Bila bukak fb , mesti ada ja banat2 dq buat ayat2 touching kat status, “masjid dq”, “rindunya kenangan di bumi tarbiyah”, “indahnya berukhwah”, entah apa la lagi yang sewaktu dengannya..
Kalau chat kat ym pun, mesti ada yg ajak turun dq bila2 free nanti..
Kat kuantan ni pun, sokmo ja adik2 ni nak tau pasal dq..”cecite..cecite..”.Maka dengan wajah berseri-serinya, saya pun story la benda2 best kat dq nih..
Serius..memang rindu sungguh, makin betambah rindu bila orang sekeliling asyik dok sebut..
Tengok tepawe je, teringat dq..tengok kettle pun teringat dq..(apa kaitan??..hoho..meh nak story)
Nak cerita pasal dq ni kena ambik feel dulu…Bayangkan tangki besar yang menjadi mercu tanda kat entrance…jalan yang panjang dari gate menuju ke asrama.. masjid separa terapung….banat sedang berjalan penuh kesopanan..banin berbasikal tanpa sebarang kelajuan....…
Jika sesiapa bertanya pada saya dimanakah tempat yg paling best saya penah pegi, tanpa sebarang masalah gagap dalam pertuturan, akan saya menjawab Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu (ya2 ja wani..lepas ni kalau g Australia, konfem jawapan dah x sama..). Bagi sesiapa yang pernah menuntut di sana, hilangkan dari minda anda segala perit jerih yang dilalui sepanjang haluan siswa dan ribath..lupakan sistem pentadbiran yang agak ketat sehingga menyebabkan digelarnya darul quran sekolah menengah agama darul quran..buang dari ingatan segala p'masalahan remeh yang dirasai ketika menuntut di sana, cthnya pertikaian isu2 furu' sesama ahli, ahli yang x komit program bagi sesiapa2 yg b’gelar pimpinan, pimpinan yang x menerima pendapat kita bagi sesiapa yang bergelar ahli, merasai tarbiyah yang dirasai Bilal bin Rabah apabila kita terpilih untuk berjemur di bawah terik mentari tatkala modal hafazan x cukup untuk ditasmi'..dan macam2 lagi la..err..tiba2 banyak pula kenangan pahit..huhu
apa2 pun bukan part x best yang saya nak cerita..tetapi keistimewaan yang terdapat di sana yang saya nak kongsi...
sebab tu saya dah warning tadi..lupakan segala yg pahit..kerana kita nak fokus pada part happy je nih..
manusia ni..Allah bagi nikmat banyak macam mana pun,yg diingat dan diungkit semuanya part kesedihan dan kesusahan..kita jarang sekali menghitung kesyukuran..tapi seringkali berputus asa dgn sedikit kesusahan...sedangkan Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 147,mafhumnya.."Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui"
oppss..tiba2 jadi mood tazkirah pulak dah..niat asal nak imbas kenangan2 manis..(semua ni sebab gangguan dari sister2 uia kat bawah ni..bising benor nak sambut besday pun..hilang tumpuan terus..pelik dgn trend zaman sekarang ni..orang yang nak dirai tu pulak kawan2 jadikan mangsa...lencun besday girl tu dari atas ke bawah..lepas tu sepaket tepung pulak dituang..dah jadi macam sotong salut tepung dah..goreng pun sodap nih=D)....isy..keluar tajuk lagi..fokus2..
Jejaknya kaki saya ke darul quran, maka bermulalah episod sebenar perjalanan saya sebagai seorang insan..
Titik perubahan saya bermula di sini. Tak dak la berubah sangat pun, tapi ada la sifat2 negatif yang dah berjaya dipositifkan.Alhamdulillah.
Kalau dulu kat sekolah, asal naqibah bagitau ada usrah ja, maka dengan riangnya saya menghilangkan diri. Tapi lain situasi di dq. Usrah menjadi teras, so akak2 ni memang berusaha keras . Nak lari ke mana sangat, tup tup jumpa kat dewan makan, x pun solat jemaah sebelah2, x pun betembung kat tasik. Maka, menjelmalah saya menjadi seorang yang commit dengan usrah. Pastu dapat pulak geng usrah yang ‘sekepala’, kira layan ja la..hihi. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya belajar berukhwah melalui usrah.
Zaman dulu2, bab2 ibadah ni x ambik berat sangat. Asal setel benda wajib, dah kira setel dah la. Tapi bila masuk dq, ibadah terupgrade dengan sendirinya. Ya la, kalau orang lain masuk masjid, solat sunat dulu, xkan kita terus nak duduk cari modal, mula2 segan dengan orang sekeliling, lama2 ikhlas tu terimplement dengan jayanya. Kat dq tetiap minggu ada ja majlis iftor, x kan la saya nk g iftor dengan keadaan diri x puasa, so dengan automatiknya puasa sunat jadi amalan. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya tidak berada di takuk yang sama, hanya beribadah ala kadar saja.
Core subject di dq adalah Al-Quran, memang matlamat nak hafal 30 juzu’. Jika sebelumnya hanya sekadar 2 atau 3 page Quran yang dibaca, tapi dah masuk dq, jumlah page meningkat berganda2. Rindu bila terkenang tempoh setahun setengah bermujahadah nak tamatkan hafazan. Quran sentiasa di tangan. Kadang2 tidur pun sambil pegang Quran. Allah mudahkan jalan untuk menghafal, tapi nak mengekalkan hafazan tu yang susah. Saya bukanlah kategori set2 masyi. Kalau ditebuk, konfem2 la belubang teruk..huhu. Rutin setahun setengah bersama Quran, moga2 dapat mengistiqamahkan saya untuk iadah. Walau susah, walau payah, wajib kena iadah. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya sentiasa membaca surat cinta dariNya.
Pakaian banat dq, hanya jubah dan tudung labuh. Perhatian sekali lagi, jubah sahaja. Mula2 dapat surat tawaran tu, menggelabah jugak la naik turun Pekan Rabu nak cari jubah. Tak penah2 wujud jubah pun dalam almari. Lenguh jugak la nak adjust tudung bagi sama labuh depan belakang time nak buat tudung labuh, and nasib baik ada amoi tukang jahit tu boleh tolong jahit, xde maknanya nak jahit sendiri time tu, konfem2 la x reti lagi. Maka bermulalah kehidupan seharian di dq dengan pakaian dan tudung yang serba baru. Setakat nak main netball, main badminton, b’kayak pakai jubah tu memang no hal la. Alah bisa tegal biasa. Paling bestnya, kat asrama pun semua bertudung dan berpakaian sopan, gaya nak g outing ja. Dq, memang terjaga biah solehah. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya dapat memelihara diri.
Banyak sangat kenangan2 best kalau nak cerita semua..Haa, se g, belajar di dq telah menjadikan saya seorang yang suka program, asal ada program ke, talk ke, forum ke, mesti excited nak join. Dan secara x langsung telah melatih saya dalam berorganisasi. Belajar menguruskan perjalanan program, berinteraksi dengan rakan setugas, mencari dana untuk program,etc..Bab cari duit ni, ada kenangan jugak. Dulu bilik saya jadi kilang memproses makanan, sebut ja nak apa, sosej ada, bebola ada, scallop ada. Sebab tu kalau tengok kettle teringat kat dq. Kami hanya menggunakan alat tu ja nak masak semua benda..and kalau nak cocktail, kena g bilik cik afiqah..huhu..i think i shud stop rite now..xmau cerita dah, satgi menjadi2 pulak dok teringat kat set2 tu..=[
Sungguh, bumi itu memang bumi tarbiyah. Ukhwah di situ memang ukhwah fillah. Kami berkasih keranaMu Ya Allah, temukan kelak kami di Jannah..ameen
[p/s: hanya sekadar coretan nak hilangkan kerinduan..=[
tak kira pahit manis kenangan kat dq tu, namun, di sinilah diri dibentuk..dicanang..sehinggalah jadi diri yg sekarang ni.. (dulu, malas nak cerita. menyedihkan~tu je yg dpt dikata. sekarang, alhamdulillah, walau tak lah sebaik mana, atau sesempurna mana, namun kesan tarbiyah dq tu ada..)alhamdulillah. rezeki dari Allah jua, dapat peluang belajar d dq~ =)
ReplyDeletebila Allah takdirkan sesuatu, walau baik atau buruk, itu hnya pada pndgn kita sebagai hmba yg lemah..
ReplyDeletetapi Allah yg menjadikan sesuatu Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya..=)
bilik nescafe...????
ReplyDelete~anq
ReplyDeletehihi..bilik seribu kenangan..xleh nak story anq..hazar...=)
i love memories.... =)
ReplyDeletewalaupun x pernah masuk DQ tapi alhamdulillah diriku mendapat tarbiah dari kakak2 DQ. Syukran jazailan buat semua kakak2 DQ sebab sudi mentarbiah diri saya yang kosong ini.
ReplyDelete~acu..
ReplyDeleteluv u so much la..n those memories too..=)
~wa..
kami pun x sempurna mana wa...tetap jugak bnyak lompongnya..sedarkan kami andai terlena..
ni yg rasa nak patah balik umur ni...nk pi dq~~~
ReplyDeletetapi, masa tetap berlalu pergi...teruskan perjalanan smpai akhirat =)
12/12/2012 - 3.48pm
ReplyDelete