Bismillahirrahmanirrahim...(test jari..rasa keras pulak sendi2 ni nak menaip..esok nak start masuk kuliah mesti lagi kekok nak pegang pen..silap2 tepelanting pen kat lecturer..)
Alhamdulillah..dah bejaya survive 5 hari kat kuantan ni, moga2 Allah akan terus memberi kekuatan pada hamba yg selalu lemah ni untuk hari2 mendatang..
Sekadar nak bercerita pengalaman berada di tempat baru untuk entry kali ni.
Dipendekkan cerita, selesai sudah sesi pendaftaran..Dengan penuh excited, angkat barang naik mahallah. Tapi x lama mana excited tu. Tingkat 4 weh..mau tecabut kasut..(mmg tetinggal kasut pun, tapi cinderella versi x bes, sebab xdak prince tolong pakaikan, kena ambik sendiri..haha)
Kesian mama ngn ayah, penat angkat barang, nasib baik la adik ada, boleh jugak hulurkan tangan ringankan beban. X sempat nak buat drama panjang dengan family sebab dah nak start orientasi. Tapi 'banjir' la jugak salam dengan mama..huhuu
So far, ok la orientasi ni, sat ja pun..x sempat nak keluar peluh.
Paling syahdunya bila balik bilik. Ya la, sorang2. Nak buat macam mana, ditakdirkan tergolong dalam golongan yang dapat bilik untuk sorang. Bilik dah la besar, pastu dok sorang2,huhu
3 hari pertama kat sini, banyak la jugak sesi merungut.
-x puas hati sebab dapat tingkat 4..
-dapat bilik untuk sorang2, akan menjalani kehidupan selama 4 tahun tanpa rumet..
-monyet suka buat pesta kat mahallah talhah ni..cuak sih, sekali depa mai, rasa nak tecabut jantung..ganas belaka..
-nak keluar g bandar macam susah sikit, kekurangan transport kat sini..prebet pun sikit ja..lain la kalau dq, berebut-rebut pakcik prebet nak kat banat..aiseh, ayat xleh blah...=)
-jauh jugak kalau nk g kuliah, kalau sempat naik bus ok la..kalau telepas, dekat 15 minit jugak nk kena jalan kaki..kena pulak kalau time panas terik..
Tudiaa..merungut ja tau...kata nak jadi muslimat powerpuff girl, tapi manja semacam ja nih..
3 hari pertama saya agak sensitif dan negative-thinking..serba x kena.
Tarbiyah dan peringatan daripada Allah tu dalam pelbagai cara rite?..=)
Bila tengok orang lain lagi susah dari kita, baru kita akan belajar bersyukur..baru kita akan nampak kebaikan sesuatu perkara kalau kita lihat sesuatu dari sudut yang positif..
Syeikh Athailah Al-Sakandari berpesan melalui tulisannya; "Barangsiapa tidak bersyukur atas nikmat2 Allah, bererti ia menawarkan diri bagi hilangnya nikmat2 tadi. Dan barangsiapa bersyukur atas nikmat2 Allah, bererti ia mengikat nikmat2 itu dengan talinya"
-ok apa dapat tingkat 4...kira macam tetiap hari riadah. Naik turun tangga,betambah slim la. Kalau nak tengok jadual kuliyah tetiap hari, macam x sempat ja nak riadah. Tapi dapat bilik tingkat 4 ni, alhamdulillah la..=)
-xdak rumet, memang agak sunyi..xpa2, positifkan dengan memandang dari sudut lain. Xdak orang dalam bilik, maksudnya, kurang la sesi bual2 kosong, gosip dan sewaktu dengannya. Allah tetapkan untuk saya sebegini, maksudnya Allah nak saya lebih banyak berinteraksi dengan Dia, banyakkan masa untuk iadah Al-Quran, luangkan masa untuk tambah ibadah dan thaqafah..alhamdulillah..=)
-monyet mengganas kat mahallah..memang kecoh waktu tu, tapi bila dah jumpa senior, tnya bab2 monyet ni, rasa ok la sikit. Senior cakap, monyet jarang datang mahallah saya ni. Port monyet2 ni selalunya kat mahallah maimunah, tapi disebabkan sekarang tengah cuti sem, sebab tu geng monyet datang mahallah yg ada org ja..lepas ni insyaAllah xdatang dah..alhamdulillah..(err..macam jahat jek, seronok atas kesengsaraan orang lain..=[
-ok r tu kurang g bandar..mksudnya kurang la habeskan duit..mak ayah pun sayang lebih cmni..alhamdulillah..=)
-15 minit tengah panas..apa la sangat kalau nak compare dengan keadaan di padang mahsyar kelak..Allahu Allah....Alhamdulillah Allah sentiasa ingatkan saya dalam pelbagai keadaan..=)
Bergelar mahasiswa memang akan banyak cabaran sebelum berjaya memperoleh segulung ijazah..kita akan sentiasa sibuk bergelut dengan hal2 pembelajaran yang x kunjung padam..akan sentiasa bergelora dengan bermacam kerencaman rasa masalah peribadi..akan sentiasa bergolak dengan pelbagai karenah manusia sekeliling,antaranya ragam kawan2 sepengajian dan sistem pentadbiran universiti..Selagi pengajian belum tamat, selagi itu terpaksa lalui jalan ini, berliku,berduri,bersimpang,bersiur..
Kaki baru mula hendak melangkah, jangan mudah mengalah..jangan mudah menyerah..
Mengapa perlu mengeluh?Bukankah segala tahap2 kesukaran yang Allah beri itu akan mengukuhkan tembok keteguhan jiwa dan iman?...Bersyukurlah bila sekali-sekala diuji..=)
Moga ada jalan, moga ada ruang untuk saya meraih makna perjuangan, makna pengorbanan, makna kemenangan yang dituntut dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalan ke syurga."
Berikan kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah..Kuatkan juga sahabat2 seperjuangan saya yang lain..Moga kami semua teguh berdiri dalam perjalanan ini..Ayuh bergandingan meniti jalan ke syurga..=)
Allahumma ameen....
selamat berjuang acik!
ReplyDeletemerdeka nnt anje mai jemput ea =)
ohh..jemput achik jer..
ReplyDeletemmg dok berjuang pun..pagi tadi bukak2 pintu,monyet dok depan pintu..rasa mcm nk pengsan...huhuuu
ReplyDelete12/12/2012 - 3.07pm
ReplyDelete