"Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman" (Al-Ghafir: 59)
Gerunnya suasana di mahsyar nanti.. Semua manusia dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Semua tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan dihadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah semuanya menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Dengan jarak matahari yang hanya sejengkal, manusia bermandikan peluh sehingga peluh menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Manusia berkeluh-kesah, bimbang memikirkan buku amalan yang akan dihisab..Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan
hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Allahu Allah..apakah nasib aku di sana kelak..
Apakah nasib kedua ibu bapaku..
Apakah nasib adik-beradikku..
Apakah nasib rakan-rakanku...
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Perihal diri sendiri pun masih tidak selesai, perlu pula bertanggungjawab untuk orang lain..Ya Allah..
~ampunkan dosa2 kami Ya Allah~ |
Ya Allah..
aku sayang ayah, seorang lelaki yang membesarkan kami adik beradik..x kan aku rela ayahku terhumban ke neraka kerana dosa-dosa aku mengingkari perintah Allah..
Ya Allah..
aku sayang abang dan adik lelakiku..x kan aku biar mereka ke neraka kerana dosaku tidak menutup aurat dengan sempurna..
Himpunkan kami semua di syurga kelak..Kami ingin bersama-sama dengan para nabi dan mereka yang beriman di Jannah..InsyaAllah..
Allahumma Ameen...