Thursday, August 26, 2010

..Jangan terlambat sudaaahhh..

Assalamualaikum..alhamdulillah,masih dalam keadaan sihat..(p/s: kalau nk bg salam,bg salam molek2..xyah la nk tiru pmbaca2 berita RTM..”salam 1 malaysia”..pe kes,huh)

Saya ada 1 soalan..betul x kalau saya kata,manusia ni suka imbas kenangan dulu2?..tambah2 pulak perempuan..kalau dia duduk sorang2, pastu  nampak dia senyum semacam ja tu, mksudnya ada la tu dia teringat apa2..
Yes..kita sangat sukakan kenangan..kalau anda x termasuk dalam kategori ni pun,buat2 suka la eh..

Sekarang ni saya sedang belajar  di matrikulasi uia pj..course biological science..waktu mula2 start belajar kat sini ,rasa macam nk teriak kuat2 pun ada..fuh..memang menguji keimanan..sistem belajar memang lain terus..semua benda nk kena cakap omputih..banyak kena survive sendiri….
Tengah dok tension2 tu, saya pun teringat kembali moment2 waktu belajar di darul quran….

Orang cakap belajar di darul quran ni best..best sebab bnyak program..haha,tipu sangat best sebab tu…
Best la,sebab kita ni terpilih untuk hafal kalam Allah di bumi darul quran..Saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang tawaddu’ waddhuha di sini,memang transform habes la..hee,sampai sekarang macam x pecaya..
Rutin harian kat dq ni sama ja..pegi masjid,cari modal baru,iadah yang dah hafal,cas bateri atas katil,kalau x cukup jugak lagi bateri kena pegi dewan makan untuk tambah energy,etc…
Bila agak bosan,saya buat lawatan ke tasik…teringat pulak zaman2 kat sekolah menengah dulu…best ja waktu tu..masalah pun x bnyak…
Menyesalnya x hargai zaman tu,dengan mesin ajaib doremon,saya pun patah balik ke alam sekolah………

Maktab Mahmud Alor Star..best place eva..seronok sebab dekat dengan rumah..orang siap2 nk p sekolah pukul 6.30pg..saya pukul 7 pun dok kuak lentang atas katil lagi..sory ma,penat beletiaq kat anak no 6 ni… Belajar kat sekolah menengah ni memang la best..semua orang suap ..tinggal nk nganga mulut ja…dapat pulak geng yang sekepala..tribute to yat,hyda,tirah,min,ain n mizah(time kami buat nakal mizah xtau,kami x gtaw sebab dia pengawas..huhu)  ..
Ku sangka panas hingga ke petang, tiba2 hujan lebat waktu tgh hari.huh…
jeng3x..ada sekumpulan manusia berwarna biru dan b’tie hijau asyik skodeng geng kami..kami ni ala2 taiko sekolah la,sebab tu perlu dibanteras dan dihapuskan..aiseh…
Paling saya ingat,waktu ditegur di belakang tabir..kami kat kelas ni..hamba2 Allah tu kat kelas sebelah..maka bermulalah sesi pembersihan jiwa ke atas kami di sebalik pintu..wohoa..syukran syeikh..ingat sampai sekarang..
Bila kita nakal ni,rupa2nya ada yang x suka…kadang2 tension pun ada…..kalau macam tu,best lagi waktu zaman sekolah rendah……menyesal pulak x manfaatkan betul2 zaman dolu-dolu…huhu

Darjah 1 sampai 6,belajar kat sekolah rendah islam darul aman(srida)..masyuuuk ja belajar kat sini,apa yang x besnya, ayah guru besar kat sini ..memang naik kepala la….. tapi lagi bes zaman kecik2………
 
See…manusia memang macam ni… apabila kita berada di dalam satu fasa,dan kita mengalami sedikit kesulitan dalam menghadapi tempoh tu,kita akan teringat kembali saat2 ceria yang lalu..dan kita mengharapkan agar kita dapat kembali merasai saat2 tersebut… 
Saya bagi contoh mudah..sekarang saya belajar di uia,dan dalam masa yang sama,saya masih perlu menghadiri kelas iadah Al-Quran..Allah saja yang tahu,peritnya saya nak mengulang quran..dengan komitmen lain yang segala bagai..
Kadang2 saya monolog sendirian…’kalau la kat dq dulu aku hafal sungguh2 kalam Allah, mesti sekarang ni senang je kalau nk iadah balik..xde la rasa macam baru nak stat hafal..huuhu’

Sekarang di dunia, bila kita rasa menyesal dengan sesuatu..kita mampu untuk bangkit daripada penyesalan tersebut..
Apabila kita sedar di masa yang lalu kita gagal untuk melakukan yang terbaik..jadi kita akan berusaha untuk buat yang terbaik pada waktu sekarang…
Hidup di dunia,segala2nya mungkin..
Jangan melihat situasi ni sebagai situasi yg biasa..

Cuba kita bayangkan,andaikata penyesalan kita tu berlaku sewaktu di akhirat kelak…

Apabila kita dibangkitkan di akhirat nnti, baru kita tersentak…
"Aduh..sungguh..janji Allah itu pasti..benarlah segala ceritaMu dalam Al-Quran..kini aku sudah dibangkitkan kembali..dan amalan2 aku akan dinilai ..apa yg ingin aku bentangkan padaMu Ya Allah??..sikit  cuma aku beramal ketika aku hidup di dunia dahulu..aku alpa ya Allah..aku tertipu dengan tarian dunia….ingin aku kembali ke dunia ya Allah…hidupkan aku kembali..aku berjanji ya Allah..aku akan laksanakan semua perintahMu…..aku berjanji…….’

Dah terlambat kalau nk menyesal waktu tu…x akan ada kehidupan di dunia untuk kali kedua..yang ada hanyalah kehidupan yang kekal abadi di akhirat; sama ada dalam syurga kita bahagia..atau dalam neraka kita menderita…

Moga2 kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal di kemudian hari..
Janganlah kami termasuk dalam golongan yang berkata  “ah..betapa ruginya aku..kerana tidak memanfaatkan kehidupan sewaktu di dunia”


Tadaburlah tafsir surah As-Sajadah: 12
      "Dan apabila penderhaka-penderhaka melihat apakah yang disediakan untuk mereka (di akhirat), maka mereka berkata, 'Ya Rabbana, kami telah melihat, kami telah mendengar, maka pulangkanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya sekarang kami telah benar-benar percaya."


Bicara siapakah ini?
Inilah bicara penderhaka-penderhaka, yang ingkar kepada Allah di dunia setelah melihat balasan mereka di akhirat...Akhirnya mereka percaya akan Allah SWT, namun sudah terlewat..


Ingat..kita yang memilih..ingin membawa dosa atau pahala ke akhirat kelak sebagai bekalan perjalanan.

Monday, August 23, 2010

introduction to selamanya hamba~

Assalamu’alaikum..segala puji-pujian hanya untuk Allah Yang Maha Agung..yang masih membenarkan saya menghirup udaraNya..oxygen yg disedut akan bercampur dengan darah di dalam vessel..setelah respiratory system melaksanakn tugas, circulatory system pulak akan mengambil alih..melakukan tugas pembahagian gas dengan penuh adil..subhanallah..perkara yang sering kita lakukan,yang kita dapat tanpa perlu menitiskan sebarang keringat,membuatkan kadang2 kita terlepas pandang untuk menyatakan syukur…tarik nafas panjang2……..hembuskan….dan lafazlah kesyukuran itu..

Intro di atas menggambarkan suasana yang akan saya bawak setiapa kali kalian mengembara dalam alam pena saya..sebelum tu, let me introduce myself first eh..=D

30/03/1990 bersamaan 3 ramadhan, saya dizinkan Tuhan untuk menjengah ke alam dunia ini setelah 9 bulan saya tenang dalam rahim seorang ibu(xtau cukup bulan ke x,sebab x penah tanya)..sorry ye ma, kena ganti puasa full sebulan..
Ayah excited ingin menamakan saya dengan nama Hazwani yg membawa maksud ‘pemberianku’, maka itulah nama saya..dulu kini dan selama2nya..dont wory ayah,x daknya anak kamu ni nak pergi pejabat pendaftaran tukar nama bagi glamour2 sikit..=]
Saya ada 4 orang kakak yang sangat best, seorang abang yang kadang2 famous, 2 orang adik yang suka membuli saya..kiranya saya ni anak ke berapa?..haa,sapa cepat teka maksudnya RAM otak dia laju…Alhamdulillah,saya bahagia..cukup kasih sayang dari keluarga..

Memulakan kehidupan sebagai pelajar dalam uniform serba hijau..dekat sangat Pasti Jalan Pegawai tu,nak merangkak pun sampai.
Darjah 1-6, saya belajar di SRIDA(Sek.Ren.Islam Darul Aman)..ni rumah kedua ayah saya..sayang sangat ayah dengan sekolah ni..segala penat jerih ayah membangunkan sekolah agama ni, hanya Allah yang mampu memberi ganjaran.
Tradisi keluarga saya, semua akan menyambung pengajian di sekolah Maktab Mahmud Alor Star..start dari kakak sulong,sampai la adik saya yg no 7, semua belajar kat situ.
Panjang cerita kalau nak cerita tentang saya di sekolah ni, lain kali la nowh..apa2 pun, saya bersyukur kerana pernah berada di situ…=]
Tamatnya SPM, di kala semua pelajar bergelar f5 melompat keluar bumbung untuk berlari ke langit(mksudnya hepy la ni..t’hiperbola pulak) ,saya pulak mula menghitung hari untuk ke kawasan Kuala Kubu Bharu a.k.a Kiri Kanan Bukit ..mendapat tempat mengikuti program persijilan di Darul Quran Jakim, x tahu la apa perasaan saya..insyaAllah akan ada post khas untuk pengalaman di sana.
Setahun setengah di DQ, kemud.ian tanah Petaling Jaya pulak saya jejak..maka bergelarlah saya pelajar biological science di Centre for Foundation Studies of IIUM
InsyaAllah akan ke uia kuantan hujung tahun ni, pengkhususan dalam jurusan biomedic..moga2 segalanya dipermudahkan..4 tahun kat situ..
Done wiz my previous n recent studies..untuk master dan seterusnya, ada dalam simpanan peribadi saya..x nak reveal lagi.

Lagi tentang saya, cukuplah saya nyatakan, saya yang pernah dalam kegelapan,masih mencari2 untuk selamanya dalam cahaya keimanan..

About dis blog..
Wujudnya blog ini, buktinya saya sayangkan orang di sekeliling saya..ingin saya berkongsi rasa dan rahsia, dan sama2 kita menjana minda di sini.

Mungkin ada yang merasakan sedikit ‘keskemaan’ ,apabila saya menggunakan ganti diri nama ‘saya,kamu;kalian’..sapa yang kenal saya kenal la eh..realitinya,sukar sekali nak membahasakan diri dengan ‘saya’..kalau dengan lectrer atau mkcik cafe,baru saya betul2 bahasakn diri dengan saya..sebab tu saja nak praktik kat sini..

Perlu saya nyatakan di sini, saya bukanlah seorang pemikir yg intelek,yang mengkaji buku2 ilmiah,yang pandai meneliti fakta2 berat.
Cumanya saya belajar untuk ke arah itu..insyaAllah.

Lain manusia lain cara pemikirannya. Ada yang berpendapat,perlu berblog untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Ada yang ingin berblog kerana ingin dijadikan seperti diari,mencatat perjalanan hidup. Ada yang menulis blog untuk mempromosi barang,kiranya macam bisnes la..
Lain orang,lain tujuannya..kadang2 apa yang kita lakukan,akan ada yang memuji,x kurang juga yang akan mengeji..put aside all those kata2 orang..yang penting kita tahu tujuan sebenar kita melakukan sesuatu, yang lagi penting, jangan melakukan sesuatu dgn tujuan ‘saja-saja’..ape daa..
Saya pernah mengikuti 1 pengajian talaqqi yang disampaikan Syeikh Fahmi Zamzam..terkesan saya dengan 1 pesanan beliau..apa2 saja yang kita lakukan,akan tetap ada manusia yang x suka..jangan fikirkan kritikan2 yang x membina itu..asalkan apa yang kita buat itu bertujuan untuk meraih mardhatillah, so teruskan ja la..
InsyaAllah,moga2 setiap butir huruf yang ditaip ,akan membuahkan hasil untuk disemai di akhirat kelak..

Tiba-tiba panjang pulak intro..
InsyaAllah, next post akan menyusul dalam masa terdekat..standard la tu kan ..anak sulung dengan anak ke-2 jaraknya dekat ja..=D