Saturday, January 8, 2011

~adapting stage 2~

Alhamdulillah, just finished 4 topics for tomorrow quizzes, so I’ll give myself reward for today’s achievement. Wat is the reward??....jeng3..’ updating blog’..LOL  ..(entah apa punya reward,macam gempak sangat je..hihi)
Tiada apa sangat untuk dikongsi, cuma nak bercerita tentang saya dan uia kuatan, kiranya sambungan adapting stage  la ..

Rutin harian yang sama setiap hari. Banyak kuliah saya yang bermula seawal jam 8. Kalau ada rezeki, ada la bus, kalau xda, masing-masing mengeluarkan alat yang paling berharga di uia; payung..Walau hujan atau panas, kami semua tetap bersemangat ke kelas.
pemandangan luar auditorium~

Setiap hari ke kuliah, menyiapkan assignment, conduct eksperimen, setelkan lab report, prepare untuk quiz, iadah quran, pre-reading untuk next lecture, pegi kafe, ……rutin yang sama dalam tempoh sebulan saya di uia. Kalau saya x memulakan langkah dan mengaktifkan diri, mungkin rutin ni yang akan saya ulang untuk tempoh 4 tahun sepanjang b’gelar mahasiswa.

Saya tidaklah sehebat mana dalam pengurusan masa, tapi tetap juga saya ingin melibatkan diri dalam aktiviti2 lain. Ada juga benda lain nak buat, bukan hanya sekadar membelek dan menghafal nota2 kuliah. Dapat 1 mesej, ‘kamu nak jadi subcommittee untuk Islamic care bureau mahallah x?’…Saya on ja akak..=)

Saya tidak mahu hanya menjadi mahasiswa yang hebat di atas sekeping kertas, tetapi lemah berinteraksi dalam kalangan masyarakat. Memalukan seandainya mahasiswa bijak di dalam dewan kuliah, tetapi bodoh berdepan dengan isu-isu semasa. Pesanan senior, aktifkan diri anda. Ilmu soft skill tak diajar dalam dewan kuliah, tapi hanya dapat dipungut melalui program2. Kita mungkin di ajar teori tentang sabar, ikhlas, komunikasi b’kesan dan sebagainya , tapi praktikalnya hanya akan dapat jika kita turun ke medan.


Esok saya bakal dihidangkan dengan soalan quiz subjek management, entah lazat entah ke tidak hidangan tersebut..(mintak2 la senang..huhu). Walau esok kuiz, dan isnin pun ada kuiz physiology, tetap jugak saya berkeras nak ke talk ust.syaari. Bedah buku, 7 habits by Stephen R.Covey. Ternyata pilihan saya tepat.

Tak dinafi, memang berat subjek2 kat sini, memang memerlukan tumpuan penuh dalam kuliah, memang banyak masa perlu diperuntukkan untuk menelaah. Study memang kena focus, score pointer, tapi jangan sesekali lupa dengan masalah ummah. Siapa kita?!.. Kita adalah khalifah, jadi tugas kita bukan hanya tertumpu di dewan kuliah.
                                                                                                                                        
Physiology,general&systemic  anatomy, molecular biology, computer in science, Islamic worldview, principles&practice of management..Subjek yang saya ambil untuk sem ni.

Physiology-belajar system dalam tubuh manusia, macam mana system ni b’fungsi..(sangat enjoy subjek ni..=)

Anatomy-belajar organization of body structures, apa benda yg form various organ dalam badan..(ni pun bes jugak..suka2)

Molec-belajar bg detail pasal DNA..pasal organization, structure, function of genetic material..(sedang dalam usaha menanam minat. Sir ni kadang2 menakutkan. Waktu lab memang moody semacam. “Why we extract plasmid DNA,but not genomic DNA?..what is the differences between both DNA?”….Semua t’diam, xtau nak jawab apa. “Ok, I give you 1 minute, if you cannot answer my questions, no lab for today!!”….pergh,menggelabah semua cari jawapan, ada yg try jawab, tapi salah..”15 seconds more.”…Alhamdulillah, at last ada jugak brother yg boleh jawab..huuuhu..Lesson for that day, before pegi lab, google dulu apa yg patut pasal eksperiment tu)

Computer- belajar programming, maple, blogging, apa lagi nth..(sir cakap, ‘to be honest,dis subject has nothing much to do wiz ur course’…alahai sir, hilang semangat saya nak belajar..huhu)

Islamic worldview-belajar tentang meanings, characteristics, objectives of Islamic and non-Islamic worldview…(semua pelajar uia wajib ambik subjek ni..gud3)

Management-belajar cmna nak jadi manager, prinsip2, nk urus organisasi..(adoyai..ikhlaslah duhai hati..)

Doakan saya untuk sem ni. Saya ingin mencipta permulaan yang baik. 

Kepada semua sahabat dq saya yang masih di pj, usah bimbang dengan rutin iadah antum yg makin terabai, sebab di kuantan insyaAllah akan terjaga. Sebabnya, sapa yg lepas interview kelas tahfiz, so akan meneruskan pakej tahfiz ni sampai khatam 30 juzu’. 1 sem 5 juzu’. InsyaAllah dalam masa 3 tahun akan iadah 30 juzu’..Ini usaha kami Ya Allah dalam menjaga hafalan yang makin lemah, moga Kau permudahkan.

Sehari-harian melangkah kaki ke dewan kuliah,bukan sekadar menadah telinga atau menyalin nota daripada pensyarah, sebaliknya mempatri paksi perjuangan menuntut kepelbagaian ilmu dan pengalaman untuk menjadi golongan ilmuwan yang sebenar..InsyaAllah.
Oh Allah, bless a new me..

1 comment: