Tuesday, September 3, 2013

bff~

discuss nk dekat setengah jam..last2 mkn kat food court.haha


Sehari suntuk bersama. Memanglah a day to remember. Dengan yasmeen, almost 2 ke 3 tahun dah x jumpa. Bulan depan dah nak fly, entah bila lagi boleh nak jumpa ramai2.

Alhamdulillah, Allah hadirkan dalam hidup ni ramai kawan2. Zaman sekolah, darul quran, cfs pj, dan sekarang uia kuantan. Rakan2 sebagai cerminan diri. Dan kalau kawan zaman sekolah, lagilah kenal saya luar dalam. Mana baik buruk, semua dalam poket. Siapa yang paling nakal dulu, masing2 memang x mengaku.

Dalam hidup, kita memang perlukan sahabat. Ada bahagian tubuh yang x mampu kita lihat tanpa bening kaca. Ada bahagian jiwa yang x mampu kita fahami tanpa ketulusan saudara. Mungkin begitulah seharusnya kita dalam berukhwah, terus saling bercermin tanpa lelah.

Detik masa memang kadang2 kita x sedar. Rasa macam x percaya, sudah hampir 6 tahun tinggal zaman sekolah. Rasa macam baru semalam kami curi2 makan waktu cikgu mengajar, kena marah dengan cikgu ros sebab selalu x dapat jawapan add math, kena ‘label’ dengan pengawas aka badan dakwah sebab buat apa yang depa x bagi. Semua fresh lagi dalam kepala, hari last sekolah, semua peluk2 sakan, tulis alamat no phone bagai dalam buku biodata..(zaman tu sapa xdak buku biodata kira lekeh bhai).


hajat yat tercapai nk try cool blog=)

^_^


6 years past..

Sambil2 bercerita perkembangan sekarang, memang x sah kalau x teringat kenangan dulu.
Yat Alhamdulillah dah selamat bertunang, bakal naik tahun 6 as medical student, tapi perangai lawak x senonoh tu memang dah sebati..”yat, nanti aku x mau bersalin kat hg..scary”…dah bagitau awal2..haha. InsyaAllah, a great muslimah doctor in the making=)

Haida Alhamdulillah memang ternyata bahagia, siap p honeymoon kat krabi lagi..ok jeles!!..tahun depan insyaAllah dah nak grad bakal engineer kita tu..x percaya rasa hg ambik course tu, sebab aku tau kita sengsara sama2 dok pulun cari jwpn math, fizik..Indeed, Allah knows the best.

Ain..The sweetest among us. Maneh tu macam kilang gula (kalau puji kot dapat delivery domino kat rumah.hehe).. Pharmacist to be. Single lagi nii..kalau kami jumpa mana2 brother yang soleh lagi segak bergaya, memang kami pass kata ain teruih=)).. Kawan ni sorang paling penyabar, cakap lembut sokmo n bertanggungjawab. May Allah bless your journey in this life ain.

Yasmeen, 2 malam kami buat sesi bedtime story. Qadha sungguh=)) Next month dah nak fly sambung master, tinggal la aku kat Malaysia menahan cemburu.haha. Dari zaman sekolah lagi ujian meen ni macam2, and surely He wants to make u stronger, sekarang aku rasa hang dah boleh tersenyum bahagia. One step closer yow=))

Mizah; yang ni lagi gempak. Hot mama dah kawan ni sorang. Sofiyyah, zuriat solehah from a great womb. X jemu2 mizah ajar math, fizik, kimia. Tapi km dok slow camtu la jugak, haha. Encik suami ada di sisi, insyaAllah penguat utk terus sukses menjadi ummi and on ur way to become a doctor.

A few names lagi yg x  mention, memang rindu sangat kat semua classmates. Far, tirah, reika, nisa’, iffa, mirah, fah, izzah, wardah, azie, shi, saniyah..haih ramai aih kalau nk cerita detail sorang2.haha

second round dating=))
love tank dh penuh..blh balik uia dah^^


Moga Allah rahmati perjalanan hidup kami semua. Sekarang bumi sedang basah dengan hujan. Basah juga bibir saya doakan yang terbaik utk kalian.

Kita x sedar, tapi bumi tetap beredar. Hidup adalah perjalanan yang digariskan memiliki 2 rasa; manis dan pahit, lapang dan sesak, suka dan duka, nikmat dan musibah. Tak seorang pun mampu lepas dari dua rasa itu, hatta mereka yang dicintai-Nya.

Tak berapa nak ingat matan hadith (n malas nak google), nabi bersabda; betapa menakjubkan perihal hidup orang beriman, kerana semua urusannya adalah kebaikan.

Disebabkan musibah dia bersabar, dan sabar itu membuatnya meraih pahala tanpa disangka, dicintai dan ditemani Allah di segala duka. Disebabkan nikmat, dia bersyukur, dan dengan syukur menenggelamkannya dalam rahmat Allah.


Apa pun yang Allah takdirkan terjadi, moga yang mukmin yang bersabar dan syukur itu adalah KITA..