Friday, September 16, 2011

~kembara ilmu~

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah kurniakan nikmat mata, Allah tidak menjadikan kita buta, maka gunalah sebaiknya. Tika matamu menadah ke langit, jangan hanya putih dan birunya yang dilihat, tapi lihatlah dengan mata hati dan akal, siapakah di sebalik penciptaan langit tanpa tiang yang hebat itu. Tika matamu menyapa panorama gunung-ganang dan bukit-bukau yang menghijau, fikirkan siapakah yang begitu hebat mencipta ciptaan sehebat itu. Tika matamu menilik kejadian dirimu sendiri, bersyukurlah dengan fizikalmu yang sempurna, kembalikan rasa syukur itu pada yang Maha Esa ,fikirkanlah siapa yang menciptakanmu, kenapa diciptakan sebagai manusia, siapakah yang mengatur segala system yang ada dalam tubuh badan manusia..Fikir dan terus berfikir..

Firman Allah dalam surah ali imran, ayat 191;
“(Ulul albab ialah) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami, Kamu tidak menciptakan ini dengan sia2. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.

Allah  memuji golongan yang rajin bertafakkur, berfikir ini, dan memberi gelaran ulul albab. Moga-moga kita juga turut tergolong dalam golongan ini. Golongan ini mampu mengagungkan Allah dalam setiap keadaan, sama ada melalui pengamatan dan analisis untuk menyingkap rahsia alam.

Kajian, renungan, pengamatan, pertanyaan, semua ini adalah cara untuk memantapkan dan menguasai ilmu. My lecturer, Dr.Razak from Africa said “assual miftaahul ilm”..

Imam Ibn Kathir berkata dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, “Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang2, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir..di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana .”

Intipati daripada pandangan di atas, ilmu dan kajian adalah alat dan wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan makin menjadi kufur dan takabbur.
Golongan yang berjaya ialah mereka yang mementingkan akal. Akal ini dibajai sebaik mungkin dengan ilmu. Tokoh-tokoh ilmuan sains Islam pada zaman silam banyak bertafakur untuk menyingkap rahsia alam, hasilnya, lahirlah teori-teori yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Ibn Sina yang dikenali sebagai tokoh perubatan Islam, Jabir bin Haiyan, kuasai bidang kimia, al-Khawarizmi, pakar matematik. Walau dunia barat cuba memanipulasi figure sebenar yang mencipta teori2 ini, tapi hakikat sebenar tetap termaktub di dalam sejarah.

IIlmu yang dikaji, teori yang terhasil, bukan untuk dunia semata2, tapi untuk matlamat yang utama; mengagungkan Allah serta agama Islam. Ilmu yang dipelajari mampu meningkatkan imej seorang muslim, membuktikan kepada non-muslim kehebatan Islam itu sendiri.

“Kalau belajar semata-mata untuk kepentingan diri, untuk dapatkan jawatan, untuk pegang duit yang banyak, tanpa langsung berniat untuk menyumbang kepada Islam, baik x payah belajar”, pesan seorang kenalan.

Ribuan graduan doctor dari pelbagai university, semuanya mempunyai kemahiran dan ilmu yang sama, tapi apa beza aku dengan mereka?..tanya soalan ini pada diri..

Ramai mahasiswa yang mampu score pointer, tapi apa beza aku dengan mereka?..biar hati yang ikhlas yang memberi jawapan..

Aku ingin menyambung pelajaran ke luar negara, aku ingin master dalam bidang aku, aku ingin itu, aku ingin ini…………………..untuk segala impian, apakah matlamat yang paling utama?...koreksi diri kita, andai kata bukan kerana Islam kita belajar, bukan niat kerana Allah kita menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah , ‘sesiapa yang mencari ilmu yang sepatutnya mencari keredhaan Allah, tetapi dilakukannya bagi memperoleh harta benda duniawi, dia tidak akan mencium bau syurga pada hari akhirat’… Allahu Allah, janganlah kami tergolong dalam golongan ini.


hamizah(medic jordan), ain(pharmacy masterskill), nisa'(medic ukm), yat(medic mesir), izzah(medic mesir), saniyah(medic mesir), et(biotech uia), far(law uia)..may Allah bless us~


Apa pun bidang yang kita ceburi, sama ada dalam usaha mencari ilmu fardu kifayah yg berbentuk syariat seperti tafsir quran, ilmu hadis, ataupun yang bukan berbentuk syariat seperti ilmu kedoktoran, ilmu pertanian, niatkan segala-galanya untuk kepentingan Islam. Moga-moga bidang yang diceburi itu akan menjadi wasilah sumbangan kita untuk Islam.

…………………………………………………………………………………………………………


Lecture pertama untuk sem ini daripada Dr.Tarique dari Bangladesh, “Who are you?”..soalan yang ditanyakan pada kami semua. Macam2 jenis jawapan yang diterima, a student, a  servant of Allah, a human being, etc.. Tanyakan selalu soalan2 sebegini kepada diri, insyaAllah kita akan makin memahami hakikat sebenar kita diciptakan. Kenapa aku belajar, untuk apa ilmu ini, apakah dengan menuntut ilmu menjadi manifestasi penghambaan aku kepada Allah, adakah Allah redha dengan segala tindakan aku, apa yang mampu aku sumbangkan untuk Islam…Jujurlah ketika bermuhasabah.

Moga Allah redha dan memudahkan semua urusan kami dalam menuntut ilmu. Sem 2 sudah seminggu bermula. Dalam usaha menyesuaikan diri dengan jadual sem ini yang agak padat. Subjek yang nak kena hadam, microbiology, anatomy2, physiology2, epidemiology, biochemistry, Islamic worldview, tahfiz…cuak bebenor den tgok list subjek ni, harapnya boleh perform, insyaAllah.

Sedikit fakta nak kongsi; apabila individu mencecah umur antara 20 hingga 75 tahun, lebih kurang 50,000 cell otak mati setiap hari. Jumlah ini sikit ja kalau nk compare dgn jumlah cell2 otak secara overall, so jgn gelabah..x banyak pun jejaskan kemampuan otak individu especially daripada sudut intelek. Cell2 otak kita mmpu untuk berinteraksi sampai tua nanti. Conclusion, kemampuan otak manusia nk kuasai ilmu x penah bekurang even dan tua, n factor usia x sepatutnya menghalang individu nk belajar. Seorang tokoh akademik dari Rusia cakap, dengan kemampuan otak, kita mmpu belajar 40 bahasa n boleh hafal 1 set ensiklopedia..perghh…eh..masyaAllah, hebatnya Allah cipta kita..^_^..(sedang mempositifkan minda, saya boleh score untuk sem ni, insyaAllah)

Doa itu sifatnya wireless, tanpa sempadan..Kalian sentiasa dalam ingatan~