan saya juga pelajar dq, dalih sana, dalih sini, tetap jugak dicari. Dari sebesar-besar perkara hingga sekecil2nya.

Isu yang sering dirujuk, baitul muslim. Kadang-kadang mati kutu jugak dibuatnya, tahukah kalian wahai adik-adikku, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk dibawa berbincang. Tetapi tetap jugak saya cuba menjadi pendengar yang baik, dan memberi respon sekadar termampu.

“Kak wani, boleh x tolong terang pasal taqdim?”..3 pasang mata tertumpu pada saya untuk mendapatkan penjelasan.
Mungkin x cukup jelas jawapan saya, kemudian ditanya lagi..”emm, maksudnya, kalau dah setuju untuk ditaqdim, kita perlu tunggu lelaki tu sampai bila?”…..saya jawab sekadarnya.
“boleh ke nak bincang dan buat keputusan antara muslimin dan muslimat tu ja, tanpa mak dengan ayah tahu pasal ni?”…ok, dah start berpeluh-peluh. Cool2, cuba untuk recall balik ilmu daripada pembacaan.

Serius macam mana pun seorang perempuan ni, atau mungkin jugak nampak keanak-anakkan, tetap jugak perkara ni akan terlintas di fikiran. Kadang-kadang saya rasa, adik-adik ni lagi matang dari saya. Pandang jauh. Begin with the end in mind. Mantop2 belaka. Pakat ada target. “Saya insyaAllah tahun depan dah serius bab ni”..Gulp, jawapan dari seorang junior membuatkan yang senior ni hanya mampu senyum. Betul la, matang tu bukan diukur pada usia, tapi pada cara seseorang itu berfikir dan pengalaman hidup yang dilalui.




“Kak wani, nanti tolong jadi orang tengah saya eh?”…dah 3 orang request benda yang serupa.
Alhamdulillah, hasil tarbiyah uia mungkin, masing-masing nampak buruknya hubungan couple itu, rata-ratanya tahu hukum hubungan terlarang itu, dan indahnya andai berhubung ada yang menjadi perantaranya, ada yang menjadi pemudah bicara untuk menyampaikan hajat. Sama ada nak menjadi perigi, atau menjelma menjadi timba, jangan bertindak sendiri.

Seorang yang ceria tiba-tiba menjadi pendiam, pasti ada masalah yang membebankan kepala. Apabila ditanya, seperti yang saya jangka, masalah ini yang dirungsingnya.

“kak wani, macam mana nak buat, kalau hati ni cepat sangat tertarik dengan muslimin?..berhubung hanya atas dasar kerja, tapi hati ni cepat sangat cair..”..Terdiam lama. Cuba untuk memberi jawapan terbaik.

Point yang saya berikan lebih kurang sebegini. Memang x nafi, muslimat ni cepat sangat cair. Muslimin caring sikit, dah terbuai-buai rasa. Sebenarnya orang tu x bermaksud apa pun. Lain orang lain cara nak jaga hati. Kalau kita dah kenal diri kita jenis cepat kalah dengan benda-benda macam ni, elakkan untuk contact, melainkan memang betul-betul kerja yang penting. Kalau mampu elak, elak. Tapi jangan sampai kerja x jalan.

Ada setengah orang, bertentang mata sewaktu meeting pun, dah boleh jadi virus. Kalau dah tahu diri macam tu, jangan tengok langsung. Lain pulak kalau jenis saya, kalau x tengok orang time meeting, telinga ni seolah2 pekak pulak. Jadi x berapa nak dengar. So, I have to..tapi bajet2 la. Ada sesetengah orang, contact untuk bertanyakan khabar,meminta pendapat, meluahkan rasa, sekadar berkongsi idea, etc, adalah perkara biasa. Di sebelah pihak, perkara tu perkara biasa, dan x memberi kesan. Yang menjadi masalah, pihak yang satu lagi. Yang mula pikir bukan2  a.k.a out of the box hanya kerana tindakan kita yang biasa-biasa pada pandangan kita, tapi dah jadi luar biasa pada pandangannya. Jadi, masalahnya di sini. Dengan x sengaja menyebabkan masalah hati pada orang lain.

Kenal titik kelemahan diri, dan jangan izin ajnabi untuk menyerang masuk. Pesan saya padanya, “kenali apa yang paling kamu cepat lemah, dah buat benteng kuat2 kat situ. Dan jangan lupa doa pada Allah, sebab hati ni Dia yang pegang. Dan rasa tu Allah yang kurniakan, dan Dia juga yang Maha Kuasa untuk tarik semula” . Sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis di saat iman dalam keadaan yanqus.



Dalam kita bermujahadah menjaga hati, jangan lupa untuk menjaga hati pihak lain.Kadang-kadang takut juga, selalu sangat dijadikan rujukan untuk hal-hal macam ni, takut jika 1 hari nanti diuji. Ujian Allah itu pelbagai. Allahu Allah.

1 lagi pesanan khas untuk diri dan sahabat-sahabat .Antara cara untuk menjaga hati, kurangkan berbicara perkara-perkara berkaitan ini. Sekali-sekala untuk meluahkan rasa dan meminta pandangan, memang sangat perlu. Fitrah seorang perempuan, mahu ada yang mendengar dan boleh berkongsi. Cuma jangan terlalu berlebih-lebih memikirkan hal yang sama. Anggaplah soal cinta seperti garam dan gula, jangan terlebih atau terkurang dalam merencah. Dalam kependekan masa di dunia, terkadang rasa sia-sia jika terlalu kerap berbicara mengenai cinta. Pesanan khas untuk tuan blog, lebih baik risaukan perihal dosamu yang semakin menggunung..Dosa2 lama yang belum terampun. Amal ibadat yang makin kurang kualitinya. Pergolakan ummah yang makin menjadi-jadi. Bencana alam di setiap pelosok dunia. Sibukkan diri untuk mengumpul saham akhirat.


“Wani, sebab apa semua kawan2 kita pakat dah ada orang..kami ja yang xdak lagi..bohong la kalau rasa x teringin”….Mungkin respon-respon saya sebelum ni hanya seperti gurauan untuk buat kawan baik saya ni tersenyum. Untuk post kali ni. Ingin saya berikan jawapan seikhlasnya.

  “ kenapa perlu risau kalau Allah takdirkan macam ni..patutnya alia (bukan nama betul)  yang perlu rasa bangga dan bersyukur, sebab Allah x izinkan alia terjebak dalam couple segala bagai ni. Apa lebihnya mereka yang bercouple kalau mereka jugak yang lebih dalam mengumpul saham dosa?..Sebab Allah sayang, sebab tu Allah jaga. .Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya alia meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan.Bukannya alia x cantik, bukannya alia x solehah, cumanya Allah tangguhkan buat seketika urusan jodoh ni, sebab Allah nak bagi yang paling terbaik. Lelaki itu ada, cumanya belum sampai lagi masa. Bila Allah takdirkan saat tu dah tiba, jodoh alia akan datang dengan cara yang paling istimewa. Dia akan datang bukan untuk hanya seronok2, tapi dengan persediaan yang lengkap untuk menjadi imam alia. Fasobrun jameel..”…     (hope u read this)




Sempat bermalam 3 malam di uia pj, macam2 cerita yang sampai di telinga. Ada yang diuji dengan kelalaian dalam tempoh pertunangan, ada yang diuji untuk memberi jawapan antara 2, ada yang diuji dengan risikan yang tidak ‘sekapal’..apa pun ujian yang Allah berikan pada antunna, merayulah pada yang selayaknya. Dia yang memberi ujian, dan Dia jua yang meringankan beban. Saya yang mendengar, hanya mampu mendengar, dan berkongsi sekadar ilmu pengalaman yang ada.

 Bila sampai saatnya, moga antunna tersenyum bahagia. Bila saatnya tiba, pernikahan itu akan membuka tabir rahsia, bahawa suami yang menikahi kamu itu tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setakwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayub, atau pun setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman, yang punya cita-cita, membangun keturunan yang soleh. Dan bila saatnya tiba, perkahwinan itu akan menyingkap segala-segalanya buat suamimu, bahawa isteri yang dinikahinya itu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna dalam menyokong gerak kerja perjuangan, pun bukanlah Hajar, yang begitu setia dalam sengsara, bukan juga Aisyah, yang sangat tinggi ilmu pengetahuan. Cuma dirimu adalah wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah, dan melayakkan diri untuk menjadi bidadari di syurga kelak.




..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)


Entah kenapa diluahkan perkara ni dalam blog. 1 sebab, saya sendiri resah. Resah dengan jawapan2 yang telah saya kongsi dengan sahabat2 dan adik2. Mungkin jugak jawapan saya itu meringankan bebanan, dan mungkin jugak jawapan2 saya penyebab pada masalah seterusnya, akibat dosa dari si pemberi nasihat. Astaghfirullah.




Diri ini hamba yang berdosa. Pernah leka dalam bermuamalat. Pernah tersasar dalam mengatur langkah. Secara x sedar telah memberi virus dan fitnah. Moga Allah kuatkan hati dalam penantian. Moga Allah sedarkan andai seminit telah terlalai.
Teruskan beristikharah, moga kehidupan kita akan sentiasa terarah..insyaAllah.



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

(lirik lagu istikharah cinta by sigma..)
(saja tukar lagu blog dengan lagu ni..sedap pulak rasa..=)