Tuesday, September 3, 2013

bff~

discuss nk dekat setengah jam..last2 mkn kat food court.haha


Sehari suntuk bersama. Memanglah a day to remember. Dengan yasmeen, almost 2 ke 3 tahun dah x jumpa. Bulan depan dah nak fly, entah bila lagi boleh nak jumpa ramai2.

Alhamdulillah, Allah hadirkan dalam hidup ni ramai kawan2. Zaman sekolah, darul quran, cfs pj, dan sekarang uia kuantan. Rakan2 sebagai cerminan diri. Dan kalau kawan zaman sekolah, lagilah kenal saya luar dalam. Mana baik buruk, semua dalam poket. Siapa yang paling nakal dulu, masing2 memang x mengaku.

Dalam hidup, kita memang perlukan sahabat. Ada bahagian tubuh yang x mampu kita lihat tanpa bening kaca. Ada bahagian jiwa yang x mampu kita fahami tanpa ketulusan saudara. Mungkin begitulah seharusnya kita dalam berukhwah, terus saling bercermin tanpa lelah.

Detik masa memang kadang2 kita x sedar. Rasa macam x percaya, sudah hampir 6 tahun tinggal zaman sekolah. Rasa macam baru semalam kami curi2 makan waktu cikgu mengajar, kena marah dengan cikgu ros sebab selalu x dapat jawapan add math, kena ‘label’ dengan pengawas aka badan dakwah sebab buat apa yang depa x bagi. Semua fresh lagi dalam kepala, hari last sekolah, semua peluk2 sakan, tulis alamat no phone bagai dalam buku biodata..(zaman tu sapa xdak buku biodata kira lekeh bhai).


hajat yat tercapai nk try cool blog=)

^_^


6 years past..

Sambil2 bercerita perkembangan sekarang, memang x sah kalau x teringat kenangan dulu.
Yat Alhamdulillah dah selamat bertunang, bakal naik tahun 6 as medical student, tapi perangai lawak x senonoh tu memang dah sebati..”yat, nanti aku x mau bersalin kat hg..scary”…dah bagitau awal2..haha. InsyaAllah, a great muslimah doctor in the making=)

Haida Alhamdulillah memang ternyata bahagia, siap p honeymoon kat krabi lagi..ok jeles!!..tahun depan insyaAllah dah nak grad bakal engineer kita tu..x percaya rasa hg ambik course tu, sebab aku tau kita sengsara sama2 dok pulun cari jwpn math, fizik..Indeed, Allah knows the best.

Ain..The sweetest among us. Maneh tu macam kilang gula (kalau puji kot dapat delivery domino kat rumah.hehe).. Pharmacist to be. Single lagi nii..kalau kami jumpa mana2 brother yang soleh lagi segak bergaya, memang kami pass kata ain teruih=)).. Kawan ni sorang paling penyabar, cakap lembut sokmo n bertanggungjawab. May Allah bless your journey in this life ain.

Yasmeen, 2 malam kami buat sesi bedtime story. Qadha sungguh=)) Next month dah nak fly sambung master, tinggal la aku kat Malaysia menahan cemburu.haha. Dari zaman sekolah lagi ujian meen ni macam2, and surely He wants to make u stronger, sekarang aku rasa hang dah boleh tersenyum bahagia. One step closer yow=))

Mizah; yang ni lagi gempak. Hot mama dah kawan ni sorang. Sofiyyah, zuriat solehah from a great womb. X jemu2 mizah ajar math, fizik, kimia. Tapi km dok slow camtu la jugak, haha. Encik suami ada di sisi, insyaAllah penguat utk terus sukses menjadi ummi and on ur way to become a doctor.

A few names lagi yg x  mention, memang rindu sangat kat semua classmates. Far, tirah, reika, nisa’, iffa, mirah, fah, izzah, wardah, azie, shi, saniyah..haih ramai aih kalau nk cerita detail sorang2.haha

second round dating=))
love tank dh penuh..blh balik uia dah^^


Moga Allah rahmati perjalanan hidup kami semua. Sekarang bumi sedang basah dengan hujan. Basah juga bibir saya doakan yang terbaik utk kalian.

Kita x sedar, tapi bumi tetap beredar. Hidup adalah perjalanan yang digariskan memiliki 2 rasa; manis dan pahit, lapang dan sesak, suka dan duka, nikmat dan musibah. Tak seorang pun mampu lepas dari dua rasa itu, hatta mereka yang dicintai-Nya.

Tak berapa nak ingat matan hadith (n malas nak google), nabi bersabda; betapa menakjubkan perihal hidup orang beriman, kerana semua urusannya adalah kebaikan.

Disebabkan musibah dia bersabar, dan sabar itu membuatnya meraih pahala tanpa disangka, dicintai dan ditemani Allah di segala duka. Disebabkan nikmat, dia bersyukur, dan dengan syukur menenggelamkannya dalam rahmat Allah.


Apa pun yang Allah takdirkan terjadi, moga yang mukmin yang bersabar dan syukur itu adalah KITA..

Sunday, August 25, 2013

i'm back~


I stood still, letting the wind gently blow my scarf. The liberation it gives. I just love the feeling. Unconsumed by worries, with no scars to erase, no tears to wipe, just a contented smile to face this life. The breeze gave me all the good feelings I need. I then walked slowly along the lake, when a young couple –newlyweds I assume- caught my attention. How the young man caressed the cheeks of his other half and her, finding solace in his deep blue eyes. They both radiated with only smiles, no words uttered, just eyes locked on each other.
How much I adore you, how lucky I am to have you beside me, what would happen to me if someday you leave. Forgive me for I am not half as perfect as you are- as though their eyes were telling all these words. I felt it too, as they live at the back of my mind. As a memory. It is moments like this which drive me back home; the precious moments of us together while watching our kids grow before our eyes.
Slowly I inhaled the freshness of the air. Reminding me of something my other half once said about breathing our problems away. Many times I would think of it as absurd. How does something as that becomes a cure-all? He’d only smile to this doubt of mine, “You know what, just think about it. It does seem nothing to you. But think about the rush of oxygen into our lungs by the deep breaths we take. How our inner cells get wrapped by these complex processes just to keep us.. well, simply breathing. My love, can’t you see how He has created us so beautifully, how His majestic kindness has allowed us to function well? If you think of this as something insignificant, then think of how even as small as it seems, it is still well taken care of by Him. Let alone the big things that overwhelm us..” He continued his analogy without realizing I was slowly drifting away just thinking of it, with eyes closed.
It didn’t take me long to realize another thing worthy of my attention. It was an old man on his wheelchair, with his wife right next to him peeling off an apple. The wife kept talking, maybe recalling all their old memories, amusing the husband, whom hid all the pain he’s bearing behind his smile. Only a word to describe this: loyalty. I don’t know what else would unfold if they are to share everything of their lives together. I could only see a loyal wife with love filling her eyes, accompanying her husband through a difficult time, loving her husband for everything he is. Oh Allah, may they grow old together and if possible, for eternity. Something I wish for myself as well.
I kept walking while looking at the ground I was stepping on. To see how the grasses just stay alive and fresh despite being stepped on just reminded me of how life goes on. Sometimes I fall, to the point of barely breathing. I would feel the storm, like everything is coming to an end. I would cry all the tears, without realizing there is rainbow waiting at the end of every rain.
Suddenly, I just snap back into reality, to a voice, “Mommy why were you smiling at the grass?”. It is my boy pulling my hands just eager to feed his curiosity. I turn around, and I see my soul and life walking towards us, holding our 3 year old daughter. His smile. It is that, which fuels every of my strength.


...............................................................................................

“Waniii, mama panggilll !!! “
Gosh, bertebaran semua imaginasi. Halilintar punya suara kakak, xdan nak berangan habis. Kalau x mesti dah sampai part saya naik pentas grad utk phd, pastu kami satu family balik m'sia, and bla bla.....
There is nothing wrong with imagination. You imagine your own future, then you create it with your own strength, biiznillah it will becomes reality. Kita masing2 ada dream, nak berjaya dalam kerjaya, rumah tangga, bahagia dan Allah redha dengan cara kita.

About a year tuan blog menghilang, entah la ke mana mencari ilham, tup2 muncul dengan kisah dongeng macam ni..hehe
Btw, tiba2 rasa nk buat narrative story macam tu, nak menceburi bidang novel romantika mungkin. Joking=)
Semua ni gara2 banyak sangat news feed kat fb gmbaq kawan2 walimah..barakallahulakum, forever till jannah insyaAllah. What did I wrote above is not just my dream, tapi mungkin juga sahabat2 yang lain. Semua impikan hati yang tenang dan bahagia dengan keluarga masing2, bina karier bersama2, susah sihat ada yang menemani, and grow older together insyaAllah. Doa saya bersama kalian=)






*finally i decided to write again, after a year, or more.. sekarang tengah gear 1, harapnya x kan bertukar ke gear reverse=)
*hopefully all my writing will give benefit to others..kalau x banyak, 2 3 patah perkataan pun xpa dah. Pelaburan utk akhirat insyaAllah.
*lama sangat dh x menulis, so skill dan idea tersangat la berkarat..forgive me, for any wrong facts and unclear explainations, or maybe harsh words, atau merapu naik tahap dewa.


*tenkiu pada yang masih setia membaca blog berlumut ni, walaupun dh lama x hapdet T_T..  i owe u a lot.. feeling meh~


*sekian saja..salam syawal dari saya^^


orang kedah pun syok dok tengah sawah padi~

Thursday, September 6, 2012

~new sem~

eh eh, sebijik macam aku..hehe



Bismillahirrahmanirrahim^^

Tengah ambik feel ni, last nak update dari rumah..oh tidaaak, esok nak balik dah. Start cuti june hari tu, tuptup sekarang dah september . Tambah tolak, lebih kurang 3 bulan bercuti.

3bulan cuti. Bunyi macam lama kan. Dan ternyata, memang lama. Dah tu, cuti lama2, apa yang hang buat wani?..errr..T_T..insaf2..apa aku dah buat cuti lama2 ni?..seminggu dua ni tidoq pun x berapa nak nyenyak dah, dok pikir buat apa sepanjang cuti..(xnyenyak pun, 7 8 jam jugak kaaan). Xpa la, masa yang dah lepas bukan boleh nk rewind macam cd dah, as long as u realized u had done mistakes, and u determine not to repeat it again<<huhu, ayat pujuk diri sendiri=[




OK.Now we move on. Yesterday is a history, today is a GIFT. Disebabkan gift, ku terasa sangat indah.hehe.so,planning n terus buat plan.prepare apa yang patut untuk next sem.

Sebab apa kena ada plan?..Sebab xmau lari focus. Focus dalam akademik, focus dalam society, etc. Serius, xmau dah jadi macam sem lepas, banyak buang masa.huh

Sem baru, azam baru. Ni sifir standard la kan. Semua orang pun sama aku rasa. Mesti ada yang dah copy paste kata2 semangat, n nanti pelekat kat bilik, mesti dah pakat beli exam pad, pen pembaris bagai. Aku xdak la buat macam tu pun, tapi azam mau haibat. Ka aku ja jenis awai2 ja telebih semangat, mai nak hujung jadi kus semangat dah. Apa2 ja la, yang pasti untuk azam ni, nak didokumentasikan dlm belog,hehe. Gamak2 kata lupa diri, sapa2 tolong suruh aku buka n baca apa yang tulih awai2 dulu.<<eh2, pekatnya loghat kedah.haha

Sem ke 4, insyaAllah study subject pharmacology, immunology, pathology, philosophy of science, tahfiz 4..yang x ambik tahfiz belajar family management and parenting..

Nampak rilex kan sem ni..ternyata mmg rilex, 14.5 ja kottt credit hours..boleh guling2 atas katil..heh, x yah nak mimpi sangat, kerja dok ada belambak2.

Senior kata pharmaco subjek berat. Allahua’lam la berat macam mana, mungkin berat sikit dari wacana pemikiran reformis. Immuno pun depa kata berat. Xtau la apa yang ringan. Yang pasti, sangat cuak dengan tahfiz 4, juzu’ 16-20..errr..bukan nak pesimis, tapi tau dah mesti x habeh muqorror sem ni..xpa la,cuba dulu.

Moga aku x lalai dengan ujian masa lapang.


Azam 1>>>JANGAN P KELAS LAMBAT.
Kadang2 tu sampai bepeluh2 , sebab jalan p kelas dah gaya orang dok jogging. Mana taknya, nak p lecture hall tu jauh la jugak, nak kena merentas desa dulu. Gerak dari asrama pun lambat, sampai kelas tu dah temengah2 dah.Pastu dah sampai,jadi penat, lecturer nak stat ngajar, mata pun mula la nak syahdu. Makin naik sem makin cekap pulak gaya tidur sambil duduk ni.Orang x perasan bhai..haha. Bila dah stat sengguk tu, mula la tangan  pun dok berseni buat tulisan bentuk cacing. Pastu n pastuu…haih, bnyk consequences ni. So ubah yang root problem.

Moga Allah mudahkan jalan nak menuntut ilmu ni. Mudah faham, mudah ingat, insyaAllah~


Azam 2>>TIME MANAGEMENT
Haa, part ni selalu kantoi. Ada ja masa free, jadi x senonoh la aku. Layan perasaan la, tengok movie la, buat2 tidoq la. Plz wani, say no to pembaziran..Pembaziran masa. Allah akan tanya semua ni.huu. Alwaajibat aktharu minal awqaat. Sangat betul, tapi bila Allah uji sikit dgn masa lapang, bukan main membazir aku. Pastu bila banyak keje x setel, mula la nak menggelabah, mnyesal. See wani, u know the effects kan, so, INSAFlah..


buku bwh sekali terpaksa dianaktirikan, telebih muatan..huu

Oleh yang demikian (kata penghubung ni kalau ada dalam karangan, cg.norlia akan bagi markah), utk make sure kan x buat pembaziran besar2an lagi, aku taget nak habeskan buku2 ni sem ni. Sebelum2 ni, xdak taget..kalau rasa nak baca, aku baca..besusun buku sebelah bantal. Bila xdak taget ni, kita x pulun sungguh2 pun kan nak baca bagi habes.



Bila time management kantoi, then rasa berat, nak futur bagai. Amanah ni wani, buat sehabes baik. Semalam, seharian dok siapkan almanac biro, setelkan draft paperwork. Moga Allah nilai segala gerak kerja kami, ameen

~amanah~


Aku mohon keberkatan masa dariMu Ya Allah~


Azam 3>> MONEY MANAGEMENT
Sebelum ni dah penat story konsep six jars ni. upgrading~Tapi sem lepas duit masuk lambat, makanya, berterabur habeh planning aku.Nampak sangat bukan salah aku.haha

Memang la orang kata, money is not everything. Tapi hampa jangan dok cakap kencang la, main dengan xdak duit ni, boleh cacamerba hidup. Jenuh la kalau asyik nak mintak credit advance ja kan. Tetiap hari makan nasik bajet, mau terbantut jugak la tumbesaran kita. So, manage duit kita baik2. Ni pesanan khusus untuk yang tengah menaip, sebb aku jenis pandai guna duit, nak cari tambah duit failed tahap G.

setiap kali outing, make sure bwk budget ni.haha~


Kalau hampa nampak aku dah ala2 nak lupa diri waktu shopping tu, tarik tangan aku masuk toilet, g ambik wudhuk. Kalau ikut mata ni, semua benda bekenan.

3 hari lepas; “Ma, wani nak keluaq esok, nak beli kasut”..
“Kasut lagi?..yang kat rak banyak2 tu kasut sapa?..
“hm, satu tu kasut p majlis formal..yang satu lagi pakai santai2 p kafe ka, meeting ka..satu lagi kalau nak jalan banyak..kasut nak p kelas xdak lagi..errr”
“Dah, kamu xyah dok mengarut..bla..bla”
Haha, kan dah kata..ak cekap peghabeh duit..pastu dah beli, mula la nak sedih tgok dompet sndri.

konklusinya, menabunglah untuk masa depan anak2..


Cukup la rasanya 3 azam aku kongsi kat sini. Ada lagi, tapi lebih b’sifat peribadi. Moga kuat nak laksanakan planning.

Eh, satu lagi nak kongsi. Jaga kesihatan. Tubuh badan ni pun amanah Allah jugak. Sihat fizikal, insyaAllah mudah nk buat semua kerja. Setelah b’bulan2 pikir, lastly aku decide nak ambik herbalife. Niat bukan nk turunkan atau naikkan berat badan, tapi minum ni as nutrition. Jenuh jugak la duit, tapi xpa, pelaburan utk masa depan.Badan ni nak pakai lama lagi, insyaAllah=)

Let me ends my word here..
Kalau aku lalai, tolong ingatkan.
Kalau aku lagho, jampi2 sikit kat muka ni.
Kalau aku nampak malas study, suruh tgok cgpa yg xpnh2 dean list tu.
Tolong doa. Moga kita semua istiqamah. Istiqamah atas jalan kebaikan.
Fastabiqul khairat~


Tuesday, September 4, 2012

~barakallahulakuma~



Bismillah.
Last update ramadhan. Sekarang dah nak masuk pertengahan syawal.Hm, sibuk apa kebenda la kan sampai x dan nk kongsi apa2.

Sebelum idea nk merapu mencurah2 ke ladang gandum, izinkan saya buat perutusan raya=)
Buat sapa2 yang kenal saya, ampun maaf dipinta. Minta maaf kalau ada hak yang x tertunai, kalau update blog benda yang merepek, kalau tercakap direct, n apa2 lagi salah saya yang di luar sedar. Puasa syawal saya berbaki 6 hari lagi, tolong doakan saya sempat habeskan.heh~

These past few days, asyik dok teringat kawan2 sekolah. Sungguh la orang dulu2 kata, tempat jatuh lagi dikenang. Apatah lagi kawan2 yang jatuh sama2 kita kan. Kawan zaman kerja, zaman university, memang xkan sama dengan kawan sekolah. Sebab kawan sekolah ni kenal diri kita yang pure, yang tengah lalui fasa transisi, yang memang betul2 kita la.

Cepatnya masa berlalu. Kalau kita tengok diri sendiri, kadang2 x perasan sangat masa begerak macam bullet train. Tapi cuba tengok anak2 kecil, mula2 baru dok meniarap,tuptup dok berlari dah. Allah, masa. Sungguh masa pun makhluk Allah. Allah jua yang layak untuk beri keberkatan masa pada kita.

Ramadhan lepas, sempat saya, yat, ain jejak tanah sekebun bunga. 5 tahun dulu mungkin la kot sekebun, sekarang pokok dah gaya dusun dah kami tengok. Tempat lepak zaman f4 f5. Badan dakwah x bagi sangat kami dok situ, tapi apa boleh buat, kami jenis ketegaq=)

5 tahun tinggalkan sekolah, hari tu dengan excitednya saya melawat kelas zaman saya sesuci bersih berpakaian seragam. Tengok balik gambaq zaman dolu2, amboinya laa..juruh sungguh..dengan tudung labuh bulat, tangan cekak, siap pakai jarum g habaq mai..kau ada?haha

niat di hati nak jadi lecturer..doakan, insyaAllah~

Duduk di tempat masing2, ambik feeling zaman dok mengaji dulu. Macam budak2 dak?..agak la, xpa, bukan selalu nk mai sekolah. F4 sebelah yasmeen, f5 sebelah yat n haida. Allah, clear sangat semua memori dalam kepala ni. Boleh ingat lagi, setiap kali sebelum tusyen, kami beli ais ketul, boleh makan time mengantuk..pelik tapi benar, instead of cekelat, km pilih ais..ternyata jimat.hehe

5 tahun dulu, setiap kali nak exam, mizah jadi catalyst. Tengok dy study, biasa2 ja..tapi result dy kalau kita tgok kita kata perggghh..Bekampung kat rumah mizah, study sejarah sama2, belajaq math, oh rinduuu T_T

5 tahun dulu, kalau dengan haida, x gelak tu x sah la kan. Hepy sungguh la puteri sorg ni. Sokmo ja kami buat perangai ntahpapa, selalu ja teman dy usha geng kadet kawad..eh, ka dy yang teman gue.haha..apa2 ja la.

Tu cerita 5 tahun dulu. Hari ni dah nak genap seminggu cik puan berdua bergelar suri hati encik suami. Bila haida bagitau nak kawin raya ke7, saya tekejut. Alhamdulillah, Allah pemudah urusan. Then mizah pulak bawak perutusan raja dy, omo omo..lagi la tekejut. Cerita yat pun gempak, xpa, simpan dulu.=)

Seminggu sebelum raya, kami gathering last sebelum masing2 tukar status.  Ni idea mizah, so rumah dy la jadi markaz kami. How la I nak describe perasaan waktu tu. Kami iftor sama2, solat maghrib bejemaah, tadarus surah kahfi, isyak n terawih b’jemaah. Yat imamkan waktu mgrib, saya isyak dan trwih, pastu mizah sambung lagi trwih, pastu ain sambung witir. Serius..syahdu sangat2 waktu tu..ka aku yang telebih tacing..x kisah la apa pun, yang pasti rasa mcm ada rama2 dalam perut=)..

Sharing session is osem. Bukan tazkirah berantai, tapi kisah kasih berantai. Haida, mizah n yat with their stories. Sambil berstory, sambil siapkan hadiah2 mizah. Feeling waktu tu serius undefined,tiba2 sedih kan.Pelik betul anak paksu sorang ni..

Malam tu yang pertama, n mungkin juga yang terakhir kami tidur seselimut. Allah, kalau kami x bekumpul lagi di dunia, temukan kami di syurga sana.

Debaran menanti walimah..haida nampak la cuak..mizah tersangat la cool..haisy..



senyum^^..meleleh2 haida buat episod ayaq mata


ni ha mizah..sampai nak akad dok x cuak2.haha


oh heppy day..hasyemi ternyata gumbira.haha


ni korean style..hanbok bagai..kelasss kau jahh=)


hailaa, gogess sungguh =)

who's nextt??..ternyata la the blue one..hujung taun insyaAllah..sory seksiap la iffa kalau aku xleh balik..=(


Gambar both couples.tersangat la bnyak ain snap..lepas rindu kat kawan2^^

Saya xtau la ni sajak ka gurindam ka, yang pasti bukan pantun.copied from buku "Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah".  Dedicated for newly weds, juga untuk kami yang bujang tang2 ni..=)

Hati-hati bawa hati.
Aduh, susahnya punya hati.
Letaknya tersembunyi,
Tapi geraknya tampak sekali.

Makanya,
Lebih baik punya isteri.
Kalau tersenyum ada yang menanggapi,
Kalau berekspresi ada yang memahami,
Sikapnya lembut x bikin keki<<apakebenda keki ni.haha.laki hg indon hyda kan.phm kot
Kadang malah memuji.

Tuhan x pernah ingkar janji,
Kalau terus menjaga diri,
Akan mendapat pendamping yang lurus hati.

Tapi kalau masih sendiri,
Hati-hati bawa hati.
Kalau sibuk mencari perhatian,
Kapan kamu mengenal gadis yang bisa menjaga pandangan?
Bagusnya sibuk menyiapkan perbekalan,
Tanpa susah2 membayangkan,
Saat-saat x terbayangkan.

Adapun kalau sudah beristeri,
Jangan lupa mengingatkan,
Kalau ada yang dilalaikan tentang perkara yang disyariatkan,
Tapi kalau ia memelihara kewajipan,ingat-ingatlah untuk memberi perhatian,
Jangan menunggu dapat peringatan.

Monday, August 6, 2012

~Nisa' ??~



Bismillahirrahmanirrahim.Syukur Allah atas segala nikmat. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad, kekasih hati ummat.


Yat asked me, Nisa’ tu apa wani?..buat apa n apa program yang ada?.. Sambil pekena cocktail tesco sorang semangkuk, kami 4 sekawan sembang2 ringan. Dari persoalan cara nak pujuk parents bagi greenlight untuk kahwin waktu belajar, hinggalah ke topic isma,ikram,pas,hizbul tahrir. Oh, rupa2nya kami semua sudah dewasa walau luarannya nampak hohahoha dan merepek sepanjang masa.

senget la bakal doc ni sorg..dok merapu lagu tu la=)



Nisa’..apa kebenda Nisa’ ni. Yang pasti bukan identity seorang ukhti yang cantik jelita. Mungkin ada yang dah biasa dengar n dah involve dengan NGO ni. Di sini saya sertakan link bagi yang baru nak tau, mungkin boleh involve dengan nisa’ kawasan masing2. Instead of saya explen n hurai satu2 objektif,visi, misi segala bagai tu kat sini, better hampa p web tu n godek2 sendiri cari nak baca apa, lagi best kan, siap ada warna warni lagi^_^ (sebenaqnya malas nak taip)..>http://mynisa.org/<


Connecting youth; this is our tagline.

Yes, focus Nisa’ untuk golongan wanita muda. Penghubung generasi muda. Boleh saja kalau saya nak mengarang dalam ni matlamat jangka pendek dan panjang, dan modus operandi untuk setiap program, if and even if tajuk post ni ‘pengurusan program’…tapi saya hanya nk memudahkan kalam, biarlah post ini berversi cerita biasa, macam kebiasaan orang simple minded yang x berminat dengan idea2 immanuel kant seperti saya^^

Respon saya pada yat, “Nisa’ ni program dy banyak focus utk geng muda, program nak tarik budak2 yang bermasalah, yang terlibat gejala social bagai..etc..”

Jawapan saya ringkas, tapi dalam kepala terus terbayang wajah 2 orang adik yang saya baru kenal.
Masih muda, masih mentah untuk merasai rencah ujian hidup. Tapi wajah nampak tabah, walau apa yang tersirat di hati mungkin payah untuk dicerita.

Allah temukan kami berwasilahkan Nisa’. Mungkin mereka agak ‘liar’, tapi mereka ringan tulang dan mahu membantu.
Saat pertama kali kami bersalam, dalam hati hanya satu, moga2 adik2 ni x kekok dengan aku. Ya la, penampilan yang sangat kontra, kalau x kena cara, makin menjauh.

Hampir 6 jam duduk bersama, sambil buat kuih raya, sambil guna bulldozer nak korek cerita..sambil menyelam minum air..yang pasti saya x minum air, tapi adik2 ni minum sungguh..haih la, x puasa rupa2nya. Once I know that, dalam hati tedetik, banyak benda nak bercerita nampak gaya.

When they take off their tudung versi anak muda zaman sekarang, saya senyum ja, ok, memang banyak sungguh nak bercerita ni. Rambut x warna kebiasaan anak melayu, di leher terletak elok rantai bertali hitam dan berloket kebenda ntah. Background story yang saya dapat dari ktua nisa’ kawasan, adik2 yang selalu datang tolong ni, mostlynya dah x sekolah, ada masalah family, mak ayah bercerai, efek kat anak2.

Cuba ‘masuk’ perlahan2, x kena gaya, kang aku yang masuk dalam oven. Umur 14 tahun selalunya tempat di sekolah menengah, tapi adik2 ni tidak. Saya tanya kenapa; jawabnya “saya tuang tepung atas cikgu..option sekolah bagi, gantung atau berhenti sekolah..baik stop terus”..oh my….scary den..nak tegelak pun ada, gila ah berani..ada potensi hebat nih=)

Buat kerja sikit, adik2 ni minta izin nak ke kedai bawah.. Betulkan gaya rambut, dah get ready nak turun. Oh, free hair rupanya. Maka pujuk dan puji la kami pun,  ‘hampa lagi cntik kalau pakai tudung bla bla’..nasib baik mau pakai=)

Banyak lagi adik2 ni bercerita, cukup la sedikit saya berkongsi, untuk memberi gambaran reality masyarakat sekarang. Kita xkan nampak semua ni, kalau kita hidup dalam kalangan kita. Kita xkan sedar wujudnya golongan ini, kalau kita masih beramal dengan konsep ‘ekslusif’, Ekslusif memilih isu apa yang nak diperjuang, ekslusif memilih sasaran mad’u, ekslusif memilih profession mereka.

Jika digilap, insyaAllah ada potensi. Jika x disisih, insyaAllah akan makin mendekat. Jika tiada siapa peduli, ke mana hala tuju anak remaja sebegini, yang ada hanya slip upsr, x laku pun untuk sebungkus the ais. InsyaAllah bersama2 dengan Nisa’, ada manfaat untuk mereka.

Yang memberi hidayah itu Allah, kita hanya berusaha sekadar termampu. Kalau yang mampu buat hanya jadi pendengar, so dengarlah. Kalau mampu untuk tegur, lagi baik. Kalau mampu untuk sentuh terus di dasar hati, so go on.  Moga ada redha Allah pada setiap tindakan dan Allah melembutkan hati mereka untuk berubah. Mana tahu, si adik yang tidak tahu pun nama isteri Rasulullah ini,satu hari nanti menjadi pencinta baginda yang paling setia. Allahu Allah. Sungguh, berkaitan hidayah ini di luar kuasa sesiapa, hatta Rasulullah kekasih Allah x mampu menggerakkan hati bapa saudaranya untuk memeluk Islam.

Cerita tentang hidayah, mengingatkan saya pertemuan dengan seorang kakak sewaktu di talaqi Syeikh Nuruddin bulan lepas.

Pakaiannya nyata jauh terlalu zuhud berbanding saya yang berwarna ceria. Serba hitam. Dalam hati; ‘malu pulak rasa dengan akak ni’. Sungguh, apabila kami makin rapat dan selesa bercerita, bertambah saya malu. Malu mendengar kisahnya, beliau yang baru setahun mendapat turning point, begitu hebat perubahan yang dibuatnya. Saya?..huh, masih di tahap yang sama.

Dahulunya tidak bertudung, kehidupan yang social, berkawan mesra tanpa batasan..tapi bila Allah dah bagi hidayah, masyaAllah tabarakallah, kita pulak yang dok begenang mata dok tahan empangan yang nak pecah wktu akak ni bercerita. See, hidayah Allah. Allah beri pada hamba yang terpilih. Kita sebagai hamba, bantu diri sendiri, bantu orang sekeliling.

Moga Allah kekalkan kita semua dalam kebaikan. Ramadhan bulan rahmah dan maghfirah, banyakkan berdoa. Doa senjata dan kekuatan kita.

Connecting youth, connecting to Allah insyaAllah~

Tuesday, July 3, 2012

~biar sikit, tapi kekal~


Bismillah

Cuba nak tidur, tapi susah pulak nak pejam mata ni..yang tadi waktu dok mengajar qiraati, ustazah yang dok tahan mata sebab mengantuk, ni celik pulak dah.

Mudah untuk tidur ialah nikmat, terjaga sebelum subuh pun nikmat..say Alhamdulillah for all His blessing..kalau kita ni x bersyukur, mudah je Allah nak tarik balik nikmat..Pagi semalam boleh ja bangun awal tnpa bantuan jam..mungkin lupa nak kata Alhamdulillah kot, pagi tadi bunyi jam pun dah dengar macam senandung nk suruh lagi tidur ja. 1 tip, kalau dah set alarm, jangan letak dekat dengan kita, nanti tangan ni dengan gatai dan mamainya akan p off alarm tu..Kalau letak jauh2, kita memang x tercapai punya, n kalau dah bingit sangat tu, at last bangun la jugak.

And ternyata malam ni lagi bertambah susah nk tidur sebab baru lepas dapat cerita gempak habeh dari member rapat. MasyaAllah tabarakallah, memang rasa macam nak nangis. Another close fren is going to have zaujah title dis aidilfitri. Kawan rapat sendiri dah nak kawen, rasa macam x percaya..bukan sorang, serentak 2 orang terus bhai..yang lagi best, walimah hari yang sama pulak..Subhanallah^__^.. Hanya mampu doakan yang terbaik buat kawan2, moga Allah mudahkan segala urusan, moga kuat menempuh alam yang penuh badai, moga sabar dengan segala ujian, moga pernikahan ni mematangkan segala tindakan, dan yang paling penting, kahwin bukan untuk 5 tahun, tapi sampai akhir hayat, sampai bertemu semula dalam syurga insyaAllah.

Aiseh, apa pasai ayat aku yang lebih macam dah ada pengalaman ni.haha..bukan apa, belajar dari alam, dari orang sekeliling. I have 3 sisters n a brother, semua dah kawen, dah ada 6 penyeri budak2 comel, so I learnt from them. Macam mana kisah sebelum berkahwin, fasa semanis madu di awal nikah, fasa kenal dan  rapat dengan family mentua, fasa scan kandungan pertama, fasa anak demam, fasa Allah uji dengan keguguran, fasa ada masalah kewangan, fasa bermasam muka, etc..Ni baru sikit asam garam berumah tangga. Realitinya, siapa yang nak berkahwin ni, memang kena mentally and physically prepared. Sebab tu doa saya untuk kawan2, moga KUAT…insyaAllah, Allah tolong.

Kang jadi post bab rumah tangga pulak, nak story bab lain nih.

Sekadar berkongsi, sesimple mungkin saya nak kongsi, moga ada manfaat bagi yang baru tahu.
Sambil susukan ziyad, pilih2 channel, tertarik dengan perkongsian daripada ust don di tv alhijrah..eh, lagu tema alhijrah best, baru perasan. Biasa la, dok dalam hutan Pahang nu, tv memang bnda paling ajaib nak jumpa.

Ni saya kongsikan dari apa yang ingat la.
Tajuk ilmu dan amal, entah la intro kuliah ustaz macam mana, saya dengar pun dah tengah2 dah.



Berkaitan dengan zikir. InsyaAllah mudah ja untuk amal. Amalkan “Laailaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wayumit, wahuwa ala kulli syai'in qodir”100 kali setiap hari. I dunno how to put dis into word, tapi cara huraian ustaz memang sangat terkesan. Fadilat amalkan zikir ni ada dalam satu hadis, tapi malang sungguh la kepala ni, x ingat cemana hadis tu. Xpa, kita ambik mafhum ja la dari explaination ust.
Apa kelebihan amalan ni?, insyaAllah, Allah akan hapuskan 100 perbuatan jahat yang kita buat dari tercatat dalam buku amalan kita. Kita ni dosa cukup cukup banyak. Kadang2 dalam x sedar pun buat dosa. Jangan dok buat tnya la, eh ada ka aku buat dosa banyak tu. Konfem2 mesti ada. Bagi contoh mudah, tengok drama melayu, pastu mulut dengan x sengajanya p komen, ‘eh, dagu dia ni macam cucuk ja’..kan dah tambah akaun jahat kita. Kita ni mudah sangat nak buat dosa, banyak sangat medium yang membuatkan kita update sokmo kuantiti dosa kita. Yang kita sedar kita buat dosa dah banyak, yang kita x sedar pun lagi banyak. Sebab tu antara doa yang Nabi Muhammad pernah baca; “Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku, dan daripada senda gurauku, dan daripada yang aku tidak sengaja, dan daripada sengajaku, dan segala sesuatu yang datang daripadaku……………………(hingga akhir,, mafhum hadis dari Bukhari dan Muslim).

InsyaAllah dengan amalan zikir ni, terhapuslah dosa2 kecil kita. Berapa minit sangat la nak sampai 100 tu, insyaAllah semua boleh amal.

Satu lagi yang kita boleh jadikan amalan harian,  zikir yang sama, tapi kita baca lepas solat subuh dan maghrib, 10 kali. Perkongsian ni saya dapat daripada ustaz muhadir waktu talaqi di pj dulu. Alhamdulillah, masih cuba untuk istiqamah, tapi kadang2 ada jugak lubang.

Ingat eh, nak zikir bukan waktu atas sejadah ja. Waktu basuh pinggan pun boleh, tengah dodoikan anak pun boleh, waktu dok vacuum pun boleh. So, jangan limitkan keadaan untuk kita ingat Allah.

Moga zikir kita bukan hanya menggerakkan lidah, tapi juga menjentik hati untuk ingat Allah.
InsyaAllah~


**wuhuu, best ja post pendek2..
**terjumpa 1 blog, semua post dy simple2 ja, tapi tekesan. Harapnya, pendek post ni tetap ada manfaat


Wednesday, June 13, 2012

~random~


Bismillah.
Baru hari ni teringat nk lawat blog sndri..alahai, last update I month ago dah. See, mati x nak, hidup pun segan..macam ni la gayanya.
Ah, pedulikan ‘hidup pun segan’ tu, yg penting, ‘mati x nak’..So, kita go on ja la kan selagi terdaya..aiseh, bajet optimis.


Untuk keberapa kalinya, saya nak buat blog macam diari, again n again. Maksudnya nak merepek.hee=)
Xdak apa2 yang penting nak kongsi, Cuma random typing ja ni. Tengok la apa kebenda yang nk tertaip. Random thought, so random post.

Pejam celik pejam celik, dah 3 sem as a biomedical science student. Masih terbayang2 lagi, zaman dok nakal kat maktab mahmud dulu, pastu zaman transisi di bumi dq, pastu era mengorak langkah di matrikulasi..Then, here I’am. Di bumi kuantan insyaAllah selama 4 tahun. Kalau ingat2 balik, menarik kan perjalanan hidup kita Allah atur. Dia x bagi kita ni berjaya selalu, ada kala terduduk termenangis jugak sepanjang dok jadi pelajar ni. Kita nakal, Dia tunjukkan jalan untuk berubah. Kita down, satgi ada la bunyi mesej masuk, kawan2 bagi ayat tasyji’ baik punya. 

Contoh exam baru2 ni, to be honest, paper clinical biochem memang menguji tahap intelek sungguh la. Waktu dok jawab tu, tekumat-kamit mulut dok baca doa, bg jadi mudah. Tapinya, memang x ingat sungguh apa yang dah baca, so wat to do lagi. Dok temenung ja la tengok muka lecturer sendiri. Dalam hati, sory doc, I cannot answer yours.. Balik asrama, dok sorang2 dalam bilik, lampu x bukak, langsir pun x bukak. Memang environment baik punya nak layan perasaan down. Kalau tidur pun sambil meleleh2 air mata, tu memang tahap sedih teramat la kan.

Then masuk la mesej. “K.wani, dok down lagi ka tu?”..(entah apa2 kan, umuq ja tua, tapi adik2 yang kena pujuk)
“hm, ok dah sikit”..ok, macam biasa, bohong sunat.
“saje nak share ja ni..bnykkan baca ayat seribu dinar..Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan tunjukkan jalan keluar, serta Dia memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Dialah yang mencukupkannya, sesungguhnya Allah menyempurnakan segala urusan, sesungguhnya Allah menjadikan setiap sesuatu mengikut kadarnya..Moga kita sama2 yakin dengan ayat ni, paper exam dah ada dgn lecturer, xdk sapa boleh bntu dah selain Dia”..

Masa rasa terhenti sekejap. Yup, so true. There so many verses, but how confident we are dengan janji2 Allah tu. Bila dalam situasi yang negative sikit, mula la kan nak jiwa kacau, lupa habes ayat2 Allah.
Ok, percentage down dah makin berkurang.

Then p compartment bie, “bie, k.wani x boleh jawab tadi..bla..bla..”… N ada la nasihat dy dgn cara  tersendiri.

Pastu p compartment fika pulak, “fika, down la dgn paper tadi, tolong bagi tasyji’ sikit:.. Then dapat la tazkirah percuma.

Pastu telefon pulak mama.. Guess wat, ma kata, “xpa, 1 subjek ja x boleh, lagi 9 boleh”… Amboinya la mak aku ni, optimis sungguh..haha

Ok, dah caj semangat. This is my routine, setiap kali exam, akan ada sesi down, sesi cool down sendiri2, sesi p cari orang bg semangat, then, dah boleh go on.^__^..kriteria tambahan untuk my other half, kena pandai bg motivasi.heh~
Nanti bila dah grad mesti teringat semua ni kan. Kadang2 dok harap masa cepat berlalu, kadang2 biar masa lambat2 pun xpa, nk live life to the fullest sungguh2 as mahasiswa ni.

Mahasiswa, study memang study, tapi bila umur pun dah 22 n ke atas ni, mula la topic tunang nikah walimah masuk ke gegendang telinga. On ja fb, ada ja cerita kwan ni betunang, kawan ni nak kenduri bulan sekian sekian. Yang dah betunang ni pulak, macam2 jenis perangai ada, tambah2 pulak kalau dah makin dekat nak walimah, status fb tu mau tangkap jiwang sungguh la kan. Kalau aku jadi tunang dy pun mau kacau jiwa kalau jugak dapat ayat macam tu, haiyyo, macam2.

Tumpang gembira, Alhamdulillah. Hebat kan aturan Allah pada kita, hati yang mula2 kosong, yang xdak apa2 feeling, Dia campakkan perasaan kasih untuk pasangan masing2, bajai dengan kesefahaman, kuatkan dengan ikatan, insyaAllah bahagia. Barakallah untuk junior saya, syakila yang baru mendirikan tangga dalam rumah. Kawan sekolah yang baru betunang few days ago, serius tekejut bila ain bagitau, n untuk geng sebatch yang lagi 2 bulan nak jadi puan. Memang era penukaran status, lepas sorang sorang. Soalan cepu cemas yang selalu kawan2 tanya, “k.wani bila lagi?”……jawapan standard bila orang tnya, “tolong cari sorang”..n nampaknya jawapan macam ni ‘membahayakan’ ..so, kena tukaq skema jawapan lepas ni.

Lagi 2 tahun ke, lagi 3 tahun ke, biar Allah yang atur semua tu. Yang penting diri kita sendiri macam mana nak ke arah membina masjid ni. Apa persediaan yang dah buat?. Dari segi ilmu pengetahuan, emosi, fizikal, kewangan, planning..semua ni dah kena ada dalam planner. Kalau kawin ni semudah nk pikir bab baju kaler apa, nak kek berapa tingkat, baik x payah la derr..

Kawan segeng, yang dok nakal sama2, dok pulun buat fizik sama2, gelak merepek merapu sama2, usha budak kedet sama2, she is going to be puan hyda dalam 2 bulan lagi. Perasaan sebagai kawan, rasa bahagia tu x yah cerita la kan. Tumpang hepy, sapa sangka kan, aturan Allah sehebat ni.

Sambil2 dok taip ni, bukak fb sat. Makanya, muncul la dekat wall status n gambaq kawan2 dulu. Sedih kan, kalau tgok makin luar biasa ja kawan2 ni. Ok ja nak begaya segala benda tu, tapi yang Allah suruh jaga, jangan lupa jaga. Xtau la nak kata apa, dulu sama2 dok hafal hadis, tafsir pom pang pom pang. Sekarang ni?..hmm

Ok dah makin melalut..

Antara taget waktu cuti ni,nak join sebanyak mungkin program, nak keluar ho ha dengan geng sekepala yg dah lama x jumpa, nak buat yang tu, nak buat yang ni, itu ini, last2 I end up here, at my sister house, tlg babysit her youngest boy. Ziyad mahfuz, baru 3 bulan menjengah dunia. Ok. Memang tengah asah parenting skills ni, tapi x susah pun jaga baby kecik macam ni..kalau teriak tu, antara 2 ja, nak susu atau pun nak tidur. Sambil pejam mata pun boleh buat..haha. Malam pulak jadi ustazah, mengajar qiraati n quran. Quite nice jugak la routine ni.

alif fathah aa, ba fathah ba

Luaran nampak cool ja, tapi sebenaqnya dok cuak sorang2. Dok pikir result exam. Benda dah lepas kan, yang penting keep berdoa. Mana nak tau, Allah nak bagi keajaiban. Doa doa doa.


Eh, rupa2nya best jugak dok buat bercerita macam ni..lalala.. Ringan habes punya post. Ni bukan apa, bila dah xdak kawan sebatch, xdak rumet, xdak orang yang kita biasa dok bercerita, so terjemahkan isi hati dlm Microsoft word la jawabnya.=)... nk bercerita dgn ziyad mmg konfem no respon la kan..


yb mahfuz to be insyaAllah^_^


Kiranya post ni warming up setelah sekian lama menganaktirikan blog sendiri. InsyaAllah, akan cuba untuk berkongsi lagi lepas ni, insyaAllah2.^___^