Monday, November 15, 2010

~berkongsi sekadar termampu~

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah atas segala nikmat.


Saya nak sambung sikit lagi bekaitan entry ~jangan sendirian membuat telahan~

Apabila kita melihat sesuatu keadaan ataupun seseorang, kita memang akan ada first impression terhadap perkara tersebut.Kerana first impression, kita akan menjadi terlalu kagum dan hormat terhadap seseorang..Kerana first impression jugaklah, kadang2 kita sampai menghina. Apa yang penting, jangan terburu-buru dalam menilai.




Cara kita berpakaian melambangkan siapa kita..Setuju dengan statement ni??..Terpulang pada pendapat masing2..Nak tinggal komen kat blog ni pun boleh.
Apabila kita berjubah, seolah-seolah semua perkara berkaitan Islam ada dalam pengetahuan kita.
Apabila kita bertudung labuh, hukum wajib,haram,sunat,makruh,harus.., semua kita dah hadam.
Apabila kita berkopiah sepanjang masa, bersedialah untuk jadi imam solat jemaah pada bila2 masa.
Apabila kita pelajar lulusan agama, maka akan ada yang akan panggil ustaz/ustazah.








Sesiapa yang ex student mana2 sekolah agama, ataupun belajar dalam bidang tahfiz, ataupun pelajar lepasan al-azhar, tidak dapat tidak, memang akan dipandang/ dilabel masyarakat sebagai orang yang tahu dan faham agama.
Ayat standard orang selalu cakap..
"hg budak maahad, xkan xtau kot makna ayat quran ni.."
"Hafal quran kan?..boleh jadi imam terawih ni.."


Macam2 lagi contoh kalau nak tulis, masing2 ada pengalaman sendiri. Saya nak bekongsi sikit pengalaman saya dalam hal ni.





Di suatu pagi yang indah..
"Wani, ni che' pah telepon ni..dia kata dia nak mai rumah jumpa kamu"..
Allah..sudaaaahh..kejutan apa plak pagi2 ni..dah start cuak dah, sebab boleh agak dah jiran sebelah rumah ni datang sebab apa.
Che' pah ni suka tanya bab hukum2 agama, makna2 perkataan arab. Sebab tu yang saya cuak, saya bukannya tahu sangat, yang basic2 boleh la sikit2.
"Ma...nak buat2 tidur boleh dak?..x mau jumpa dia"...
"Kamu jangan nak buat hal.. tu haa, che' pah dekat gate dah"....huhuhu..


Ok..tenang2.
Nabi Muhammad pesan apa?.."Sampaikan dariku walau 1 ayat"
InsyaAllah, apa yang termampu saya cuba jawab.
Banyak jugak soalan2 auntie ni yang agak killer..Maka saya pun tersenyum2 simpul sebab x dapat jawab.."hmm, xpa la che' pah..nanti wani cari jawapan untuk soalan ni..dah dapat nanti wani gtau"
Saya segan sikit dgn che' pah ni. Ya la, umur dia pun dah sebaya ayah. nak2 pulak, dia ni pengetua sekolah menengah. Adeyh, terasa betapa kerdilnya si pipit ni nak menjawab soalan2. Bila time dia speaking, lagi la tegagap-gagap saya nak balas balik..


Tapi. saya memang respect dengan auntie ni. Tersangat  merendah diri dalam nak menuntut ilmu.
Walaupun dari segi pangkat, pengalaman, ilmu,dan segala-galanya dia lebih daripada saya, tapi tetap jugak dia nak belajar dari saya yang serba kekurangan ni.
Kita yang masih bergelar pelajar ni, memang perlu ada sifat tawaduk dalam menuntut ilmu.
Analoginya, aliran ilmu ini seperti aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Air akan paling banyak bertakung di tempat yang paling rendah.
Begitu juga keadaannya dengan ilmu. Ilmu perlu ditakung dengan hati yang merendah diri.
Semakin merendah diri seseorang itu, semakin banyak ilmu yang dimilikinya.
Jika kita tawaduk, kita boleh belajar hampir daripada semua orang dan peristiwa.










Alhamdulillah, kami sama2 dapat berkongsi. Apa yang saya tahu, saya ceritakan. Walau ilmu saya sedikit cuma, tapi saya cuba.
Che' pah ni memang suka belajar dan bertanya. Dia siap buat reminder lagi tarikh saya akan berangkat ke Kuantan. Kiranya, dalam tempoh tersebut, dia boleh datang lagi nak tanya apa2 soalan...
"Nanti kalau che' pah x faham apa2 lagi, che' pah mai tanya wani na..che' pah selalu bgitaw kat kawan2 che' pah...' I kalau x fhm apa2, I boleh tanya anak jiran I..dia hafal Quran..You all kalau nak tanya apa2 boleh la ' Che' pah rasa lega.."..
Haisy, serius cuak..




Ada 1 lagi pengalaman yang saya nak kongsi. Dalam perjalanan pulang dari talaqi Sheikh Fahmi Zamzam, sempat saya berbual-bual dengan pakcik teksi ni. Uncle ni buddhist.
"Muslim memang kuat ibadat ke?"..
"Hmm, banyak jugak, sehari 5 kali"..Saya menjawab pertanyaan uncle ni, 2 orang kawan saya di belakang jadi pendengar setia.
Giliran saya pulak bertanya..Berapa kali penganut buddha ibadat, kenapa ibadat guna lidi, kenapa ada makanan dekat rumah tuhan yang warna merah tu, sebab apa x makan daging..Saja saya bertanya walaupun dah tahu jawapan. Jawapan2 uncle tu banyak yang x jelas, dia sendiri pun x faham sangat agama dia.


Saya mula berfikir. Jika saya ditanya pelbagai soalan mengenai Islam, mampukah saya memberikan jawapan yang terbaik. Adakah saya mempunyai pengetahuan yang jelas dan tepat. Mampukah saya memberikan gambaran yang terbaik kepada non muslim tentang Islam.
Koreksi diri, sejauh mana Islamkah kita, sebangga manakah kita menyebut i'm proud to be a muslim, jika ilmu pengetahuan kita tentang Islam sedikit cuma.
Allahu Allah..


"Kalau agama lain kawin dengan muslim, memang kena convert kpd Islam?"..
"Yup, kena jadi muslim jugak"..Pendek ja jawapan, saya pandang wajah uncle ni. Dia mula bercerita perihal seorang kawannya, kawin dengan orang Islam.
"Senang ka masuk Islam?"..Soal uncle ni lagi.
"Islam ni mudah je uncle"..Saya kurang fokus dengan soalan2 uncle, mata saya hanya tertumpu pada meter teksi, apehal laju sangat meter ni. Dompet dah la tengah kurus.


Allah..Saya rasa saya gagal untuk menggambarkan Islam dengan gambaran yang paling cantik kepada uncle ni. Dah ada peluang pun ,sepatah dua ja jawapan saya.
Tapi saya sempat berpolitik sedikit dengan uncle. 2 3 soalan saya tanya uncle.
"DAP @ MCA?"..uncle pilih dap..good3x
"DAP @ BN?"..dap jugak pilihan uncle.
"DAP @ BN @ PAS?"..dap tetap di hati uncle..
"PAS @ BN?"....uncle pilih pas..tersenyum saya, yang tu yang nak dengar.
Uncle ni agak tertarik dengan kes DSAI. Sempat saya jelaskan sikit2 mengenai PKR.
"May God bless you uncle"..saya mengakhiri perbualan kami. Hepy ja tengok uncle ni.








~Sejarah terlampau tenyata berliku dan mendewasakan. Saya manusia jahil. Saya tidak berilmu. Amal ibadat terlalu minimum. Mudah-mudahan Allah ampunkan saya atas kekurangan dan kelemahan ini.
Namun, saya cuba untuk menyampaikan sekadar yang termampu.


2 comments:

  1. "Apakah Erti Saya Menganut Islam."

    Mabruk Wani. Moga perlindungan dan rahmat Allah sentiasa bersamamu.

    Siiru 'ala barokatillah~

    ReplyDelete