Monday, July 25, 2011

~kami anak utagha~

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah Ya Allah, atas segala nikmat dan ujian, kerana nikmat mengajar hamba ini untuk bersyukur, dan ujian melatih diri untuk sabar..alhamdulillah.

Sejak di matrik pj lagi, saya berhasrat untuk membaca novel sinergi karangan hilal asyraf, Alhamdulillah, saya berkesempatan khatam novel ni semalam. Dari kulit ke kulit saya belek, at last hati saya terdetik, no wonder la my alang muna ‘adila asyik dok promote ja. Memang terbaik plot ceritanya, dan yang paling utama, apa yang dihighlightkan dalam keseluruhan novel ini, ‘keimanan adalah paksi’… Azam saya, dalam usaha membentuk diri menjadi irfan hakimi versi wanita. Tak perlu saya mencari2 irfan hakimi, tapi saya sendiri yang akan menjadi irfan hakimi, insyaAllah2.

Ukhwah.
Zaman sekolah, jarang saya dengar word ukhwah..yang ada, ‘frenz forever’, ‘best frenz eva’..term yang berbeza dengan ukhwah, tapi membawa makna yang sama.Tapi, bumi darul quran benar-benar mengajar saya erti ukhwah, bukan teori semata-mata, namun saya benar-benar merasa.(klik sini)

Masyaallah tabarakallah, hebat sungguh perasaan jika kita semua berukhwah hanya kerana Allah, ukhwah atas dasar akidah. Perasaan ini yang saya rasa sepanjang jaulah tempoh hari. Jaulah IMIU (ikatan mahasiswa islam utara) uia pj.

Plan punya plan, at last x ramai yang dapat join. Perancangan Allah yang terbaik. Xpa la, yang dok ada pun dah terlebih meriah. Fadzli(pm), syahir(pc), amirul, hafizuddin, syafiq, munirah, khadijah, syakila, hajariah, husna,atiqah. Hampa semua memang terbaik..(this post regarding trip anak2 utara, so let me speak in loghat kedah naa..=)

x cukup korum lagi~

Dari penang-->sungai petani-- >jalan pegawai -- > pendang-- >kuin -- >jalan sultanah-- >kubang rotan-- >ayer hitam-- >baling----- > the end<

Jauh perjalanan, keja sesat jalan. Nak buat lagu mana, pakat tera
 punya co-driver. GPS pulak x bagi kerjasama yang baik..=)

Sesi pagi sampai tgh hari, destinasi kami ke kuin, mengutip mutiara2 berharga daripada pengajian kitab. Sebelah petangnya, rumah adik beradik sekitar alor star menjadi sasaran. Malamnya, destinasi kembali ke kuin mendengar ceramah.

Cuba tnya perut, benda apa yang xdak?..cucuq udang, laksa, cucuq cempedak, rambutan, pulasan, manggis, durian, kurma jantan, buah jentik,rfc, bihun tomyam, nasik goreng versi munirah, koslo versi husna n et, ayam bakaq versi moden…….x tertaip. Terima kasih yaa, pada tuan rumah sekelian. Memang layanan terbaik.

rfc~


Cukupkah hanya sekadar makanan untuk perut?..Makanan untuk kekuatan fizikal itu satu keperluan. Kuat jasadiah, insyaAllah kuat untuk kita semua melaksanakan ketaatan. Tapi jangan kita lupa, makanan untuk hati yang paling utama. Mati hati, meranalah kita. Jangan pernah merasa kenyang dengan ilmu. Ilmu Allah itu terlalu banyak. Ilmu2 inilah yang akan memberi peringatan kepada kita, mengingatkan status kita sebagai hamba.

Kuatkan jasadiah..kuatkan rohaniah. Terlalu banyak mutiara ilmu yang sempat saya kutip. Alhamdulillah ‘ala kullu ni’mah ya Allah. Berpeluang mengikuti pengajian matan ummul barahin dengan Tn Guru Hj Salleh, menadah kitab hidayatul azkiya’ ila thoriiqil auliya’ dengan Tn Guru Hj Wahab, ceramah berkaitan ramadhan drpd dato’ haron din, tazkirah maghrib drpd pkcik abbas, bicara muslimat drpd senator mumtaz..Allahu Allah..memang cas semangat.

Ukhwah. Simple untuk diungkap. Tapi kadang2 rumit untuk ditafsir. A, sifatnya sebegitu. B, sifatnya sebegini. Yet we do enjoy the differences. And on top of those differences, we have the same aim : to practice the real Islam within guidance of al-Quran & Sunnah and do dakwah everytime and everywhere. Walau begitu banyak perbezaan, tapi jika ukhwah ini didasari iman dan persefahaman, insyaAllah semua masalah ada penyelesaian. A+B =AB

Ukhwah kita bukan saja2. Bukan hanya waktu senang kita bersama. Tapi kita berukhwah dengan membawa misi yang sama; menegakkan Islam dan hukum Allah di atas bumi ini.
Di pj kita bersama. Bakal berpisah September ini, ada ke Gombak, ada ke Kuantan. Dasar perjuangan kita sama, insyaAllah bakal bersama semula. Sama-sama kita master dalam bidang masing2, dan kembali semula ke kedah dengan kemahiran tersendiri, dan usaha untuk mengekalkan dan mengisi kemenangan di kedah. Pesanan khas daripada pak long zainol asri, start dari sekarang dah kena azam, aim position apa yang kita nak pegang, niat untuk balik berkhidmat di kedah..hmmm

Petikan dari novel sinergi.
Aku dengan kau,
adalah tanggungjawab aku kepada Allah,
Maka apa pun keburukan kau kepada aku,
tetap tidak kuhiraukannya,
Kerna aku cinta padamu hanya kerana Dia..
Kubina hubungan kita atas keimanan,
Aku cintakanmu kerana Tuhan,
Maka kau daripada diriku kulebihkan,
Walau itu menuntut pengorbanan
~sama2 kita pasakkan prinsip ini dalam diri, sepanjang aku dan kau berukhwah~

Saturday, June 25, 2011

~your life, your choice~


Satu persatu gambar yang diupload saya tatap. Nak dihabiskan satu album pun dah rasa x sanggup. Pedih hati. Sesak nafas. Terasa sempit pembuluh darah.

Kalau bukak fb, notification yang akan kita check dulu. Nampak pulak ada friend request, berkobar2 nak tau sapa. Tambah pulak yang add tu kawan kita yang dah lama x jumpa, terus berbunga-bunga hati. Tapi sekejap ja perasaan tu. Bila tengok gambar2, terus rasa down. Serius, yang ni yang saya rasa. Kawan yang satu masa dahulu bersama2 saya menghafal hadis-hadis dan sirah Rasulullah, dah hilang tudung di kepala. Kawan yang dahulunya asyik berlumba dengan saya nak dapat no 1, dah makin jauh dengan hukum2 Allah. Baju kurung yang dulunya elok menutup aurat dah terbang entah ke mana, yang tinggal hanya baju t-shirt sendat, singlet, legging..aaargghh….baju2 kecik tu layak bagi nuha ja pakai, kalau saiz badan xl, jangan la menggatal tangan tu nak ambik yang saiz s….(wani, plz write properly..jgn emo..huhu).

Tenkiu tu mark zukermbeg<<- -tipu ja ejaan ni, malas nk google)…kerana mewujudkan laman social ni. FB, boleh jadi medan penjalin ukhwah, jadi medium dakwah, tiket utk menempah jannah, kalau kita pandai guna, insyaAllah banyak manfaat yang dapat…TAPI, FB  jugaklah penyebab a so called muslim aktif dok kumpul saham dosa, jadi tempat nak perasan cantik dengan gambar mata yang saja dibulatkan tengok kamera, jadi tempat nk tayang aurat..hadoi…memang la, “my life, my choice”..but friend, I cannot stand to see you choose a wrong decision…kamu pilih, nak jadikan fb sarang maksiat, atau ruang yg bermanfaat..


Di mana silapnya? Silibus apa yang kurang?..Apa yang terjadi buat saya pikir panjang.  Saya x berniat untuk bercakap tentang remaja yang memang seawal usia 10 11 tahun lagi telah didedahkan siapa itu justin bieber atau taylor swift. Tapi saya nk focus kepada yang memang ada basic agama yang cukup. Yang seawal sekolah rendah dihantar ke sekolah agama, x cukup itu, sekolah menengah pun sekolah agama.


Siapa yang paling dekat dengan golongan remaja?
Ya..keluarga dan rakan-rakan.
Acuan pertama yang akan membentuk peribadi anak-anak adalah daripada ibu ayah. Acuan keluarga yang akan mengarah hala tuju hidup seorang anak.

Institusi keluarga yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup, pasti melahirkan generasi yang tahu dan faham Islam secara menyeluruh. Jika tempang ibu dan ayah, besar kemungkinan juga anak-anak akan turut tempang. Lahirnya seorang anak di dunia ini, maka kedua orang tuanya itulah yang menjadi role model utama. Apa saja watak ibu ayah yang terlihat di mata anak-anak, akan terakam kemas di kotak minda.  Anak kecil yang sedang membesar, belajar dari semua keadaan dan peristiwa sekeliling. Jika hiburan nyanyian yang diberikan sebagai halwa telinga, maka itulah yang dirasakan betul dan mula sebati dengan diri. Jika bahasa kesat, tenkingan, sepak terajang yang menjadi habuan harian, kemungkinan personality anak yang bakal terbentuk ialah sama ada menjadi tersangat trauma dan pemendam rasa, ataupun turut berperilaku liar sebegitu.

Didikan keluarga akan membentuk peribadi anak-anak. Sama ada mahukan Islam atau sebaliknya.  Tidak cukup jika sekadar anak-anak dihantar ke kelas al-quran atau silibus kelas fardu ain dihabeskan, tetapi apabila pulang ke rumah, yang sebaliknya yang berlaku. Ibu sendiri yang hanya menutup aurat ala kadar, ayah yang menonton perlawanan bola sehingga melewatkan waktu solat, tiada siapa yang ambil peduli jika anak-anak hanya menghadap laptop sepanjang hari. Dihantarnya anak untuk mendalami ilmu agama, tapi apabila ingin dipraktikkan di rumah, tiada yang mendorong.

Didikan dan kawalan untuk anak-anak bukan hanya terbatas sewaktu mereka di bangku sekolah, tapi mesti berterusan. Seawal usia 6 tahun, dihantarnya anak ke Pasti, kemudian ke sekolah rendah agama, sekolah menengah juga aliran agama, tapi sayangnya, pantauan terhadap anak-anak terhenti apabila kaki menjejak ke menara gading. Telahan ibu bapa,anak-anak sudah besar, boleh tentukan arah tuju sendiri. Silapnya di situ, saat pantauan daripada ibu bapa terhenti, saat itulah anak-anak mula mencorakkan peribadi diri dengan keadaan sekeliling.

Apabila pantauan daripada ibu bapa makin longgar, genggaman rakan2 pula akan menjadi semakin kejap. Kalau baik environment sekeliling, Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya?....



Tarbiyah itu sifatnya berterusan. Bukan bermusim. Bukan hanya pada fasa tertentu sahaja anak-anak dititiberatkan dengan ilmu agama. Tanggungjawab menjadi nakhoda kapal ini bukan mudah. Tidak perlu mendabik dada jika anak boleh khatam al-quran seawal darjah 4, ataupun anak mendapat markah 100 untuk subjek pendidikan islam. Bukan itu ukurannya. Yang paling utama, aplikasi dalam kehidupan seharian.

Benar, hidayah itu milik Allah. Bila2 masa saja Allah boleh kurniakan ataupun nak ditarik kembali hidayah yang diberi. Tapi persoalannya, sejauh mana seorang hamba itu berusaha untuk menjemput sinar hidayah itu?..
Usaha itu pelbagai. Yang paling penting, usaha diri sendiri untuk kenal Islam. Hidup kita, kita yang tentukan. Tapi jangan dilupa, factor penyumbang terbesar pembentukan peribadi seorang anak bergantung pada didikan daripada ibu bapa. 1 petikan daripada buku tarbiyatul aulad berkaitan ini: 

"What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."
~'Abdullah Nasih 'Ulwan

Pentingnya didikan yang baik, kerana hasil didikan itulah yang akan membentuk seorang individu yang berguna untuk ummah.

Tapi jangan dilupa, ujian dari Allah itu bentuknya pelbagai. Seorang ayah yang bertungkus lumus mendidik anaknya dengan acuan Islam, tetap juga diuji apabila anak berakhlak sebaliknya.

Pulang ke rumah, si anak bertudung litup. Apabila kembali ke kampus, nyata perubahan angin yang kencang menerbangkan kain di atas kepala.

Disangkanya si anak masih lagi gadis sunti yang malu-malu nak berdepan dengan ajnabi, tapi hakikat yang sebenar pandai si anak sembunyikan. Bila tengok fb si anak, baru tahu langit tinggi rendah.

Ibu bapa telah berikan yang terbaik, tapi tetap jugak anak tersasar. Ayah kopiah lekat di kepala, ibu tudung melepasi dada. Anak??...

Betullah, iman itu x dapat diwarisi. Seandainya iman itu sesuatu yang boleh diwariskan, bahagialah anak-anak pak imam dan tok kadi, senang2 saja nak dapatkan iman. Kalau begitulah konsep iman, meranalah anak pencuri dan penagih dadah tegar. Tapi Allah itu maha adil dan bijaksana. Sentiasa adil dengan hamba-hambaNya.

Sekiranya bekalan agama telah diberikan secukupnya oleh ibu bapa, dan dengan bekalan itulah anak2 melayari bahtera kehidupan.. Alhamdulillah.

Sekiranya bekalan agama telah diberikan secukupnya oleh ibu bapa, tapi tetap juga si anak memilih jalan yang salah,  inilah ujian yang Allah takdirkan untuk menguji kesabaran si hamba.

Pernah saya mendengar seorang mak cik yang mengeluh mengenangkan sikap si anak..”dari kecik makcik ajar tentang Islam..sejak sekolah rendah lagi makcik suruh pakai tudung..tapi bila dah besar macam ni, cakap makcik langsung x nak dengar. Kalau makcik tegur pasal seluar jean, baju ketat, kapel,mula nak masam muka, kata makcik x sayang kat dia…makcik takut dengan amanah Allah ni.”

Saya pun blurr, x tahu nak bagi respon apa. Cuma satu yang saya cakap, “makcik jangan risau, makcik dah laksanakn tanggungjawab makcik..lain la kalau dia jadi macam tu sebab makcik x ajar..ni makcik dah ajar tentang Islam, tapi mungkin Allah x buka lagi pintu hati..makcik teruskan doa, insyaAllah, doa seorang ibu ni selalunya termakbul..”

Saya bukan orang yang hebat ilmu agama..masih bertatih dalam medan dakwah ini..masih terasa pedih diserang, mungkin kerana salah uslub..tetapi tetap juga saya ingin menyeru sahabat2 semua, jangan terlalu enjoy dengan kehidupan ini. Bila-bila masa saja Allah berkuasa nak tarik nyawa kita. Relakah kita, saat kita dihujung usia, dalam keadaan kita sedang melakukan sesuatu yang Allah murka. Apakah destinasi terakhir kita, jika Allah tarik nyawa kita dalam keadaan kita sedang leka dengan dunia, hanyut dalam bisikan cinta kekasih, enjoy dengan hiburan yang melampau..Allahu Allah..Jika itu pengakhirannya, terasa takut untuk membayangkan balasan yang Kau sediakan.

“Katakanlah Muhammad, “Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku”    (Al-An’am:15)



Ya, saya akui. Kita semua berdarah muda. Kalau boleh semua benda nak cuba. Cuma satu pesanan, jangan terlalu leka. Jangan pernah lupa diri pernah mendapat didikan agama. Jangan buat-buat lupa segala hukum yang telah dipelajari.

Allahua’lam..


Nota utk diri:   Bersihkan diri dari noda dosa. Ruangan social kita; bersihkanlah dari segala kotoran maksiat. Jernihkan kembali fikrah perjuangan. Sentiasa muhasabah dan tajdid niat kenapa aku berada dalam saff perjuangan ini. Walau sesama kita berlainan fikrah,namun yang paling utama matlamat kita sama, ingin melihat hukum Islam terlaksana. Jalan yang berbeza, tapi matlamat yang sama. Prinsip saya cuma satu, nak jaga maruah Islam kena ada kuasa. Nak ada kuasa kena ada kerajaan. Nak ada kerajaan kena ada pilihanraya yang adil. Nak bagi adil, kena ramai2 buat tuntutan. Bersihkan kembali system pilihanraya Malaysia yang kotor..

Moga Allah kekalkan kemenangan PAS di kedah , dan membantu kami semua pejuang-pejuang agamaMu dalam usaha menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini. Rahmatilah pimpinan baru PAS, satukanlah hati-hati kami dalam bergerak kerja, kuatkanlah langkah-langkah kami untuk mendepani tipu daya be end dan konco-konconya, jalan menuju ke putrajaya makin jelas di mata, siren kemenangan makin jelas di telinga. Grand design Ilahi sentiasa menakluki kesemua perancangan manusia. Walau penipuan di dalam apa kaedah sekalipun demi nak pertahankan Putrajaya oleh UMNO BN, Tuhan Maha Tahu dan Maha Melihat, perancangan UMNO BN itu hanyalah sia-sia.
Yang masih belum dalam tangan, akan cuba ditawan. Yang sudah dalam genggaman, akan cuba dipertahankan..Takbir!!

Thursday, June 9, 2011

~be positive~

Allahu Allah...
Dalam keadaan yang x berapa nak stabil...jeles..tamak..at last, i'm a loser..entah apa yang dapat.
Perancangan sebelum cuti, nak buat yang tu..nak setel yang ni..macam2 taget. Separuh masa pertama cuti dah tamat saya kira. Apa yang dah bejaya capai?  nothing!!...makin reverse ke belakang pulak rasa..Allah...


April, x banyak yang dapat dibuat. Masa banyak dihabeskan di kl.
Mei, cuti bermula sepenuhnya. Taget yang nak dicapai, hanya sebahagian yang terlaksana. Sebahagian lagi?..Postpone ke bulan jun.
Jun, setelkan apa yang x tercapai dalam bulan mei. Dan cuba untuk membumikan segala angan2 yang dah di draf atas planner untuk bulan jun. 10 hari dah berlalu. Dah terisi dengan apa yang x dirancang. Tiba-tiba jadi babysitter. Memang asah parenting skills. Perancangan Allah itu terbaik. Baki lagi 20 hari. Moga tercapai apa yang dirancang.




Kalau nak diikutkan kehendak hati, macam-macam yang nk dibuat. Kalau nak kira planning sendiri, banyak tempat nak pergi. Tapi apa-apa pun, semua tu kena dapat pelepasan mak ayah dulu. Dapat greenlight, baru boleh masuk gear 1. Tapi kalau dapat lampu merah?..hmm, sami'na wa ata'na laa..Diri masih terikat dengan family. Apa benda nak buat pun, perlu consider mak ayah dulu. Perlu dapat pengesahan. Hati mak ayah kena jaga. Jangan sampai saat kita berdegar2 berpencak di tempat program, dan dalam masa yang sama, hati permata hati kita terguris. Allah..


Lain orang, lain ujian yang Allah bagi. Paling penting, macam mana kita lihat dan terima setiap ujian. Nak jadi seorang yang pesimis, atau optimis, terpulang pada individu.  Saya?..sedang cuba untuk melihat sesuatu dari kanta positive.




Jika Allah takdirkan pergerakan kita sedikit terbatas kerana keluarga, jangan rasa kita rugi. Sematkan dalam diri, kitalah hamba terpilih yang beruntung. Beruntung kerana Allah beri kita peluang untuk bersama dengan keluarga. Ada bicara yang Allah nak sampaikan dari setiap apa yang ditakdirkan, Mungkin keluarga kita sendiri banyak kelompongannya, sebab itulah masa kita perlu banyak dihabeskan untuk keluarga. Tegur mana yang salah. Tunjukkan qudwah selayaknya sebagai insan yang menerima tarbiyah.


Jika keluarga sendiri berfikrah, tapi masih terbatas juga langkah, jangan mengeluh teman. Tetap juga ada bicara Allah di situ. Kadang-kadang kita merungut. "Sebab apa ayah x bagi p program..ayah pun dah lalui semua tu, tapi sebab apa nk bataskan pergerakan aku"..Tak mustahil hati akan terdetik macam tu. Terpulang pada diri sendiri bagaimana nak berdepan. Jika segala hujah dah bagi, tapi tetap jugak lampu merah yang diberi, jangan rebel. Tarbiyah daripada Allah kan pelbagai. Mungkin itu salah satu wasilah. Bagaimana kita nak mendidik hati sendiri untuk ikhlas menerima.




Apabila kaki terasa seperti diikat oleh keluarga, hati sentiasa mengharapkan saat ikatan kaki itu menjadi longgar kerana diri sudah pun diikat dengan ikatan lain. Harapnya sebegitu. Gerak langkah yang sebelumnya sedikit terbatas menjadi semakin jauh, di saat faktor agama dan fikrah yang menjadi nilaian utama.


Allah uji sekarang, diberinya rasa susah dahulu, kerana pada masa hadapannya akan dibukakan sedikit jalan, insyaAllah.


Rencana Allah itukan pelbagai. Ada juga situasi yang berlaku sebaliknya. Ketika bergelar mahasiswa, langkah kaki sentiasa laju. ceruk mana yang x penah pegi, program jenis macam mana yang x penah join. Pendek kata, langsung tiada halangan. Tapi bila ditakdirkan dapat yang tidak sekapal, kaki yang panjang menjadi semakin pendek, daerah2 baru pun x dapat lagi nak diterokai. "Dulu waktu belajar, akak aktif sungguh kalau bab program dan usrah ni, tapi bila dah kawin dengan yang x sama kefahaman, macam ni la..nak p mana2 pun susah dah"..Hanya mampu tersenyum mendengar luahan akak ni. Ujian untuk ukhti ini macam ni pulak. So, nak rebel jugak?..Tarbiyah daripada Allah tu kan pelbagai, itu juga salah satu wasilahnya. Sentiasalah berdoa, adar Allah tetapkan hati atas jalan ini.


Saja saya selitkan 2 situasi tersebut, kerana rata-rata rakan sendiri turut alami benda yang sama. Hatta saya sendiri (sebab tu la sampai terluah dalam blog..hmm).
Pernah merungut?..ya
Pernah rasa sedih sebab family x bagi kita buat apa yang kita nak?..ya
Pernah tauriyah bercampur aduk dengan unsur penipuan?..ya
Pernah apa yang dirancang terpaksa diubah berkali-kali sebab nak ambik kira kehendak family?..ya


"Ma..nak p program tu boleh?"..
"kalau p sorang2, xdak kawan jangan dok p"...sebab tu saya sentiasa mencari teman penguat. Nampak macam x leh nak berdikari, selalu nak bergantung dengan orang lain. Terpulang bagaimana nak menilai. If u're not in my shoes, jz plz lend me ur strenght, stay besides me is enough..knowing that u're there is enough. Tapi kalau rasa x selesa, terpulang. 


Semua ni pernah saya alami. Baru hampir 4 tahun berada dalam medan ini, tapi macam2 dapat belajar.
Apa yang penting..usaha, doa, dan sabar. InsyaAllah ada jalan.
Sentiasa sematkan formula taqwa dalam hati. Siapa yang bertaqwa pada Allah, insyaAllah ada jalan keluar.

Wednesday, June 8, 2011

~marathon seminggu~

Bismillahirrahmanirrahim.
Saja singgah belog sendiri. Terkejut. Rupa-rupanya hazwani ni ada blog. Tapi awat x update. Nak kata rumah x dak line intenet, mohong sangat la. Online fb boleh ja. Tapi awat x update pun?.. awat blog ni jadi anak tiri?.. Ni dah alang-alang singgah rumah sendiri, kot la nak post benda bemanfaat ka..ni dak..dok mai buat macam diari..haisy..


Xpa2..tengah nak panas enjin dulu, kongsi yang santai-santai dah la nowh..actually, nak cerita ja.
Minggu lepas, join program bawah kerajaan negeri..(insyaAllah ada post khas)
Minggu ni, join program yang lagi best, p makan kenduri. Dapuq memang x berasap, sebab tetiap hari ada ja kenduri. Alhamdulillah, makan memang makan, tapi yang paling penting, hubungan silaturrahim yang terjalin.
Sebelum ni x kenai mana pakcik tu, tapi bila dia panggil p kenduri, boleh kenai serba sedikit. Kalau yang dah sememangnya rapat, makin bertambah rapat hubungan insyaAllah.


Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” (HR Bukhari)


MasyaAllah, cantiknya apa yang Rasulullah ajar. Jalinkan kasih sayang, insyaAllah Allah murahkan rezeki dan panjangkan usia kita.


Nak cerita sikit apa yang terlintas dalam kepala ni sepanjang marathon ke kenduri.
Saya suka memerhati, dan apa yang saya rasa, selalunya simpan sendiri ja. Kalau x puas hati sangat-sangat baru nk tebuka mulut nie. 
Tujuan buat kenduri tu molek sangat dah, sebagai hebahan si anak telah mendirikan masjid, telah mengikat diri dengan tanggungjawab dalam sebuah ikatan pernikahan. Alhamdulillah.
Tapi yang x bestnya, bila ada kelompongan yang terlihat jelas di mata, x yah susah2 nak guna microscope nk tengok.
Apa fokus utama tetamu kalau p kenduri? Yang pasti, semua orang nak tengok kedua-dua mempelai. Pakcik2 x kisah sangat part pengantin ni, tapi makcik2 merangkap kaum wanita tersangatlah kisah.
Pengantin=focus utama. Kalau ada apa2 yang x kena, memang membuka ruang untuk makcik2 memulakan diskusi. Sakit sungguh mata kalau tengok si pengantin perempuan yang berpakaian ketat sampai menyesakkan diri dia sendiri nak bernafas. Dia susah nk nafas, kita pun kena jugak tempias. Balut urat ka tutup aurat bhai?..adeyh..


Fesyen la ni, tudung memang completely dimasukkan ke dalam baju. So x yah dok kisah la tudung lepas dada ke tidak, memang x kan lepas pun. Allah..Bukan 100 200 mata yang memandang, tapi mungkin angka ribuan.


Fesyen la ni, sanggul memang akan terpacak atas kepala. Si pengantin jika dihias oleh mak andam, kemungkinan besar part sanggul tinggi ni xkan terlepas.Entah apa yang nak dibanggakan dengan ketinggian sanggul macam tu. Kadang2, kalau terserempak dengan orang2 yang berfesyen macam ni dalam tandas atau masjid, saja saya tengok tahap kepanjangan rambut tu. Hanya mencecah bahu, tapi kenapa yang sanggul mencecah ke siling??..hmm


Fesyen dari dulu sampai la ni, baju pengantin yang ada di butik-butik pengantin, kebanyakkannya berpotongan ikut bentuk tubuh badan. Mungkin pakaian harian si pengantin perempuan hanyalah baju kurung atau kemeja, yang x menampakkan shape badan. Tapi bila tiba hari bahagia sendiri, segala shape terserlah gara-gara pakaian yang disewa. Kenapa segala-galanya terkorban pada hari yang begitu bermakna?...Allah


Part berhias diri saja, dah bertimbun saham dosa dapat dikumpul. Jika wanita-wanita di luar sana berpakaian begitu kerana mereka tidak tahu, ampunkan mereka Ya Allah. Moga satu saat nanti, mereka mengerti. Ampunkan juga dosa-dosa kami yang menggelarkan diri sebagai daie, namun agenda dakwah banyak lagi yang belum tersebar. Seandainya saudaraku seakidah masih berpakaian sebegitu sedangkan mereka tahu, moga kehidupan mereka tersuluh dengan hidayahMu, dan dilembutkan hati untuk melaksanakan suruhanMu.


Barang yang terdedah tu cantik ke?. Masing-masing punya jawapan sendiri.
Apa yang penting, cantik pada pandangan Allah itu yang utama. Dan cara yang sangat simple, ikutilah apa yang disuruh. Jauhilah apa yang ditegah. Formula mudah.


kalau macam ni x ke sejuk mata memandang?..kak nisah, pinjam gambar ye..moga Allah merahmati pasangan ini. Both are DQian....

cantik itu bukan terletak pada terangnya warna, atau banyaknya manik..pasangan pengantin ni pun ada tarikan tersendiri...k.rahmah, moga bahagia ye..senior dq jugak..=)



contoh pakaian pengantin yang sempurna. Cantik pada manusia, insyaAllah cantik juga pada Pencipta..Kak akmal, still x pecaya la akak dah kawen..also my senior at dq..=)



Barakallahulakuma~



siap ada banner khas, asing tempat untuk muslimin dan muslimat. Kan bagus cenggini. Tadi p makan kenduri, baru ja nak mulakan suapan sulung, ada kaum adam mai join meja..haisy~



Barakallahulakum. Peliharalah diri dan setiap tingkah laku dengan syariat. InsyaAllah perjalanan hidup dan bahtera yang bakal berlayar akan terarah dengan sempurna..


p/s 1 : dah x leh nak merepek panjang2. Anak menakan mengigau, bangun teriak. Segala jenis bunyi even bunyi keyboard perlu dihentikan..huhu


p.s 2 : gambaq kat atas ni ialah contoh2 senior saya yang kawen waktu belajar. Baru nak masuk 2nd year. Respon mama bila saya tunjuk gambaq2 ni, 'belajaq bagi habeh dulu'..hehe..ok ma..noted!!

Tuesday, May 17, 2011

~ajarkan aku~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,  Allah Yang Maha Penyayang masih beri keizinan untuk bernafas. Saja dibiarkan sepi ruangan ini untuk beberapa waktu, sebab diri sendiri sangat ‘lost’. Mungkin boleh nak menaip post baru, tapi pasti bukan dari hati. Alhamdulillah, dah rasa ok sikit..=)

18 mei tolak 2 hari, maka menjelmalah 16 mei..
Walaupun terlewat sikit, tapi kira aci la kan post ni. Masih dalam mode hari guru, sebab semalam join sambutan hari guru kat sekolah ayah. 16 mei hanya satu signifikan untuk pelajar menterjemahkan rasa berterima kasih pada semua guru , tapi yang paling penting adalah untaian doa dari pelajar buat semua gurunya setiap kali berdoa pada Allah.



Dah hampir 9 tahun saya meninggalkan SRIDA, sekolah rendah tempat saya belajar mengenal apa itu  qolqolah sughra, perang khandak, sifat wajib bagi Allah, darab, bahagi, pemboleh ubah manipulasi, tatabahasa, zero point, teng teng, etc…

Tempoh waktu yang agak lama. Tak sangka, kebanyakan cikgu2 yang mengajar saya dulu masih ingat nama saya..”Eh, kamu hazwani kan?, belajar mana sekarang?”…wink3..berbunga2 hati..siap nama penuh lagi. Semua memori waktu kecik2 dulu, memang kuat dalam ingatan. Masih ingat lagi, cikgu mat nor rotan tangan kami semua sebab lambat masuk tuisyen math (terlambat sebab dok main hantu-hantu dalam asrama..haha..memang patut kena ).  Masih ingat lagi, setiap kali subjek math, memang menggelabah..sebab cikgu khairiyah ni memang super garang, salah sikit kena cubit kecik.  Masih saya ingat, cikgu hayati selalu memuji saya, sebab x penah dapat nombor 2. Allahu Allah, banyak sangat kenangan kalau nak tulis.

Guru-guru, bukan hanya mengajar untuk cemerlang dalam pelajaran, tapi mereka turut mengajar tentang kehidupan.

Tak tertaip kalau nak taip semua nama insan2 yang memanusiakan hazwani khamarudin. Bermula di Pasti Jalan Pegawai—Sekolah Rendah Islam Darul Aman—Maktab Mahmud Alor Star—Darul Quran—CFS  IIUM—UIA kampus kuantan.

Daripada semua guru di SRIDA, saya belajar tentang kesetiaan. Betapa setianya mereka berbakti di sekolah agama swasta yang hanya mampu menawarkan mereka gaji yang x seberapa. Betapa setianya mereka mendidik kami semua dalam keadaan yang serba kekurangan pada 1 tika dahulu. Ada yang ditawarkan untuk mengajar di sekolah yang lebih selesa dengan gaji yang selayaknya, tapi mereka tetap setia untuk membangunkan sekolah agama  ini. Ust ishak, ust zaidi, cg khairiyah, cg zawiyah, cg zaitun, ust lah; masing-masing sudah dimamah usia, mereka berbakti di situ sudah sekian lama, kakak saya yang belajar abc 123 daripada mereka pun sudah berumur 28 tahun.  Uban sudah tumbuh subur di kepala..dan sesubur itu jugaklah kesetiaan mereka. Moga Allah sentiasa merahmati mereka..

guru srida wiz baju rasmi kot~


Daripada guru fizik saya,cikgu hasni,  saya belajar tentang kesabaran. Aduh, sabar sungguh cikgu dengan gelagat kami semua. Latihan yang diberi x pernah siap, masuk ke kelas tuisyen x pernah tepat masa, jawapan pada soalan yang diberi jarang sekali betul, melawak bergurau dalam makmal itu perkara biasa..tapi cikgu tetap sabar. Tak pernah sekalipun cikgu marah naik suara, apatah lagi nak denda kami semua. Sungguh, Allah bersama hambaNya yang sabar. Kesabaran cikgu itulah yang akhirnya menyedarkan kami sendiri.  Kesabaran cikgu adalah teguran dan didikan yang paling bermakna.

Guru biology saya, cikgu faridah akma. Daripada cikgu saya belajar, bahawa senyuman itu penyembuh. Jarang sekali nk nampak muka cikgu tanpa senyuman. Sesibuk mana pun cikgu, senyuman tetap penyeri wajah. Pernah sekali turn saya buat presentation dalam kelas. Perlu memahamkan kawan2 structure of kidney dan nephron. Sudah 3 kali saya ulang ayat yang sama, kawan2 di belakang x dapat dengar apa yang saya cakap. Huhu, ada masalah nk kuatkan volume suara, akhirnya jadi episode air mata dalam kelas. Memang memalukan, nasib baik kelas x dak pelajar putera. Cikgu hanya senyum dan memujuk saya mulakan sekali lagi. Entah dari mana kekuatan datang, berjaya sempurnakan tugasan. Tenkiu cikgu, atas senyuman penyembuh itu..=))

Daripada ustaz tasmi’ saya di dq, lagi banyak yang saya pelajari. Ust anuar hasyim; ust yang mendengar hafazan saya bermula dari al-fatihah sehinggalah saya khatam dengan surah an-nas. Ust memang pakar motivasi terbaik. Kami semua yang bermula daripada kosong, bertatih sedikit demi sedikit dengan dorongan ust. Kami semua bertahan untuk menghabiskan hafazan dengan tiupan semangat daripada ust. Lemah semangat kami tika diuji dengan ayat2 yang agak sukar diingat kembali sembuh apabila mendengar celoteh daripada ust. Keakraban kami dengan ust kadang2 menjadi bualan banat2 lain. Ye la, ust muda lagi+bujang+macho la jugak. Mesti la kena jaga jugak kan. Entah sapa la yang ust tunggu, sampai sekarang x kahwin lagi. Moga2 ust cepat bertemu jodoh. Kami dah x sabar nak tolong basuh pinggan kenduri ust.  Permudahkan segala urusan ust, Ya Allah.

credit to naimy for this pic~


Sir azizul, cikgu math sewaktu di matrik uia. Daripada cikgu saya belajar, untuk berjaya bukan sekadar formula kira-kira yang perlu dihafal, tapi perlu kegigihan dan usaha. Aduh, kadang2 termalu sendiri, entah siapa yang guru, siapa yang pelajar. Kegigihan cikgu untuk mengajar pelajar2 lagi tinggi daripada kegigihan pelajar untuk belajar. Selalunya kelas math cikgu awalkan pukul 7 pagi. Dan seperti biasa, cikgu yang akan sampai dulu ke kelas. Kadang2 kalau terlambat bangun, memang menggelabah nak bersiap ke kelas. Dengan mata yang masih dalam mode nak tidur, kena pulak buat presentation kat depan. Tak cukup kelas sewaktu siang, ada lagi kelas malam. Terima kasih cikgu, semangat dan kegigihan cikgu mengajar kami semua, kalau nak berjaya, bukan 10 soalan yg kena buat, tapi 100 soalan. Kalau nak berjaya, perlu pengorbanan.

Daripada cikgu khamarudin, sangat banyak benda yang saya belajar. And from the beautiful lady besides him, lagi banyak yang saya belajar. Kalau nak load cerita pasal cikgu berdua ni, memang x tercerita la. Lain post eh, special edition. Nway, mama n ayah are the best, both of u are the great teacher ever.



~banyak sangat kalau nk story semua..cukuplah sekadar segala memori dengan semua cikgu bermain di minda dan tersemat di jiwa. Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka. Lau la murabbi, ma’rifatu rabbi..

~I have a dream, I want to b a lecturer. I’m gonna start my class session with recitation of dua’, continue with a short tazkirah, then I will teach my students. It must be great, to have ‘dr.’ or ‘prof’ besides ur name..haha wani, berangan2.. xpa, berangan baik untuk perkembangan minda.. I have someone, always calling me as ‘doctor’. Yet, I still do not know the reason, but then, I know it is a pray. Allahumma amen..

~my father asks me to work at his school. If I say yes, then I will be ‘cikgu wani’. To be precise, I’ll be a mother for 7 years old kids of standard 1F. Cannot imagine laa, macam mana nak mengajar budak2 kecik nih. Should I accept or not, or jz proceed with my plan go to pondok..huhu..dilemma WANIta. May Allah bless my decision..

Sunday, May 1, 2011

~penantian itu indah~



Bismillahirrahmanirrahim.
Allah yang Maha Berkuasa merencana segala-galanya, maka ditakdirkan saya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dalam kalangan adik-adik. Walau di rumah sendiri saya hanya membahasakan diri sebagai ‘wani’, tapi bila melangkah keluar dari rumah, automatic, sayalah ‘kak wani’.

Beza umurnya hanya setahun 2 tahun, tapi tetap juga dipanggil kakak. Ikutkan saya, lagi selesa dengan panggilan nama. Lagi mesra dan boleh buat gila-gila.
Saya yang tua, dan saya juga pelajar dq, dalih sana, dalih sini, tetap jugak dicari. Dari sebesar-besar perkara hingga sekecil2nya.

Isu yang sering dirujuk, baitul muslim. Kadang-kadang mati kutu jugak dibuatnya, tahukah kalian wahai adik-adikku, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk dibawa berbincang. Tetapi tetap jugak saya cuba menjadi pendengar yang baik, dan memberi respon sekadar termampu.

“Kak wani, boleh x tolong terang pasal taqdim?”..3 pasang mata tertumpu pada saya untuk mendapatkan penjelasan.
Mungkin x cukup jelas jawapan saya, kemudian ditanya lagi..”emm, maksudnya, kalau dah setuju untuk ditaqdim, kita perlu tunggu lelaki tu sampai bila?”…..saya jawab sekadarnya.
“boleh ke nak bincang dan buat keputusan antara muslimin dan muslimat tu ja, tanpa mak dengan ayah tahu pasal ni?”…ok, dah start berpeluh-peluh. Cool2, cuba untuk recall balik ilmu daripada pembacaan.

Serius macam mana pun seorang perempuan ni, atau mungkin jugak nampak keanak-anakkan, tetap jugak perkara ni akan terlintas di fikiran. Kadang-kadang saya rasa, adik-adik ni lagi matang dari saya. Pandang jauh. Begin with the end in mind. Mantop2 belaka. Pakat ada target. “Saya insyaAllah tahun depan dah serius bab ni”..Gulp, jawapan dari seorang junior membuatkan yang senior ni hanya mampu senyum. Betul la, matang tu bukan diukur pada usia, tapi pada cara seseorang itu berfikir dan pengalaman hidup yang dilalui.




“Kak wani, nanti tolong jadi orang tengah saya eh?”…dah 3 orang request benda yang serupa.
Alhamdulillah, hasil tarbiyah uia mungkin, masing-masing nampak buruknya hubungan couple itu, rata-ratanya tahu hukum hubungan terlarang itu, dan indahnya andai berhubung ada yang menjadi perantaranya, ada yang menjadi pemudah bicara untuk menyampaikan hajat. Sama ada nak menjadi perigi, atau menjelma menjadi timba, jangan bertindak sendiri.

Seorang yang ceria tiba-tiba menjadi pendiam, pasti ada masalah yang membebankan kepala. Apabila ditanya, seperti yang saya jangka, masalah ini yang dirungsingnya.

“kak wani, macam mana nak buat, kalau hati ni cepat sangat tertarik dengan muslimin?..berhubung hanya atas dasar kerja, tapi hati ni cepat sangat cair..”..Terdiam lama. Cuba untuk memberi jawapan terbaik.

Point yang saya berikan lebih kurang sebegini. Memang x nafi, muslimat ni cepat sangat cair. Muslimin caring sikit, dah terbuai-buai rasa. Sebenarnya orang tu x bermaksud apa pun. Lain orang lain cara nak jaga hati. Kalau kita dah kenal diri kita jenis cepat kalah dengan benda-benda macam ni, elakkan untuk contact, melainkan memang betul-betul kerja yang penting. Kalau mampu elak, elak. Tapi jangan sampai kerja x jalan.

Ada setengah orang, bertentang mata sewaktu meeting pun, dah boleh jadi virus. Kalau dah tahu diri macam tu, jangan tengok langsung. Lain pulak kalau jenis saya, kalau x tengok orang time meeting, telinga ni seolah2 pekak pulak. Jadi x berapa nak dengar. So, I have to..tapi bajet2 la. Ada sesetengah orang, contact untuk bertanyakan khabar,meminta pendapat, meluahkan rasa, sekadar berkongsi idea, etc, adalah perkara biasa. Di sebelah pihak, perkara tu perkara biasa, dan x memberi kesan. Yang menjadi masalah, pihak yang satu lagi. Yang mula pikir bukan2  a.k.a out of the box hanya kerana tindakan kita yang biasa-biasa pada pandangan kita, tapi dah jadi luar biasa pada pandangannya. Jadi, masalahnya di sini. Dengan x sengaja menyebabkan masalah hati pada orang lain.

Kenal titik kelemahan diri, dan jangan izin ajnabi untuk menyerang masuk. Pesan saya padanya, “kenali apa yang paling kamu cepat lemah, dah buat benteng kuat2 kat situ. Dan jangan lupa doa pada Allah, sebab hati ni Dia yang pegang. Dan rasa tu Allah yang kurniakan, dan Dia juga yang Maha Kuasa untuk tarik semula” . Sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis di saat iman dalam keadaan yanqus.



Dalam kita bermujahadah menjaga hati, jangan lupa untuk menjaga hati pihak lain.Kadang-kadang takut juga, selalu sangat dijadikan rujukan untuk hal-hal macam ni, takut jika 1 hari nanti diuji. Ujian Allah itu pelbagai. Allahu Allah.

1 lagi pesanan khas untuk diri dan sahabat-sahabat .Antara cara untuk menjaga hati, kurangkan berbicara perkara-perkara berkaitan ini. Sekali-sekala untuk meluahkan rasa dan meminta pandangan, memang sangat perlu. Fitrah seorang perempuan, mahu ada yang mendengar dan boleh berkongsi. Cuma jangan terlalu berlebih-lebih memikirkan hal yang sama. Anggaplah soal cinta seperti garam dan gula, jangan terlebih atau terkurang dalam merencah. Dalam kependekan masa di dunia, terkadang rasa sia-sia jika terlalu kerap berbicara mengenai cinta. Pesanan khas untuk tuan blog, lebih baik risaukan perihal dosamu yang semakin menggunung..Dosa2 lama yang belum terampun. Amal ibadat yang makin kurang kualitinya. Pergolakan ummah yang makin menjadi-jadi. Bencana alam di setiap pelosok dunia. Sibukkan diri untuk mengumpul saham akhirat.


“Wani, sebab apa semua kawan2 kita pakat dah ada orang..kami ja yang xdak lagi..bohong la kalau rasa x teringin”….Mungkin respon-respon saya sebelum ni hanya seperti gurauan untuk buat kawan baik saya ni tersenyum. Untuk post kali ni. Ingin saya berikan jawapan seikhlasnya.

  “ kenapa perlu risau kalau Allah takdirkan macam ni..patutnya alia (bukan nama betul)  yang perlu rasa bangga dan bersyukur, sebab Allah x izinkan alia terjebak dalam couple segala bagai ni. Apa lebihnya mereka yang bercouple kalau mereka jugak yang lebih dalam mengumpul saham dosa?..Sebab Allah sayang, sebab tu Allah jaga. .Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya alia meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan.Bukannya alia x cantik, bukannya alia x solehah, cumanya Allah tangguhkan buat seketika urusan jodoh ni, sebab Allah nak bagi yang paling terbaik. Lelaki itu ada, cumanya belum sampai lagi masa. Bila Allah takdirkan saat tu dah tiba, jodoh alia akan datang dengan cara yang paling istimewa. Dia akan datang bukan untuk hanya seronok2, tapi dengan persediaan yang lengkap untuk menjadi imam alia. Fasobrun jameel..”…     (hope u read this)




Sempat bermalam 3 malam di uia pj, macam2 cerita yang sampai di telinga. Ada yang diuji dengan kelalaian dalam tempoh pertunangan, ada yang diuji untuk memberi jawapan antara 2, ada yang diuji dengan risikan yang tidak ‘sekapal’..apa pun ujian yang Allah berikan pada antunna, merayulah pada yang selayaknya. Dia yang memberi ujian, dan Dia jua yang meringankan beban. Saya yang mendengar, hanya mampu mendengar, dan berkongsi sekadar ilmu pengalaman yang ada.

 Bila sampai saatnya, moga antunna tersenyum bahagia. Bila saatnya tiba, pernikahan itu akan membuka tabir rahsia, bahawa suami yang menikahi kamu itu tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setakwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayub, atau pun setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman, yang punya cita-cita, membangun keturunan yang soleh. Dan bila saatnya tiba, perkahwinan itu akan menyingkap segala-segalanya buat suamimu, bahawa isteri yang dinikahinya itu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna dalam menyokong gerak kerja perjuangan, pun bukanlah Hajar, yang begitu setia dalam sengsara, bukan juga Aisyah, yang sangat tinggi ilmu pengetahuan. Cuma dirimu adalah wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah, dan melayakkan diri untuk menjadi bidadari di syurga kelak.




..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)


Entah kenapa diluahkan perkara ni dalam blog. 1 sebab, saya sendiri resah. Resah dengan jawapan2 yang telah saya kongsi dengan sahabat2 dan adik2. Mungkin jugak jawapan saya itu meringankan bebanan, dan mungkin jugak jawapan2 saya penyebab pada masalah seterusnya, akibat dosa dari si pemberi nasihat. Astaghfirullah.




Diri ini hamba yang berdosa. Pernah leka dalam bermuamalat. Pernah tersasar dalam mengatur langkah. Secara x sedar telah memberi virus dan fitnah. Moga Allah kuatkan hati dalam penantian. Moga Allah sedarkan andai seminit telah terlalai.
Teruskan beristikharah, moga kehidupan kita akan sentiasa terarah..insyaAllah.



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

(lirik lagu istikharah cinta by sigma..)
(saja tukar lagu blog dengan lagu ni..sedap pulak rasa..=)