Saturday, April 9, 2011

~majlis hafazan~

.....


Bismillahirrahmanirrahim.
1 Malaysia 1 Ummah..
Inilah tema untuk majlis hafazan peringkat kebangsaan kali ke-32.
Jamil Khir ada explen jugak kerelevenan tema ni, tapi dengar gutu2 ja, malas nak cara. Cuma 1 benda ja yang saya perasan, mula2 dia cakap based on text, tapi lama2 mata dia jadi kabur kot, terus dia bukak spek mata n cakap guna ayat sendiri. You know what?..ayat dia memang superb, macam dok dengar ceramah PAS ja rasa. Lancar ja dia kongsikan sirah Rasulullah dengan audience. Pastu ayat Quran memang masyi, x sangkut macam saya pun. Ilmu tinggi dah, apa benda yang dia dok buat dalam be end tu x tau la. Makin menjadi-jadi pulak perangai puak2 be end ni.


Masyitah pun ada gak. Yang ni kalau bercakap lagi sedap.. point, explaination, dalil, memang lengkap. Tapi  orang x jemput pun semalam, kalau dia pun bagi ucapan, konfem jadi forum perdana dah. Tapi orang mesti lagi tertarik tengok penampilan dia, cuuunn beb. cayalah masyitah. Dakwah la elok2 set datin tu.
Sebelum lupa, Jamil Khir dan Masyitah ni dulu belajar kat Maktab Mahmud..sekolah sekali sapa x tau..huhuu


Ni kali pertama saya join majlis ni hanya sebagai seorang penonton. Sebelum ni pun penonton jugak.(hehe..ayat bajet)..Kalau dah nama pun closing ceremony, paham-paham ja la. Mesti ada performance punya. Tau dak sapa yang selawat waktu set VIP sampai?..3 lelaki 3 perempuan. Mungkin yang 3 orang lelaki ni pemalu kot, suara perempuan yang mendominasi..hmm
Pastu ada persembahan nasyid. Perempuan tadi jugak nasyid. Yang laki2 tadi jadi back up singer ja..alahai, sogha kome pun sodap, mungkin kerana terlalu pemalu, orang suruh dok belakang sikit..xpa la, tingkatkan usaha..


Perasaan memang bercampur-baur semalam. Mula-mula rasa x puas hati, pastu rasa seronok kejap, nak dekat habes tu rasa sayu semacam ja.
Yang x puas hati tu kes kat atas tu la.
Jadi seronok tu time umum keputusan. Wakil dari kedah ada yang dapat johan, untuk kategori 1-10..=)


Bila peserta terbaik buat persembahan, rasa betapa jauhnya saya dengan mereka yang betul-betul menjaga hafazan. Allahu Allah. Mereka boleh berada di tahap tersebut bukan dengan iadah yang biasa-biasa . Ingatan Quran mereka sebegitu bukan dengan tahap mujahadah yang biasa-biasa. Kasihnya mereka terhadap al-Quran, sayangnya mereka terhadap hafazan, terbukti melalui usaha mujahadah mereka untuk menjaga hafazan. Sewaktu talaqi dengan Ust Uwais tadi pun membuatkan saya tertunduk sendiri. Kata ustaz, bacaan al-Quran bagi orang awam perlu 1 juzuk setiap hari. Tapi kalau penghafaz al-Quran, mesti lebih. Perlu 3 juzuk setiap hari. Allah.....
Macam-macam yang saya rasa sekarang, cuma x terluah di sini. Biarlah saya bercerita dengan yang selayaknya. Biarlah saya mengadu pada Dia yang dapat memberi ketenangan dan meminjamkan hambaNya secebis kekuatan..
Allahummar zuqnal istiqamah..



10 comments:

  1. haha...[anq suka gelak kan]
    well....dlm ht menangis sp tw..huhu..................................................................................

    ReplyDelete
  2. awat dok mai gelak ni?..
    gelak bersebab..
    menangis pun mesti bersebab...Allah

    ReplyDelete
  3. insyaAllah adik..dah ada dalam perancangan ni..tapi xtau lagi macam mana..
    yang pasti, saya nak tengok aishah jauhara atas pentas tahun depan...insyaAllah..=)
    may Allah bless u..

    ReplyDelete
  4. ameen3, insyaAllah..tapi tak syok la naik sorang2..jom kita pakat2 adik beradik naik.. hee~

    ReplyDelete
  5. bagi nama nk jadi ajk hadiah boleh dak?..haha..atas pentas gak..
    doakan semua pakat istiqamah nak iadah..yg tu yg utama..

    ReplyDelete
  6. jom masuk taun depan....
    hehehe...
    ( bajet laa pulak ceq ni..... ;)

    ReplyDelete
  7. ~hikmah..
    x bajet aih..kena ada cita2..baru boleh meneruskan langkah seterusnya..insyaAllah..

    ReplyDelete