Tuesday, May 17, 2011

~ajarkan aku~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,  Allah Yang Maha Penyayang masih beri keizinan untuk bernafas. Saja dibiarkan sepi ruangan ini untuk beberapa waktu, sebab diri sendiri sangat ‘lost’. Mungkin boleh nak menaip post baru, tapi pasti bukan dari hati. Alhamdulillah, dah rasa ok sikit..=)

18 mei tolak 2 hari, maka menjelmalah 16 mei..
Walaupun terlewat sikit, tapi kira aci la kan post ni. Masih dalam mode hari guru, sebab semalam join sambutan hari guru kat sekolah ayah. 16 mei hanya satu signifikan untuk pelajar menterjemahkan rasa berterima kasih pada semua guru , tapi yang paling penting adalah untaian doa dari pelajar buat semua gurunya setiap kali berdoa pada Allah.



Dah hampir 9 tahun saya meninggalkan SRIDA, sekolah rendah tempat saya belajar mengenal apa itu  qolqolah sughra, perang khandak, sifat wajib bagi Allah, darab, bahagi, pemboleh ubah manipulasi, tatabahasa, zero point, teng teng, etc…

Tempoh waktu yang agak lama. Tak sangka, kebanyakan cikgu2 yang mengajar saya dulu masih ingat nama saya..”Eh, kamu hazwani kan?, belajar mana sekarang?”…wink3..berbunga2 hati..siap nama penuh lagi. Semua memori waktu kecik2 dulu, memang kuat dalam ingatan. Masih ingat lagi, cikgu mat nor rotan tangan kami semua sebab lambat masuk tuisyen math (terlambat sebab dok main hantu-hantu dalam asrama..haha..memang patut kena ).  Masih ingat lagi, setiap kali subjek math, memang menggelabah..sebab cikgu khairiyah ni memang super garang, salah sikit kena cubit kecik.  Masih saya ingat, cikgu hayati selalu memuji saya, sebab x penah dapat nombor 2. Allahu Allah, banyak sangat kenangan kalau nak tulis.

Guru-guru, bukan hanya mengajar untuk cemerlang dalam pelajaran, tapi mereka turut mengajar tentang kehidupan.

Tak tertaip kalau nak taip semua nama insan2 yang memanusiakan hazwani khamarudin. Bermula di Pasti Jalan Pegawai—Sekolah Rendah Islam Darul Aman—Maktab Mahmud Alor Star—Darul Quran—CFS  IIUM—UIA kampus kuantan.

Daripada semua guru di SRIDA, saya belajar tentang kesetiaan. Betapa setianya mereka berbakti di sekolah agama swasta yang hanya mampu menawarkan mereka gaji yang x seberapa. Betapa setianya mereka mendidik kami semua dalam keadaan yang serba kekurangan pada 1 tika dahulu. Ada yang ditawarkan untuk mengajar di sekolah yang lebih selesa dengan gaji yang selayaknya, tapi mereka tetap setia untuk membangunkan sekolah agama  ini. Ust ishak, ust zaidi, cg khairiyah, cg zawiyah, cg zaitun, ust lah; masing-masing sudah dimamah usia, mereka berbakti di situ sudah sekian lama, kakak saya yang belajar abc 123 daripada mereka pun sudah berumur 28 tahun.  Uban sudah tumbuh subur di kepala..dan sesubur itu jugaklah kesetiaan mereka. Moga Allah sentiasa merahmati mereka..

guru srida wiz baju rasmi kot~


Daripada guru fizik saya,cikgu hasni,  saya belajar tentang kesabaran. Aduh, sabar sungguh cikgu dengan gelagat kami semua. Latihan yang diberi x pernah siap, masuk ke kelas tuisyen x pernah tepat masa, jawapan pada soalan yang diberi jarang sekali betul, melawak bergurau dalam makmal itu perkara biasa..tapi cikgu tetap sabar. Tak pernah sekalipun cikgu marah naik suara, apatah lagi nak denda kami semua. Sungguh, Allah bersama hambaNya yang sabar. Kesabaran cikgu itulah yang akhirnya menyedarkan kami sendiri.  Kesabaran cikgu adalah teguran dan didikan yang paling bermakna.

Guru biology saya, cikgu faridah akma. Daripada cikgu saya belajar, bahawa senyuman itu penyembuh. Jarang sekali nk nampak muka cikgu tanpa senyuman. Sesibuk mana pun cikgu, senyuman tetap penyeri wajah. Pernah sekali turn saya buat presentation dalam kelas. Perlu memahamkan kawan2 structure of kidney dan nephron. Sudah 3 kali saya ulang ayat yang sama, kawan2 di belakang x dapat dengar apa yang saya cakap. Huhu, ada masalah nk kuatkan volume suara, akhirnya jadi episode air mata dalam kelas. Memang memalukan, nasib baik kelas x dak pelajar putera. Cikgu hanya senyum dan memujuk saya mulakan sekali lagi. Entah dari mana kekuatan datang, berjaya sempurnakan tugasan. Tenkiu cikgu, atas senyuman penyembuh itu..=))

Daripada ustaz tasmi’ saya di dq, lagi banyak yang saya pelajari. Ust anuar hasyim; ust yang mendengar hafazan saya bermula dari al-fatihah sehinggalah saya khatam dengan surah an-nas. Ust memang pakar motivasi terbaik. Kami semua yang bermula daripada kosong, bertatih sedikit demi sedikit dengan dorongan ust. Kami semua bertahan untuk menghabiskan hafazan dengan tiupan semangat daripada ust. Lemah semangat kami tika diuji dengan ayat2 yang agak sukar diingat kembali sembuh apabila mendengar celoteh daripada ust. Keakraban kami dengan ust kadang2 menjadi bualan banat2 lain. Ye la, ust muda lagi+bujang+macho la jugak. Mesti la kena jaga jugak kan. Entah sapa la yang ust tunggu, sampai sekarang x kahwin lagi. Moga2 ust cepat bertemu jodoh. Kami dah x sabar nak tolong basuh pinggan kenduri ust.  Permudahkan segala urusan ust, Ya Allah.

credit to naimy for this pic~


Sir azizul, cikgu math sewaktu di matrik uia. Daripada cikgu saya belajar, untuk berjaya bukan sekadar formula kira-kira yang perlu dihafal, tapi perlu kegigihan dan usaha. Aduh, kadang2 termalu sendiri, entah siapa yang guru, siapa yang pelajar. Kegigihan cikgu untuk mengajar pelajar2 lagi tinggi daripada kegigihan pelajar untuk belajar. Selalunya kelas math cikgu awalkan pukul 7 pagi. Dan seperti biasa, cikgu yang akan sampai dulu ke kelas. Kadang2 kalau terlambat bangun, memang menggelabah nak bersiap ke kelas. Dengan mata yang masih dalam mode nak tidur, kena pulak buat presentation kat depan. Tak cukup kelas sewaktu siang, ada lagi kelas malam. Terima kasih cikgu, semangat dan kegigihan cikgu mengajar kami semua, kalau nak berjaya, bukan 10 soalan yg kena buat, tapi 100 soalan. Kalau nak berjaya, perlu pengorbanan.

Daripada cikgu khamarudin, sangat banyak benda yang saya belajar. And from the beautiful lady besides him, lagi banyak yang saya belajar. Kalau nak load cerita pasal cikgu berdua ni, memang x tercerita la. Lain post eh, special edition. Nway, mama n ayah are the best, both of u are the great teacher ever.



~banyak sangat kalau nk story semua..cukuplah sekadar segala memori dengan semua cikgu bermain di minda dan tersemat di jiwa. Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka. Lau la murabbi, ma’rifatu rabbi..

~I have a dream, I want to b a lecturer. I’m gonna start my class session with recitation of dua’, continue with a short tazkirah, then I will teach my students. It must be great, to have ‘dr.’ or ‘prof’ besides ur name..haha wani, berangan2.. xpa, berangan baik untuk perkembangan minda.. I have someone, always calling me as ‘doctor’. Yet, I still do not know the reason, but then, I know it is a pray. Allahumma amen..

~my father asks me to work at his school. If I say yes, then I will be ‘cikgu wani’. To be precise, I’ll be a mother for 7 years old kids of standard 1F. Cannot imagine laa, macam mana nak mengajar budak2 kecik nih. Should I accept or not, or jz proceed with my plan go to pondok..huhu..dilemma WANIta. May Allah bless my decision..

6 comments:

  1. nakal2 pn waktu muda dulu la ni jd org pandai + hebat dah...
    Menangih terharu cegu tgk ank murid sorang ni..=)

    ReplyDelete
  2. waa...like sungguh la acik... =)
    kalu ade butang like da lame acu like ;)

    ReplyDelete
  3. ~afnan aka ayong

    sampai la dok nakai lagi..nak buat lagu mana xtau..haha..
    moga kita istiqamah dlm kebaikan.. hasil didikan guru2, moga kita semua berguna untuk ummah..ameen

    ~acu
    acu like cra ni ja la..guna cara kuno sikit...hihi

    ReplyDelete
  4. lame x jumpe ust anuar..makin kuruskah?? ^^

    ReplyDelete
  5. ~naimy

    ntah la..last jumpa waktu konvo taun lpas..maintain ja ust..dah ada gaya yb..haha

    ReplyDelete