Monday, December 12, 2011

~you count~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat. Nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak,  Allah kurniakan kita dengan nikmat Iman dan Islam, Allah beri kita kekuatan untuk melakukan kebaikan, Allah hadirkan di sisi kita keluarga yang bahagia, teman-teman yang memahami, Allah sihatkan tubuh badan kita, Allah berikan kita kekuatan untuk berjihad menuntut ilmu, Allah pinjamkan kita dengan segala kesenangan dan harta duniawi, dengan percuma Allah izinkan kita menghirup udaraNya, Allah bagi kita itu, Allah bagi kita ini, masih layakkah kita untuk kufur. Allahu rabbi, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?..Tadabbur surah Ar-Rahman, kita akan terkesan, insyaAllah,akan tersedar dari segala kealpaan.

Apabila diberi nikmat, jangan lupa untuk bersyukur. Dalam setiap keadaan perlu hadirkan rasa syukur dalam diri. Bersyukur hatta tika diuji dengan kesempitan sekalipun, kerana yang terpilih untuk diuji Allah itu adalah aku. Perlu juga bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan dan sentiasa mahukan kebaikan. Selalu hadir ke majlis ilmu, x bosan membaca buku menambah pengetahuan, menutup aurat dengan sempurna, mampu istiqamah dhuha setiap hari, tilawah quran dijadikan rutin harian, etc, dengan segala kebaikan yang  selalu dilakukan, pernah atau tidak kita lafazkan kesyukuran kerana Allah masih kekalkan kita di atas jalan ketaatan?..”Alhamdulillah, hari ni dapat solat subuh berjemaah..alhamdulillah, sempat luangkan masa ke talaqi hari ini..alhamdulillah, dah makin kurang gastric, boleh puasa sunat”<<kadang-kadang kita terlupa untuk bersyukur.

Ambillah iktibar dari kisah syaitan yang derhaka, apabila Allah berfirman untuk sujud kepada nabi Adam, iblis enggan,  “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "sujudlah kamu kepada Adam!", Maka mereka pun sujud kecuali iblis…”, ada sesetengah ulama menafsirkan ayat ini dengan mengatakan iblis dahulunya sebahagian golongan malaikat (isnad; iblis). Kenapa iblis yang dipilh oleh Allah sebagai makhluk yang derhaka?. Sebabnya, iblis tidak pernah sekalipun bersyukur kerana boleh melakukan ketaatan. Ingat , dengan bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat, Allah akan kekalkan kita atas jalan kebaikan, InsyaAllah.



…………………………………………………………………………………..


Sedang menyusun buku-buku lama sewaktu di uia pj dulu, mata terpaku pada sehelai kertas yang terselit antara celahan buku. Entah bagaimana handout usrah boleh tersesat dalam buku kimia. Handout itu, pernah saya kongsikan dengan adik-adik di pj. Mungkin sebagai peringatan daripada Allah agar saya tak melupakan apa yang telah saya kongsi setahun yang lepas.  Moga akan terus menjadi peringatan untuk diri dan sebagai perkongsian untuk semua.



Mengikut kajian, purata jangka hayat manusia dalam 60-70 tahun, dan selalunya umur wanita lama sedikit berbanding lelaki. Dalam setahun, ada 365 hari, dalam sehari ada 24 jam. Setiap orang mempunyai 24 jam, tapi x semua orang memiliki 24 jam. Dalam 24 jam ni, apa rutin harian kita?..



Tidur = 7 jam << mungkin ada yang lagi kurang, tapi majoritinya 7 jam
Makan = 3 jam << kalau makan sorang2 mungkin cepat sikit, tapi kalau makan dengan kawan2 ni, memang jadi lama la kan, sambil2 borak.. x pun, makan sambil tengok movie
Kelas = 6 jam << bab mengelamun, tetidur, x focus dalam kelas tu x yah cerita la ye..huu
Rehat = 7 jam << fb, blog walking, guling2 atas katil, berangan, mandi, cakap telefon,angry bird, game zombie, pes, etc
Solat+Quran = 1 jam << Alhamdulillah, ada jugak peruntukan masa even paling sikit..ermm


Setiap orang rutin berbeza, tapi roughly nya, lebih kurang macam ni ja. Then, kita darab dengan 365 hari.

Tidur = 7×365 = 2555 jam
Makan = 3×365 = 1095 jam
Kelas = 6×365 = 2190 jam
Rehat = 7×365 = 2555 jam
Solat+Quran = 1×365 jam


Tu dalam setahun. Sekarang kira ikut jumlah jam dalam tempoh 55 tahun. 55 tahun ni tolak umur waktu x baligh lagi, kiranya zaman kanak-kanak hingusan tu, letak tepi sat.

Tidur = 2555×55 = 140525 jam
Makan = 1095×55 = 60225 jam
Kelas = 2190×55 =120450 jam
Rehat = 2555×55 = 140525 jam
Solat+Quran = 365×55 = 20075 jam

Bilangan jam dalam setahun; 24×365= 8760 jam
Then, bahagi bilangan jam yang kat atas ni dengan 8760

Tidur = 16 tahun
Makan = 7 tahun
Kelas = 14 tahun
Rehat = 16 tahun
Solat+Quran = 2 tahun



Allahu Allah, yang paling lama; masa untuk tidur dan rehat. Yang paling sikit??..masing-masing ada jawapan.
Sedikit sangat peruntukan masa kita untuk ibadah khusus. Pesan seorang kenalan, jangan hanya sisa-sisa waktu sahaja kita peruntukkan untuk Allah. Contohnya, hadir ke kelas sesi malam, sibuk meeting, kemudian ke program, baki waktu untuk Allah hanya pada jam 12malam, di saat mata dan badan sudah letih. Hanya itu sisa waktu yang kita ada untuk ibadah. Astaghfirullah

Makan, kelas , rehat dan sebagainya juga adalah ibadah jika niat dan syariat selari dengan Islam. Allahu rabbi, tak dapat dibayang jika hanya bekalan 2 tahun itu yang bakal dibawa menuju negeri abadi. Kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya, syariat Islam yang indah itu memandu perjalanan hidup kita agar segala-galanya menjadi ibadah.

Untuk setiap gerak tindakan menjadi ibadah, sesungguhnya itu bukan perkara yang mudah. Acapkali kita tersasar. Contoh mudah, ‘hari ni aku ke kelas nak tambah ilmu kerana Allah, moga Allah mudahkan aku untuk faham’..niat sudah betul, tapi kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Tidak menutup aurat dengan sempurna ke kelas, terlalu ‘mesra’ dengan lain jantina,etc..di mana nilaian ibadahnya jika ada kelompongan di situ?..

Tidur, berfb, blog walking, etc pun boleh jadi ibadah, tapi sukarnya praktikaliti dibandingkan dengan ungkapan. Selalu sangat kita gagal untuk mengibadahkan segala perbuatan. Mengadap muka buku sehingga melewatkan waktu solat, ada nilai ibadahkah ketika itu?.. Allahu rabbi, jika waktu rehatku yang berjumlah 16 tahun ini pun tidak dikira ibadah, bekalan apa yang aku ada untuk kebahagiaanku di akhirat kelak?...
Jika semata-mata kiraan 2 tahun itu yang menjadi bekalan, entah apa nasibku kelak Ya Allah.. Jika Allah betul-betul menghitung, entah tanganku yang mana yang akan menerima buku amalan ketika dihisab kelak.. ‘ Allahumma adkhilna jannata bighoiri hisab’.. Kami hanya mengharap rahmatMu Ya Allah.

~Haasibu anfusakum qobla an tuhaasabu..salam muhasabah~



…………………………………………..

Hindari maksiat dan derhaka kerana maksiat menghapuskan pahala sujudmu dan mengeluarkanmu daripada ketenteraman..Maksiat adalah kenikmatan sesaat yang membuahkan penderitaan beribu tahun..Dirimu dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat kelmarin, melainkan untuk kembali mencari kempunanNya…..(copy from somewhere, sebab sangat terkesan…huu)


*syukran 'ala kulli hal

1 comment: