Monday, April 4, 2011

~jemputlah cahaya itu~

Wan tersentak. Disentuhnya wajah sendiri, basah dengan air mata. Mata terasa pedih,mungkin kerana terlalu lama menangis. Rasa terpinga-pinga. Cuba untuk mengingat kembali peristiwa yang berlaku sebelumnya.

Suasana dalam dewan itu tenang sekali, bacaan al-Quran dan alunan qasidah menjadi halwa telinga. Semua yang ada berpakaian serba putih. Wan hanya memerhati dari 1 sudut. Sungguh tenang wajah mereka yang mengikuti pengajian itu. Jumlah yang ramai tu dipecah kepada beberapa kumpulan yang kecil, dan masing-masing mendengarkan bacaan ayat suci.

Wan cuba untuk melihat dengan lebih dekat, tapi bisikan hatinya menghalang. Mereka itu semua lelaki, hanya kau seorang perempuan. Mata Wan mula melilau, mencari mana-mana kelibat kaum hawa. Ke hulur ke hilir Wan mencari, akhirnya terserempak dengan beberapa orang muslimat yang sopan berjubah dan bertudung labuh. Wan memerhati pula keadaan dirinya, jauh sekali perbezaan  pakaian dengan mereka. Terdetik rasa malu, tapi Wan cuba juga menghampiri kelompok itu. Mendapat layanan yang baik dari mereka, menyingkirkan sedikit perasaan malu.

Sungguh bersih wajah mereka, dengan lembut mereka mengajar Wan untuk lebih mengenali Allah. Dengan cara berhemah mereka menegur cara Wan berpakaian, cara Wan menunaikan solat, dan betulkan bacaan al-Quran. Terkesan dengan butir-butir mutiara yang disampaikan..

..berqasidahlah, kerana ia mampu menambah mahabbatun dan rindu pada Nabi..

..bacalah al-Quran..ayat-ayat suci itu mampu menjadi makanan rohani berisi motivasi dan panduan bagi hati yang gersang..

..mujahadahlah untuk tahajud..darinya vaksin terbaik bisa ditemui..

..jangan sesekali lelah mencari benih iman..menyemai baja amal..melakar lukisan ihsan..

..apabila dunia masuk solat..khuatirlah hatimu sakit..kenapa tak bisa mencontohi sifat Nabi dan para sahabiah..

..mujahadah itu bukan mudah..hanya yang benar2 tsabat dan percaya janji Allah bisa sampai ke titik penamat jihad..”

Jarang sekali Wan bangun untuk solat malam. Tapi malam itu Wan ikut bangun untuk qiamullail. Begitu syahdu sekali bacaan imam, dan sungguh tenang waktu di sepertiga malam itu. Hidayah Allah menyapa pintu hati hambaNya yang dikehendaki. Teresak-esak Wan menangis, air mata mengalir tanpa henti. Basah tempat sujud dengan air mata. Syukur ya Allah atas nikmat iman yang dikurniakan..
Menangis dalam mimpi. Sampai terbawa-bawa ke alam realiti. Wan tersandar lesu di kepala katil. Dipegangnya bantal yang masih basah dengan air mata, cuba untuk menafsirkan mimpi tersebut…


…………………………………………………


Saya cuba untuk  menghayati apa yang dirasai oleh Wan. Andai kata Wan itu adalah saya, saya juga akan duduk termangu memikirkan mesej yang tersirat daripada mimpi tersebut. Mimpi itu mainan syaitan, tapi mimpi juga mampu menjadi ilham.

Saya cuba untuk mencari maksud mimpi itu. Mungkin Allah ingin menegur saya dengan cara itu. Terlalu jauh saya menyimpang, sudah lama saya mengabaikan syariat Allah, selalu sangat saya mengendahkan hidayah dari Allah, kali ini, Allah berikan lagi petunjuk. Bukan petunjuk berupa azab neraka, bukan juga peringatan dengan azab kubur, Allah x ingatkan saya melalui mimpi yang menakutkan seperti  Marshanda yang bermimpi kiamat selama 5 hari berturut-turut, tapi Allah ingatkan saya dengan cara yang lembut, disertakan sekali dengan jalan untuk saya berubah.

~Lazimilah diri menghadiri majlis ilmu, pasti hati menjadi lembut untuk menerima teguran. Jangan meletakkan malu pada tempat yang x sepatutnya, ‘malu nak pegi dengar kuliah atau talaqi, sebab aku jahil agama’..Kenapa nak malu pada ahli pengajian yang lain, mereka dulu pun sebegitu, x pernah tahu apa itu sanad,habib,ijazah,qasidah, maulid…Semua bermula dari 0. Topup la ilmu sikit-sikit. Lama-lama angka 0 akan menjadi 100. Terlalu banyak kelebihan majlis ilmu kalau nak diceritakan, cukuplah kita tahu, kita sentiasa dikelilingi malaikat ketika itu. Mana tahu, ilmu-ilmu yang dikutip itu bakal menghadirkan hidayah untuk benar-benar berubah. Jangan jemu untuk imu. Jangan lelah mencari hidayah.


~Dampingilah sahabat-sahabat yang baik. Mereka mampu mengingatkan kita andai ada tersalah langkah. Seringkali kita menjauhi diri daripada mereka yang selalu ke masjid, atau yang Quran selalu di tangan. Alasannya, rasa diri x layak.’ Mereka persis malaikat, siapa aku nak pergi dekat..boleh ke orang macam aku nak join talaqi macam tu, banyak sangat la buat dosa..tudung aku x labuh macam tu, kontra sangat ni’..dan berpuluh lagi alasan yang kita cuba cipta.


Alasan-alasan yang x munasabah itu akhirnya makin menjarakkan kita dengan hidayah Allah. Bukanlah bermaksud mereka itu sempurna sampai mampu menghadirkan hidayah, tapi bersahabat dengan sahabat yang mampu menegur kita insyaAllah akan membuka jalan hidayah Allah kepada kita.


~Bacaan al-Quran jangan ditinggalkan. Pada mulanya, mungkin bacaan kita merangkak-rangkak, tajwid pun lintang pukang, tapi kalau selalu dibaca, insyaAllah Allah akan mudahkan dan lancarkan bacaan kita. Al-Quran, mukjizat teragung Allah, kalimah-kalimah cinta dari Allah, tapi jarang sekali dibaca.Buku-buku pemikiran dan gerakan yang lain mampu dikhatam, novel-novel cinta Aisya Sofea cepat saja dihabeskan, cerpen-cerpen hlovate selalu sangat diulang sampai masyi dengan jargon2 yang ada. Tapi kalau al-quran?..Beralasan kalau nak baca, x sempat la, tunggu malam jumaat la, tunggu kelas fardu ain la..

Bacalah al-Quran, hati yang keras akan menjadi lembut. Hati yang kelam dengan lumpur jahiliah akan diganti dengan sinar iman. Lupakah kita dengan kisah pengislaman Saidina Umar?. Hanya dengan beberapa ayat dari Surah Taha mampu menghadirkan hidayah ke dalam hatinya. Bacalah al-Quran, pasti bakal bertemu hidayah dan ketenangan.




~Tukarlah channel radio kita. Kalau selalu sangat dengar lagu-lagu yang melalaikan, yang entah apa yang disebutnya, lama-lama hati pun semakin berkarat. Kalaulah external auditory canal boleh menapis bunyi yang masuk ke dalamnya, pasti ditapis segala jenis frequency yang menyakitkan telinga itu. Pasti tympanic membrane dan cochlea pun malas nak buat kerja.

Hati ini sifatnya mudah untuk dilenturkan, tapi kalau banyak sangat noda dosa yang bertempek, makin susahlah nak terima apa-apa teguran. Kalau buat dosa pun dah x rasa apa..Dah x rasa yang tu dosa. Macam tu jugak tapak kaki kita. Kalau kulit masih lembut, tertusuk serpihan kayu pun rasa sakit. Tapi kalau kulit dah keras berkematu, terpijak paku pun mungkin dah x rasa apa. Kulit xpa la boleh sapu losyen, hati??

Bukan x boleh nak dengar lagu-lagu omputih, tapi pilihlah yang bermoral sikit. Ni lady gaga pun nak minat, apa cer?..Sami yusuf , yusof islam tu pun omputih apa..Boleh mantapkan English, dapat ketenangan, Allah pun x marah kita nyanyi lagu-lagu yang puji Dia. Kalau x suka lagu English, kumpulan nasyid kat Malaysia ni pun belambak. Mungkin la geng unic tu x sehensem Maher Zain, tapi lagu boleh tahan jugak..haha..



Kalau x minat jugak dengan nasyid, cuba try dengar qasidah n maulid terus. Muzik yang digunakan mungkin la x secanggih genre muzik yang ada sekarang, tapi lirik qasidah dan maulid adalah yang terbaik. Yang dipuji bukan kekasih hati pengarang jantung tanpa ikatan yang sah, tapi lirik-liriknya memuji Allah dan junjungan besar Muhammahd SAW.  Kecintaan kita pada Allah dan Rasul akan bertambah, insyaAllah.


Banyak pulak kesimpulan dari mimpi ni. Pesanan dari diri untuk diri dan sahabat2, bukalah seluas-luasnya jalan untuk hidayah Allah. Jemputlah hidayah Allah dari mana-mana wasilah. Jika dalam usaha kita untuk berubah ini, ada yang memandang rendah pada kita, atau mengecil2kan usaha kita, atau dok pandang2 senget kat kita, bagitau pada orang yang berkenan..”x kan nak tunggu dajjal muncul baru nak stat berubah, xkan x cukup lagi tanda-tanda yang Allah bagi. Dengan fitnah yang semakin menjadi-jadi, gempa bumi sana sini. Selagi matahari masih terbit dari arah yang sama, selagi tu pintu taubat Allah terbuka, rebutlah peluang selagi ada masa”..


11 comments:

  1. Terima kasih ustazah atas perkongsian..menjentik hati yang sudah lama tidak dibalut dengan alunan qasidah dan kuliah talaqi, dek urusan dunia yang tidak pasti hala tujunya. Syukran, muhasabah bersama :)

    ReplyDelete
  2. bila mai mood nk bersihkan hati, mulalah hati berperang dgn nafsu dan bisikan syaitan...

    moga Allah kuatkan kita dalam perang ini =(

    ReplyDelete
  3. ~aishah..
    erk..ustazah..hmm..saya bukan sapa2..hanya seorang hamba yang hina, yang cuba untuk mengingatkan, walau diri sendiri sering alpa dan penuh dosa..

    ReplyDelete
  4. ~naimy..
    setujuu..bila hati stat nak baik, syaitan pun makin kuat mai serang..huhu
    sama2 mujahadah...tutup semua pintu kearah keburukan..sadduzzaraai..

    ReplyDelete
  5. Allah, tersentak hati baca. Betul,kalau nak buat kebaikan sangat banyak halangan. Tapi kalau nak buat maksiat, senang sangat.Jangan malu untuk berubah, malulah kalau kita masih x berubah.

    p/s: Sahabat itu adalah seseorang yang mengingatkan kita kepada Allah. Terima kasih sahabat kerana tika hamba yang lemah ini leka, kau sedarkan.

    ReplyDelete
  6. akak, "Mungkin la geng unic tu x sehensem Maher Zain, tapi lagu boleh tahan jugak..haha.."

    haha. suka ayat ni. promot abang ka?

    btw, akk, شكران للنصىحة

    ReplyDelete
  7. ~wa..
    janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa..tapi malulah untuk buat dosa kerana bnyak kali sudah bertaubat..

    sama2 kita ingtkan..macam kamu x knai k.wani ni..sokmo jugak mai perangai x brapa nk betoi..huhu

    ReplyDelete
  8. ~imaa..
    hehe..promot industri nasyid tempatan..
    jadi PA..balik nnti boleh claim..=)
    afwan...

    ReplyDelete
  9. lagu ni macam kat blog et...i luv this song...ada selawat n asma Allah al Husna...anyway, sonok dapat kawan yang saling tegur menegur n memahami..hmm thanx wani..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..best baca entri ni..rasa nak review kat blog..bole? (^_^) sama2 kita kongsi ilmu.. Kak sempat kenal wani dulu kat sekolah macam mana...rasa gembira jumpa adik ma'had yg masih thabat atas jalan perjuangan ni..teruskan!

    ReplyDelete