Sunday, January 30, 2011

~ismi muqri~

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah,masih diberi nikmat hidup dalam iman dan Islam, nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang. Syukur kerana segala sistem dalam tubuh badan masih berfungsi dgn baik, dengan izin Pencipta. Kalau bukan kerana izinNya, mana mungkin irama pacemaker bernada merdu, mana mungkin signal impulses bergerak laju. Alhamdulillah..=)


Genap hari ke7, Muhammad Muqri lahir ke dunia, dari alam roh, transit ke alam rahim. Sekarang alam dunia yang penuh ujian ini jadi destinasi. Moga2 makna namamu, terjemah menjadi akhlakmu, insyaAllah..ahli ibadah kepada Allah.


1st day~




Umi:    Assalamualaikum baby, baby sihat ke hari ni?..=)
Baby:  Waalaikumussalam..Alhamdulillah, baby sihat je..Tapi x berapa selesa la umi..
Umi:.   La..kenapa dgn anak umi ni?
Baby:  Tak berapa selesa la bila dah ada tangan dan kaki ni...Sebelum ni senang ja baby nak bgerak,   pusing2 dalam perut umi, tapi sekarang dah susah..dah tersangkut-sangkut.
Umi:    Eh, kenapa pulak macam tu?..kan ke bila dah Allah bagi tangan dan kaki, tubuh badan baby dah cukup sempurna?..
Baby:  Baby rasa lagi senang kalau baby xde tangan dan kaki, lagi mudah baby nak bgerak..=[
Umi:    Kalau Allah dah kurniakan sesuatu tu, mesti ada manfaatnya, cuma baby je belum tahu lagi apa kepentingan nikmat yang Allah bagi tu...
Baby:  Apa pntingnya ada semua ni umi?
Umi:   Sekarang memang la baby x tahu lagi apa kepentingannya, tapi tangan dan kaki tu penting bila baby dah lahir nanti..Nikmat tu yang baby akan guna untuk benar2 jadi khalifah Allah..


Ada ke baby buat diskusi ilmiah cmtu dgn mak dia?..hihi..entah la..imagine sendiri la ye..=)
Cuma apa yang saya nak relatekan di sini, keadaan diri kita ketika di alam rahim, alam dunia, dan alam akhirat kelak.
Sewaktu kita masih lagi digelar embryo, seronok je berehat dalam amniotic fluids tu, kita memang x rasa langsung kepentingan wujudnya tangan dan kaki..Sebabnya, kita memang langsung x guna semua tu. Nak makan, free of charge je dapat via placenta. Nak pegi mana2 pun x payah nak guna kaki sendri, kita jadi penumpang setia mak kita. 
So, apa pentingnya 2 nikmat tu??..Pentingnya bukan sewaktu kita dalam rahim mak kita, tapi akan mula menjadi penting bila kita telah lahir ke dunia. Bayangkan jika kita lahir ke dunia tanpa tangan atau kaki. Pergerakan kita akan terbatas. Semua benda nak buat akan jadi susah. Tak semua benda yang ingin kita buat,akan terlaksana.
Tanpa tangan dan kaki, saya kira masing2 boleh bayangkan sendiri.


Analoginya amal kebaikan di dunia ini seperti tangan dan kaki..Mungkin sekarang kita masih belum nampak kepentingan melakukan amalan. Ye la, tanpa buat sebarang amalan, hidup aku tetap bahagia. Ada family, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah bagai ke ladang gandum..etc..Buat apa nak susah2 lakukan amal kebaikan segala bagai tu kalau tanpanya pun, aku maintain ja hepy, bahagia?..


Hakikatnya memang begitu. Tanpa amal kebaikan,di dunia tetap juga kita akan bahagia. Tapi persoalannya, apakah perkara yang paling penting untuk kita bahagia di alam akhirat nanti?...Sudah tentu amalan kita kunci kepada kebahagiaan itu.


Walau kita x nampak sebarang kepentingan tangan dan kaki sewaktu kita di alam rahim, tapi nikmat itulah yang menjamin kebahagiaan kita ketika di dunia..
Walau kita x nampak sebarang kepentingan untuk melakukan amal kebaikan ketika di dunia, tapi amalan itulah yang akan menjamin kebahagiaan kita ketika di alam akhirat kelak..


Ingat..kita mati untuk hidup..Hidup di negeri abadi. Abadi, mksudnya kekal selamanya. Nak hidup bahagia di sana, perlu ada bekalan yang cukup. Kalau amalan masih lagi b'legar2 dalam linkungan amalan fardu, p'tingkatkan lagi dengan menzalimi amalan2 sunat..Solat sunat, mathurat, puasa sunat, tilawah al-Quran, sedekah,zikir, jadikan ini semua kebiasaan..
Bayangkan eh, kalau kita nak g picnic kat port dickson, tapi kita buat bekal makanan sikit ja..Boleh makan waktu sarapan je, habes tu, waktu lunch dengan dinner nak makan apa pulak?..huhu..


Pesanan ni ditujukan khas utk diri sendiri..Ingat, biar sekarang kita susah,biar sekarang kita mujahadah, asalkan kita bahagia tika di jannah..=)


Err..telupa pulak tengah cerita pasal muqri tadi..hee
Nway,muqri anak buah ketiga atam..waa..so hepy..to see a baby in my house, again.. and again..insyaAllah.


Tengah khusyu' study nak exam, abang saya telepon. "Wani, cepat la nak bagi nama apa ni, b.cik pening dah pkir. Cadangan wani yang abqari tu bes jugak, tapi kalau muqri pun sedap jugak..xtau dah nak letak nama apa..semua orang kata tepulang kat b.cik"..
Hehe...pertama kali b'gelar abi, dah pening2 nak letak nama anak..tudia la, orang pesan lama dah, pkir awal2..ni baru nak gelabah..Bincang punya bincang, at last setuju nak namakan dengan muqri... Abqari?..for my saving la...=)


Moga amalanmu seindah namamu ye si baby muqri..=)


Update pasal fawwaz, my 1st nephew..makin manja je budak ni..dah la putih melepak,dok buat perangai manja pulak..xpa2, untuk menzahirkan kelelakian fawwaz,nanti atam bawak p bejemur..bagi gelap sikit..baru macho..hihi...Ni dok bagi botak kepala pulak, macam shaolin kung fu dah gaya...=)


fong sai yuk~hihi







Yang si nuha ni lagi lawak..hobi terbaru, suka kejar semut, semua syahid di tangan nuha..petang tadi anak lipas pulak jadi mangsa...haha..nuha2...
nuha bulat~






ok la,till then..panjang pulak kalau dok story bab budak bedua ni...salam=)

1 comment: