Friday, April 20, 2012

~debu dosa~


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan keberkatan basmalah aku menggerakkan jari untuk berkongsi.


Manusia itu sifatnya leka..mudah tertipu dengan keasyikan dunia.. Jangan terus lalai, ambillah masa sejenak, bersendiri, soal pada diri dan jawab dengan sejujurnya di dalam hati..

“Wahai diriku, tidakkah kamu merasa malu? Belum datangkah waktu taubat bagimu atau KAMU MEMANG MEMPUNYAI KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEKSA ALLAH? “

Allahuakbar, betapa petikan ayat yang ringkas dari kitab Minhaajul ‘Aabidiin karya Imam Al-Ghazali sangat mengetuk pintu hati, menyedarkan jiwa yang lalai.

Tak malukah aku dengan Allah Yang Maha Melihat?

Tak takutkah aku dengan mati yang pasti akan tiba tanpa mengira masa?

Tak malukah aku, aku memperlihatkan derhakaku kepada Allah, sedangkan selain Dia tiada yang benar-benar menyayangiku?

Tergolongkah aku antara umat Baginda Muhammad S.A.W yang akan menerima syafaat?

Tangan aku yang manakah yang akan menerima buku amalan kelak?

       “Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya dan mereka berkata, “Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,” dan mereka dapati semua apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.”    (Al-kahf:49)

Sekecil2 amalan, hingga sebesar2nya semua dicatat oleh malaikat, masih beranikah aku untuk melakukan maksiat?

Ketika Tuhan berkata kepadaku, takkah kau malu bermaksiat kepadaku? Kau sembunyikan dosa dari makhlukku tapi dengan penuh dosa kau menghadapku. Allah…

Mati itu pasti, akhirat itu abadi, apa bekalan yang aku bawa?...

Allahu Allah..soalan2 ini menghantui hari2ku.. Nak berbual mesra dengan teman2 terasa kekok, nak ketawa berseronok terasa janggal, nak buat itu nak buat ini semuanya terasa serba salah. Takut tersalah langkah, akaun dosa yang akan bertambah. Akaun pahala entahkan bertambah entahkan tidak. Sujud dan rukukku, lapar dan dahagaku mengerjakan yang sunat, tilawah quraanku, entah yang mana yang diterima. Ya Allah, pengharapanku hanya padaMu.

Amanah-amanah yang tergalas di bahu, sejauh mana aku berusaha melaksanakannya. Tanya pada diri, hanya air mata sebagai jawapan.

Mama  ayah, ada tanggungjawab aku sebagai anak. Membahagiakan mereka, mendoakan kebaikan, menjadi anak yang baik. Sekarang di tahap manakah aku?

Abang kakak adik, aku juga punya tanggungjawab. Kami bahagia di dunia. Kami juga ingin bahagia di akhirat. Tapi sejauh manakah kami saling berpesan untuk kebaikan?

Teman-teman sekeliling. Aku ada tanggungjawab untuk menegur, untuk mengingatkan. Tapi sejauh mana usaha aku? Atau aku hanya sekadar diam, membenci maksiat dalam hati?




Allahuakbar, terasa takut untuk pejamkan mata, takut pejamku adalah untuk selama-lamanya. Takut memikirkan nasib diri di akhirat kelak. Orang yang mencari berjaya mendapatkan apa yang mereka cari. Orang yang ingin mencapai darjat di sisi Allah sudah sampai. Dan para kekasih telah beruntung dapat bertemu dengan Kekasihnya. Tinggallah aku sendiri bingung ke sana ke mari.  Ya Allah, berilah seteguk minuman penghilang kegelisahan dari sisiMu. Tunjukkan kepadaku menuju pada kebenaran. Wahai pengubat segala yang sakit, wahai Zat yang menyembuhkan luka, aku tidak tahu dengan apa kusembuhkan lukaku atau dengan apa kuraih keuntungan pada hari perhitungan. Rahmat dariMu ku tagih Ya Allah.

Jawapan pada segala kegelisahanku hanya satu, Taqwa pada Allah, Zat yang selayaknya.
Sesiapa bertaqwa kepada Allah, maka akan diberi padanya sesuatu yang menguntungkan.
Tidak ada satu pun yang mengikuti seseorang ke dalam kuburnya selain ketaqwaan dan amalan soleh. Tiada bekalan selain ketaqwaan, ambillah ia sebagai bekalan atau tinggalkanlah hawa nafsu.

Dalam kebingunganku mencari jawapan, aku jumpa jawapannya adalah taqwa. Kini aku sedang mencari2 jalan yang akan membantuku melaksanakan taqwa, agar mudah laluanku untuk terbang ke syurga.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia kepada Allah dengan yakin dan hujjah dari Allah….”   (Yusuf: 108)

Mungkin aku masih belum merasa kemanisan, tapi aku sudah boleh tersenyum atas kesusahan jalan ini. Moga peluh di jalan ini adalah mahar ke syurga, moga lelah yang terasa adalah bahagia di syurga.

Oh Allah.. Aku ingin terbang ke syurga..layakkah aku hamba yang penuh hina ini..
Wahai Rabbku, hambaMu yang lama menghilang telah kembali ke pintu (rahmat)-Mu. HambaMu yang derhaka telah kembali menuju kebaikan. HambaMu yang berdosa telah kembali dengan membawa alasan, maka ampuni aku dengan kemurahanMu.

Wahai Rabb yang maha Pengampun, sesungguhnya dosaku sudah sedemikian banyak dan Engkaulah Zat yang menyimpan dan mencatat dosaku itu. Aku akui semua dosaku pada kesempatan ini, maka terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.

Wahai Tuhanku, jika aku tidak layak untuk mencapai rahmatMu, maka sesungguhnya rahmatMu berkemampuan untuk sampai kepadaku. Hal ini kerana rahmatMu meliputi segala sesuatu dan aku adalah di antara sesuatu itu. Limpahkanlah rahmatMu terhadapku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.



~moga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup kita..hidup yang sementara, tapi kesannya adalah selama-lamanya..
~asif jiddan, post yang kurang teratur..sukar sekali menterjemah rentak hati..



Sebuah syair dari Sufyan Ath-Thauri sebagai penutup untuk pekongsian kali ini;
Orang yang memiliki tempat tinggal di syurga Firdaus tidak merasa rugi dengan beban yang ditanggungnya, seperti kesengsaraan dan kekurangan harta.
Kamu melihatnya berjalan menuju ke masjid dengan perasaan susah, khuatir dan takut.
Dia berjalan dengan pakaian usang.
Wahai nafsu, kamu tidak akan tahan dengan api yang menyala-nyala. Sudah saatnya menghadap syurga setelah kamu membelakanginya



Saturday, March 17, 2012

~IIUM Kuantan Berselawat~


Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam fatrah exam. Dalam kesibukan program. Dalam keserabutan emosi. Dalam kesempitan wang ringgit. Banyak yang nak kena buat, tapi rasa nak update blog, so apa boleh buat, update ja la kan..=)

Hampir sebulan lebih membuat persiapan, insyaAllah esok 18 mac, bumi uia kuantan akan bergema dengan mawlid dan qasidah..alhamdulillah.


Kali pertama meeting, bentuk organisasi mainboard. Bincang tarikh cadangan, draft perjalanan program, senarai committee, siapkan paperwork.

Proceed dengan meeting seterusnya, semua tenaga penggerak hadir. Untuk pertama kalinya setelah bertahun bumi darul quran ditinggalkan, meeting malam tu mengingatkan saya suasana di dq. MasyaAllah, semua komiti sisters, atau  rasanya penggunaan word muslimat sangat tepat, membuatkan duduk saya serba x kena. Majoriti yang menjadi komiti, semua volunteerkan diri, dan semuanya memang ‘talaqiholic’. Empatnya berpurdah, yang lain2 pun memang muka suci bersih ja baik, semua duduk bersimpuh, tertunduk sopan. Gulp, nasib baik  x hentam pakai seluar dengan t-shirt ja g meeting. Mata dijeling sekilas melihat muslimin. Fuh, semua tawaddhuk waddhuha belaka, jubah serban ridak. Ok, maka perlulah diri ini yang x berapa nak ‘betul’ behave sebaik mungkin. No word between us, afiqah and I, tapi bahasa mata sudah cukup menceritakan cerita hati masing2. Cuba untuk duduk bersimpuh, walaupun dah lenguh semacam ja.. Nice experience actually=)

Saya masih bertatih, mula belajar berjinak-jinak dengan majlis2 talaqi. Cuba untuk faham istilah2, menyebut nama kitab yang panjang2, cuba untuk kenal habib2 dan masyaikh. Kali pertama meeting, sewaktu membincangkan kitab apa yang sesuai untuk disyarah, saya hanya mampu senyum. Dalam hati, jangan sapa2 dok kata; “pendapat hazwani kitab apa yang sesuai”. Seperti biasa, bahasa mata saya dan afiqah penuh makna.. Pengalaman2=)

Minggu lepas, berpeluang ke majlis mawlid di sg.karang. Bersama2 dengan muslimat yang tersangat 2 solehah, x dapat lari dari membuat comparison. Aduh, jauhnya saya dengan mereka. Sambutan masyarakat setempat, wakil2 dari pondok pengajian tahfiz, memeriahkan majlis tersebut. Again, duduk saya serba x kena. Toleh ke kiri, adik2 muslimat semua berjubah biru gelap, bertudung labuh dan berpurdah. Toleh ke kanan, pemandangan yang sama. Ribat Az-Zahra; nama pondok pengajian adik2 ni. Seawal usia 10 tahun, sehingga yang paling senior berumur 17 tahun, semuanya berpurdah. Nak senyum pun x jadi smile like sunshine dah. Baik sangat orang2 sekeliling ni, rasa macam diri sendiri kurang segala segi. “Adik,pinjam purdah boleh..”.. monolog hati ja. Again, pengalaman2=)

Saran saya untuk sapa2 yang terbaca post ni, kalau jiwa terasa kosong, rasa x tenang dan sewaktu dengannya, ikutlah pengajian kitab atau mana2 talaqi. Pergi majlis mawlid atau qasidah, konfem dapat cas semangat. Memang mula2 rasa macam segan, ya la, kita ni x penah2 join program2 macam tu, rasa kekok la jugak, at the beginning. Tapi kali ke3 ke4, dah boleh sesuaikan diri.

Jangan kedekut masa untuk majlis ilmu. Nabi nasihatkan kita untuk menjadi orang yang berilmu, sama ada ‘aaliman, atau muta’alliman, atau mustami’an, atau muhibban; semuanya berkaitan ilmu. Kadang2 kalau ada talk atau forum , kita teragak2 nak pergi ke x. Jauhnya masyarakat kita dengan budaya ilmu. Ilmu kimia, fizik, biology, parasitology, memang semuanya penting, tapi jangan lupa seimbangkan dengan ilmu lain. Kalau di ipt lain saya x tau macam mana, tapi uia memang banyak talk,kuliah,forum,talaqi.. tinggal lagi, kita nk join ke x.

Walaupun saya bukan unit promosi, tapi nak jugak tolong promote. Jangan lepaskan peluang ke program IIUM Kuantan Berselawat 2012. Banyak manfaat insyaAllah. Exam memang bederet2, tapi cool sudah=)
Sama2 kita talaqi dan bermawlid deh..=)


*Ok, distracted. Sebenarnya nak kongsi apa yang dapat dari tausiyah Habib Ali Zainal Abidin baru-baru ni, tiba2 meleret2 story benda lain, n  tiba2 ternampak note biochem yang berlambak2 lagi x baca..makanya, saya kongsi lain kali la ye. InsyaAllah.

*Mengitung hari nak balik rumah. Tapi sebelum tu kena mengadap 3 paper n submit assignment dulu. Xpa, yg penting pandang ke depan, home sweet home=)

*Dapat anak menakan baru, rasa excited semacam ja. Nurfarhani Nuha, Mohd Farhi Aqeel, Fawwaz Musoddiq, Ziyad Mahfuz, Mohamad Muqri, Zulfa..jenuh la nak melayan^__^

Saturday, March 3, 2012

~upgrading~


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, praise to Allah for giving me this morning, thank you for His blessing. I’m blessed with myself, my health, people around me, my mama ayah, my siblings. What a great life I have, hopefully we can meet again at Jannah, amen.

Nothing much to say, just that I would like to share something , new knowledge I got from a seminar with consultant.
Again, I am sharing info yang sangat ringan, but then hopefully we still can get something from it.


I am a full time student, most of the time are allocated for lectures, quizzes, assignment, books, examinations, presentation. Hectic life right?..Is it?.. You are what you think. If I set in mind, my student’s life is miserable, tough, want to finish it immediately, etc, then all of the thoughts will affect my action. Shift the thought, shift the paradigm. Paradigm shifts move us from one way of seeing the world to another. And those shifts create powerful change. Our paradigms, correct or incorrect, are the sources of our attitudes and behaviors, and ultimately our relationships with others.

The trainer, abang amirul shares with us some techniques; ‘5 things that you must do while in campus to maximize your potential’. Sounds great, indeed..it is really great.

Maximize potential, means that we upgrade ourselves to a higher position. There is the principle of potential, the idea that we are embryonic and can grow and develop and release more and more potential, develop more and more talents. You and I, everyone have the potential within, develop it, then we will become more useful to ummah, insyaAllah.

First thing first; we must have a clear goal. Without goal, where are we going to set our motion?.. nak gerak ke timur ke, ke barat daya ke..kalau xdak arah tujuan, serius blur nak buat apa. Make it simple, here is an analogy. Can you imagine a football match without goal post. Harimau Malaya team pass the ball among their colleague, sepak punya sepak, yang sedihnya xdak gerbang gol pun nak score, then terpassing la pulak bola kat pasukan lawan..They play within the cirle, but without any aim. Seriously bosan, x bersemangat, main sepak ja tanpa arah tuju. Bila nk tamat game xtau la kalau camtu punya situasi.

The same thing with our life. My previous post, begin with the end in mind. We already have a clear objective what we want to do, what achievement we want. We focus on our life as a student. What is our goal?..Just simply want to finish the study, or we want to get something that we can proud of. This is the real challenge; set a SMART goal to graduate. Specific, Measurable, Attainable, Relevant, Time-bound. For example; my goal is to graduate 1st class honors, ataupun paling minima; 2nd class upper. The goal is specific, and for sure we can measure it  based on the cgpa. It is attainable or not?..Me myself, have another 6 semesters to finish up my study, bachelor in biomedical science. InsyaAllah, my goal is still relevant with my current cgpa. And hopefully insyaAllah, I will finish my degree within 4 years, not more, and for sure la not less, system uia dah tetapkan minima 4 tahun.

It is my goal, and I believe I can. Everybody can start, but not everybody can finish, and successful people finish what they start. InsyaAllah.

Second aspect to maximize potential; Learn to manage time. Masa itu pedang, masa itu emas, aliran masa ibarat aliran sungai, time is money, etc. Macam2 perumpaan nak gambarkan pentingnya masa. Allah pun dah sebut dalam Quran, Demi Masa, surah yang kita baca setiap hari, tapi ada effect atau x ke atas diri, hanya kita yang boleh jawab. Muhasabah untuk diri sendiri, masa banyak dihabeskan untuk apa. Orang yang gila movie macam saya ni kena kurangkan masa dengan merlin, prison break, city hunter..haisy,berat nanang..

To manage our time, there are 5 tips we can practice. 1) Have a planner ( I do have, and it is really helpful..kalau xdak planner, berterabur la semua assignment meeting usrah, x ingat bila. If you still don’t have, better you have one). 2) Prioritize and reprioritize (kalau ikut Paretto’s Law, ni la istilahnya..tapi bahasa mudahnya, fiqh awlawiyat..what matter to settle first, we decide!). 3)Do not procrastinate (memang kena tepat kat hazwani, senyum x terkata apa). Lagi 2 tips x larat nk taip dah, kira aci la kan..hehe, pokoknya, pandai2 la manage masa sndri=)



Third aspect; learn to manage money. Part ni saya paling excited, sebab memang ilmu baru, and seriously, x sabar nak beli jar.

Dari kecik lagi, when we are at primary and secondary school, mother gives us pocket money, and what is her advice everyday?..’ kalau ada lebih, simpan’.. My mother told me this ayat keramat sejak dulu lagi, and berterusan hingga ke legasi my 2 youngest brother..kalau ada lebih, simpan. Ok fine, we spend first, kalau ada lebih nanti, boleh la masukkan dalam tabung cili ka tabung ayam ka. Masalahnya ma, memang x pernah ada lebih..ottokke, nak simpan kebendanya..siap pecahkan tabung ada la..confident ja guna hammer ketuk tabung sendiri..haha.

Alhamdulillah Allah takdirkan saya dapat ilmu pengurusan wang ni, harapnya saya betul2 dapat amalkan, bukan semata2 berteori. Bila ingat2 balik mana semua duit dihabeskan, rasa menyesal pun ada. Sampai x tinggal apa dalam simpanan..ok, hiperbola, ada la sikit, tapi x banyak.huhu.
Ok, let bygone be bygone, say bye bye to the past. We move forward. Remember, yesterday is history, tomorrow is mystery, but today is a gift.. Take baby steps, it is difficult to change. Start with a small change, small changes bring big changes!



The real principle about money; until you show you can handle what you’ve got, you won’t get anymore, and the habit of managing money is more important than the amount. 6 jars method, it is really fantastic and hopefully biiznillah, I can manage my money well. Duit yang dapat setiap sem, peruntukkan untuk 6 perkara; for spending, savings, investment, education, fun, and give. Mula-mula memang x nampak lagi effect, but later on, maybe after 7-10 years, I can smile like sunshine^_^


Paling terkesan dengan cerita trainer ajar anak dia manage duit sendiri guna konsep 6 jars ni. MasyaAllah, budak sekecik ni boleh ada saving sendiri, yang startingnya hanya rm4/5 sebulan, sekarang dah ada 5 angka..Guess what?..adik ni baru umur 11 tahun. He managed his money, sampai boleh sedekah kat masjid setiap minggu menggunakan peruntukan ’ jar give’..dan boleh bagi duit raya kat atuk nenek.. siap belanja kawan2, beli mainan guna duit sendiri.. Rasanya bukan saya seorang, tapi semua peserta pakat ada perasaan x sabar nak ada anak, nak ajar jadi macam ni..ok dah, berangan sikit2 cukup..kalau si mak tunggang tebalik x jadi jugak..so, make change for myself first..jadikan penantian ini satu proses (ok, background lagu; menjemput bidadari)


Ada lagi yang nak kongsi, tapi x larat dah..ada lagi 2 points how to maximize potential..lain kali insyaAllah. Biar sikit yang kita dapat, tapi yang tu yang kita amalkan

Upgrade ourselves , not for others, but do it because we really want to become better..better as vicegerent of Allah, better muslims, better daughter to mama ayah, insyaAllah.

~how you do anything is how you do everything
~you don’t have to be great to start, you just have to start
~knowing is not enough, we must apply..willing is not enough, we must do
~jom, become a student of life dengan penuh riang gembira^__^

Monday, February 20, 2012

~begin with the end in mind~


“ Sihat x ni?..muka nampak penat sangat..”, tegur sorang makcik cleaner
Aku, “Sihat2..penat sikit makcik”

X bohong makcik, penat sangat..x terurus ja rasa. Dapat mesej, malam ni meeting..mesej lain pulak masuk, ada pejumpaan..dapat mesej lagi, meeting kat masjid.. x kan nak belah badan jadi 3. Fiqh aulawiyat; bila berteori mudah sekali, tapi bila dah dalam situasi, serba salah x tau yang mana satu nak pergi. Ada orang yang berjiwa besar, cool ja bila kerja bertimbun2. Tapi aku memang surrender, cepat serabut. Kalau 4 5 benda kena buat serentak, memang jadi one liter of tears la..adoyai

Penat memang penat, tapi apa la sangat kalau nak banding dengan mereka yang terdahulu. Nak tempuh jalan ni bukan senang. Sebab susah lah, Allah janji nak ganjarkan dengan syurga.

Jom review sirah. Saat Al-Khabbab memohon supaya Nabi berdoa kepada Allah agar dipercepatkan kemenangan Islam lantaran kerana tidak tahan dengan ujian dan cabaran yang ditimpakan kepada orang muslimin ketika itu, lantas, Rasulullah mengatakan "Adakah kamu mahu termasuk dalam golongan yang tergesa-gesa sedangkan kaum yang terdahulu mempertahankan Islam sehingga ada yang disikat menggunakan sikat besi" Lalu menangis Al-Khabbab kerana tindakannya. Syahidnya beliau membawa kesan luka yang besar di belakang tubuhnya. 

Allahurabbi..hebatnya para sahabat..


Review pulak buku Stephen R.Covey;

Habit 2; begin with the end in mind, is to begin today with the image, picture, or paradigm of the end of your life as your frame or reference or the criterion by which everything else is examined. Each part of your life- today’s behavior, tomorrow’s behavior, next week’s behavior, next’s month behavior; can be examined in the context of the whole, of what really matters most to you. By keeping that end clearly in mind, you can make certain that whatever you do on any particular day does not violate the criteria you have defined as supremely important, and that each day of your life contributes in a meaningful way to the vision you have of your life as a whole. To begin with the end in mind means to start with a clear understanding of your destination. It means to know where you’re going so that you better understand where you’re now and so that the steps you take are always in the right direction.


Habit ke2 dari buku the 7 habits of highly effective people; begin with the end in mind. Yup, so true..kalau kita dah ada taget, apa2 yang kita buat pun menjurus ke arah tu. Walau susah, walau payah, tetap juga tempuh jalan tu, sebab kita dah ada aim di hujungnya. Kita dah taget apa yang kita nak, so apa2 tindakan yang kita buat pun, adalah step2 untuk capai impian kita.

Kalau matlamat hidup kita redha Allah dan nikmat syurga, then, work for that. Apa2 kerja yang kita buat, make sure in line dgn matlamat kita. Kalau rasa susah sekalipun, kita tetap akan teruskan sebb benda tu yang kita nak. Begin with the end in mind. Bahagia di syurga, atau terseksa menderita, kita sendiri yang pilih. Kita sendiri yang atur langkah.


Mencipta seni kematian, bukan hanya sehari dua..

Be strong..
Be positive^_^

p/s: malam ni bakal terbelah 3..smile like sunshine^__^

Saturday, February 11, 2012

~lesson in life~


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah, aku bertinta. Selawat dan salam atas junjungan mulia Muhamammad SAW serta para sahabat.

Jarum jam berdetik, tanpa sedikit pun menghiraukan manusia yang masih berkejar-kejar menyudahkan urusan dunia. Masa itu milik Allah, moga keberkatan masa itu Allah izinkan menjadi milik kita semua. Hari berganti minggu berganti bulan, rutin harian tetap diteruskan, walau terasa lelah dan beban, kerana aku tahu, jika baik urusan duniaku, moga-moga kelak menjadi bekalan.

Kelopak mata dirapatkan, berfikir dan bermuhasabah, apakah kualiti hidupku pada tahun yang lalu. Bagaimanakah berlalunya usiaku? Banyak lagi maksiat dari ibadat..banyak lagi ketawa dari bersederhana..Allah

2012..22 tahun..tahun ke-2 sebagai pelajar jurusan bioperubatan. Ini medan aku. Ini jalan takdirku. Tahun ini makin panjang langkahku. Yang pasti makin menitis peluhku. Positif positif positif. Pesan teman bila aku mula serabut walau baru seminggu cuma kami berdua merangka plan untuk tenure ini.

Blog bersawang, blog jadi anak tiri, blog x update berbulan2<<<ini adalah deskripsi paling sesuai untuk blog ni aku rasa. Walaupun dah macam nyawa2 ikan dah, tetap juga cuba untuk bernafas. Blog=medium untuk berkongsi ilmu, tapi kali ni nak mintak izin sekali lagi nak buat macam diari^__^  (ayat direct; blog aku, suka hati aku la nak buat apa pun..haha) ..Takdak apa pun nak kongsi kali ni, cuma nak lepas gian tekan keyboard dan bercerita pengalaman.


…………………………………………………………………………

Ubat batuk, ubat demam, ubat selesema, susu collestrum, smart coco, kurma, walit gold, minyak cap kapak, tiger balm, minyak gamat. Serius, rasa macam nak p meniaga ubat, haha..Memang macam ni la checklist kalau nak bertolak balik uia dari rumah. Dr. mama akan memastikan semua well prepared. Berat beg dengan stok ubat ja.

Hidup kalau nak teratur dan bahagia, kena ada perancangan. Kalau tahu nak bermusafir jauh dan lama terdedah dengan penghawa dingin, jangan lupa bawak baju tebal. Kalau tahu immune badan lemah dan x berapa sihat, kena ada stok bekalan ubat. Analoginya begitu, wajib ada bekalan untuk menempuh perjalanan yang panjang. Di dunia, inilah tempat kita mengumpul bekalan secukupnya, kerana dengan bekalan inilah kita akan menempuh perjalanan yang tiada henti di akhirat kelak.




Pilihan 1; balik kl dengan abang, free of charge, selesa dalam grand livina, boleh main dengan anak buah, sampai terus ke tempat kursus.

Pilihan 2 ; balik kl dengan bus, tiket rm40, krEm la sikit kalau dalam bus, kena angkut beg yang berat tahap dewa, naik bus dengan kawan, adik ni x pernah travel sorang2, so kena ada teman.


Hidup kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Ingin ke kiri atau ke kanan. Ingin berlari atau berjalan. Kadang2, pilihan itu jugak dihiasi dengan pengorbanan. Beristikharahlah dalam setiap tindakan, bukan hanya sewaktu buntu dalam hal jodoh baru kita nak minta Allah tunjukkan jalan. Kita inginkan pilihan 1, tapi kalau hanya kita yang bersenang-lenang tapi kawan pula sedang terkapai-kapai sendirian, apa guna hidup berteman kalau dalam hal kecil pun x boleh nak berkorban. Pesan mama, ‘mudahkan urusan orang lain, mana nak tau, lepas ni kamu pulak yang susah’..




Tiba awal di tempat kursus. 5 hari akan berprogram dengan yayasan bank rakyat..(video 5 hari bersama~mokara is osem~ Nampak macam cool, tapi cuak la jugak, ye la, xda kawan boleh buat geng. Check in bilik. Fulamakk..datang kursus ke tengah honeymoon nih..bilik macam hotel, complete dengan tv flat screen lagi..I’ve no roommate, maka bermaharajalela lah beta di dalam bilik tu sorang2.. Tempat penginapan dah mewah, makanan lagilah mewah. Makan sehari 6 kali. Ayam, udang, sotong, daging, segala bagai ada..tinggal lagi octopus ja pihak catering x hidang. Berkursus pulak memang full time dalam dewan yang serba lengkap. Then,apa lagi yang x kena wani??...~demam~



Hargailah 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya, nikmat sihat sebelum sakit. Kalau dah sakit, apa guna lagi duit banyak, rumah besar, makanan sedap2. Semua dah nampak kecil pada pandangan mata. Suhu badan meningkat panas, peduli lagikah aku dengan penghawa dingin dalam bilik yang ala-ala hotel. Dalam cuaca yang panas terik, dihidangkan pulak dengan jus ais, peduli lagikah aku dengan nikmatnya minuman sejuk kalau batuk sampai terbongkok-bongkok. Hidung tersumbat sampai nak bernafas pun rasa susah, tertarik lagikah aku dengan lazatnya makanan yang terhidang.  Sungguh, nikmat sihat tu yang paling penting. Tapi kita ni jarang sangat nak bersyukur untuk perkara2 yang x berbentuk material ni. Bila Allah dah tarik balik nikmat kesihatan , baru mula nak hargai..baru rasa nak dekatkan diri dengan Ilahi. Manusia, beginilah sifatnya. Syukur itu jarang sekali, yang kerapnya asyik nak merungut. ~Jagalah kesihatan molek deh^^.. Makan jangan sampai tahap nk mengobeskan badan. Jaga hak tubuh, kesian sama kat perut yang nak memproses ni. Suplement jangan lupa, ringan2kan badan untuk bersukan, selalunya sister yang malas sangat nk riadah2 ni. Pernah sekali sem lepas g jogging dengan senior dq, ingat sampai sekarang ayat akak nih; ‘akak jogging ni sebab nk bg tubuh sihat, rasa badan ringan, nanti mudah nak beribadah..x rasa berat nk solat’..masyaAllah, pandang sisi mereka yang dekat dengan Allah, semuanya untuk nilaian ibadah.




3 hari slot kursus ni pihak consultant yang ambil alih. Semua modul dan aktiviti, bergantung sepenuhnya dari trainer.  Buat menara bertingkat dari playing card, reka mesin bermotor menggunakan manusia, main golf, menari poco-poco, chicken dance, cipta racing car dari paip pvc, main jet, etc.. Dalam ketawa, ada juga kekoknya. Cuba untuk menghadirkan diri dalam suasana, cuba untuk memudahkan orang sekeliling dengan kehadiran kita yang berlainan penampilan. Realiti sebenar masyarakat memang macam tu, kena terbuka dan berlapang dada. Terbuka memang terbuka, tapi bila part menari ala2 ali baba, memang senyum tawar ja la yang mampu, ..cannot go, adoyai, sesak nafas .. Masih ingat sampai sekarang, respon salah seorang peserta lelaki waktu slot persembahan.. seorang peserta perempuan lakonkan watak yang gedik dan menggoda, si peserta lelaki aka penghulu ni, terus pusing ke belakang sambil tangan menolak ke belakang kopiah di kepala dan memicit2 kepala yang sakit tiba-tiba. Aku ni picit kepala dari semalam lagi syeikh..dunia oh dunia.. Nway, Alhamdulillah, banyak dapat ilmu dan kawan2 dalam kursus ni. Abang2 fesi pun memang style la, boleh buat geng..Mokara is the best^^..



Bertahun lama ikan dalam lautan yang masin, tapi isinya maintain ja kan. Xdak pulak ikan2 ni transform jadi ikan masin. Kalau ikan pun boleh berprinsip macam tu, masakan kita si pemakan ikan ni x boleh jugak nk berprinsip. Ni x, tengok orang ni jadi yuna, kita pun naaaak jugak. Orang ni pakai bulu mata palsu, kita pun nak jugak. Kemonla..jangan mudah sangat terikut2 dengan orang lain. Prinsip kena ada, so that kita x kan mudah terikut2 dengan environment. Jom review sirah sikit, ingat lagi x kisah sahabat rasulullah yang bernama Abu Zar? Beliau berasal daripada Bani Ghifar, kabilah yang terkenal dengan aktiviti menyamun dan merompak. Tapi Abu Zar x terpengaruh pun. Bukan setakat x terpengaruh, malahan beliau pulak yang bawak pengaruh baru. Setelah merantau ke Mekah, berjumpa Nabi Muhammad dan memeluk Islam, Abu Zar balik ke kampung halaman dan ajak kabilahnya kepada Islam. See, hebat x hebat orang yang bervisi dan berprinsip, masyaAllah.

Masih ingat pesanan mantan exco LADAR sewaktu di dq dulu, ‘berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut’. Ringkas tapi padat. Masing2 boleh berprinsip, tapi kalau dalam keadaan yang memerlukan sedikit kelonggaran, ikutlah keadaan, raikan perbezaan. Tapi jangan pula sampai kita yang hanyut, berpada2 lah dalam bertindak. Kadang2, kita dah rasa selesa dengan penampilan diri sendiri, contohnya, berjubah dan bertudung bidang besar. Penampilan sebegini, memang sangat2 diraikan kalau environmentnya terjaga indah seperti di kiri kanan bukit. Tapi kalau dalam suasana yang agak ho ha he ha, dan aktiviti2nya pun asyik nak menari saja, maka fikir2kanlah pakaian yang sesuai. Apa2 pun, terpulang pada pandangan setiap individu.

Teladan terbaik untuk kita adalah kisah Rasulullah SAW. Baginda adalah seorang anak yatim yang tinggal di padang pasir. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat jahiliah yang asyik bersengketa antara satu sama lain. Masyarakat pada masa itu bergelumang dengan seribu satu amalan yang tidak bertamadun. Secara logic, nabi sepatutnya terpengaruh dengan budaya dan cara hidup masyarakat di sekelilingnya. Namun, hal itu tidak berlaku dan tidak ada sesiapa pun yang menjangkakan, di tengah-tengah masyarakat tanpa tamadun ini akan lahir seorang manusia yang bakal mengubah segala-galanya




Dari tempat kursus ke puduraya. Mengharapkan tiket untuk pulang ke uia tercinta. Dah 3 round berpusing2 kat kawasan kaunter  tiket. Semua tiket habes, nak teriak ja rasa. By hook or by crook memang kena balik jugak. Doa x putus2 aku baca, mengharapkan ada jalan. Bila fizikal dan minda dah penat, masalah kecik macam ni pun dah cukup untuk mengalirkan air mata. Usai solat, dah tekad, nak cuba nasib di Pekeliling, harap ada tiket. Aku dan wafda dah mengangkat beg masing2 yang berat bekilo2, bersedia untuk meredah lautan manusia yang semua ingin pulang bercuti, bersedia untuk bersesak2 dari pudu ke masjid jamek ke titiwangsa. Maha suci Allah, tiba2 mata ternampak iklan yang baru ditampal; ‘bus persiaran,kuantan, 9pm’ …Alhamdulillah Alhamdulillah.

Aku sangkakan teduh sampai ke petang, tapi apakan daya, matahari terik pula atas kepala sampai berpeluh-peluh. Sejam menanti, roda bus pun x nampak lagi. Pukul 11 malam, x sampai2 jugak. Asap bus dan asap rokok dah begelen2 aku sedut. Serius, rasa macam nak p lempang ja mamat2 yang dok smoking kat kawasan tunggu bus nih..Paling kesian, baby yang x sampai setahun lagi aku rasa, dah jadi secondary smoker. Yang si mak tu pun, awat la x pindah tempat lain..hmm

2 jam menanti, brader yang jual tiket datang menjelmakan diri. Guess what dy bagitau kat kami semua; “ jalan jem sangat2..bus memang akan sampai lambat, pukul 2.30pagi..kalau sapa yang nak cancel tiket, boleh cancel sekarang..ktaorang pulangkan duit”… Zaaapp, rasa macam ada pedang samurai cincang lumat hati aku. Ok, hiperbola. Respon waktu tu, senyum ja..speechless..rupa2nya 2 jam penantian kami, yang tu berita yang kami dapat. Nak marah?..marah kat sapa, syarikat bus pun bukan nak jangka nak jadi benda ni. Nak gelak?..gelak la sangat, macam putus fius pulak nanti. Separuh daripada yang dah beli tiket tu ambik semula duit masing2. Aku?.. kena bincang dengan family dulu. B.cik call, nak datang ambik, suruh balik kuantan pagi esok. Mama pun call, risau kalau pagi2 buta dok melangut kat pudu tu, ma suruh balik rumah b.cik. Keputusan muktamad; “ xpa ma, wani dah tunggu sampai 2 jam dah..alang2 dah tunggu, wani nak naik jugak bus tu..nak balik jugak kuantan..sebab geram tunggu lama sangat dari tadi..apa jadi pun pagi esok nak pijak bumi kuantan jugak”..see, ini adalah ciri2 orang yang setia menanti dan ketegaq xmau dengaq nasihat..haha..geram sebenaqnya, tu yang tunggu jugak. Al-hasilnya, merempat la aku dengan mamat2 lain yang dok melepak kat kawasan platform bus. Pengalaman baru, pukul  2 pagi dok kat tempat macam tu..tidur merempat bersandarkan tiang puduraya. Scary?..x la sangat, sebab ada ja pakcik2 yang muka macam baik2 ja. 2.30pagi betolak, 6.30pagi sampai kuantan, Alhamdulillah. Dalam bus pun ada kisah sadis, tapi malas dah nak taip. 2 hari di bumi kuantan, hpon pulak hilang, x tau jatuh kat mana. Aduh, memang sudah jatuh ditimpa tangga sampai luka2. Still guna no lama, tapi no semua orang dah hilang, so kalau ceq x kenai tu, xyah la nak tacing2 bagai naa..


Ayat 2-3 surah at-talaq, jadikanlah amalan bacaan harian.Menurut sahabat Abdullah bin Mas’ud, ayat ini adalah formula penyelesaian masalah teragung di dalam Quran. Kadang2, kita buntu sehingga terasa dunia menghimpit kita kiri dan kanan. Bagai tiada langsung jalan keluar. Tapi jangan lupa, Allah itu Maha Hebat, pelbagai cara Dia boleh hidangkan untuk membantu hambaNya. Yang penting, usaha doa dan tawakal jangan dipisahkan.

Kita sebagai hamba, sedang berjalan di atas landasan takdir, walau apa ujian sekalipun yang Allah tetapkan, bersangka baiklah dalam setiap keadaan. Yakinlah, setiap hamparan perjalanan itu adalah pengalaman, setiap ujian itu mendewasakan, setiap takdir itu menguji hambaNya yang beriman. Mengeluh menangis merungut vs menerima tersenyum berlapang dada. Trademark kami 1 bilik bila tengah serabut; ‘ saya positif, anda positif, semua positif’… =) Positifkan diri, insyaAllah segala2nya menjadi mudah.




1) blog updated, akhirnya..^^
2) kelas dah seminggu bermula. Result sem lepas Alhamdulillah ada peningkatan sikit. Kena pulun lagi sem ni. Aim utama; tukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa, insyaAllah.
3) sem ni agak tough, bebanan taklifat dan akademik yang semakin mencabar. Biochemistry 2, clinical biochemistry, medical microbiology, parasitology and entomology,  quality assurance..sngt2 teruja nk belajar subjek2 baru nih..=).. Australia, here I come, aiseh, berangan sokmo

Wednesday, December 21, 2011

~be strong~

Melangkah masuk ke dalam bilik, telinga dapat menangkap bunyi suara orang menangis. Pelik. Sorang tengah tidur, lagi sorang pun tidur jugak, lagi sorang katanya nak pergi kuliah maghrib ustaz azhar idrus, tapi sebab apa tiba2 jadi episode air mata dalam bilik pulak nih. “ok x ni?”, saya cuba mencari jawapan. 3 kali bertanya, akhirnya dapat la jawapan..” saya x sempat nak pergi kuliah ustaz, kena tinggal dengan bus. Waktu jalan kat kafe terserempak dengan pakcik bus, pakcik tu kata bus dah lama bertolak…”. Respon saya; senyum^_^.. Sebenarnya nak tergelak, tapi tahan ja, orang tengah sedih, xkan nak gelak kot. Ingatkan jadi apa la tadi sampai boleh menangis. “xpa2, satgi kita p na..k.wani cuba call pakcik prebet”..   Then, settled. Alhamdulillah ada yang sudi tumpangkan kami untuk ke masjid.


“Masuk kelab apa?..kelab 0 ka kelab 1?”.. Senyuman penuh makna menjadi jawapan. Kuiz biochemistry, majority dapat 1/10..tapi yang lebih ‘untung’, dapat 0. Ramai sangat yang kantoi dalam kuiz ni, sampai tubuhkan kelab 1 n 0. Sebenarnya runsing, tapi cuba untuk senyum. Dalam ketawa, jiwa sedang gundah, runsing memikirkan exam final untuk paper biochem yang killer tahap dewa nih. MasyaAllah, moga dipermudah. Tapi  x rasa nak menangis pun even kantoi kaw2 punya kali ni. Manifestasi redhakah ini?..hee, cuba untuk optimis, insyaAllah ada jalan.


Saja saya ceritakan 2 situasi di atas. Ujian2 kecil yang Allah datangkan untuk mematangkan hamba-hambaNya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar urusan kadang-kadang Allah uji, semuanya adalah untuk menguji tahap keimanan. Ada masa, kita di tahap yang sangat lemah, walau sekecil perkara cuma, sudah cukup untuk mengalirkan air mata. Ni fasa emosi x stabil kebiasaannya. Ada masa pula, kita kuat. Allah uji dengan x cukup wang, gagal dalam exam, banyak sangat kerja sampai x terurus semua benda, etc. Agak berat ujian yang Allah bagi, tapi kita still mampu optimis, x melatah, cuba untuk mencari jalan keluar, dan air mata langsung x mengalir, keep smile like sunshine^^


Manusia; kadang2 kita kuat, dan acapkali pula kita lemah. Perjalanan hidup ini Allah x jadikan hanya sekata. Indah ke hidup tanpa perasa? Cantik ke graph jika hanya mendatar? Allah yang Maha Mengetahui, tidak dijadikan segala sesuatu dengan sia-sia. Saat kita lemah, dekatkan diri dengan Allah. Saat kita kuat, bersyukurlah pada Allah kerana Dia yang meminjamkan segala-galanya.

Tempat kita mengadu di kala kita lemah, seringkali manusia yang jadi sasaran. Lupakah kita Allah itu yang berkuasa atas segala urusan?.. Bukan saya bermaksud kita jangan berinteraksi sama-sama manusia, tapi kalau berlebih-lebihan mengadu untuk mendapat perhatian manusia sehingga lupa pada Dia yang sangat dekat dengan kita, alangkah ruginya kita. Allah beri ujian, agar kita sentiasa mendekatkan diri padaNya. Trend sekarang, segala-galanya nak diluahkan di facebook, ‘ aku rasa lemah, aku rasa keseorangan, aku itu, aku ini..etc’.. kadang2 boleh jugak tolong bagi nasihat untuk kawan2 yang luahkan kat fb..x salah pun nk guna medium tu, tapi jangan kita hanya mengadu, meminta tolong di alam maya, sampai lupa untuk meminta pada yang selayaknya. Status; “Ya Allah, aku buntu, bantulah aku”.. Jangan sekadar terhenti  di status, tapi jelmakan dalam bentuk tindakan. Apa yang Allah sebut dalam Quran; ‘ mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT’.. InsyaAllah, inilah jalan yang terbaik di saat kita lemah, di samping kita x menafikan usaha-usaha lain yang kena buat..Allahua’lam.



Nota kaki:
1) just random update..nak tulis pasal benda lain, tiba2 post ni yang terhasil. Sangat2 ringan, moga2 tetap ada manfaat.

2) Dalam fatrah exam. 1st paper 4/1, tapi awat mode exam x rasa lagi, adeyh.. whatever it is, last minute study is really2 mengujakan=)

3) Macam2 isu sekarang nih.. bebas, adamadlisme, dato’ hassan ali, saari sungip, ust nasharudin mat isa,  mustapha ali, etc.. Moga Allah tetapkan hati kami semua, qiadi atau jundi, semuanya menuju matlamat yang 1; mardhatillah. (bila terjadi sebarang isu, jangan cepat melatah dan jangan lupa husnuzhon..dengar penjelasan dari sumber yang betul dan tepat..berita hairan n utusan meloya letak tepi sat.. Ujian2 ini yang akan mematangkan. Isu2 lama mengenai almarhum dato’ asri muda, dato’ nakhaie<< lagi besar nak dibandingkan dengan sekarang, insyaAllah, akan ada penyelesaian. IM sendiri yang kita nampak gah, tetap juga Allah uji dengan hal dalaman, isu kerajaan campuran, pertukaran mursyidul am dari mehdi akif, isu gerakan dalam gerakan..semua diuji, dan semua ada jalan keluar insyaAllah.

4) 3 hari di kl, setelkan urusan bank..sangat2 menguji kesabaran, Alhamdulillah dah setel. 3 hari dengan anak menakan, such a hepy holiday. Fawwaz mushoddiq dah pandai cakap sikit2, nak sebut atam jadi atom.. Nurfarhani nuha, puteri makanan, tolak batu dengan tar ja.. Muqri still xleh jalan lagi, mungkin sebab badan berat sangat, susah nak seimbang.. Farhi aqeel, handsome boy, baru 4 bulan, tapi dah sama besar orang lain, dah pandai gelak..^^..tahun depan tambah lagi 2 insyaAllah..

5) May Allah bless us~

Monday, December 12, 2011

~you count~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat. Nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak,  Allah kurniakan kita dengan nikmat Iman dan Islam, Allah beri kita kekuatan untuk melakukan kebaikan, Allah hadirkan di sisi kita keluarga yang bahagia, teman-teman yang memahami, Allah sihatkan tubuh badan kita, Allah berikan kita kekuatan untuk berjihad menuntut ilmu, Allah pinjamkan kita dengan segala kesenangan dan harta duniawi, dengan percuma Allah izinkan kita menghirup udaraNya, Allah bagi kita itu, Allah bagi kita ini, masih layakkah kita untuk kufur. Allahu rabbi, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?..Tadabbur surah Ar-Rahman, kita akan terkesan, insyaAllah,akan tersedar dari segala kealpaan.

Apabila diberi nikmat, jangan lupa untuk bersyukur. Dalam setiap keadaan perlu hadirkan rasa syukur dalam diri. Bersyukur hatta tika diuji dengan kesempitan sekalipun, kerana yang terpilih untuk diuji Allah itu adalah aku. Perlu juga bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan dan sentiasa mahukan kebaikan. Selalu hadir ke majlis ilmu, x bosan membaca buku menambah pengetahuan, menutup aurat dengan sempurna, mampu istiqamah dhuha setiap hari, tilawah quran dijadikan rutin harian, etc, dengan segala kebaikan yang  selalu dilakukan, pernah atau tidak kita lafazkan kesyukuran kerana Allah masih kekalkan kita di atas jalan ketaatan?..”Alhamdulillah, hari ni dapat solat subuh berjemaah..alhamdulillah, sempat luangkan masa ke talaqi hari ini..alhamdulillah, dah makin kurang gastric, boleh puasa sunat”<<kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur.

Ambillah iktibar dari kisah syaitan yang derhaka, apabila Allah berfirman untuk sujud kepada nabi Adam, iblis enggan,  “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "sujudlah kamu kepada Adam!", Maka mereka pun sujud kecuali iblis…”, ada sesetengah ulama menafsirkan ayat ini dengan mengatakan iblis dahulunya sebahagian golongan malaikat (isnad; iblis). Kenapa iblis yang dipilh oleh Allah sebagai makhluk yang derhaka?. Sebabnya, iblis tidak pernah sekalipun bersyukur kerana boleh melakukan ketaatan. Ingat , dengan bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat, Allah akan kekalkan kita atas jalan kebaikan, InsyaAllah.



…………………………………………………………………………………..


Sedang menyusun buku-buku lama sewaktu di uia pj dulu, mata terpaku pada sehelai kertas yang terselit antara celahan buku. Entah bagaimana handout usrah boleh tersesat dalam buku kimia. Handout itu, pernah saya kongsikan dengan adik-adik di pj. Mungkin sebagai peringatan daripada Allah agar saya tak melupakan apa yang telah saya kongsi setahun yang lepas.  Moga akan terus menjadi peringatan untuk diri dan sebagai perkongsian untuk semua.



Mengikut kajian, purata jangka hayat manusia dalam 60-70 tahun, dan selalunya umur wanita lama sedikit berbanding lelaki. Dalam setahun, ada 365 hari, dalam sehari ada 24 jam. Setiap orang mempunyai 24 jam, tapi x semua orang memiliki 24 jam. Dalam 24 jam ni, apa rutin harian kita?..



Tidur = 7 jam << mungkin ada yang lagi kurang, tapi majoritinya 7 jam
Makan = 3 jam << kalau makan sorang2 mungkin cepat sikit, tapi kalau makan dengan kawan2 ni, memang jadi lama la kan, sambil2 borak.. x pun, makan sambil tengok movie
Kelas = 6 jam << bab mengelamun, tetidur, x focus dalam kelas tu x yah cerita la ye..huu
Rehat = 7 jam << fb, blog walking, guling2 atas katil, berangan, mandi, cakap telefon,angry bird, game zombie, pes, etc
Solat+Quran = 1 jam << Alhamdulillah, ada jugak peruntukan masa even paling sikit..ermm


Setiap orang rutin berbeza, tapi roughly nya, lebih kurang macam ni ja. Then, kita darab dengan 365 hari.

Tidur = 7×365 = 2555 jam
Makan = 3×365 = 1095 jam
Kelas = 6×365 = 2190 jam
Rehat = 7×365 = 2555 jam
Solat+Quran = 1×365 jam


Tu dalam setahun. Sekarang kira ikut jumlah jam dalam tempoh 55 tahun. 55 tahun ni tolak umur waktu x baligh lagi, kiranya zaman kanak-kanak hingusan tu, letak tepi sat.

Tidur = 2555×55 = 140525 jam
Makan = 1095×55 = 60225 jam
Kelas = 2190×55 =120450 jam
Rehat = 2555×55 = 140525 jam
Solat+Quran = 365×55 = 20075 jam

Bilangan jam dalam setahun; 24×365= 8760 jam
Then, bahagi bilangan jam yang kat atas ni dengan 8760

Tidur = 16 tahun
Makan = 7 tahun
Kelas = 14 tahun
Rehat = 16 tahun
Solat+Quran = 2 tahun



Allahu Allah, yang paling lama; masa untuk tidur dan rehat. Yang paling sikit??..masing-masing ada jawapan.
Sedikit sangat peruntukan masa kita untuk ibadah khusus. Pesan seorang kenalan, jangan hanya sisa-sisa waktu sahaja kita peruntukkan untuk Allah. Contohnya, hadir ke kelas sesi malam, sibuk meeting, kemudian ke program, baki waktu untuk Allah hanya pada jam 12malam, di saat mata dan badan sudah letih. Hanya itu sisa waktu yang kita ada untuk ibadah. Astaghfirullah

Makan, kelas , rehat dan sebagainya juga adalah ibadah jika niat dan syariat selari dengan Islam. Allahu rabbi, tak dapat dibayang jika hanya bekalan 2 tahun itu yang bakal dibawa menuju negeri abadi. Kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya, syariat Islam yang indah itu memandu perjalanan hidup kita agar segala-galanya menjadi ibadah.

Untuk setiap gerak tindakan menjadi ibadah, sesungguhnya itu bukan perkara yang mudah. Acapkali kita tersasar. Contoh mudah, ‘hari ni aku ke kelas nak tambah ilmu kerana Allah, moga Allah mudahkan aku untuk faham’..niat sudah betul, tapi kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Tidak menutup aurat dengan sempurna ke kelas, terlalu ‘mesra’ dengan lain jantina,etc..di mana nilaian ibadahnya jika ada kelompongan di situ?..

Tidur, berfb, blog walking, etc pun boleh jadi ibadah, tapi sukarnya praktikaliti dibandingkan dengan ungkapan. Selalu sangat kita gagal untuk mengibadahkan segala perbuatan. Mengadap muka buku sehingga melewatkan waktu solat, ada nilai ibadahkah ketika itu?.. Allahu rabbi, jika waktu rehatku yang berjumlah 16 tahun ini pun tidak dikira ibadah, bekalan apa yang aku ada untuk kebahagiaanku di akhirat kelak?...
Jika semata-mata kiraan 2 tahun itu yang menjadi bekalan, entah apa nasibku kelak Ya Allah.. Jika Allah betul-betul menghitung, entah tanganku yang mana yang akan menerima buku amalan ketika dihisab kelak.. ‘ Allahumma adkhilna jannata bighoiri hisab’.. Kami hanya mengharap rahmatMu Ya Allah.

~Haasibu anfusakum qobla an tuhaasabu..salam muhasabah~



…………………………………………..

Hindari maksiat dan derhaka kerana maksiat menghapuskan pahala sujudmu dan mengeluarkanmu daripada ketenteraman..Maksiat adalah kenikmatan sesaat yang membuahkan penderitaan beribu tahun..Dirimu dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat kelmarin, melainkan untuk kembali mencari kempunanNya…..(copy from somewhere, sebab sangat terkesan…huu)


*syukran 'ala kulli hal