Saturday, June 25, 2011

~your life, your choice~


Satu persatu gambar yang diupload saya tatap. Nak dihabiskan satu album pun dah rasa x sanggup. Pedih hati. Sesak nafas. Terasa sempit pembuluh darah.

Kalau bukak fb, notification yang akan kita check dulu. Nampak pulak ada friend request, berkobar2 nak tau sapa. Tambah pulak yang add tu kawan kita yang dah lama x jumpa, terus berbunga-bunga hati. Tapi sekejap ja perasaan tu. Bila tengok gambar2, terus rasa down. Serius, yang ni yang saya rasa. Kawan yang satu masa dahulu bersama2 saya menghafal hadis-hadis dan sirah Rasulullah, dah hilang tudung di kepala. Kawan yang dahulunya asyik berlumba dengan saya nak dapat no 1, dah makin jauh dengan hukum2 Allah. Baju kurung yang dulunya elok menutup aurat dah terbang entah ke mana, yang tinggal hanya baju t-shirt sendat, singlet, legging..aaargghh….baju2 kecik tu layak bagi nuha ja pakai, kalau saiz badan xl, jangan la menggatal tangan tu nak ambik yang saiz s….(wani, plz write properly..jgn emo..huhu).

Tenkiu tu mark zukermbeg<<- -tipu ja ejaan ni, malas nk google)…kerana mewujudkan laman social ni. FB, boleh jadi medan penjalin ukhwah, jadi medium dakwah, tiket utk menempah jannah, kalau kita pandai guna, insyaAllah banyak manfaat yang dapat…TAPI, FB  jugaklah penyebab a so called muslim aktif dok kumpul saham dosa, jadi tempat nak perasan cantik dengan gambar mata yang saja dibulatkan tengok kamera, jadi tempat nk tayang aurat..hadoi…memang la, “my life, my choice”..but friend, I cannot stand to see you choose a wrong decision…kamu pilih, nak jadikan fb sarang maksiat, atau ruang yg bermanfaat..


Di mana silapnya? Silibus apa yang kurang?..Apa yang terjadi buat saya pikir panjang.  Saya x berniat untuk bercakap tentang remaja yang memang seawal usia 10 11 tahun lagi telah didedahkan siapa itu justin bieber atau taylor swift. Tapi saya nk focus kepada yang memang ada basic agama yang cukup. Yang seawal sekolah rendah dihantar ke sekolah agama, x cukup itu, sekolah menengah pun sekolah agama.


Siapa yang paling dekat dengan golongan remaja?
Ya..keluarga dan rakan-rakan.
Acuan pertama yang akan membentuk peribadi anak-anak adalah daripada ibu ayah. Acuan keluarga yang akan mengarah hala tuju hidup seorang anak.

Institusi keluarga yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup, pasti melahirkan generasi yang tahu dan faham Islam secara menyeluruh. Jika tempang ibu dan ayah, besar kemungkinan juga anak-anak akan turut tempang. Lahirnya seorang anak di dunia ini, maka kedua orang tuanya itulah yang menjadi role model utama. Apa saja watak ibu ayah yang terlihat di mata anak-anak, akan terakam kemas di kotak minda.  Anak kecil yang sedang membesar, belajar dari semua keadaan dan peristiwa sekeliling. Jika hiburan nyanyian yang diberikan sebagai halwa telinga, maka itulah yang dirasakan betul dan mula sebati dengan diri. Jika bahasa kesat, tenkingan, sepak terajang yang menjadi habuan harian, kemungkinan personality anak yang bakal terbentuk ialah sama ada menjadi tersangat trauma dan pemendam rasa, ataupun turut berperilaku liar sebegitu.

Didikan keluarga akan membentuk peribadi anak-anak. Sama ada mahukan Islam atau sebaliknya.  Tidak cukup jika sekadar anak-anak dihantar ke kelas al-quran atau silibus kelas fardu ain dihabeskan, tetapi apabila pulang ke rumah, yang sebaliknya yang berlaku. Ibu sendiri yang hanya menutup aurat ala kadar, ayah yang menonton perlawanan bola sehingga melewatkan waktu solat, tiada siapa yang ambil peduli jika anak-anak hanya menghadap laptop sepanjang hari. Dihantarnya anak untuk mendalami ilmu agama, tapi apabila ingin dipraktikkan di rumah, tiada yang mendorong.

Didikan dan kawalan untuk anak-anak bukan hanya terbatas sewaktu mereka di bangku sekolah, tapi mesti berterusan. Seawal usia 6 tahun, dihantarnya anak ke Pasti, kemudian ke sekolah rendah agama, sekolah menengah juga aliran agama, tapi sayangnya, pantauan terhadap anak-anak terhenti apabila kaki menjejak ke menara gading. Telahan ibu bapa,anak-anak sudah besar, boleh tentukan arah tuju sendiri. Silapnya di situ, saat pantauan daripada ibu bapa terhenti, saat itulah anak-anak mula mencorakkan peribadi diri dengan keadaan sekeliling.

Apabila pantauan daripada ibu bapa makin longgar, genggaman rakan2 pula akan menjadi semakin kejap. Kalau baik environment sekeliling, Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya?....



Tarbiyah itu sifatnya berterusan. Bukan bermusim. Bukan hanya pada fasa tertentu sahaja anak-anak dititiberatkan dengan ilmu agama. Tanggungjawab menjadi nakhoda kapal ini bukan mudah. Tidak perlu mendabik dada jika anak boleh khatam al-quran seawal darjah 4, ataupun anak mendapat markah 100 untuk subjek pendidikan islam. Bukan itu ukurannya. Yang paling utama, aplikasi dalam kehidupan seharian.

Benar, hidayah itu milik Allah. Bila2 masa saja Allah boleh kurniakan ataupun nak ditarik kembali hidayah yang diberi. Tapi persoalannya, sejauh mana seorang hamba itu berusaha untuk menjemput sinar hidayah itu?..
Usaha itu pelbagai. Yang paling penting, usaha diri sendiri untuk kenal Islam. Hidup kita, kita yang tentukan. Tapi jangan dilupa, factor penyumbang terbesar pembentukan peribadi seorang anak bergantung pada didikan daripada ibu bapa. 1 petikan daripada buku tarbiyatul aulad berkaitan ini: 

"What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."
~'Abdullah Nasih 'Ulwan

Pentingnya didikan yang baik, kerana hasil didikan itulah yang akan membentuk seorang individu yang berguna untuk ummah.

Tapi jangan dilupa, ujian dari Allah itu bentuknya pelbagai. Seorang ayah yang bertungkus lumus mendidik anaknya dengan acuan Islam, tetap juga diuji apabila anak berakhlak sebaliknya.

Pulang ke rumah, si anak bertudung litup. Apabila kembali ke kampus, nyata perubahan angin yang kencang menerbangkan kain di atas kepala.

Disangkanya si anak masih lagi gadis sunti yang malu-malu nak berdepan dengan ajnabi, tapi hakikat yang sebenar pandai si anak sembunyikan. Bila tengok fb si anak, baru tahu langit tinggi rendah.

Ibu bapa telah berikan yang terbaik, tapi tetap jugak anak tersasar. Ayah kopiah lekat di kepala, ibu tudung melepasi dada. Anak??...

Betullah, iman itu x dapat diwarisi. Seandainya iman itu sesuatu yang boleh diwariskan, bahagialah anak-anak pak imam dan tok kadi, senang2 saja nak dapatkan iman. Kalau begitulah konsep iman, meranalah anak pencuri dan penagih dadah tegar. Tapi Allah itu maha adil dan bijaksana. Sentiasa adil dengan hamba-hambaNya.

Sekiranya bekalan agama telah diberikan secukupnya oleh ibu bapa, dan dengan bekalan itulah anak2 melayari bahtera kehidupan.. Alhamdulillah.

Sekiranya bekalan agama telah diberikan secukupnya oleh ibu bapa, tapi tetap juga si anak memilih jalan yang salah,  inilah ujian yang Allah takdirkan untuk menguji kesabaran si hamba.

Pernah saya mendengar seorang mak cik yang mengeluh mengenangkan sikap si anak..”dari kecik makcik ajar tentang Islam..sejak sekolah rendah lagi makcik suruh pakai tudung..tapi bila dah besar macam ni, cakap makcik langsung x nak dengar. Kalau makcik tegur pasal seluar jean, baju ketat, kapel,mula nak masam muka, kata makcik x sayang kat dia…makcik takut dengan amanah Allah ni.”

Saya pun blurr, x tahu nak bagi respon apa. Cuma satu yang saya cakap, “makcik jangan risau, makcik dah laksanakn tanggungjawab makcik..lain la kalau dia jadi macam tu sebab makcik x ajar..ni makcik dah ajar tentang Islam, tapi mungkin Allah x buka lagi pintu hati..makcik teruskan doa, insyaAllah, doa seorang ibu ni selalunya termakbul..”

Saya bukan orang yang hebat ilmu agama..masih bertatih dalam medan dakwah ini..masih terasa pedih diserang, mungkin kerana salah uslub..tetapi tetap juga saya ingin menyeru sahabat2 semua, jangan terlalu enjoy dengan kehidupan ini. Bila-bila masa saja Allah berkuasa nak tarik nyawa kita. Relakah kita, saat kita dihujung usia, dalam keadaan kita sedang melakukan sesuatu yang Allah murka. Apakah destinasi terakhir kita, jika Allah tarik nyawa kita dalam keadaan kita sedang leka dengan dunia, hanyut dalam bisikan cinta kekasih, enjoy dengan hiburan yang melampau..Allahu Allah..Jika itu pengakhirannya, terasa takut untuk membayangkan balasan yang Kau sediakan.

Katakanlah Muhammad, “Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku”    (Al-An’am:15)



Ya, saya akui. Kita semua berdarah muda. Kalau boleh semua benda nak cuba. Cuma satu pesanan, jangan terlalu leka. Jangan pernah lupa diri pernah mendapat didikan agama. Jangan buat-buat lupa segala hukum yang telah dipelajari.

Allahua’lam..


Nota utk diri:   Bersihkan diri dari noda dosa. Ruangan social kita; bersihkanlah dari segala kotoran maksiat. Jernihkan kembali fikrah perjuangan. Sentiasa muhasabah dan tajdid niat kenapa aku berada dalam saff perjuangan ini. Walau sesama kita berlainan fikrah,namun yang paling utama matlamat kita sama, ingin melihat hukum Islam terlaksana. Jalan yang berbeza, tapi matlamat yang sama. Prinsip saya cuma satu, nak jaga maruah Islam kena ada kuasa. Nak ada kuasa kena ada kerajaan. Nak ada kerajaan kena ada pilihanraya yang adil. Nak bagi adil, kena ramai2 buat tuntutan. Bersihkan kembali system pilihanraya Malaysia yang kotor..

Moga Allah kekalkan kemenangan PAS di kedah , dan membantu kami semua pejuang-pejuang agamaMu dalam usaha menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini. Rahmatilah pimpinan baru PAS, satukanlah hati-hati kami dalam bergerak kerja, kuatkanlah langkah-langkah kami untuk mendepani tipu daya be end dan konco-konconya, jalan menuju ke putrajaya makin jelas di mata, siren kemenangan makin jelas di telinga. Grand design Ilahi sentiasa menakluki kesemua perancangan manusia. Walau penipuan di dalam apa kaedah sekalipun demi nak pertahankan Putrajaya oleh UMNO BN, Tuhan Maha Tahu dan Maha Melihat, perancangan UMNO BN itu hanyalah sia-sia.
Yang masih belum dalam tangan, akan cuba ditawan. Yang sudah dalam genggaman, akan cuba dipertahankan..Takbir!!

Thursday, June 9, 2011

~be positive~

Allahu Allah...
Dalam keadaan yang x berapa nak stabil...jeles..tamak..at last, i'm a loser..entah apa yang dapat.
Perancangan sebelum cuti, nak buat yang tu..nak setel yang ni..macam2 taget. Separuh masa pertama cuti dah tamat saya kira. Apa yang dah bejaya capai?  nothing!!...makin reverse ke belakang pulak rasa..Allah...


April, x banyak yang dapat dibuat. Masa banyak dihabeskan di kl.
Mei, cuti bermula sepenuhnya. Taget yang nak dicapai, hanya sebahagian yang terlaksana. Sebahagian lagi?..Postpone ke bulan jun.
Jun, setelkan apa yang x tercapai dalam bulan mei. Dan cuba untuk membumikan segala angan2 yang dah di draf atas planner untuk bulan jun. 10 hari dah berlalu. Dah terisi dengan apa yang x dirancang. Tiba-tiba jadi babysitter. Memang asah parenting skills. Perancangan Allah itu terbaik. Baki lagi 20 hari. Moga tercapai apa yang dirancang.




Kalau nak diikutkan kehendak hati, macam-macam yang nk dibuat. Kalau nak kira planning sendiri, banyak tempat nak pergi. Tapi apa-apa pun, semua tu kena dapat pelepasan mak ayah dulu. Dapat greenlight, baru boleh masuk gear 1. Tapi kalau dapat lampu merah?..hmm, sami'na wa ata'na laa..Diri masih terikat dengan family. Apa benda nak buat pun, perlu consider mak ayah dulu. Perlu dapat pengesahan. Hati mak ayah kena jaga. Jangan sampai saat kita berdegar2 berpencak di tempat program, dan dalam masa yang sama, hati permata hati kita terguris. Allah..


Lain orang, lain ujian yang Allah bagi. Paling penting, macam mana kita lihat dan terima setiap ujian. Nak jadi seorang yang pesimis, atau optimis, terpulang pada individu.  Saya?..sedang cuba untuk melihat sesuatu dari kanta positive.




Jika Allah takdirkan pergerakan kita sedikit terbatas kerana keluarga, jangan rasa kita rugi. Sematkan dalam diri, kitalah hamba terpilih yang beruntung. Beruntung kerana Allah beri kita peluang untuk bersama dengan keluarga. Ada bicara yang Allah nak sampaikan dari setiap apa yang ditakdirkan, Mungkin keluarga kita sendiri banyak kelompongannya, sebab itulah masa kita perlu banyak dihabeskan untuk keluarga. Tegur mana yang salah. Tunjukkan qudwah selayaknya sebagai insan yang menerima tarbiyah.


Jika keluarga sendiri berfikrah, tapi masih terbatas juga langkah, jangan mengeluh teman. Tetap juga ada bicara Allah di situ. Kadang-kadang kita merungut. "Sebab apa ayah x bagi p program..ayah pun dah lalui semua tu, tapi sebab apa nk bataskan pergerakan aku"..Tak mustahil hati akan terdetik macam tu. Terpulang pada diri sendiri bagaimana nak berdepan. Jika segala hujah dah bagi, tapi tetap jugak lampu merah yang diberi, jangan rebel. Tarbiyah daripada Allah kan pelbagai. Mungkin itu salah satu wasilah. Bagaimana kita nak mendidik hati sendiri untuk ikhlas menerima.




Apabila kaki terasa seperti diikat oleh keluarga, hati sentiasa mengharapkan saat ikatan kaki itu menjadi longgar kerana diri sudah pun diikat dengan ikatan lain. Harapnya sebegitu. Gerak langkah yang sebelumnya sedikit terbatas menjadi semakin jauh, di saat faktor agama dan fikrah yang menjadi nilaian utama.


Allah uji sekarang, diberinya rasa susah dahulu, kerana pada masa hadapannya akan dibukakan sedikit jalan, insyaAllah.


Rencana Allah itukan pelbagai. Ada juga situasi yang berlaku sebaliknya. Ketika bergelar mahasiswa, langkah kaki sentiasa laju. ceruk mana yang x penah pegi, program jenis macam mana yang x penah join. Pendek kata, langsung tiada halangan. Tapi bila ditakdirkan dapat yang tidak sekapal, kaki yang panjang menjadi semakin pendek, daerah2 baru pun x dapat lagi nak diterokai. "Dulu waktu belajar, akak aktif sungguh kalau bab program dan usrah ni, tapi bila dah kawin dengan yang x sama kefahaman, macam ni la..nak p mana2 pun susah dah"..Hanya mampu tersenyum mendengar luahan akak ni. Ujian untuk ukhti ini macam ni pulak. So, nak rebel jugak?..Tarbiyah daripada Allah tu kan pelbagai, itu juga salah satu wasilahnya. Sentiasalah berdoa, adar Allah tetapkan hati atas jalan ini.


Saja saya selitkan 2 situasi tersebut, kerana rata-rata rakan sendiri turut alami benda yang sama. Hatta saya sendiri (sebab tu la sampai terluah dalam blog..hmm).
Pernah merungut?..ya
Pernah rasa sedih sebab family x bagi kita buat apa yang kita nak?..ya
Pernah tauriyah bercampur aduk dengan unsur penipuan?..ya
Pernah apa yang dirancang terpaksa diubah berkali-kali sebab nak ambik kira kehendak family?..ya


"Ma..nak p program tu boleh?"..
"kalau p sorang2, xdak kawan jangan dok p"...sebab tu saya sentiasa mencari teman penguat. Nampak macam x leh nak berdikari, selalu nak bergantung dengan orang lain. Terpulang bagaimana nak menilai. If u're not in my shoes, jz plz lend me ur strenght, stay besides me is enough..knowing that u're there is enough. Tapi kalau rasa x selesa, terpulang. 


Semua ni pernah saya alami. Baru hampir 4 tahun berada dalam medan ini, tapi macam2 dapat belajar.
Apa yang penting..usaha, doa, dan sabar. InsyaAllah ada jalan.
Sentiasa sematkan formula taqwa dalam hati. Siapa yang bertaqwa pada Allah, insyaAllah ada jalan keluar.

Wednesday, June 8, 2011

~marathon seminggu~

Bismillahirrahmanirrahim.
Saja singgah belog sendiri. Terkejut. Rupa-rupanya hazwani ni ada blog. Tapi awat x update. Nak kata rumah x dak line intenet, mohong sangat la. Online fb boleh ja. Tapi awat x update pun?.. awat blog ni jadi anak tiri?.. Ni dah alang-alang singgah rumah sendiri, kot la nak post benda bemanfaat ka..ni dak..dok mai buat macam diari..haisy..


Xpa2..tengah nak panas enjin dulu, kongsi yang santai-santai dah la nowh..actually, nak cerita ja.
Minggu lepas, join program bawah kerajaan negeri..(insyaAllah ada post khas)
Minggu ni, join program yang lagi best, p makan kenduri. Dapuq memang x berasap, sebab tetiap hari ada ja kenduri. Alhamdulillah, makan memang makan, tapi yang paling penting, hubungan silaturrahim yang terjalin.
Sebelum ni x kenai mana pakcik tu, tapi bila dia panggil p kenduri, boleh kenai serba sedikit. Kalau yang dah sememangnya rapat, makin bertambah rapat hubungan insyaAllah.


Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” (HR Bukhari)


MasyaAllah, cantiknya apa yang Rasulullah ajar. Jalinkan kasih sayang, insyaAllah Allah murahkan rezeki dan panjangkan usia kita.


Nak cerita sikit apa yang terlintas dalam kepala ni sepanjang marathon ke kenduri.
Saya suka memerhati, dan apa yang saya rasa, selalunya simpan sendiri ja. Kalau x puas hati sangat-sangat baru nk tebuka mulut nie. 
Tujuan buat kenduri tu molek sangat dah, sebagai hebahan si anak telah mendirikan masjid, telah mengikat diri dengan tanggungjawab dalam sebuah ikatan pernikahan. Alhamdulillah.
Tapi yang x bestnya, bila ada kelompongan yang terlihat jelas di mata, x yah susah2 nak guna microscope nk tengok.
Apa fokus utama tetamu kalau p kenduri? Yang pasti, semua orang nak tengok kedua-dua mempelai. Pakcik2 x kisah sangat part pengantin ni, tapi makcik2 merangkap kaum wanita tersangatlah kisah.
Pengantin=focus utama. Kalau ada apa2 yang x kena, memang membuka ruang untuk makcik2 memulakan diskusi. Sakit sungguh mata kalau tengok si pengantin perempuan yang berpakaian ketat sampai menyesakkan diri dia sendiri nak bernafas. Dia susah nk nafas, kita pun kena jugak tempias. Balut urat ka tutup aurat bhai?..adeyh..


Fesyen la ni, tudung memang completely dimasukkan ke dalam baju. So x yah dok kisah la tudung lepas dada ke tidak, memang x kan lepas pun. Allah..Bukan 100 200 mata yang memandang, tapi mungkin angka ribuan.


Fesyen la ni, sanggul memang akan terpacak atas kepala. Si pengantin jika dihias oleh mak andam, kemungkinan besar part sanggul tinggi ni xkan terlepas.Entah apa yang nak dibanggakan dengan ketinggian sanggul macam tu. Kadang2, kalau terserempak dengan orang2 yang berfesyen macam ni dalam tandas atau masjid, saja saya tengok tahap kepanjangan rambut tu. Hanya mencecah bahu, tapi kenapa yang sanggul mencecah ke siling??..hmm


Fesyen dari dulu sampai la ni, baju pengantin yang ada di butik-butik pengantin, kebanyakkannya berpotongan ikut bentuk tubuh badan. Mungkin pakaian harian si pengantin perempuan hanyalah baju kurung atau kemeja, yang x menampakkan shape badan. Tapi bila tiba hari bahagia sendiri, segala shape terserlah gara-gara pakaian yang disewa. Kenapa segala-galanya terkorban pada hari yang begitu bermakna?...Allah


Part berhias diri saja, dah bertimbun saham dosa dapat dikumpul. Jika wanita-wanita di luar sana berpakaian begitu kerana mereka tidak tahu, ampunkan mereka Ya Allah. Moga satu saat nanti, mereka mengerti. Ampunkan juga dosa-dosa kami yang menggelarkan diri sebagai daie, namun agenda dakwah banyak lagi yang belum tersebar. Seandainya saudaraku seakidah masih berpakaian sebegitu sedangkan mereka tahu, moga kehidupan mereka tersuluh dengan hidayahMu, dan dilembutkan hati untuk melaksanakan suruhanMu.


Barang yang terdedah tu cantik ke?. Masing-masing punya jawapan sendiri.
Apa yang penting, cantik pada pandangan Allah itu yang utama. Dan cara yang sangat simple, ikutilah apa yang disuruh. Jauhilah apa yang ditegah. Formula mudah.


kalau macam ni x ke sejuk mata memandang?..kak nisah, pinjam gambar ye..moga Allah merahmati pasangan ini. Both are DQian....

cantik itu bukan terletak pada terangnya warna, atau banyaknya manik..pasangan pengantin ni pun ada tarikan tersendiri...k.rahmah, moga bahagia ye..senior dq jugak..=)



contoh pakaian pengantin yang sempurna. Cantik pada manusia, insyaAllah cantik juga pada Pencipta..Kak akmal, still x pecaya la akak dah kawen..also my senior at dq..=)



Barakallahulakuma~



siap ada banner khas, asing tempat untuk muslimin dan muslimat. Kan bagus cenggini. Tadi p makan kenduri, baru ja nak mulakan suapan sulung, ada kaum adam mai join meja..haisy~



Barakallahulakum. Peliharalah diri dan setiap tingkah laku dengan syariat. InsyaAllah perjalanan hidup dan bahtera yang bakal berlayar akan terarah dengan sempurna..


p/s 1 : dah x leh nak merepek panjang2. Anak menakan mengigau, bangun teriak. Segala jenis bunyi even bunyi keyboard perlu dihentikan..huhu


p.s 2 : gambaq kat atas ni ialah contoh2 senior saya yang kawen waktu belajar. Baru nak masuk 2nd year. Respon mama bila saya tunjuk gambaq2 ni, 'belajaq bagi habeh dulu'..hehe..ok ma..noted!!