Tuesday, March 22, 2011

~janji Allah itu pasti~


"Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman"  (Al-Ghafir: 59)

Gerunnya suasana di mahsyar nanti.. Semua manusia dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Semua tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan dihadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah semuanya menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Dengan jarak matahari yang hanya sejengkal, manusia bermandikan peluh sehingga peluh menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Manusia  berkeluh-kesah, bimbang memikirkan buku amalan yang akan dihisab..Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan 
hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 




Allahu Allah..apakah nasib aku di sana kelak..
Apakah nasib kedua ibu bapaku..
Apakah nasib adik-beradikku..
Apakah nasib rakan-rakanku...
Apakah pengakhiran kami Ya Allah?...





Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Perihal diri sendiri pun masih tidak selesai, perlu pula bertanggungjawab untuk orang lain..Ya Allah..

~ampunkan dosa2 kami Ya Allah~


Ya Allah..
aku sayang ayah, seorang lelaki yang membesarkan kami adik beradik..x kan aku rela ayahku terhumban ke neraka kerana dosa-dosa aku mengingkari perintah Allah..

Ya Allah..
aku sayang abang dan adik lelakiku..x kan aku biar mereka ke neraka kerana dosaku tidak menutup aurat dengan sempurna..




Himpunkan kami semua di syurga kelak..Kami ingin bersama-sama dengan para nabi dan mereka yang beriman di Jannah..InsyaAllah..
Allahumma Ameen...

Wednesday, March 9, 2011

~formula sihat~



Ada 2 keadaan apabila seorang hamba ditimpa ujian, sama ada semakin dekat dengan Tuhan, atau makin menjauh dalam keadaan berputus asa. Alangkah ruginya tatkala kita diuji, namun  gagal mencari mutiara dalam kegelapan lautan ujian itu. Jadikan hamba ini makin dekat denganMu Ya Allah.


Dalam seminggu ni, memang terasa benar-benar diuji. Allah uji dengan 2 nikmat yang selalu kita lupa untuk syukuri. Nikmat masa lapang dan tubuh badan yang sihat.
Exam final awal april, lagi 3 minggu lagi. Sepatutnya dah kena mula study, tapi setiap kali nak pegang buku, teringat assignment yang masih x setel2.


Sem ni 3 core course dan 4 subjek tambahan, tu pun dah rasa x cukup masa. Tak dapat nak bayang sem depan macam mana, 5 core course!! Boleh katakan tetiap hari akan masuk lab..Nak menjadi mahasiswa dalam erti kata sebenar, bukan hanya sekadar tertumpu di bilik kuliah, masih ada lagi komitmen lain. Kadang2 rasa macam x mampu, tapi tengok orang lain boleh buat, kenapa tidak saya?..optimis2..jangan dok layan sangat manja dan malas diri tu..
Bila dah rasa masa x cukup sangat nk buat semua benda, baru nak rasa menyesal..menyesal x guna masa lapang betul2 waktu awal sem, menyesal sebab bnyak tidur, menyesal sebab bazir masa...huh..lupakah wahai diri...aliran masa itu ibarat aliran sungai,sekali ia mengalir, kita xkan sesekali dapat menyentuh air yang sama.




Bila tubuh badan sihat, semua pergerakan terasa sempurna, nak pusing 90 darjah boleh, nak pergi ke hulu ke hilir pun xdak masalah. Tapi bila nikmat sihat Allah tarik, baru nak tersedar, rupa2nya jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat sihat..bila sakit, baru nak hargai.
2 3 hari ni, betul la Allah nak uji saya dengan nikmat kesihatan ni. Sejak kat kuantan ni, dah 3 kali sakit perut yang teramat sangat menyerang, kali ke3 jadi 2 hari lepas. Kadang2 x sempat nak makan, kalau makan pun dah x ikut jadual, sebb tu jadi gastric teruk. Jangan la Allah uji sakit mcm tu lagi, sakit sangat..sampai terduduk, kadang2 rasa nak guling masuk bawah katil (err..apa motif?)
Bangun pagi tadi, xleh nak gerak kaki, tarik mengkarung rasanya. Allah, sakit sungguh. Tak terbayang macam mana sakit pejuang2 palestin bila kaki terkena serpihan bom. Sikit sangat sakit ni kalau nak banding. Sungguh, Allah uji ikut kemampuan hambaNya.
Seawal subuh sampai lepas zohor, hujan non stop di bumi uia tercinta ni. Macam mana sekali pun, kena jugak pergi lab physiology. Maka, hujan diredah dengan penuh gaya. Sampai kat lab, dah lencun stokin dan kaki jubah. Huhuu..sesungguhnya saya terlupa kulit saya jenis sensitif. Dah mula terasa gatal, buka ja stokin, kulit dah bertukar jadi merah dan dicukupkan pakej dengan bengkak2 kecil..Mamaa...nak balik rumah..=[
Niat di hati nak qailulah kejap, nanti nak pegi kelas segar sikit. Terjaga ja, terus rasa sakit. Allah..apa pasal pulak dengan urat belakang ni, nak tunduk pun rasa sakit, salah posisi time tidur kot..huhuuu


Sedikit demi sedikit terasa nikmat kesihatan Allah tarik, walaupun hanya sakit yang biasa2, cukup untuk menjadikan aktiviti harian terbantut. Perlu bersyukur bila diuji, itu tandanya Allah ingin kita dekat denganNya. Jika sentiasa dalam keadaan sihat, kita x akan rasa boleh menggenggam tangan itu nikmat, boleh ruku' dengan sempurna itu nikmat, boleh gerakkan kepala itu nikmat. Kita lupa nak mensyukuri nikmat2 ini, tapi bila Allah tarik sekejap, baru tersedar, lupanya selama ini kita lupa untuk mengucapkan syukur.


Jika ditanya pada pakar nutrisi, apa rahsia hidup sihat?. pasti diingatkan kita untuk menjaga pemakanan harian, kurangkan makanan manis, banyakkan pengambilan sayur, etc..


Tak kurang juga yang mengingatkan kita untuk bersenam dan aktif bersukan..
Kalau pesanan mak dan ayah kita, "kamu jangan tidur lambat , jangan makan pedas sangat, jangan main hujan, jangan mandi lewat2 malam, buat itu, buat ini.."
Betul..apa yang dipesan oleh pakar2 semuanya betul, semuanya hasil daripada kajian saintifik. Apa yang mak ayah pesan pun semuanya betul, mereka terlebih dahulu makan garam daripada kita. 
Dengarlah nasihat, petua dan tunjuk ajar yang bermanfaat untuk kita. Mereka lebih berpengalaman.


Tapi kadang2 kita terlupa nak amal petua yang paling penting. Kita lupa, sebab jarang orang sekeliling kita ingatkan. Kita terlupa apa yang Nabi Muhamad telah berpesan.
Sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah telah berpesan kepadanya: "Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat. Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu."






Seorang tokoh, pakar fiqah mazhab Syafi'i yang terkenal dengan panggilan Abu Syuja', usia beliau sangat panjang, hidup hingga 160 tahun. Walaupun sudah tua, tapi pendengaran, penglihatan dan ingatannya persis orang muda. Apabila ditanya apa rahsianya, beliau menjawab: "Saya menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda, maka Allah lalu menjaganya pada masa tua."


Jagalah Allah, Allah akan menjagamu..
Maha suci Allah berkehendak pada hamba untuk menjagaNya. "Menjaga Allah' , ertinya kita sebagai hamba menjaga hak Allah, apa yang diperintah, kita taat..apa yang dilarang, kita tinggalkan. Jaga solat, amalan2 lain, jaga anggota badan daripada melakukan maksiat.
Jika kita mampu menjaga hak2 Allah ini dengan sebaiknya, insyaAllah Allah akan menjaga diri kita sebagai balasan amalan2 kita. Bentuk penjagaan Allah ini terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, Allah akan menjaga hambaNya sehingga tubuh badannya selalu sihat dan kuat, begitu juga keluarga dan keturunan. Kedua, Allah menjaga akidah hambaNya, sehingga meninggal dunia dengan kalimah Syahadah.




Segala jenis penyakit itu datangnya dari Allah, jika diuji, jangan menganggap Allah tidak menjaga kita, tapi anggaplah itu sebagai peringatan dariNya kerana kita sendiri telah lalai dalam menjaga hak2 Allah. Gagal melaksanakan suruhanNya sebaik mungkin. Gagal menahan nafsu daripada melakukan apa yang dilarang.
Balasan Allah selalu disesuaikan dengan amalan hambaNya. Seseorang itu akan mulia, jika dia memuliakan Tuhannya. Dan seseorang itu akan terabai, jika dia sendiri yang mengabaikan Tuhannya.


Apa formula hidup sihat?..
~jagalah Allah..Allah akan menjagamu..=)

Monday, February 28, 2011

~turning point~

Bila bukak fb , mesti ada ja banat2 dq buat ayat2 touching kat status, “masjid dq”, “rindunya kenangan di bumi tarbiyah”, “indahnya berukhwah”, entah apa la lagi yang sewaktu dengannya..

Kalau chat kat ym pun, mesti ada yg ajak turun dq bila2 free nanti..

Kat kuantan ni pun, sokmo ja adik2 ni nak tau pasal dq..”cecite..cecite..”.Maka dengan wajah berseri-serinya, saya pun story la benda2 best kat dq nih..

Serius..memang rindu sungguh, makin betambah rindu bila orang sekeliling asyik dok sebut..
Tengok tepawe je, teringat dq..tengok kettle pun teringat dq..(apa kaitan??..hoho..meh nak story)

Nak cerita pasal dq ni kena ambik feel dulu…Bayangkan tangki besar yang menjadi mercu tanda kat entrance…jalan yang panjang dari gate menuju ke asrama.. masjid separa terapung….banat sedang berjalan penuh kesopanan..banin berbasikal tanpa sebarang kelajuan....…



Jika sesiapa bertanya pada saya dimanakah tempat yg paling best saya penah pegi, tanpa sebarang masalah gagap dalam pertuturan, akan saya menjawab Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu (ya2 ja wani..lepas ni kalau g Australia, konfem jawapan dah x sama..). Bagi sesiapa yang pernah menuntut di sana, hilangkan dari minda anda segala perit jerih yang dilalui sepanjang haluan siswa dan ribath..lupakan sistem pentadbiran yang agak ketat sehingga menyebabkan digelarnya darul quran sekolah menengah agama darul quran..buang dari ingatan segala p'masalahan remeh yang dirasai ketika menuntut di sana, cthnya pertikaian isu2 furu' sesama ahli, ahli yang x komit program bagi sesiapa2 yg b’gelar pimpinan, pimpinan yang x menerima pendapat kita bagi sesiapa yang bergelar ahli, merasai tarbiyah yang dirasai Bilal bin Rabah apabila kita terpilih untuk berjemur di bawah terik mentari tatkala modal hafazan x cukup untuk ditasmi'..dan macam2 lagi la..err..tiba2 banyak pula kenangan pahit..huhu

apa2 pun bukan part x best yang saya nak cerita..tetapi keistimewaan yang terdapat di sana yang saya nak kongsi...
sebab tu saya dah warning tadi..lupakan segala yg pahit..kerana kita nak fokus pada part happy je nih..
manusia ni..Allah bagi nikmat banyak macam mana pun,yg diingat dan diungkit semuanya part kesedihan dan kesusahan..kita jarang sekali menghitung kesyukuran..tapi seringkali berputus asa dgn sedikit kesusahan...sedangkan Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 147,mafhumnya.."Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui"

oppss..tiba2 jadi mood tazkirah pulak dah..niat asal nak imbas kenangan2 manis..(semua ni sebab gangguan dari sister2 uia kat bawah ni..bising benor nak sambut besday pun..hilang tumpuan terus..pelik dgn trend zaman sekarang ni..orang yang nak dirai tu pulak kawan2 jadikan mangsa...lencun besday girl tu dari atas ke bawah..lepas tu sepaket tepung pulak dituang..dah jadi macam sotong salut tepung dah..goreng pun sodap nih=D)....isy..keluar tajuk lagi..fokus2..

Jejaknya kaki saya ke darul quran, maka bermulalah episod sebenar perjalanan saya sebagai seorang insan..
Titik perubahan saya bermula di sini. Tak dak la berubah sangat pun, tapi ada la sifat2 negatif yang dah berjaya dipositifkan.Alhamdulillah.

Kalau dulu kat sekolah, asal naqibah bagitau ada usrah ja, maka dengan riangnya saya menghilangkan diri. Tapi lain situasi di dq. Usrah menjadi teras, so akak2 ni memang berusaha keras . Nak lari ke mana sangat, tup tup jumpa kat dewan makan, x pun solat jemaah sebelah2, x pun betembung kat tasik. Maka, menjelmalah saya menjadi seorang yang commit dengan usrah. Pastu dapat pulak geng usrah yang ‘sekepala’, kira layan ja la..hihi. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya belajar berukhwah melalui usrah.




Zaman dulu2, bab2 ibadah ni x ambik berat sangat. Asal setel benda wajib, dah kira setel dah la. Tapi bila masuk dq, ibadah terupgrade dengan sendirinya. Ya la, kalau orang lain masuk masjid, solat sunat dulu, xkan kita terus nak duduk cari modal, mula2 segan dengan orang sekeliling, lama2 ikhlas tu terimplement dengan jayanya. Kat dq tetiap minggu ada ja majlis iftor,  x kan la saya nk g iftor dengan keadaan diri x puasa, so dengan automatiknya puasa sunat jadi amalan. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya tidak berada di takuk yang sama, hanya beribadah ala kadar saja.

Core subject di dq adalah Al-Quran, memang matlamat nak hafal 30 juzu’. Jika sebelumnya hanya sekadar 2 atau 3 page Quran yang dibaca, tapi dah masuk dq, jumlah page meningkat berganda2. Rindu bila terkenang tempoh setahun setengah bermujahadah nak tamatkan hafazan. Quran sentiasa di tangan. Kadang2 tidur pun sambil pegang Quran. Allah mudahkan jalan untuk menghafal, tapi nak mengekalkan hafazan tu yang susah. Saya bukanlah kategori set2 masyi. Kalau ditebuk, konfem2 la belubang teruk..huhu. Rutin setahun setengah bersama Quran, moga2 dapat mengistiqamahkan saya untuk iadah. Walau susah, walau payah, wajib kena iadah. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya sentiasa membaca surat cinta dariNya.




Pakaian banat dq, hanya jubah dan tudung labuh. Perhatian sekali lagi, jubah sahaja. Mula2 dapat surat tawaran tu, menggelabah jugak la naik turun Pekan Rabu nak cari jubah. Tak penah2  wujud jubah pun dalam almari. Lenguh jugak la nak adjust tudung bagi sama labuh depan belakang time nak buat tudung labuh, and nasib baik ada amoi tukang jahit tu boleh tolong jahit, xde maknanya nak jahit sendiri time tu, konfem2 la x reti lagi. Maka bermulalah kehidupan seharian di dq dengan pakaian dan tudung yang serba baru. Setakat nak main netball, main badminton, b’kayak pakai jubah tu memang no hal la. Alah bisa tegal biasa. Paling bestnya, kat asrama pun semua bertudung dan berpakaian sopan, gaya nak g outing ja. Dq, memang terjaga biah solehah. Alhamdulillah, Allah taqdirkan saya belajar di dq agar saya dapat memelihara diri.

Banyak sangat kenangan2 best kalau nak cerita semua..Haa, se g,  belajar  di dq telah menjadikan saya seorang yang suka program, asal ada program ke, talk ke, forum ke, mesti excited nak join. Dan secara x langsung telah melatih saya dalam berorganisasi. Belajar menguruskan perjalanan program, berinteraksi dengan rakan setugas, mencari dana untuk program,etc..Bab cari duit ni, ada kenangan jugak. Dulu bilik saya jadi kilang memproses makanan, sebut ja nak apa, sosej ada, bebola ada, scallop ada. Sebab tu kalau tengok kettle teringat kat dq. Kami hanya menggunakan alat tu ja nak masak semua benda..and kalau nak cocktail, kena g bilik cik afiqah..huhu..i think i shud stop rite now..xmau cerita dah, satgi menjadi2 pulak dok teringat kat set2 tu..=[

Sungguh, bumi itu memang bumi tarbiyah. Ukhwah di situ memang ukhwah fillah. Kami berkasih keranaMu Ya Allah, temukan kelak kami di Jannah..ameen

[p/s: hanya sekadar coretan nak hilangkan kerinduan..=[


Friday, February 25, 2011

~we choose~






~i know the road is long...

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free


I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

~mood: sedang mencari kekuatan diri,sambil dengar lagu sami yusuf..make me strong Ya Allah. Entah di mana silapnya, urusan kerja jadi serabut. Suka bertangguh dan gagal menguruskan masa dengan baik menyebabkan kerja stack on each other. Semua orang mempunyai 24 jam, tapi x semua memiliki 24 jam. Nak kata diri ni sibuk, orang lain lagi sibuk wani oi...manage your time well wani, jangan sampai tergolong dalam golongan mereka yang rugi.
Alhamdulillah, hari ni baru terasa sedikit lapang, moga2 list 'things to do' yang dibuat semalam berjaya dilaksanakan, insyaAllah.

Brainstorm soalan interview, buat appointment, sesi bersama perodua, 'siapkan' assignment kos, assignment chemsketch, assignment UNGS...dan beberapa perkara yang x dapat disebut...semua kerja ni memang memenuhkan jadual harian. Tak nafi, memang penat, tapi puas bila dah bejaya setelkan. Yang tu yang dah siap, yang menunggu pun banyak lagi, assignment physiology dan case study MGT sedang menunggu..huhu.

Semua kerja sekolah yg cikgu bagi ni memang 1 kemestian, dan macam mana kita sebagai student nak respon pada tanggung jawab tu yang lagi penting. Memang kerja seorang guru nak didik student dia, so salah satu cara bagi homework. Then, terpulang pada student macam mana dia nak buat kerja tu, sama ada nak meletakkan effort 200% atau nak buat cincai ja..terpulang. Yang pasti, 1st step kita akan menentukan hasil pada langkah yang terakhir.


Analoginya perjalanan hidup kita pun sebegitu. Kita x dapat nak ubah pada apa yang telah ditakdirkan, tapi kita yang menentukan bagaimana kita ingin memberi respon pada taqdir tersebut. Jika ditaqdirkan sesuatu perkara pada diri kita, ingat, remote control ada di tangan masing2, kita yang pilih button apa yang kita nak tekan.


Kisah seorang ayah dan kopi. Si ayah, ibu dan anak rancak berbual, tiba2, dengan x sengaja si anak tertumpahkan air kopi atas kemeja ayahnya. Kejadian berlaku ketika keluarga ini sedang bersarapan sebelum masing2 ke pejabat dan sekolah.

2 situasi yang mungkin berlaku bergantung kepada button apa yang dipilih oleh si ayah.

Scene 1
Kopi tertumpah, si ayah marah Alif yang sedang ketakutan.  Belum pun sempat Alif menghabeskan sarapan, En.Ali dah pun start kereta. Tergesa-gesa Alif keluar rumah sambil membawa beg sekolah. Dalam kereta pun x habes2 lagi En.Ali membebel, semua perkara diungkitnya, tentang pelajaran Alif, kawan2 Alif....
Setelah sampai ke sekolah, baru Alif sedar, dia telupa nak ambil bekal makanan yang Puan Ana sediakan, dan En.Ali pun terlupa nak bagi duit belanja sebab terlalu marah..(kisah selanjutnya boleh sambung sendri ikut kreativiti)

Selepas hantar Alif, En.Ali pulang ke rumah sebab nak tukar baju. Nak jadi cerita lagi bes, wife dia x gosok lagi kemeja lain sebab ada nature call tadi..huhu..Apa lagi, turn wife dia pulak kena fire.

“Awak ni...lain kali gosoklah semua awal-awal. Tak kan semua benda nak kena ajar. Saya dah lambat ni...nanti gaji saya kena potong...lepas tu, nak makan apa kita??..bla  bla..”. Maka Puan Ana pun menggosok baju kemeja yang lain dengan ala kadar sahaja dek kerana dimarahi oleh suaminya. Muncung si isteri juga panjang.

Dalam perjalanan ke pejabat, baru En.Ali perasan, dia tertinggal beg yang mengandungi dokumen penting. En.Ali berpatah balik ke rumah. Masa dah suntuk, namun malangnya En.Ali terperangkap dalam kesesakan jalan raya.....
Marah si suami berterusan sehingga ke pejabat. Mangsa seterusnya adalah pekerja bawahan.



Scene 2

Kopi tertumpah, En.Ali rasa marah, namun ditahan dan cuba untuk tersenyum. Dengan tenang, En.Ali meminta Puan Ana menggosokkan kemeja lain.

Alif yang dalam ketakutan dipujuk lembut oleh si ayah. Untuk menjimatkan masa, En.Ali menghantar Alif ke sekolah terlebih dahulu. Alif mengambil bekal, kemudian cium tangan si ibu, then masuk kereta. Dalam perjalanan, sempat lagi mereka berjenaka..(boleh sambung sendiri ikut citarasa..=)
.
En.Ali bergegas pulang ke rumah semula kerana ingin menukar kemeja yang kotor tadi. Setelah menukar pakaian, En.Ali mengambil beg yang dihulurkan,kemudian mencium dahi si isteri, dan melangkah ke pejabat dengan tenang...

En.Ali tiba di pejabat tepat pada masa, bertegur sapa dengan pekerja lain dengan mesra.......(dan seterusnya)




~10% adalah taqdir, 90% lagi adalah bagaimana kita respon terhadap apa yang berlaku kepada kita. Jika tersalah memilih button, kita sendiri yang tanggung akibatnya. Efeknya bukan sikit, tapi berkaitan dengan hal2 lain.
Tekanlah brek ketika emosi cuba menguasai diri.
We have the remote control, so we choose which button we want to press.
In some cases, don't forget to use 'pause button' @ butang sabar. Pause sebentar, untuk berfikir respon terbaik=)


p/s: untuk menyiapkan assignment kos, ramai yang TERpress button copy paste..haha..terpaksa weh, memang x sempat dan x reti..sory dr. =)




Tuesday, February 8, 2011

~1st day after midbreak~

Jika ditanya pelajar medic kerjaya pada  masa hadapan, jawabnya doctor.
Jika ditanya pelajar pharmacy kerjaya pada masa hadapan, jawabnya pharmacist.
Jika ditanya pelajar dentistry kerjaya pada masa hadapan, jawabnya dentist.
Jika ditanya pelajar biomedic kerjaya pada masa hadapan, jawabnya……….jawabnya apa wani??..huhuu..undefined..infinity..

Ini bukan dilema bangsa melayu..bukan juga dilema tak setuju nak bermadu, tapi inilah dilema yang membelengu pemikiran pelajar-pelajar tahun satu …jz like me..=(

Sebelum cuti sem, perkara ni yang menyemakkan kepala saya. Memang serabut, tapi Alhamdulillah dapat sedikit motivasi daripada 2 org kawan. Saya provoke, kawan2 jawab, yang saya kusut, kawan2 leraikan..Tup tup lepas cuti ni, dia pulak yang serabut hal yang sama. Nak tegelak pulak rasa. Ni dok menulis post ni pun sambil dok bagi kata-kata motivasi kat dia..apa kerjaya pelajar biomedic pada masa hadapan, jawabnya pakar motivasi..err?..hehe..multi tasking.

Tersenyum saya bila teringatkan kejadian petang tadi. On the way balik dari lab, kami membincangkan hal yang sama, arah tuju pelajar biomed. Dalam keserabutan tu, seorang hamba Allah ni stop kereta dia, tumpangkan kami bertiga pulang ke asrama. Alhamdulillah, Allah menjawab doa kami yang dah x larat nak bejalan ni dengan menggerakkan hati senior tu utk tumpangkan kami. Hebatnya iman umat terdahulu, ketika berpuasa pun masih kuat menghayun pedang dan mengorak langkah di medan perang, kami?.. bila jam dah pkul 5,fikiran dah melayang2 ke kafe memikirkan juadah berbuka, tangan nak genggam pen pun dah x larat, apatah lagi nak berjalan kaki ke asrama, nasib baik ada orang sudi tumpangkan..=)

Jawapan daripada Allah tu pelbagai. Cara Allah nak meleraikan kekusutan hambaNya pun melalui banyak wasilah. Rupa-rupanya senior yang tumpangkan kami ni pelajar master dalam bidang nutrition. Dulu akak ni pun pelajar biomed,tapi habes je degree, dia tukar ambik nutrition. Tekejut jugak kami, boleh jugak eh tukar bidang bila dah habes degree. Ini pun dikira 1 solusi jugak ni kalau kami xtau nak kerja apa nanti.

Perkara yang selalu merunsingkan kami, nak kerja apa bila dah grad nanti?..Ada sorang senior tu cakap, “adik-adik ni baru 1st year, memang akan jadi x tahu arah tujuan macam ni. Tapi bila adik-adik dah masuk 3rd year nanti, baru korang akan  nampak hala tuju course ni nanti..yang pasti biomed memang best.”

Senior lain pulak..”Mula-mula memang macam ni adik, majority yang ambik biomed ni x tau nak kerja apa nanti, tapi sebenarnya beruntung kita ambik bidang ni, sebab biomed bidang yang general, nanti kita boleh masuk mana-mana area.”


Sedikit sebanyak, penjelasan akak2 ni meringankan jugak bebanan yang memberatkan kepala ni. Banyak je bidang yang boleh join, tapi disebabkan terlalu banyak dan luas platform, sampai dah jadi x tentu arah dibuatnya. Nak jadi medical officer boleh, pharmacist boleh, lecturer lagi boleh, researcher memang sangat2 digalak-galakkan(tapi x ramai yg ceburi area ni, sebb effort kena lebih sikit), kalau nak jadi pakar nutrisi boleh, ahli forensik ok jugak, hatta nak bergelar doktor pun boleh.

Tapi zaman masing-masing memburu kerjaya ni, setakat degree saja x cukup kalau nak survive. Paling kurang master. Nak jadi lecturer kuliah, kena ada master. Nak jadi pakar nutrisi, kna ada master bidang nutrition. Nak jadi pharmacist, kena sambung master dalam bidang farmasi. Kalau habes degree dalam biomed ni, pastu nak sambung lagi 3 tahun kat mesir pun boleh, buat medic kat sana..(ni pun agak menarik, dah lama cita-cita nak ke mesir ni).

Actually, bnyak ja peluang pekerjaan dalam bidang ni, tapi kami yang masih terkapai-kapai dalam kecerahan, terlalu cerah, sampai kami silau nak melihat dek terangnya cahaya.

Seringkali juga saya mendengar orang berpesan, jangan sampai niat nak menuntut ilmu tu terpesong kerana gilakan kerjaya pada masa hadapan. Ambil bidang ni sebab senang nak dapat kerja, ambil bidang ni pula sebab jumlah gaji yang lumayan. Soalan yang selalu kita fikir, what I want to have?..nak dapat kereta mewah, rumah besar, melancong dan macam-macam lagi. Daripada memikirkan perkara yang bersifat material sebegitu, better fokus pada persoalan yang lebih utama. Yang paling penting, who I want to be??..Kebanyakan kita hanya memikirkan apa yang kita nak dapat berbanding siapa yang kita nak jadi. Kita sering terlupa nak bertanya pada diri, nak jadi anak yang macam mana, mahasiswa yang macam mana, anak muda yang macam mana, pekerja yang macam mana?..Peringatan untuk diri sendiri yang sering alpa..

Jika saya ditanya sekarang hala tuju kerjaya saya, saya hanya mampu memberi senyuman. Senyum untuk tenangkan hati yang sering berbolak-balik.Buat masa sekarang, saya cenderung  untuk bergelar pendidik, insyaAllah, lecturer to be. 3 4 tahun akan datang x tahu lah, mungkin juga akan ada perubahan. Yang pasti, sekarang saya enjoy menuntut ilmu dalam bidang ni. Science, jika dikaitkan dengan Pencipta, mampu menghadirkan hidayah pada seseorang. Allah Yang Maha Hebat menjadikan setiap makhluk. Tak perlu melihat jauh, cukup sekadar meneliti kejadian diri seorang manusia, pasti sudah mampu mengalirkan air mata mengenangkan nikmat-nikmat yang  dikurniakan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Subhanallah..

Pesan saya pada sahabat yang sedang serabut tadi, sama seperti kata-kata semangat yang saya berikan untuk diri sendiri. Tak salah memikirkan dan merencana untuk masa depan, tapi jangan sampai kita menjadi terlalu khuatir. Takut jadi begitu, takut jadi begini. Apa yang penting, manfaatkan masa sekarang. Buat sehabes baik. Ingat, yang ada dalam tangan ini yang realiti, waktu sekarang ni yang realiti, merancang dan bekerja dengan apa yang ada dalam tangan ni yang paling utama.

Bukan tidak boleh kita angan-angankan kerjaya kita pada masa hadapan atau pun tahap akademik yang tertinggi yang ingin kita capai, boleh untuk kita punya target sebegitu. Yang tidak bolehnya kalau kita terlalu merancang masa hadapan sampaikan kita mensia-siakan detik sekarang. Kalau nak fikirkan perancangan untuk final year project, tafaddhal.. tapi kalau sampai menjejaskan study kita untuk sem permulaan ni kerana terlalu khuatirkan mengenai project sem last, apa gunanya angan-angan tadi?..

So, salah ke untuk merancang masa depan?..Pastinya tidak, saya pun kuat berangan.Bak kata ust.pahrol dalam majalah solusi entah edisi ke berapa, boleh  berfikir untuk hari esok, tapi jangan khuatir. Kalau khuatir, hati kita akan jadi kusut, siap boleh jadi tekanan perasaan lagi.  Jangan sampai mensia-siakan detik dalam tangan. Cara yang paling tepat untuk kelancaran dan kejayaan hari esok ialah dengan melakukan kerja dengan sepenuh perhatian pada hari ini. Pujuk saya mengakhiri perbualan.

p/s: kawan2 kat cfs yg ambik biosc jgn cuak pulak nak teruskan dlm bidang ni..insyaAllah, pintu rezeki Allah terbuka luas pada hambaNya yang bertaqwa. Apa formula taqwa?.. “..Barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..” (At-Talaq:2-3)