Thursday, February 6, 2014

i'm final year student^^

2014, 24 tahun, tahun ke-4 di uia..

Makin meningkat usia, makin bertambah tanggungjawab. Life is getting serious.  (sambil menaip ni sambil dengar rakaman kisah perang mu’tah, lagi la mode serius meningkat @@)

Bermula semester lepas, pelajar tahun akhir dah bertungkus-lumus dengan dunia final year project (fyp). Dan nak membuktikan banyaknya kerja fyp ni, memang pagi petang sampai malam, dok bertapa dalam makmal ja. Paling lewat penah stay kat lab, sampai 2 pagi. Ada kawan2, so ok la..kalau sorang dua tu, mau meremang jugak bulu roma..


Positive mind, jangan keluh-kesah, banyak bersabar, doa selalu, zikir jangan tinggal, jaga hubungan dengan Allah, dengan kawan2, kalau stress sangat p tidoq>>> ni reminder yang selalu saya ingatkan utk diri sendiri..Serius bhai, dalam keadaan stress macam ni, kita tend to down sangat2, rasa nak give up. Sebab tu penting untuk motivatekan diri selalu.




Allah's love is greater^^
Setiap individu kenal diri masing-masing. Kalau tengah lemah semangat, macam mana nak berdiri semula. Ada yang jenis menangis satu round, then ok dah. Ada yang jenis layan running man satu dua eposide, then recover dah. Ada yang kena keluar hang out dengan kawan2, manja2kan diri g makan secret recipe bagai, then semangat balik. X nafi, semua tu mujarab ja.  Tapi tapi tapi, penawar yang paling utama, kembali pada fitrah. Seriously, fitrah kita semua yang mengharapkan pertolongan dari Yang Satu. Saat dahi bertemu lantai, semua gundah diluah padaNya. Allah Yang Maha Mendengar, Allah Yang Maha Pengampun, Allah Yang Maha Mengetahui, yang x pernah tinggal hambaNya walau sedetik, cuma kita yang sangat alpa, bila resah baru nak cari sejadah, bila rasa dah x ada jalan, baru nak pegang Quran. Allahu, moga kita semua cari Allah di setiap saat, di saat susah atau senang. Dia yang mengaturkan perjalanan hidup kita, pasti Dia x akan biar kita sendiri. Kalau Dia bagi kita masalah, pasti dan pasti ada hikmah.  Tolong ingatkan saya kalau saya terlupa hakikat ini.


Hari ni dah jumaat. Time flies ka, runs ka, xtau la..yang pasti cepat sungguh masa bergerak.  Minggu pertama semester ke-7, ke sana ke sini utk fyp, dan weekend ni, jangan harap nak p berfoya-foya macam orang lain, u’ve got 3rd sample of plant to be extracted..ohmaigod T_T.. Minggu kedua, insyaAllah akan ada fyp progress presentation. Alhamdulillah, dapat examiner yang memang dok doa selalu=).. Minggu ketiga akan run sample utk GC-MS result.. Minggu keempat kelima keenam n so on.. Moga Allah redha perjalanan saya menuntut ilmu.

Sunday, November 24, 2013

terus belajar~

Rabbi yassir…
Tiada kata yang terungkap, saban hari mendoakan agar dipermudahkan urusan..

Alhamdulillah, it finished=)
Minggu-minggu yang menyesakkan aliran oxygen ke paru2 dah berakhir (kott..)
This is the only week, rasa macam dah sedikit normal..muka pun x ‘ketat’ sangat, kepala pun x berserabut sangat.. btw, ada banyak lagi yg nk kena setel, tapi apa2 pun, kita tekan button pause and keep calm kejap..let me sharpen my saw first, before saya p ‘tebang mana2 pokok’


Menjadi seorang ketua x mudah, menjadi seorang pengikut pun x mudah, ini kata2 yang pernah saudara Hasbie Muda ungkapkan.. Lalu saya membuat tafsiran sendiri; kalau ditakdirkan/dipilih menjadi ketua, pasti ada hikmah..mungkin kalau saudara menjadi seorang pengikut, saudara x mampu menjadi pengikut yang baik, selalu rebell mungkin.. nah, sekarang dah jadi ketua, lead your team baik2. Sama juga kalau saudara seorang pengikut, hikmahnya mungkin saudara seorang pelaksana yang sangat baik, mampu membahagi masa sebaiknya untuk setiap tugasan. Indeed, Allah knows the best.

It almost a year dah saya memegang taklifan sebagai ketua untuk sebuah society. Sepanjang tempoh, u tell me apa lagi yang saya x rasa. Kadang2 tersenyum sendiri teringat waktu2 yang dah berlalu. Is it really me myself yang lalui semua tu. Pointnya, never underestimate yourself. When u have Allah, ur own creadibility and experience, ur closest friend yang x kira masa support, insyaAllah u will survive along the journey=)

Saya belajar banyak perkara, ayat yang sama saya ulang pada mana2 yang bertanya, kalau u jadi ketua, n tambah2 kalau utk society *****  ni, u will learn a lot. Karenah anak2 buah yang kdg2 bikin sakit kepala, residents yang outspoken/ complainer  tahap x tergapai akal, management yg itu ini; memang buat tidur x lena, sampai satu tahap, makan sambil menangis (bukan sebab pedas bhai, tapi emosi memang tahap robek teruk dah tu)

Mungkin saya x mampu nak kongsi semua dalam post ni, tapi jz let me jot down some of lessons I got from this beautiful journey=)

*Urus emosi sebaiknya.
Jangan sampai, gagalnya seorang ketua mengurus emosi, habis porak-peranda semua kerja. Tambah2 kalau ketua tu seorang perempuan. Dan tambah lagi kalau tengah gangguan hormone cycle. Letakkan emosi pada tempatnya, jangan rasional hilang kerana melayan emosi. Pernah satu ketika saya lead meeting, awal tenure kalau x salah. Walaupun berkali2 saya pesan, kalau x dapat datang meeting, text me maklumkan ur absence, tapinya bila masing2 dah besar panjang ni, ikut cara sendiri ja. Korum meeting penting x cukup satu hal, yang datang pulak, jobscope masing2 x setel. And tambah pulak lagi yang datang lambat, then masuk meeting, buat meeting lain pulak kat belakang. God, I feel like to punch everyone there.haha..joking.  Perasaan waktu tu jangan tanya la kan mcm mana, cuba nak senyum, tapi kelat semacam ja rasa. Then I stop talking. Istighfar dan terus istighfar. Kalau silap langkah, mungkin saya dah hentak meja tu, x pun saya halau yang asyik dok bercakap tu, atau mungkin jugak saya tengking pada yang sepatutnya………but then Alhamdulillah, I didn’t. Nasib baik la kan, kalau x, awal2 tenure lagi dah berpecah-belah. Kalau tengah marah, apa yang Rasulullah sarankan?.. boleh google sapa yang ingat2 lupa. Alhamdulillah, saya cuba tenang, emosi marah yg tgh memuncak tu cuba saya rasionalkan. Instead of marah, banyak lagi cara lain nak setelkan isu=)

Another scene, jz happened a week ago. Waktu tu saya betul2 nak hangin. Program start pukul 8.30, tapi pkul 8, komiti2 yang sepatutnya dah stand by still x sampai. Vip dah sampai, transportation x konfem lagi, plug computer buat hal, xdak b/up laptop, catering x setel lagi, etc …. and where are they??..
‘k.wani, jangan marah macam ni, takut tengok’.. tegur salah seorang anak buah. Mungkin cuak tengok saya tekan minyak tadi.haha.. Ikut emosi waktu tu, tengah serabut n marah, rasa nak fire ja sapa yang x setel lagi kerja. But then, instead of saya pulak dok tambah masalah, baik la tolong setelkan mana yang x setel. Nak komplen ka apa, tnggu postmortem.  Maka jadi la bidan terjun kejap time tu=)..pengalaman2

Yes, kadang2 emosi tu perlu dalam certain keadaan, tapi jangan emosi melulu mendahului waras. Sedih, marah, stress, etc semua ni antara emosi yang kita selalu alami, jadinya urus emosi sebaiknya. Di saat marah naik memuncak, tarik nafas dalam2 dan rasionalkan minda. Di saat sedih bagaikan nak hilang nyawa, ingat segala nikmat Allah yg x pernah berkurang.




*belajar buat decision

‘k.wani, ada kat mana?..urgent ni..saya ada masalah dgn vendour stall..nak minta k.wni buat decision asap’

‘k.wani,  plug ni meletup, computer, speaker semua x function..macam mana ni?’

Walaupun sekecil-kecil perkara,  anak buah akan rujuk pada ketua.  Perlu rasional buat keputusan, apa pro n cons, kena timbang betul2. Salah catur, tempang pergerakan. Belajar buat decision, belajar juga tanggung apa2 risiko dari keputusan yg kita decide. Bukan sekali pernah bertelagah dgn management, kadang2 keputusan yg kita decide x sama dengan kehendak management, maka bersedialah nak ‘menjawab’.
Pernah sekali satu meeting yg saya conduct, almost pukul 1 pagi habis. Saja saya buka sesi luahan perasaan di awal semester. Memang teruji aspect decision making saya. Moga2 keputusan yang kami ahli mesyuarat putuskan malam tu bukan berlandaskan emosi semata2.


*Time management
God, this is!! Yang paling saya belajar bila dalam society ni, jaga masa elok2. Manage ur schedule, prioritize every single thing, do not procrastinate (haha, this is truly my weakness). Betul la, manusia ni kalau tgh sibuk, baru betul2 akan hargai masa. Even boleh terlelap 10 minit pun rasa macam, ‘Allah, how wonderful nikmat tidur yg sekejap tu pun’. But then, bila x sibuk, tidur 7 jam pun rasa x cukup lagi.
Kadang2 satu malam meeting sampai 2@3 bertembung, nak pulak kalau esok tu kena submit esaimen atau ada quiz..mau senyum ja la tgok nota. For those yg x pernah join society, tersangatlah saya menyarankan, join even sekali, then u will feel the feeling. Macam mana eh nak explen, kita mmg rasa sibuk, x cukup masa, tapi kepuasan tu, mmg x dpt nak explen=)


*work as a team
Part ni saya lemah, nk berteori itu ini mudah, bila dalam real situation, hampeh semua. Seriously saya kena muhasabah balik aspect ni, kadang2 timbul rasa x percaya nak serahkan kerja kat orang lain, sedangkan saya yg selalu ulang2 dalam meeting, we work as a family. Belajar wani belajar, put ur trust.
Semua orang ada kemahiran dan skill berbeza, sebab tu perlu kenal pasti kekuatan tersendiri anak buah, then baru boleh decide position mana yang sesuai. Belajar dari kesilapan, belajar dari keadaan, dan yang paling penting, jangan ego utk mengaku salah, even u’re at the top.






Allahu, banyak lagi kalau nak berkongsi ni, setahun yang cukup bermakna saya kira. Allah takdirkan ini jalan saya bukan utk saja2, tapi saya percaya, Allah ingin membentuk peribadi hamba ini, to be a better person. Moga Allah ampunkan segala amanah2 saya yg masih x tertunai.

Hilang beban amanah ni, rasa ringan sedikit nak melangkah. Amanah itu berat, jangan buat main2, boleh saja menjadi kemuliaan, atau mengheret ke lembah hina, astaghfirullah



Tuesday, September 3, 2013

bff~

discuss nk dekat setengah jam..last2 mkn kat food court.haha


Sehari suntuk bersama. Memanglah a day to remember. Dengan yasmeen, almost 2 ke 3 tahun dah x jumpa. Bulan depan dah nak fly, entah bila lagi boleh nak jumpa ramai2.

Alhamdulillah, Allah hadirkan dalam hidup ni ramai kawan2. Zaman sekolah, darul quran, cfs pj, dan sekarang uia kuantan. Rakan2 sebagai cerminan diri. Dan kalau kawan zaman sekolah, lagilah kenal saya luar dalam. Mana baik buruk, semua dalam poket. Siapa yang paling nakal dulu, masing2 memang x mengaku.

Dalam hidup, kita memang perlukan sahabat. Ada bahagian tubuh yang x mampu kita lihat tanpa bening kaca. Ada bahagian jiwa yang x mampu kita fahami tanpa ketulusan saudara. Mungkin begitulah seharusnya kita dalam berukhwah, terus saling bercermin tanpa lelah.

Detik masa memang kadang2 kita x sedar. Rasa macam x percaya, sudah hampir 6 tahun tinggal zaman sekolah. Rasa macam baru semalam kami curi2 makan waktu cikgu mengajar, kena marah dengan cikgu ros sebab selalu x dapat jawapan add math, kena ‘label’ dengan pengawas aka badan dakwah sebab buat apa yang depa x bagi. Semua fresh lagi dalam kepala, hari last sekolah, semua peluk2 sakan, tulis alamat no phone bagai dalam buku biodata..(zaman tu sapa xdak buku biodata kira lekeh bhai).


hajat yat tercapai nk try cool blog=)

^_^


6 years past..

Sambil2 bercerita perkembangan sekarang, memang x sah kalau x teringat kenangan dulu.
Yat Alhamdulillah dah selamat bertunang, bakal naik tahun 6 as medical student, tapi perangai lawak x senonoh tu memang dah sebati..”yat, nanti aku x mau bersalin kat hg..scary”…dah bagitau awal2..haha. InsyaAllah, a great muslimah doctor in the making=)

Haida Alhamdulillah memang ternyata bahagia, siap p honeymoon kat krabi lagi..ok jeles!!..tahun depan insyaAllah dah nak grad bakal engineer kita tu..x percaya rasa hg ambik course tu, sebab aku tau kita sengsara sama2 dok pulun cari jwpn math, fizik..Indeed, Allah knows the best.

Ain..The sweetest among us. Maneh tu macam kilang gula (kalau puji kot dapat delivery domino kat rumah.hehe).. Pharmacist to be. Single lagi nii..kalau kami jumpa mana2 brother yang soleh lagi segak bergaya, memang kami pass kata ain teruih=)).. Kawan ni sorang paling penyabar, cakap lembut sokmo n bertanggungjawab. May Allah bless your journey in this life ain.

Yasmeen, 2 malam kami buat sesi bedtime story. Qadha sungguh=)) Next month dah nak fly sambung master, tinggal la aku kat Malaysia menahan cemburu.haha. Dari zaman sekolah lagi ujian meen ni macam2, and surely He wants to make u stronger, sekarang aku rasa hang dah boleh tersenyum bahagia. One step closer yow=))

Mizah; yang ni lagi gempak. Hot mama dah kawan ni sorang. Sofiyyah, zuriat solehah from a great womb. X jemu2 mizah ajar math, fizik, kimia. Tapi km dok slow camtu la jugak, haha. Encik suami ada di sisi, insyaAllah penguat utk terus sukses menjadi ummi and on ur way to become a doctor.

A few names lagi yg x  mention, memang rindu sangat kat semua classmates. Far, tirah, reika, nisa’, iffa, mirah, fah, izzah, wardah, azie, shi, saniyah..haih ramai aih kalau nk cerita detail sorang2.haha

second round dating=))
love tank dh penuh..blh balik uia dah^^


Moga Allah rahmati perjalanan hidup kami semua. Sekarang bumi sedang basah dengan hujan. Basah juga bibir saya doakan yang terbaik utk kalian.

Kita x sedar, tapi bumi tetap beredar. Hidup adalah perjalanan yang digariskan memiliki 2 rasa; manis dan pahit, lapang dan sesak, suka dan duka, nikmat dan musibah. Tak seorang pun mampu lepas dari dua rasa itu, hatta mereka yang dicintai-Nya.

Tak berapa nak ingat matan hadith (n malas nak google), nabi bersabda; betapa menakjubkan perihal hidup orang beriman, kerana semua urusannya adalah kebaikan.

Disebabkan musibah dia bersabar, dan sabar itu membuatnya meraih pahala tanpa disangka, dicintai dan ditemani Allah di segala duka. Disebabkan nikmat, dia bersyukur, dan dengan syukur menenggelamkannya dalam rahmat Allah.


Apa pun yang Allah takdirkan terjadi, moga yang mukmin yang bersabar dan syukur itu adalah KITA..

Sunday, August 25, 2013

i'm back~


I stood still, letting the wind gently blow my scarf. The liberation it gives. I just love the feeling. Unconsumed by worries, with no scars to erase, no tears to wipe, just a contented smile to face this life. The breeze gave me all the good feelings I need. I then walked slowly along the lake, when a young couple –newlyweds I assume- caught my attention. How the young man caressed the cheeks of his other half and her, finding solace in his deep blue eyes. They both radiated with only smiles, no words uttered, just eyes locked on each other.
How much I adore you, how lucky I am to have you beside me, what would happen to me if someday you leave. Forgive me for I am not half as perfect as you are- as though their eyes were telling all these words. I felt it too, as they live at the back of my mind. As a memory. It is moments like this which drive me back home; the precious moments of us together while watching our kids grow before our eyes.
Slowly I inhaled the freshness of the air. Reminding me of something my other half once said about breathing our problems away. Many times I would think of it as absurd. How does something as that becomes a cure-all? He’d only smile to this doubt of mine, “You know what, just think about it. It does seem nothing to you. But think about the rush of oxygen into our lungs by the deep breaths we take. How our inner cells get wrapped by these complex processes just to keep us.. well, simply breathing. My love, can’t you see how He has created us so beautifully, how His majestic kindness has allowed us to function well? If you think of this as something insignificant, then think of how even as small as it seems, it is still well taken care of by Him. Let alone the big things that overwhelm us..” He continued his analogy without realizing I was slowly drifting away just thinking of it, with eyes closed.
It didn’t take me long to realize another thing worthy of my attention. It was an old man on his wheelchair, with his wife right next to him peeling off an apple. The wife kept talking, maybe recalling all their old memories, amusing the husband, whom hid all the pain he’s bearing behind his smile. Only a word to describe this: loyalty. I don’t know what else would unfold if they are to share everything of their lives together. I could only see a loyal wife with love filling her eyes, accompanying her husband through a difficult time, loving her husband for everything he is. Oh Allah, may they grow old together and if possible, for eternity. Something I wish for myself as well.
I kept walking while looking at the ground I was stepping on. To see how the grasses just stay alive and fresh despite being stepped on just reminded me of how life goes on. Sometimes I fall, to the point of barely breathing. I would feel the storm, like everything is coming to an end. I would cry all the tears, without realizing there is rainbow waiting at the end of every rain.
Suddenly, I just snap back into reality, to a voice, “Mommy why were you smiling at the grass?”. It is my boy pulling my hands just eager to feed his curiosity. I turn around, and I see my soul and life walking towards us, holding our 3 year old daughter. His smile. It is that, which fuels every of my strength.


...............................................................................................

“Waniii, mama panggilll !!! “
Gosh, bertebaran semua imaginasi. Halilintar punya suara kakak, xdan nak berangan habis. Kalau x mesti dah sampai part saya naik pentas grad utk phd, pastu kami satu family balik m'sia, and bla bla.....
There is nothing wrong with imagination. You imagine your own future, then you create it with your own strength, biiznillah it will becomes reality. Kita masing2 ada dream, nak berjaya dalam kerjaya, rumah tangga, bahagia dan Allah redha dengan cara kita.

About a year tuan blog menghilang, entah la ke mana mencari ilham, tup2 muncul dengan kisah dongeng macam ni..hehe
Btw, tiba2 rasa nk buat narrative story macam tu, nak menceburi bidang novel romantika mungkin. Joking=)
Semua ni gara2 banyak sangat news feed kat fb gmbaq kawan2 walimah..barakallahulakum, forever till jannah insyaAllah. What did I wrote above is not just my dream, tapi mungkin juga sahabat2 yang lain. Semua impikan hati yang tenang dan bahagia dengan keluarga masing2, bina karier bersama2, susah sihat ada yang menemani, and grow older together insyaAllah. Doa saya bersama kalian=)






*finally i decided to write again, after a year, or more.. sekarang tengah gear 1, harapnya x kan bertukar ke gear reverse=)
*hopefully all my writing will give benefit to others..kalau x banyak, 2 3 patah perkataan pun xpa dah. Pelaburan utk akhirat insyaAllah.
*lama sangat dh x menulis, so skill dan idea tersangat la berkarat..forgive me, for any wrong facts and unclear explainations, or maybe harsh words, atau merapu naik tahap dewa.


*tenkiu pada yang masih setia membaca blog berlumut ni, walaupun dh lama x hapdet T_T..  i owe u a lot.. feeling meh~


*sekian saja..salam syawal dari saya^^


orang kedah pun syok dok tengah sawah padi~

Thursday, September 6, 2012

~new sem~

eh eh, sebijik macam aku..hehe



Bismillahirrahmanirrahim^^

Tengah ambik feel ni, last nak update dari rumah..oh tidaaak, esok nak balik dah. Start cuti june hari tu, tuptup sekarang dah september . Tambah tolak, lebih kurang 3 bulan bercuti.

3bulan cuti. Bunyi macam lama kan. Dan ternyata, memang lama. Dah tu, cuti lama2, apa yang hang buat wani?..errr..T_T..insaf2..apa aku dah buat cuti lama2 ni?..seminggu dua ni tidoq pun x berapa nak nyenyak dah, dok pikir buat apa sepanjang cuti..(xnyenyak pun, 7 8 jam jugak kaaan). Xpa la, masa yang dah lepas bukan boleh nk rewind macam cd dah, as long as u realized u had done mistakes, and u determine not to repeat it again<<huhu, ayat pujuk diri sendiri=[




OK.Now we move on. Yesterday is a history, today is a GIFT. Disebabkan gift, ku terasa sangat indah.hehe.so,planning n terus buat plan.prepare apa yang patut untuk next sem.

Sebab apa kena ada plan?..Sebab xmau lari focus. Focus dalam akademik, focus dalam society, etc. Serius, xmau dah jadi macam sem lepas, banyak buang masa.huh

Sem baru, azam baru. Ni sifir standard la kan. Semua orang pun sama aku rasa. Mesti ada yang dah copy paste kata2 semangat, n nanti pelekat kat bilik, mesti dah pakat beli exam pad, pen pembaris bagai. Aku xdak la buat macam tu pun, tapi azam mau haibat. Ka aku ja jenis awai2 ja telebih semangat, mai nak hujung jadi kus semangat dah. Apa2 ja la, yang pasti untuk azam ni, nak didokumentasikan dlm belog,hehe. Gamak2 kata lupa diri, sapa2 tolong suruh aku buka n baca apa yang tulih awai2 dulu.<<eh2, pekatnya loghat kedah.haha

Sem ke 4, insyaAllah study subject pharmacology, immunology, pathology, philosophy of science, tahfiz 4..yang x ambik tahfiz belajar family management and parenting..

Nampak rilex kan sem ni..ternyata mmg rilex, 14.5 ja kottt credit hours..boleh guling2 atas katil..heh, x yah nak mimpi sangat, kerja dok ada belambak2.

Senior kata pharmaco subjek berat. Allahua’lam la berat macam mana, mungkin berat sikit dari wacana pemikiran reformis. Immuno pun depa kata berat. Xtau la apa yang ringan. Yang pasti, sangat cuak dengan tahfiz 4, juzu’ 16-20..errr..bukan nak pesimis, tapi tau dah mesti x habeh muqorror sem ni..xpa la,cuba dulu.

Moga aku x lalai dengan ujian masa lapang.


Azam 1>>>JANGAN P KELAS LAMBAT.
Kadang2 tu sampai bepeluh2 , sebab jalan p kelas dah gaya orang dok jogging. Mana taknya, nak p lecture hall tu jauh la jugak, nak kena merentas desa dulu. Gerak dari asrama pun lambat, sampai kelas tu dah temengah2 dah.Pastu dah sampai,jadi penat, lecturer nak stat ngajar, mata pun mula la nak syahdu. Makin naik sem makin cekap pulak gaya tidur sambil duduk ni.Orang x perasan bhai..haha. Bila dah stat sengguk tu, mula la tangan  pun dok berseni buat tulisan bentuk cacing. Pastu n pastuu…haih, bnyk consequences ni. So ubah yang root problem.

Moga Allah mudahkan jalan nak menuntut ilmu ni. Mudah faham, mudah ingat, insyaAllah~


Azam 2>>TIME MANAGEMENT
Haa, part ni selalu kantoi. Ada ja masa free, jadi x senonoh la aku. Layan perasaan la, tengok movie la, buat2 tidoq la. Plz wani, say no to pembaziran..Pembaziran masa. Allah akan tanya semua ni.huu. Alwaajibat aktharu minal awqaat. Sangat betul, tapi bila Allah uji sikit dgn masa lapang, bukan main membazir aku. Pastu bila banyak keje x setel, mula la nak menggelabah, mnyesal. See wani, u know the effects kan, so, INSAFlah..


buku bwh sekali terpaksa dianaktirikan, telebih muatan..huu

Oleh yang demikian (kata penghubung ni kalau ada dalam karangan, cg.norlia akan bagi markah), utk make sure kan x buat pembaziran besar2an lagi, aku taget nak habeskan buku2 ni sem ni. Sebelum2 ni, xdak taget..kalau rasa nak baca, aku baca..besusun buku sebelah bantal. Bila xdak taget ni, kita x pulun sungguh2 pun kan nak baca bagi habes.



Bila time management kantoi, then rasa berat, nak futur bagai. Amanah ni wani, buat sehabes baik. Semalam, seharian dok siapkan almanac biro, setelkan draft paperwork. Moga Allah nilai segala gerak kerja kami, ameen

~amanah~


Aku mohon keberkatan masa dariMu Ya Allah~


Azam 3>> MONEY MANAGEMENT
Sebelum ni dah penat story konsep six jars ni. upgrading~Tapi sem lepas duit masuk lambat, makanya, berterabur habeh planning aku.Nampak sangat bukan salah aku.haha

Memang la orang kata, money is not everything. Tapi hampa jangan dok cakap kencang la, main dengan xdak duit ni, boleh cacamerba hidup. Jenuh la kalau asyik nak mintak credit advance ja kan. Tetiap hari makan nasik bajet, mau terbantut jugak la tumbesaran kita. So, manage duit kita baik2. Ni pesanan khusus untuk yang tengah menaip, sebb aku jenis pandai guna duit, nak cari tambah duit failed tahap G.

setiap kali outing, make sure bwk budget ni.haha~


Kalau hampa nampak aku dah ala2 nak lupa diri waktu shopping tu, tarik tangan aku masuk toilet, g ambik wudhuk. Kalau ikut mata ni, semua benda bekenan.

3 hari lepas; “Ma, wani nak keluaq esok, nak beli kasut”..
“Kasut lagi?..yang kat rak banyak2 tu kasut sapa?..
“hm, satu tu kasut p majlis formal..yang satu lagi pakai santai2 p kafe ka, meeting ka..satu lagi kalau nak jalan banyak..kasut nak p kelas xdak lagi..errr”
“Dah, kamu xyah dok mengarut..bla..bla”
Haha, kan dah kata..ak cekap peghabeh duit..pastu dah beli, mula la nak sedih tgok dompet sndri.

konklusinya, menabunglah untuk masa depan anak2..


Cukup la rasanya 3 azam aku kongsi kat sini. Ada lagi, tapi lebih b’sifat peribadi. Moga kuat nak laksanakan planning.

Eh, satu lagi nak kongsi. Jaga kesihatan. Tubuh badan ni pun amanah Allah jugak. Sihat fizikal, insyaAllah mudah nk buat semua kerja. Setelah b’bulan2 pikir, lastly aku decide nak ambik herbalife. Niat bukan nk turunkan atau naikkan berat badan, tapi minum ni as nutrition. Jenuh jugak la duit, tapi xpa, pelaburan utk masa depan.Badan ni nak pakai lama lagi, insyaAllah=)

Let me ends my word here..
Kalau aku lalai, tolong ingatkan.
Kalau aku lagho, jampi2 sikit kat muka ni.
Kalau aku nampak malas study, suruh tgok cgpa yg xpnh2 dean list tu.
Tolong doa. Moga kita semua istiqamah. Istiqamah atas jalan kebaikan.
Fastabiqul khairat~


Tuesday, September 4, 2012

~barakallahulakuma~



Bismillah.
Last update ramadhan. Sekarang dah nak masuk pertengahan syawal.Hm, sibuk apa kebenda la kan sampai x dan nk kongsi apa2.

Sebelum idea nk merapu mencurah2 ke ladang gandum, izinkan saya buat perutusan raya=)
Buat sapa2 yang kenal saya, ampun maaf dipinta. Minta maaf kalau ada hak yang x tertunai, kalau update blog benda yang merepek, kalau tercakap direct, n apa2 lagi salah saya yang di luar sedar. Puasa syawal saya berbaki 6 hari lagi, tolong doakan saya sempat habeskan.heh~

These past few days, asyik dok teringat kawan2 sekolah. Sungguh la orang dulu2 kata, tempat jatuh lagi dikenang. Apatah lagi kawan2 yang jatuh sama2 kita kan. Kawan zaman kerja, zaman university, memang xkan sama dengan kawan sekolah. Sebab kawan sekolah ni kenal diri kita yang pure, yang tengah lalui fasa transisi, yang memang betul2 kita la.

Cepatnya masa berlalu. Kalau kita tengok diri sendiri, kadang2 x perasan sangat masa begerak macam bullet train. Tapi cuba tengok anak2 kecil, mula2 baru dok meniarap,tuptup dok berlari dah. Allah, masa. Sungguh masa pun makhluk Allah. Allah jua yang layak untuk beri keberkatan masa pada kita.

Ramadhan lepas, sempat saya, yat, ain jejak tanah sekebun bunga. 5 tahun dulu mungkin la kot sekebun, sekarang pokok dah gaya dusun dah kami tengok. Tempat lepak zaman f4 f5. Badan dakwah x bagi sangat kami dok situ, tapi apa boleh buat, kami jenis ketegaq=)

5 tahun tinggalkan sekolah, hari tu dengan excitednya saya melawat kelas zaman saya sesuci bersih berpakaian seragam. Tengok balik gambaq zaman dolu2, amboinya laa..juruh sungguh..dengan tudung labuh bulat, tangan cekak, siap pakai jarum g habaq mai..kau ada?haha

niat di hati nak jadi lecturer..doakan, insyaAllah~

Duduk di tempat masing2, ambik feeling zaman dok mengaji dulu. Macam budak2 dak?..agak la, xpa, bukan selalu nk mai sekolah. F4 sebelah yasmeen, f5 sebelah yat n haida. Allah, clear sangat semua memori dalam kepala ni. Boleh ingat lagi, setiap kali sebelum tusyen, kami beli ais ketul, boleh makan time mengantuk..pelik tapi benar, instead of cekelat, km pilih ais..ternyata jimat.hehe

5 tahun dulu, setiap kali nak exam, mizah jadi catalyst. Tengok dy study, biasa2 ja..tapi result dy kalau kita tgok kita kata perggghh..Bekampung kat rumah mizah, study sejarah sama2, belajaq math, oh rinduuu T_T

5 tahun dulu, kalau dengan haida, x gelak tu x sah la kan. Hepy sungguh la puteri sorg ni. Sokmo ja kami buat perangai ntahpapa, selalu ja teman dy usha geng kadet kawad..eh, ka dy yang teman gue.haha..apa2 ja la.

Tu cerita 5 tahun dulu. Hari ni dah nak genap seminggu cik puan berdua bergelar suri hati encik suami. Bila haida bagitau nak kawin raya ke7, saya tekejut. Alhamdulillah, Allah pemudah urusan. Then mizah pulak bawak perutusan raja dy, omo omo..lagi la tekejut. Cerita yat pun gempak, xpa, simpan dulu.=)

Seminggu sebelum raya, kami gathering last sebelum masing2 tukar status.  Ni idea mizah, so rumah dy la jadi markaz kami. How la I nak describe perasaan waktu tu. Kami iftor sama2, solat maghrib bejemaah, tadarus surah kahfi, isyak n terawih b’jemaah. Yat imamkan waktu mgrib, saya isyak dan trwih, pastu mizah sambung lagi trwih, pastu ain sambung witir. Serius..syahdu sangat2 waktu tu..ka aku yang telebih tacing..x kisah la apa pun, yang pasti rasa mcm ada rama2 dalam perut=)..

Sharing session is osem. Bukan tazkirah berantai, tapi kisah kasih berantai. Haida, mizah n yat with their stories. Sambil berstory, sambil siapkan hadiah2 mizah. Feeling waktu tu serius undefined,tiba2 sedih kan.Pelik betul anak paksu sorang ni..

Malam tu yang pertama, n mungkin juga yang terakhir kami tidur seselimut. Allah, kalau kami x bekumpul lagi di dunia, temukan kami di syurga sana.

Debaran menanti walimah..haida nampak la cuak..mizah tersangat la cool..haisy..



senyum^^..meleleh2 haida buat episod ayaq mata


ni ha mizah..sampai nak akad dok x cuak2.haha


oh heppy day..hasyemi ternyata gumbira.haha


ni korean style..hanbok bagai..kelasss kau jahh=)


hailaa, gogess sungguh =)

who's nextt??..ternyata la the blue one..hujung taun insyaAllah..sory seksiap la iffa kalau aku xleh balik..=(


Gambar both couples.tersangat la bnyak ain snap..lepas rindu kat kawan2^^

Saya xtau la ni sajak ka gurindam ka, yang pasti bukan pantun.copied from buku "Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah".  Dedicated for newly weds, juga untuk kami yang bujang tang2 ni..=)

Hati-hati bawa hati.
Aduh, susahnya punya hati.
Letaknya tersembunyi,
Tapi geraknya tampak sekali.

Makanya,
Lebih baik punya isteri.
Kalau tersenyum ada yang menanggapi,
Kalau berekspresi ada yang memahami,
Sikapnya lembut x bikin keki<<apakebenda keki ni.haha.laki hg indon hyda kan.phm kot
Kadang malah memuji.

Tuhan x pernah ingkar janji,
Kalau terus menjaga diri,
Akan mendapat pendamping yang lurus hati.

Tapi kalau masih sendiri,
Hati-hati bawa hati.
Kalau sibuk mencari perhatian,
Kapan kamu mengenal gadis yang bisa menjaga pandangan?
Bagusnya sibuk menyiapkan perbekalan,
Tanpa susah2 membayangkan,
Saat-saat x terbayangkan.

Adapun kalau sudah beristeri,
Jangan lupa mengingatkan,
Kalau ada yang dilalaikan tentang perkara yang disyariatkan,
Tapi kalau ia memelihara kewajipan,ingat-ingatlah untuk memberi perhatian,
Jangan menunggu dapat peringatan.

Monday, August 6, 2012

~Nisa' ??~



Bismillahirrahmanirrahim.Syukur Allah atas segala nikmat. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad, kekasih hati ummat.


Yat asked me, Nisa’ tu apa wani?..buat apa n apa program yang ada?.. Sambil pekena cocktail tesco sorang semangkuk, kami 4 sekawan sembang2 ringan. Dari persoalan cara nak pujuk parents bagi greenlight untuk kahwin waktu belajar, hinggalah ke topic isma,ikram,pas,hizbul tahrir. Oh, rupa2nya kami semua sudah dewasa walau luarannya nampak hohahoha dan merepek sepanjang masa.

senget la bakal doc ni sorg..dok merapu lagu tu la=)



Nisa’..apa kebenda Nisa’ ni. Yang pasti bukan identity seorang ukhti yang cantik jelita. Mungkin ada yang dah biasa dengar n dah involve dengan NGO ni. Di sini saya sertakan link bagi yang baru nak tau, mungkin boleh involve dengan nisa’ kawasan masing2. Instead of saya explen n hurai satu2 objektif,visi, misi segala bagai tu kat sini, better hampa p web tu n godek2 sendiri cari nak baca apa, lagi best kan, siap ada warna warni lagi^_^ (sebenaqnya malas nak taip)..>http://mynisa.org/<


Connecting youth; this is our tagline.

Yes, focus Nisa’ untuk golongan wanita muda. Penghubung generasi muda. Boleh saja kalau saya nak mengarang dalam ni matlamat jangka pendek dan panjang, dan modus operandi untuk setiap program, if and even if tajuk post ni ‘pengurusan program’…tapi saya hanya nk memudahkan kalam, biarlah post ini berversi cerita biasa, macam kebiasaan orang simple minded yang x berminat dengan idea2 immanuel kant seperti saya^^

Respon saya pada yat, “Nisa’ ni program dy banyak focus utk geng muda, program nak tarik budak2 yang bermasalah, yang terlibat gejala social bagai..etc..”

Jawapan saya ringkas, tapi dalam kepala terus terbayang wajah 2 orang adik yang saya baru kenal.
Masih muda, masih mentah untuk merasai rencah ujian hidup. Tapi wajah nampak tabah, walau apa yang tersirat di hati mungkin payah untuk dicerita.

Allah temukan kami berwasilahkan Nisa’. Mungkin mereka agak ‘liar’, tapi mereka ringan tulang dan mahu membantu.
Saat pertama kali kami bersalam, dalam hati hanya satu, moga2 adik2 ni x kekok dengan aku. Ya la, penampilan yang sangat kontra, kalau x kena cara, makin menjauh.

Hampir 6 jam duduk bersama, sambil buat kuih raya, sambil guna bulldozer nak korek cerita..sambil menyelam minum air..yang pasti saya x minum air, tapi adik2 ni minum sungguh..haih la, x puasa rupa2nya. Once I know that, dalam hati tedetik, banyak benda nak bercerita nampak gaya.

When they take off their tudung versi anak muda zaman sekarang, saya senyum ja, ok, memang banyak sungguh nak bercerita ni. Rambut x warna kebiasaan anak melayu, di leher terletak elok rantai bertali hitam dan berloket kebenda ntah. Background story yang saya dapat dari ktua nisa’ kawasan, adik2 yang selalu datang tolong ni, mostlynya dah x sekolah, ada masalah family, mak ayah bercerai, efek kat anak2.

Cuba ‘masuk’ perlahan2, x kena gaya, kang aku yang masuk dalam oven. Umur 14 tahun selalunya tempat di sekolah menengah, tapi adik2 ni tidak. Saya tanya kenapa; jawabnya “saya tuang tepung atas cikgu..option sekolah bagi, gantung atau berhenti sekolah..baik stop terus”..oh my….scary den..nak tegelak pun ada, gila ah berani..ada potensi hebat nih=)

Buat kerja sikit, adik2 ni minta izin nak ke kedai bawah.. Betulkan gaya rambut, dah get ready nak turun. Oh, free hair rupanya. Maka pujuk dan puji la kami pun,  ‘hampa lagi cntik kalau pakai tudung bla bla’..nasib baik mau pakai=)

Banyak lagi adik2 ni bercerita, cukup la sedikit saya berkongsi, untuk memberi gambaran reality masyarakat sekarang. Kita xkan nampak semua ni, kalau kita hidup dalam kalangan kita. Kita xkan sedar wujudnya golongan ini, kalau kita masih beramal dengan konsep ‘ekslusif’, Ekslusif memilih isu apa yang nak diperjuang, ekslusif memilih sasaran mad’u, ekslusif memilih profession mereka.

Jika digilap, insyaAllah ada potensi. Jika x disisih, insyaAllah akan makin mendekat. Jika tiada siapa peduli, ke mana hala tuju anak remaja sebegini, yang ada hanya slip upsr, x laku pun untuk sebungkus the ais. InsyaAllah bersama2 dengan Nisa’, ada manfaat untuk mereka.

Yang memberi hidayah itu Allah, kita hanya berusaha sekadar termampu. Kalau yang mampu buat hanya jadi pendengar, so dengarlah. Kalau mampu untuk tegur, lagi baik. Kalau mampu untuk sentuh terus di dasar hati, so go on.  Moga ada redha Allah pada setiap tindakan dan Allah melembutkan hati mereka untuk berubah. Mana tahu, si adik yang tidak tahu pun nama isteri Rasulullah ini,satu hari nanti menjadi pencinta baginda yang paling setia. Allahu Allah. Sungguh, berkaitan hidayah ini di luar kuasa sesiapa, hatta Rasulullah kekasih Allah x mampu menggerakkan hati bapa saudaranya untuk memeluk Islam.

Cerita tentang hidayah, mengingatkan saya pertemuan dengan seorang kakak sewaktu di talaqi Syeikh Nuruddin bulan lepas.

Pakaiannya nyata jauh terlalu zuhud berbanding saya yang berwarna ceria. Serba hitam. Dalam hati; ‘malu pulak rasa dengan akak ni’. Sungguh, apabila kami makin rapat dan selesa bercerita, bertambah saya malu. Malu mendengar kisahnya, beliau yang baru setahun mendapat turning point, begitu hebat perubahan yang dibuatnya. Saya?..huh, masih di tahap yang sama.

Dahulunya tidak bertudung, kehidupan yang social, berkawan mesra tanpa batasan..tapi bila Allah dah bagi hidayah, masyaAllah tabarakallah, kita pulak yang dok begenang mata dok tahan empangan yang nak pecah wktu akak ni bercerita. See, hidayah Allah. Allah beri pada hamba yang terpilih. Kita sebagai hamba, bantu diri sendiri, bantu orang sekeliling.

Moga Allah kekalkan kita semua dalam kebaikan. Ramadhan bulan rahmah dan maghfirah, banyakkan berdoa. Doa senjata dan kekuatan kita.

Connecting youth, connecting to Allah insyaAllah~