Thursday, December 8, 2011

~smile like sunshine~

Pheww..tekan keyboarb sambil lap2 peluh, baru habes bersih sawang & debu kat belog ni..al-maklum la, 2 bulan lebih p bercuti..rumah tinggal cenggitu ja.

Pertama sekali, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad tercinta, dan ahli keluarga baginda serta para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah. Keduanya, nak minta maaf pada sapa2 yang ada buka blog saya, tapi hanya sarang labah2 yang dijumpai instead of new post.. my bad my bad, x pandai manage masa + x cukup ilmu + pemalas+ hati x bersih sampai nk update blog pun x mampu. Ni saya dah stat post bukan sebab dah pandai manage masa + dah cukup ilmu + dah x malas + hati dah bersih, ..tapi sebab ada sebab..lain kali saya kongsi insyaAllah..

Untuk melembutkan kembali tulang jari yang dah keras semacam ni, izinkan saya taip perkongsian ringan ja la eh, laju sikit. Kalau tulis yg berat-berat, alamatnya, jari yang kekok ni bertambah kekok la..yo la, dah lama sangat tinggal..(err, tapinya, sebelum  ni pun bukannya pernah post apa-apa yg berat..hehe). Serius kekok, rasa macam nak bersembang dengan dengan kawan yang dah 3 4 tahun x jumpa, xpa, i’ll try my best^_^

Nothing much to say, cuma nak kongsi apa yang tiba-tiba menjelma dalam kepala ja. Perkara dan isu yang simple, tapi sebab terlalu simple, we tend to forget. Manusia, macam ni la, kalau common things, memang selalu sangat lupa.

Saya penah ditegur oleh seorang kawan aka my anje. Dia kata, “ acik ni kalau tengok orang macam tengok apa ja lagii, x berkelip2 mata..macam ada sumting ja”.. Then i realised, saya memang pun macam tu, suka memerhati orang sekeliling, kadang-kadang pandangan saya seolah-olah terlalu kagum, kadang-kadang nampak sinis, dan selalunya hanya pandangan kosong.

Kerana saya suka memerhati, saya belajar sesuatu dari semua makhluk di sekeliling saya. Setiap orang punya watak yang berbeza, sifat semulajadi yang pelbagai. MasyaAllah, insan-insan yang berada di sekeliling saya, hebat-hebat akhlaknya, baik perwatakannya, sopan santun budi bahasanya, tapi..kadang2 ada simple things yang  kita lupa. Saya x khaskan untuk mana-mana individu, cuma peringatan untuk diri sendiri yang utama.

Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan sesama manusia; itu kunci utama untuk bahagia dan hidup sejahtera sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Benda-benda kecik ni, x perlu nak ingatkan pun sebenarnya, sebab its kind of common sense in each person. Saya bagi situasi pertama; Kita selesai basuh baju di bilik basuh, then nak jemur di ampaian. Kita pulak dapat bilik di tingkat 4, maksudnya, ada lagi 3 ampaian di bawah kita. Waktu nak jemur tu, jangan fikir untuk baju kita ja, tapi ingat sama pakaian kawan-kawan yg lain. Perah dulu semaksima yang mungkin, minimakan sedaya upaya titisan air yang akan menitis ke ampaian bawah, ke atas  pakaian orang lain. Nak keringkan macam baru keluar dari mesin spin, memang x mampu la kan, tangan besar macam malik nor pun belum tentu boleh keringkan macam  tu. Jangan selfish, consider pakaian kawan-kawan kita yang dah ala-ala nak kering tu. Kita hidup bermasyarakat, so, hormat manusia sekeliling..lain la kalau hidup dalam gua=)

Next situation; juga berkisar kehidupan pelajar di asrama. Pihak university sediakan pantry/washing room bukan saja-saja nak bagi asrama kita nampak besar ye, tapi ada tujuan. Nak basuh bekas makanan@sudu@cawan@periuk nasi segala bagai tu, basuh la di sinki yang disediakan. Kalau bekas-bekas tu dibasuh kat ruangan untuk basuh pakaian, boleh bayang x apa efek? Sinki tu akan tersumbat (part ni yang paling nk beletiaq ni, tong sampah yang  mak cik cleaner sediakan tu bukan untuk hiasan semata-mata, guna la sebaiknya..yang dok p buang sisa makanan dalam sinki tu apa kesss?!..hmm).. kotor dengan sisa buangan makanan, tempat tu akan berminyak, nanti baju yang basuh kat situ pun ada bau kari, tomyam dan sewaktu dengannya. Respect each other, consider tentang kawan-kawan sebelum nak buat apa-apa tindakan=)

Apa lagi small thing yang kita selalu lupa?..Setiap orang boleh evaluate dengan situasi masing-masing, saya kaitkan dengan keadaan persekitaran saya je la eh.  Pernah dengar lagu healing by sami yusof?,  one of my favourite songs. Jom karaoke sikit;  ‘healing, a simple act of kindess brings such meaning..a smile can change a life, let’s start believing..and feeling, let’s start healing’..
Senyum tu penyembuh, senyum tu sedekah, dengan senyuman menyenangkan, dengan senyuman hilang rasa resah-gelisah. Kalau rasa segan nk bagi salam, atau bertegur-sapa, cukuplah dengan segaris senyuman penyeri wajah. Siapa saja yang kita kenal, sedekahkan senyuman. Perkataan yang baik itu sedekah, senyum pada saudaramu itu sedekah, setiap kebaikan itu sedekah.^_^


Kalau kat rector kampus excited semua nak senyum, nk tunduk hormat, tapi kat makcik cleaner, tukang sapu yang sentiasa berbakti ni, x ramai pun nk senyum. Aduh, fenomena apakah ini?..pilih bulu, pilih status,pilih kasih?..hmm. Makcik-makcik yang setiap hari cuci toilet asrama kita, x kan x rasa jatuh kasih kat manusia yang sebaya ibu kita ni? Kalau x boleh nk ucap terima kasih sekalipun, cukuplah dengan senyuman<<<oh, lemah- lembutnya ayat saya kat atas ni, mafhum mukhallafahnya; ‘jangan nak kerek sangat la weh, berdaulat sangat ka senyuman hampa tu sampai makcik keja cuci toilet tu x layak nak terima?(ok, dah..x leh garang-garang sangat).

Hanya dengan semudah memberi senyuman Allah ganjarkan pahala, jadi, masih mahalkah senyuman kita?!

muqri, kedekut  nk senyum..=)

Sama juga dengan next situation ni; fenomena ‘terima kasih’. Syukran, tenkiu, terima kasih, mucho gracias, kamsahamida, arigato dan sewaktu dengannya, berat benar mulut sesetengah manusia nk sebut. Situasi mudah; pakcik bus setiap hari berulang-alik ambil kita di asrama n hantar ke kuliyah, x kan sepatah penghargaan pun x boleh nak bagi.Memang la tu kerja dia, pihak university bagi dia gaji, tu urusan majikan dengan pekerja. Tapi urusan kita; hubungan sesama manusia, hubungan dengan mereka yang lebih tua, yang dah memudahkan urusan kita.

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Last situation(x larat dah nk post panjang-panjang); akhlak pelajar dengan guru. Nak berborak, bergurau senda, makan, tafaddhal..tapi berpada-padal lah. Jangan sampai perbuatan kita mengguriskan hati guru kita. Saya nak pesan jangan bersembang n sewaktu dengannya tu, memang x boleh la kan, sebab saya pun buat. Cuma yang nak pesan, jangan over sangat perbuatan kita tu, sampai mengganggu perjalanan kelas, sampai pensyarah naik marah, sampai kawan-kawan x leh nk tumpu. Muhammad bin Idris, kenal?.. Beliau sangat beradab sewaktu menuntut ilmu. Salah seorang guru beliau, Imam Malik. Beliau tersangatlah menjaga adab, berhati-hati ketika menyelak helaian kitab, sebab takut bunyi tu mengganggu tumpuan gurunya, masyaAllah. Jagalah adab, insyaAllah berkat=)


~Nota kaki;
The way to happiness is in front of you, so seek it by means of knowledge, righteous deeds and a good attitude. Be moderate in all your affairs and you will be happy..=))

Esok jumaat, masyaAllah, memang akan sibuk…n berterusan rutin yang pack ni sampai ke minggu nk exam. Minggu exam tu pulak x panggil minggu pack dah, tu orang panggil minggu zombie..moga diberi kekuatan untuk survive.

Macam mana kalau tiba-tiba lepas ni blog ni kembali bersawang??, aaahh..harapnya x dah..

Jom, release tension petang ni, belasah shuttle cukup2..err,tapi clash dgn meeting adhoc..adakah sy akan gagal dlm percaturan aulawiyat?..hee~

Ok, sayang anda semua..salam =)
Smile like sunshine~




1 comment: